Monday, August 25, 2008

RISALATUL-IKHWAN,Justify Full

Bil. 29, Jumaat 29 Ramadhan 1417, (7 feb. 1997)

Dari pena Mustafa Masyhur

IMAN SENJATA UTAMA DAN TAQWA BEKALAN UTAMA

Iman dan Pertolongan Allah
Sesungguhnya keadaan umat Islam menimbulkan rasa belas dan takut .. kelemahan, perselisihan, penguasaan musuh dan tipu daya
mereka terhadap Islam dan Muslimin .... semua faktor-faktor ini mungkin menimbulkan sedikit rasa putus asa atau kecewa di dalam
jiwa, tetapi keimanan kepada Allah dan merasa mulia dengan agamanya, jihad pada jalannya serta cinta kepada mati syahid tetap
menimbulkan harapan yang besar terhadap pertolongan Allah. Adapun Allah adalah maha suci, maha kuat lagi berkuasa. Dialah
penolong bagi hamba-hambanya yang beriman dan penunduk orang orang yang bongkak daripada musuh-musuhNya. Adapun kita
di dalam bulan Ramadhan ini yang merupakan bulan kemenangan di mana peperangan Badar adalah sebaik-baik saksi terhadap
pertolongan Allah bagi hamba-hambaNya yang beriman walaupun mereka sedikit. Allah berfirman
"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta
dengan orang-orang yang sabar" (al-Baqarah: 249)
dan lagi
"(yang sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang
melempar ketika kamu melempar, tetapi Allahlah yang melempar" (al Anfal: 17)
Benar, sesungguhnya musuh zionis bermegah-megah dan mengiklankan permusuhannya serta niatnya yang keji terhadap orangorang
Palestin bahkan terhadap Muslimin seluruhnya, dan apa yang disembunyikan di sebalik hati-hati mereka adalah lebih besar.
Sesungguhnya ia telah merampas satu cebisan yang begitu mulia daripada tanah air Islam kerana padanyalah al Masjidil Aqsa,
qiblat yang pertama dan "Haram" yang ketiga. Berita-berita tentang penyambungan terowong di bawah masjidil Aqsa menunjukkan
niat mereka untuk mendedahkan kepada kemusnahan. Dia juga berterusan untuk menyahudikan al Quds dan mengeluarkan orangorang
Palestin daripada timur al Quds. Mereka juga menuduh Siria membantu Hizbullah di Lubnan yang mempertahankan bumi
Lubnan yang terjajah. Begitulah mereka bertindak seolah-olah merekalah tuan punya tanah dan tuan-tuan yang sebenar merupakan
perampas. Kita juga mendapati Amerika dan beberapa negara barat menyokongnya dalam pencerobohannya dan kesombongannya.
Begitu juga kita melihat perangkap ke atas Muslimin pada berbagai penjuru, dan kelemahan bumi Islam serta tiadanya bantuan
terhadap saudara-saudaranya sesama Islam yang terdedah kepada perangkap dan penderitaan ini. Tapi disebalik gambaran yang
menyedihkan ini kita mestilah memulakan dengan diri kita untuk menjadi mukmin yang sebenar serta melazimkan diri kita dengan
sifat-sifat mukmin, mendokong hak-hak ukhuwwah di antara kita dan memohon pertolongan daripada Allah niscaya Allah akan
menolong kita ke atas semua musuh-musuh. Adapun masa depan adalah untuk Islam.
"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah" (al Anfal: 39).
dan benarlah Allah berfirman:
"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala
agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci" (as-Saff: 9)
ke atas Muslimin seluruhnya perlulah membetulkantawakal kepada Allah kerana Allahlah sebaik-baik pelindung dan pemberi
pertolongan. Dan hendaklah mereka menjadi seperti mereka yang telah disifatkan oleh Allah dalam firmannya:
"(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya
manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah lepada mereka", maka perkataan itu menambah
keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka
mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti
keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174).
Fenomena Penyembahan Syaitan (berita di Mesir: pent)
Sesungguhnya fenomena ini perlu kita selidik dan analisa maka kita berpendapat sesungguhnya Allah swt memberi amaran pada
kita terhadap tipu daya syaitan dan perangkapnya seperti firman Allah:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana syaitan-syaitan itu hanya mengajak
golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala" (Faathir: 7)
dan firmannya lagi: "Bukankah Aku telah memerintahkan padamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus"
(Yasin: 60 61)
Oleh itu ia menjadi satu kewajiban terhadap Muslimin untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
kesabaran serta tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong di dalam perkara dosa dan
