Sunday, January 18, 2009

IIUM Sport carnival


Pejam celik akhirnya habis juga perlawanan basketball bagi brother and sister. Sebanyak -banyak ucapan terima kasih kepada semua yang membantu. Kepada umoires dan juga committes yang sangat commitment.

Tahniah buat team yang menang dan tahniah juga buat buat team yang kurang kayak untuk meneruskan permainan kerana masing-masing dah berusaha sedaya upaya.

Tapi maklumlah adat permainan ada menang dan kalah, apapun salam sayanglah buat semuan kawan2 yang selalu kene marah ngn saya.

Dan buat pemain basket juga mesti ramai yang terasa hati dengan saya. Pohon kemaafan dari hati. Semoga dengan adanya sukan nu dapatlah kita mengeratkan sillaturrahim kita.

Panjang umor kita jumpa lagi di lain masa. Bersukan-sukan juga tapi sembahyang jangan tinggal taw kawan-kawan. Sebab takkan berguna kita buat sesuatu pekerjaan itu jika kita tidak meletakkan Allah yang paling tinggi sekali.

See u all again ,wassalam

Demi palestin


Setitik darah orang islam pun tidak kami halalkan untuk jatuh dibumi ini dengan kezaliman. Wahai pejuang agama Allah..wahai jundullah..dimana kamu?Dimana keberanian kamu. Marilah,ayuhlah..bersatu dan tegakkan Islam. Disana, saudara kita di bom, diperkosa, dicincang hidup-hidup, disembelih tapi apa yang kita lakukan wahai sahabat?

Bangkitlah..bangkit dengan tenaga yang ada pada dirimu, bukan tanah yang kita perjuangkan, bukan harta yang kita kejar sekarang tapi bumi Ummat Islam, Masjidil Aqsa dan agama Islam yang kita pertahankan.

Ayuh..Dimana kalian. Yang dahulu bagai serigala bila bercakap dihadapan, yang umpama singa yang kelaparan saat ingin mendapatkan kekayaan, tapi kenapa bila tiba isu palestin kalian menghilang? hibanya kami, remuknya hati kami. Mereka bersendirian sahabat2 ku,mereka ditembak sahabat2ku. Dimana jihad kita?

Bumi palestin menangis, bumi palestin memanggil kita....Wahai pejuang Islam , kami menunggu kedatangan bala tentera kamu..

Adakah tegar kita membiarkan sahaja.? Masjidil Aqsa milik semua ummat islam.. Mereka syahid kerana menyelamatkan kita tapi apakah yang kita lakukan kini? Masih berkelahi sesama sendiri malah ada yang menyebar fitnah mengatakan demokrasi ini dibuat untuk meraih undi. Dimana kalian meletakkan akal kalian.

Kita tak punya masa untuk itu sahabat2..Anak2 palestine hilang kaki dan tangan, adakah kita masih mampu bergadu disini? Buang fikiran kolot sahabat2x dan marilah kita bersama-sama mencapai dan mempertahankan daulah Islamiyyah.
tidak kira apa jantina kita, muslimin ataupun muslimat, tapi bila seruan jihad datang maka pergilah berjihad. Jika kita masih menunggu orang lain maka akan terkuburlah Islam dihati masyarakat. Pedulikan apa yang mereka katakan ,kita punya Allah yang membantu kita dalam setiap tapak perjalanan jihad kita.

Semoga Islam akan tertegak semula dengan adanya insan2 yang rela berkorban demi agama Islam, yang rela mati dalam perjuangan Islam. Takbir.Allahu akhbar

Tuesday, January 13, 2009

pendakwah kah aku?

Pendakwahkah aku??

Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan
Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit
Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat
Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya
Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri
Kita – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami
Kita – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar
Kita – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam
Kita – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam

Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat
Kita – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah
Kita – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak
Kita – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam
Kita – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

Saturday, January 10, 2009

Seruan dari Hizbut Tahrir terhadap serangan Gaza

Oleh HTM
Jumaat, 02 Januari 2009 13:15
Bismillahirrahmanirrahim

Menggerakkan Tentera Untuk Memerangi Penyembelih Gaza Adalah Satu-Satunya Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Penguasa Dan Sekiranya Mereka Tidak Berbuat Demikian Maka Sesungguhnya Mereka Telah Mengkhianati Allah, RasulNya Dan Kaum Mukminin

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.