permusuhan. dan firmannya lagi: "Inilah jalanKu yang lurus, maka hendaklah kamu ikuti. Janganlah kamu ikut jalan-jalan (cara
hidup) yang lain, kelak kamu akan bercerai berai dari JalanNya. Inilah yang dipesankan oleh Tuhanmu kepada kamu mudahmudahan
kamu bertaqwa" (al-An`am: 153).
Sepatutnyalah kita mengambil tahu sebab-sebab munculnya fenomena yang buruk ini agar kita dapat melindungi pemuda-pemuda
kita daripada tergelincir ke dalamnya. Adapun saya mengira bahawa sebab utama berpuncanya daripada musuh zionis dan barat dan
sesungguhnya Camp David telah membantu membawa penyakit ini. Zionism telah membawa kerosakan ini kepada negara kita.
Mereka telah membantu kemasukan dadah dan kaset-kaset yang mengandungi penyelewengan serta lucah. Kita juga tidak lupa
bahawa Yahudilah bertanggungjawab disebalik atisme yang lahir di dalam sosialisme dan merekalah yang memerangi selain
daripada Yahudi terutamanya Islam. Dan merekalah manusia yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang mukmin.
Di antara sebab-sebab yang membantu kewujudan fenomena ini kerana tiadanya perasaan kewatanan di kalangan para pemuda dan
keadaan kelemahan politik, kemewahan yang tidak syari dan kekosongan masa serta ketiadaan matlamat yang boleh menyibukkan
pemuda-pemuda untuk membina masa depannya dan memperbaiki watannya serta banyak mengembara keluar negara lalu
terpengaruh dengan fasad ini. Dan di antara faktor yang lain adalah tindakan kerajaan memerangi semangat keugamaan dan
gambaran mereka terhadap setiap Muslim adalah seperti Rahib (meninggalkan dunia) di samping penyempitan ini, dan begitu juga
pemenjaraan dan mahkamah tentera dsbnya. Juga kosongnya silibus-silibus pelajaran daripada bekalan spritual dan pendidikan
agama serta penambahan media-media yang merosakkan yang membantu menyesatkan dan membentangkan budaya-budaya asing
untuk menjadi contoh kepada pemuda dan pemudi. Begitu juga galakan beberapa buku puak sekular dan kiri terhadap memerangi
agama dan tujuan mereka untuk mengasingkan agama dari negara. Semua ini menggalakkan kepada penyelewengan. Di samping
toleransi dalam memerangi dadah dan kekejian dan meninggalkan masyarakat menjadi mangsa pada media-media kerosakan dan
undang-undang juga tidak menjanjikan balasan yang boleh menghalang perkara tersebut.
Beberapa Tanggungjawab Keluarga dan Kerajaan
Di sana terdapat satu tanggungjawab yang besar ke atas institusi keluarga dan pentarbiahan terhadap anak-anak. Setiap penjaga
(ibubapa) adalah bertanggungjawab terhadap penjagaannya serta wajiblah ke atas ayah dan ibu untuk mengambil berat terhadap
didikan anak-anak, bukan untuk membantu mereka melakukan kerosakan dengan memberi mereka harta benda, kereta, dan
kurangnya pengawalan terhadap tindak tanduk mereka. Para bapa hendaklah mengetahui bahawa Allah akan mempersoalkan
mereka tentang penjagaan.
Wajiblah ke atas kerajaan untuk mendidik bangsanya melalui tauladan dan amalan yang serius serta produktif, di samping
mengembeling tenaga pemuda ke arah pengeluaran yang produktif dan mendidik mereka berjihad dan menjaga tanah air daripada
sebarang pencerobohan. Kami berharap daripada pemuda-pemuda untuk mengambil iktibar daripada fenomena ini. Maka janganlah
mereka mengabaikan urusan agamanya dan hendaklah mencari benteng pertahanan dariapada tergelincir kedalam jurang yang
bahaya ini. Hendaklah mereka mempersenjatakan diri dengan senjata iman dan taqwa serta mengambil berat terhadap masa depan
yang hakiki agar mereka berjaya di hari akhirat dengan syurga dan nikmatnya serta selamat daripada neraka dan apinya.
Sesungguhnya kami melihat bahawa fenomena penyembahan syaitan adalah satu fenomena sosial dan pendidikan pada peringkat
yang pertama sebelum dia menjadi satu jenayah. Oleh itu mestilah setiap ahli masyarakat dan pendidikan untuk mengkajinya dan
meletakkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengubatinya serta membersihkan masyarakat daripadanya dan kesannya. Media
massa terutamnya television hendaklah mengadakan topik-topik perbincangan untuk memperingatkan para pemuda dan ketua-ketua
serta tunggak negara kepada faktor faktor yang membawa kepada fenomena tersebut serta cara yang boleh menutup jalan yang
membawa para pemuda jatuh ke dalam jurang ini. Metod-metod kekerasan sahaja bukanlah metod yang terbaik untuk penyembuhan
tetapi hendaklah khidamt peranan pasukan keamanan serta kehakiman untuk menumpukan perhatian terhadap siapa yang telah sabit
jenayahnya dan memberi balasan yang sepatutnya.

Saturday, August 23, 2008

Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 1
سورة الزلزلة
SURAH AZ-ZALZALAH
Surah Kegoncangan
Surah (99) - Makkiyah - 8 ayat
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ( 1
1. Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.
( وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ( 2
2. Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.
( وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ( 3
3. Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?
( یَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
4. Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.
( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).
( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
6. Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan
berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.
( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
7. Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah
nescaya ia akan melihat pahalanya.
Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 2
( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
8. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan
melihat balasannya.
Di dalam mashaf, juga menurut setengah-setengah riwayat, surah ini
diturunkan di Madinah, tetapi di dalam riwayat-riwayat yang lain surah ini
diturunkan di Makkah. Kami tarjihkan riwayat yang mengatakan surah ini
diturunkan di Makkah, kerana pokok persoalan dan gaya pengungkapan nya
adalah menguatkan riwayat ini. Satu peristiwa gempa bumi yang
menggentarkan hati manusia yang lalai. Satu peristiwa gempa yang
menggegarkan seluruh bumi dan seluruh penduduknya. Satu gegaran
gempa, di mana maudhu', pemandangan dan nada-nada kata turut sama
mengambil bahagian. Sebaik sahaja mereka sedar dari kekagetan mereka,
mereka terus dihadapkan kepada Allah untuk dihisab, ditimbang dan
ditentukan balasan masing-masing, semuanya dijelas kan dalam beberapa
potong ayat yang pendek sahaja. Inilah ciri Juzu' 'Amma seluruhnya dan ja
digambarkan begitu kuat dalam surah ini.
( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ( 1
1. Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.
( وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ( 2
2. Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.
Itulah peristiwa hari Qiamat. Ketika itu seluruh bumi bergegar dengan
gempa-gempa yang paling dahsyat dan meluahkan segala isi perutnya dari
mayat-mayat, logam-logam dan sebagainya yang selama ini dikandunginya,
seolah-olah bumi mahu meringankan tubuhnya dari kandungan-kandungan
yang berat itu. Ini satu pemandangan yang menunjukkan segala sesuatu yang
tegak di bumi telah bergoyang di bawah tapak kaki para pendengar surah ini.
Mereka merasa terhoyong-hayang dan bumi terus bergegar dan bergoncang
di bawah tapak kaki mereka, satu pemandangan yang menakutkan hati yang
selama ini menyangkakan segala apa yang tegak di bumi itu akan tetap
teguh, kukuh dan kekal abadi. Inilah saranan pertama dari pemandanganpemandangan
Qiamat yang digambarkan oleh al-Qur'an, satu gambaran
yang benar-benar hidup dan menjalar ke dalam saraf-saraf pendengar ayatayat
ini sebaik sahajaa mendengar ungkapan al-Qur'an yang unik ini dan
kesan ini bertambah jelas lagi apabila digambarkan reaksi "manusia" ter
hadap pemandangan itu dan dilukiskan keadaan-keadaan perasaan mereka
ketika melihat pemandangan ini.
( وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ( 3
Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 3
3. Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?
Inilah pertanyaan orang-orang yang berada dalam kebingungan dan
ketakutan yang melihat satu peristiwa yang luar biasa, yang tidak dapat
difahaminya dan tidak dapat disabar dan didiamkan begitu sahaja. "Mengapa
bumi jadi begitu?" "Mengapa ia bergegar dan bergoncang begitu dahsyat?"
"Mengapa?" Mereka seolah-olah ikut terhoyong-hayang bersama gegaran itu
dan cuba berpaut pada sesuatu untuk menahannya dari rebah, dan segala
sesuatu yang ada di sekelilingnya terus bergoyang dan bergegar-gegar. Umat
manusia sebelum ini memang pemah melihat kejadian-kejadian gempa bumi
dan letupan-letupan gunung berapi. Kejadian-kejadian itu dihadapinya
dengan penuh ketakutan dan kecemasan. Mereka ditimpa kemusnahan dan
kebinasaan, tetapi apabila mereka melihat gegaran dan gempa bumi hari
Qiamat, mereka dapatinya sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan
kejadian-kejadian gempa bumi dan letupan-letupan gunung berapi yang
berlaku dalam dunia ini. Gempa bumi pada hari Qiamat merupakan satu
peristiwa baru bagi manusia yang belum pernah dialaminya, satu peristiwa
yang tiada tolok bandingnya, satu kejadian agung yang pertama kali berlaku.
یَوْمَئِذ
4. Pada hari itu,
Iaitu pada hari berlakunya gempa bumi yang mengkagetkan seluruh
manusia,
( تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
4. ... bumi akan menceritakan berita-beritanya,
( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).
Yakni pada hari itu bumi akan menceritakan bahawa segala apa yang
berlaku itu adalah atas perintah Allah. Dialah yang telah memerintah bumi
supaya bergegar dengan sedahsyat-dahsyatnya dan meluahkan segala isi
kandungannya yang berat dan kerana itu bumi telah mematuhi perintah-
Nya.
( وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ( 5
5. “Dan ia telah mematuhi perintah Tuhannya dan memang kewajipannya
mematuhi perintah.”
(Al-Insyiqaq)
keadaan ini sendiri merupakan satu penceritaan yang amat jelas bahawa apa
yang berlaku itu adalah dari perintah dan wahyu Allah kepada bumi. Ketika
manusia berada dalam keadaan bingung dan kaget, di mana nada-nada ayat
membayangkan kecemasan, keadaan terperanjat, hiruk-pikuk dan kacaubilau
dan ketika mereka termengah-mengah bertanya, "Mengapa bumi jadi
begini? Mengapa?" Tiba-tiba mereka berdepan dengan pemandangan
Mahshar, hisab, timbangan amalan dan balasan.
Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 4
( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
6. Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan
berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.
( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
7. Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah
nescaya ia akan melihat pahalanya.
( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
8. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan
melihat balasannya.
Dalam sekelip mata sahaja kita melihat pemandangan manusia di bangkit
dari kubur di merata pelosok bumi.
( آَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُّنتَشِرٌ ( 7
7. “Mereka seperti belalang yang berkeliaran.”
(Al-Qamar)
Iaitu satu pemandangan yang tidak pernah dilihat manusia,
pemandangan seluruh manusia dari seluruh generasinya serentak bangkit
dari kubur-kubur mereka di sana sini.
( یَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا یَسِيرٌ ( 44
44. “Pada hari itu bumi terbelah meluahkan mereka dengan segera”.
(Qaf)
Di mana sahaja mata memandang di sana kelihatan orang yang
dibangkitkan dari kubur itu keluar dengan segera dan terus pergi tanpa
menoleh ke kiri dan ke kanan. Semuanya berjalan tergesa-gesa tanpa menoleh
kepada suatu apa dan tanpa melihat ke belakang dan ke sekelilingnya.
( مُّهْطِعِينَ إِلَى الدَّاعِ یَقُولُ الْكَافِرُونَ هَذَا یَوْمٌ عَسِرٌ ( 8
8. “Mereka tergesa-gesa menuju kepada suara yang menyeru mereka.
(Al-Qamar)
Leher mereka memanjang dan mata mereka membelalak.
( وُجُوهٌ یَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ ( 38
38. “Pada hari itu setiap orang dari mereka sibuk dengan diri masingmasing.”
Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 5
('Abasa)
Satu pemandangan yang tidak dapat digambarkan dengan ungkapanungkapan
bahasa manusia kerana terlalu dahsyat, mengeri dan mengkaget
kan. Tiada kata-kata walaupun dengan menggunakan segala kata yang
terdapat dalam kamus-kamus dunia tidak juga tercapai untuk memberi dan
menggambarkan pemandangan hari itu.
( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
6. Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan
berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.
Ini menjadikan keadaan lebih dahsyat lagi. Mereka keluar menuju ke
tempat yang akan ditunjukkan amalan-arnalan mereka. Di sana mereka akan
dihadapkan dengan segala amalan mereka dan menerirna balasannya.
Berdepan dengan amalan-amalan sendiri kadang-kadang lebih teruk dan
dahsyat dari menerima balasannya. Ada orang tidak sanggup melihat per
buatannya di hadapan dirinya sendiri, kerana terlalu keji di saat-saat ia
dilanda perasan menyesal. Bagaimana nanti kalau ia dihadapi dengan
amalan-amalannya itu di hadapan khalayak manusia dan di hadapan Tuhan
Rabbul Jalil yang Maha Agung? Melihat dan menghadapi amalan-amalan itu
sendiri merupakan satu hukuman yang amat menakutkan. Dan selepas itu
diiringinya pula dengan proses hisab yang amat halus hingga tiada satu
zarah pun dari amalan yang baik atau amalan yang jahat yang ditinggalkan
tanpa balasan.
( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
7. Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah
nescaya ia akan melihat pahalanya.
( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
8. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan
melihat balasannya.
Kata-kata zarah telah ditafsirkan oleh mufassirin dahulu sebagai
"lalat". Ada pula yang mentafsirkannya dengan habuk-habuk debu yang
kelihatan pada cahaya matahari. Itulah benda yang paling kecil yang dapat
mereka tanggapkan dari kata-kata zarah itu. Tetapi zarah yang kita ketahui
sekarang ialah "atom" dan atom itu lebih kecil dari habuk-habuk debu yang
dilihat pada cahaya matahari, kerana habuk-habuk debu itu masih dapat
dilihat dengan mata kasar, sedangkan atom hanya dapat dilihat dengan
mikroskop yang paling besar di makmal-makmal sains. Atom merupakan
sesuatu yang boleh dilihat dalam hati ahli-ahli sains.. Tiada seorang pun dari
mereka yang dapat melibat atom dengan matanya atau dengan
mikroskopnya, apa yang dapat dilihat mereka hanya kesan-kesannya sahaja.
Tafsir Surah Az-Zalzalah______________________________________________________________
Tafsir Fi Zilalil Quran 6
Amalan-amalan yang seberat atom ini baik amalan baik mahupun amalan
jahat akan dihadirkan kelak dan diperlihatkan kepada yang melaku kannya
dan akan diberikan balasannya. Oleh itu setiap orang tidak seharus nya
memperkecil-kecilkan amalannya dengan mengatakan, "Ini cuma kecil sahaja,
tidak dikira dan ditimbang." Malah hatinya akan menggeletar di hadapan
setiap perbuatannya sebagaimana neraca yang halus akan bergerak meninggi
atau menurun dengan sebab berat sebiji atom itu. Neraca yang
menimbangkan amalan itu adalah suatu neraca yang tiada tolak bandingnya
di dalam dunia ini kecuali neraca di dalam hati mu'min iaitu hati yang terus
menggeletar, kerana melakukan kebaikan atau kejahatan seberat atom. Di
sana ada hati-hati di dunia ini yang tidak bergoncang walau pun oleh dosadosa
dan ma'siat yang sebesar gunung dan tidak merasa apa-apa walaupun ia
telah bertindak menghancurkan kebaikan yang lebih teguh dari gunung.
Itulah hati-hati degil di bumi yang akan hancur-luluh pada hari hisab.
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 1
سورة الضحى

SURAH ADH-DHUHA
Surah Waktu Pagi
Surah (93) - Makkiyah - 11 ayat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( وَالضُّحَى ( 1
1. Demi waktu pagi.

( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى ( 2
2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.

( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia
murkakanmu.

( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dan dunia.
(
وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu
dan engkau tetap berpuas hati.
( أَلَمْ یَجِدْكَ یَتِيمًا فَآوَى ( 6
6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungankepadamu?
(
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى ( 7
7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatiinu dalam keadaan tiada
pedonian, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 2

( وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى ( 8
8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatunu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?

( فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ( 9
9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.

( وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ ( 10
10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.

( وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ( 11
11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.
(Latar belakang dan pokokpembicaraan)
Pokok pembicaraan surah ini, pengungkapannya dan pemandanganpemandangannya,
bayangan-bayangan dan nada-nada pernyataannya
merupakan suatu sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, suatu
belaian tangan yang belas kasihan yang menghilingkan sakit derita, suatu
tiupan bayu yang membawa kerehatan, kerelaan dan harapan di samping
mencurahkan rasa ketenteraman dan keyakinan. Semuanya itu adalah dituju
kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghibur dan mententeramkan hatinya.
Semuanya itu merupakan tiupan bayu rahmat, bisikan kasih, perdampingan
yang mesra, timangan-timangan kepada jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah
dan hati yang menderita.
Berbagai-bagai riwayat telah memberikan bahawa penurunan wahyu
telah putus seketika kepada Rasulullah s.a.w. Malaikat Jibril telah terlambat
membawa wahyu Allah kepadanya kerana itu kaum Musyrikin melancarkan
kempen bahawa Muhammad telah ditinggalkan Tuhannya! Lalu Allah
turunkan surah ini.
Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan
dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam
mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang
terik dalam menghadapi keingkaran. Dan merupakan angin sepoi bahasa
dalam cuaca panas menghadapi pendustaan kaum Musyrikin. Dengan inilah
Rasulullah s.a.w. dapat hidup dalam panas terik yang membakar yang
dialami beliau ketika menghadapi manusia-manusia yang liar, penderhaka
dan degil, dan ketika menghadapi tipudaya, gangguan dan penindasan yang
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________

Tafsir Fi Zilalil Quran 3
ditimpakan ke atas dawah, keimanan dan hidayat oleh pelampau-pelampau
kaum Musyrikin.
Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya,
keringlah matairnya dan sepilah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau
seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau
kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah
s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut.
Ketika itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat,
perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan:

( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”

( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”

( وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”
Yakni Tuhanmu tidak pernah sekalipun meninggalmu sebelum ini dan
tidak pernah sekalipun membiarkanmu dari limpah rahmat, naungan dan
perlindungannya.

( أَلَمْ یَجِدْكَ یَتِيمًا فَآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”

( وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”

( وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”
Tidakkah ini benar-benar berlaku dalam kehidupanmu? Tidakkah
engkau merasa kesannya dalam hatimu dan dalam realiti kehidupanmu?
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 4
Tidak, tidak.

( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu, dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
Yakni rahmat kebajikan-Nva tidak pernah putus darimu dan tidak
akan putus buat selama-lamanya.

( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
Yakni di sana terdapat balasan-balasan untukmu yang lebih besar dan lebih
sempurna:

( وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya)
kepadamu dan engkau tetap berpuas hati”
Turut bersama tiupan bayu hakikat ini ialah tiupan bayu yang lembut
yang terdapat dalam ungkapan-ungkapan ayat dan nada-nada
pernyataannya, juga dalam frem alam yang diletakkan hakikat ini iaitu
ungkapan:

( وَالضُّحَى ( 1
1. “Demi waktu pagi.”
( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi”
Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih
yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu
dendam yang halus:
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 5
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”
( أَلَمْ یَجِدْكَ یَتِيمًا فَآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”
Seluruh perasaan kasih mesra, kerelaan dan kerinduan itu adalah
mengalir dari suasana ungkapan yang seni, kata-kata yang lembut, dan irama
indah yang keluar dari ungkapan-ungkapan itu iaitu irama yang bergerak
dan melangkah tenang dan melahirkan gema yang halus dan sayu. Apabila
Allah hendak mengadakan satu frem bagi mengungkapkan perasaan kasih
sayang, rahmat yang tenang, kerelaan yang menyeluruh dan kerinduan yang
halus ini maka Dia telah memilih waktu pagi yang terang cemerlang dan
malam yang sunyi itu sebagai frem yang amat sesuai dengannya. Itulah dua
waktu yang paling jernih hening dan bening dari waktu-waktu siang dan
malam. Itulah dua waktu yang merangsangkan manusia melepaskan
menungan-menungan dan pengamatan-pengamatannya, merangsang
jiwanya berhubung dengan alam buana dan dengan Allah Penciptanya dan
mengarahkannya supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih-tasbih dan
dengan melahirkan perasaan yang gembira dan jernih. Allah telah
menggambarkan dua waktu itu dengan kata-kata yang sesuai.
( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.”
Yakni malam yang dimaksudkan di sini bukannya seluruh waktu
malam yang sepi dan gelap-gelita, malah yang dimaksudkan ialah waktu
malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan
yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 6
halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan
menumpang orang lain. Kemudian ia menyerlah tenang bersama waktu pagi
yang hening. Demikianlah warna-warna gambaran itu sesuai dengan warnawarna
fremnya. Dengan ini pengungkapan ayat-ayat ini menjadi begitu
serasi. Gubahan ungkapan yang cukup indah ini membuktikan bahawa al-
Qur’an itu dan gubahan Allah yang indah, tidak dapat ditandingi dan ditiru.
(Pentafsiran ayat-ayat 1 - 5)
( وَالضُّحَى ( 1
1. “Demi waktu pagi.”
( وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى ( 2
2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi”
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
( وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”
Allah S.W.T. telah bersumpah dengan dua waktu yang jernih hening,
dan menghubungkan di antara gejala-gejala alam dengan perasaan-perasaan
jiwa serta menyarankan kepada hati manusia satu bentuk hidup yang sedar
dan mempunyai hubungan saling mesra dengan alam yang indah dan
dinamis, yang bermesra dengan setiap yang hidup. Hati ini hidup dalam
hubungan penuh kemesraan dengan alam ini dan tidak lagi merasa sepi dan
dagang di alam ini Dalam surah ini kesan rasa kemesraan itu benar-benar
dirasai, seolah-olah Allah mahu menyarankan kepada Rasulullah s.a.w. dari
awal surah lagi bahawa Tuhannya telah melimpahkan rasa kemesraan di
sekeliling hidupnya di alam ini. ía bukannya terbuang dan terbiar dan bukan
pula sebatang kara
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 7
Dan selepas nienyampaikan saranan dari alam, maka secara langsung
Allah menekankan:
( مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى ( 3
3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia
murkakanmu.”
Allah tidak sekali-kali rnembiar dan membuangmu sebagaimana
dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan
merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah
hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada
Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu. Limpah
kurnianya kepadamu tidak kunjung putus. Balasan-balasan yang disediakan
untukmu di Akhirat adalah lebih balk dari limpah kurnia-Nya yang
diberikan kepadamu di dunia:
( وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى ( 4
4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”
Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir.
Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam
menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan
dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang
diperjuangkanmu. Semua itu merupakan masalah-masalah yang
merungsingkan Rasulullah s.a.w. sewaktu menghadapi kedegilan,
pendustaan, gangguan, tipudaya dan penghinaan kaumnya. Inilah maksud
dari ayat:
( وَلَسَوْفَ یُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ( 5
5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan
engkau tetap berpuas hati.”
(Pentafsiran ayat-ayat 6 - 8)
Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang
hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar
beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah
kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan
mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi
terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang
dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 8
( أَلَمْ یَجِدْكَ یَتِيمًا فَآوَى ( 6
6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى ( 7
7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?”
( وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى ( 8
8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?”
Lihatlah realiti hidupmu sekarang dan sejarah hidupmu di zamam
silam, pernahkah Allah meninggalmu, pernahkah Allah murkakanmu
walaupun sebelum engkau ditugas membawa agama ini? Tidakkah Allah
telah melindungimu semasa engkau yatim piatu? Tidakkah ia telah
menyelamatkan engkau dengan hidayat-Nya semasa engkau terumbangambing
dalam keadaan tiada pedoman’ Tidakkah Allah telah menutupkan
kemiskinanmu dengan pemberian-pemberian-Nya yang limpah?
Engkau telah dilahirkan yatim kemudian Allah telah memberi
perlindungan kepadamu menyebabkan semua hati sayangkanmu hingga hati
bapa saudaramu sendiri Abu Talib yang tidak seagama denganmu.
Dahulu engkau seorang miskin, lalu Allah kayakan dirimu dengan
sikap memada di samping mengayakanmu dengan usaha-usaha
perdaganganmu sendiri dan dengan harta isterimu Khadijah r.a. hingga
engkau terselamat dari perasaan merasa miskin dan dari perasaan ingin
berangan-angan untuk mendapat kekayaan yang wujud di sekeliling engkau.
Dahulunya engkau telah dilahirkan dalam masyarakat jahiliyah yang
penuh dengan kefahaman-kefahaman dan kepercayaan-kepercayaan yang
kacau-bilau, kelakuan-kelakuan yang sesat dan peraturan-peraturan yang
menyeleweng yang menyebabkan hatimu tidak tenteram, tetapi di waktu itu
engkau masih belum menemui satu jalan yang terang, jelas dan meyakinkan,
sama ada dalam tradisi jahiliyah atau dalam agama pengikut-pengikut Musa
dan ‘Isa a.s. yang telah mengubah dan meminda dasar-dasar agama mereka
dan menyebabkan mereka menyeleweng dari agama yang benar. Kemudian
Allah memberi hidayat kepadamu dengan agama-Nya yang benar yang telah
diwahyukan kepadamu, dan dengan sebuah sistem hidup yang
menghubungkan engkau dengan-Nya.
Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan
kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat
ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 9
dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada
tolok bandingnya. Ayat ini mungkin diturunkan dengan sebab penderitaan
jiwa yang dialami Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya keputusan wahyu,
dan semasa Rasulullah s.a.w. menerima berbagai-bagai cemuhan dan
penghinaan dari kaum Musynikin, dan sewaktu beliau merasa sepi dari
kekasih, lalu ayat ini turun untuk mengingat dan menenangkan beliau
bahawa Allah tidak akan meninggalkannya dalam kebingungan,
sebagaimana ia tidak meninggalkannya sebelum ini dalam keadaan
kebingungan dan tanpa pedoman.
(Pentafsiran ayat-ayat 9 - 11)
Sesuai dengan peringatan Allah yang menyebut kisah beliau diberi
perlindungan semasa hidup yatim piatu dan kisah beliau diselamatkan
dengan hidayat-Nya dan keadaan tanpa pedoman, dan seterusnya kisah
beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan
umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak
yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebutnyebutkan
ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya
terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:
( فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ( 9
9. “Oleh itu janganlah engkau hinakan anak yatim.”
( وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ ( 10
10. “Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.”
( وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ( 11
11. “Dan hendaklah engkau sebut ni’mat Tuhanmu.”
Arahan-arahan supaya memuliakan anak yatim dan melarang dari
menindas, menyakiti hati dan menghinakannya, juga arahan supaya
menolong orang-orang yang meminta pertolongan dengan cara yang lemahlembut
dan terhormat itu merupakan saranan-saranan yang paling penting
dari realiti keadaan masyarakat jahiliyah yang tidak berbudi dan tamak dan
tidak melindungi hak-hak orang yang lemah dan mempertahankan haknya
dengan kekuatan mata pedangnya. Kemudian Allah telah mengangkatkan
masyarakat ini melalui syari’at-Nya kepada masyarakat yang benar dan adil,
masyarakat taqwa yang tidak melampaui batas-batas yang digariskan Allah
dan masyarakat yang sentiasa melindungi dan membela hak-hak orang-orang
Tafsir Surah Adh-dhuha_______________
Tafsir Fi Zilalil Quran 10
yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan mata pedang untuk
mempertahankannya.
Menyebut-nyebut ni’mat Allah terutama ni’mat iman dan hidayat
merupakan salah satu dari cara melahirkan kesyukuran terhadap Allah yang
mengurniakan ni’mat itu. Dan cara melahirkan kesyukuran yang sempuma
ialah berbakti kepada para hamba-Nya. Itulah cara amali bersyukur dan
itulah kenangan ni’mat secara senyap yang berguna dan mulia.

Tuesday, August 19, 2008

zaman kegemilangan islam

Islam telah sekian lama dirundung malang dalam tangan ahli ilmuan yang lebih fasih tentang

dunia abad ke 11 dari abad ke 21 yang kita huni. Dan kita tidak boleh benarkan mereka

menenggelamkan konsep idea ijtihad ke dasar sejarah lama.


"wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha"

tidak pernah kah kita terbaca ayat ini. jika kita mampu menghafal satu lirik lagi dengan

mudah...tidakkah kita dapat mengingat sepotong ayat ini walaupun sedikit..masyaAllah

inilah yang berlaku kini..bilakah akan bermulanya zaman kegemilangan islam.Ah..masing-masing

masih menanti.melihat ke kiri dan kekanan..tengok apa?

siapa? wahai pejuang islam,kita telah diamanahkan oleh Rabb yang mempunyai kuasa seluruh

alam untuk mentadbir bumi ini dengan islam..kuasa yang paling kita patut takuti tetapi kenapa

kita masih takut dan gerntar kepada mereka yang langsung tidak mampu berbuat apa-apa. tidak

percayakah kita pada janji2 Allah.

"sekiranya kamu menolong agama Aku,maka Aku akan menolong kamu.."

jadi tidak perlulah kita menoleh lagi.memandang kebelakang.tetapi majulah kedepan..jangan

menunggu orang memanggil kamu, tapi bangkitlah dengan nama pejuang islam yang akan

membangkitkan islam. jadilah seperti As-syahid imam Hassan Al-Banna ataupun jadilah diri

kamu sendiri yang asalnya..fitrahnya adalah untuk menegakkan agama Allah

sahabat-sahabat,

jika bukan kita siapa lagi? jika bukan kita yang berilmu siapa lagi? mulakannla hari ini. kita

bentuk satu cita-cita dan impian dan kita laksanakn diatas panji Allah bahawa kita akan

selamatkan agama Allah.Takbir..Allahu Akhbar

supaya andai kematian menyapa kita maka kita akan tersenyum menyambutnya..insyaAllah

Arah tuju untuk menghargai konsep universal Islam memerlukan kita berhadapan dengan

bencana dalaman kita dan bergerak jauh dari keruntuhan dan bertekad membangunkannya.

Secara utama, ia menghendaki Muslimin sebagai individu dan masyarakat menuntut hak

menyumbang sebagai amanah dan tanggungjawab, sebagai orang yang beriman dan

berpengetahuan untuk menterjemah, mentafsir dan memahami berulang kali segala sumber

asas Islam. Untuk menyoal segala yang tersirat dalam perundangan Shar'ah, untuk menyatakan

bahawa sebahagian banyak intipati Fiqh adalah membahayakan dan 'obsolete.

berani atas nama kebenaran..

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design