Sesungguhnya para penguasa ini telah melakukan jenayah besar dengan menjadikan masalah Palestin ini sebagai masalah orang Arab dan bukan masalah kaum Muslimin dan Islam. Mereka, sejak dari itu hanya menjadi pemerhati ‘neutral’ yang lebih condong untuk menyebelahi pihak musuh sehingga apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pihak musuh, sepertimana yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Mereka hanya memerhatikan sebuah demi sebuah jet musuh melakukan pengeboman, menghitung jumlah mereka yang cedera dan terkorban serta mengeluarkan kenyataan sekadar meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ - tidak kira samada mereka ini terlibat secara langsung atau tidak dalam pemboikotan Gaza - kesemua mereka meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’ yang sama. Malah penguasa Mesir (Mubarak) yang pada saat-saat sebelum bermulanya serangan, dari istananya, telah diugut oleh Livni dan pada hari berikutnya, tatkala berlaku serangan ke atas Gaza, Mubarak turut meluahkan ‘kesedihan’ dan ‘kutukan’!

Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Hari ini mereka menyeru pula agar diadakan pertemuan bagi ‘mengkaji’ apakah tindakan yang sebaiknya atas penyembelihan di Gaza, seolah-olah tindakan yang sepatutnya dilakukan merupakan sesuatu yang tidak maklum (oleh mereka). Ada yang menyeru diadakan pertemuan, ada yang menyeru kepada pertemuan menteri-menteri luar dan ada yang menyeru kepada Majlis Liga Arab – dan semua ini, seperti biasa, akan diikuti dengan perjumpaan, makan dan minum bersama, kemudian berakhir dengan (mengeluarkan) kenyataan dan bagi para pengikut syaitan, inilah ‘penentangan yang terbaik’!

Tidak cukup dengan itu, mereka mengalihkan pandangan mereka dan meminta tanpa malu kepada Majlis Keselamatan PBB, yang terdiri dari negara-negara yang pada hakikatnya bertanggungjawab membangunkan rejim Yahudi dan menyokongnya dalam menghancurkan Palestin, tanah yang penuh berkat. Mereka mempercayai dan mengharapkan tindakan dari negara-negara ini untuk membantu Palestin dan penduduknya!!! Amat buruklah apa yang mereka hukumkan!

Sesungguhnya tindakbalas yang sewajarnya ke atas penyembelihan Gaza adalah suatu yang sudah maklum dan jelas. Keputusan untuk bertindakbalas ini tidak memerlukan sebarang pertemuan atau perjumpaan bagi membahaskannya. Ia juga tidak akan datang dari keputusan negara-negara pembina dan penyokong rejim Yahudi - tidak sama sekali - sebaliknya ia hanya akan dapat dicapai dengan menggerakkan bala tentera kaum Muslimin dan mengumpulkan mereka yang berkemampuan untuk memikul persenjataan bagi memerangi rejim yang hina ini. Tidak ada penyelesaian selain dari ini dan para penguasa mengetahui hakikat ini, namun mereka (penguasa) ini hanya ibarat kepingan kayu yang hanyut dan mereka begitu hebat dalam penipuan dan penyesatan. Dilaknati Allah-lah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

Wahai Kaum Muslimin!

Berhati-hatilah dengan penipuan para penguasa ini. Janganlah kalian terpedaya dengan adanya demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka benarkan kerana sesungguhnya semua ini tidak membawa apa-apa makna. Seharusnya, kalian melangkah ke istana-istana mereka dengan kekuatan kalian memaksa mereka untuk menggerakkan tentera bagi memerangi rejim penyembelih ini.

Dan kalian wahai para tentera kaum Muslimin! Tidakkah kalian rindu kepada salah satu dari dua kemuliaan (syahid atau kemenangan)? Bagaimanakah kalian bisa berdiam diri tatkala saudara-saudara kalian dibunuh? Apakah penguasa yang sanggup menjual deen-nya untuk dunia, bahkan untuk dunia orang lain, dapat menghalang kalian dari membantu saudara-saudara kalian, walhal kalian mempunyai kekuatan?

Ya Allah! Ya Allah! Wahai Para Tentera!

Hizbut Tahrir menyeru kalian agar menuju kepada kemuliaan dunia dan akhirat! Pertolongan adalah dari Allah dan kemenangan yang hampir atau syurga yang keluasannya seluas langit dan bumi disediakan untuk mereka yang bertakwa. Wahai para tentera,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Inilah bagaimana seharusnya pertolongan diberikan kepada penduduk Gaza dan inilah tindakbalas yang sewajarnya untuk penyembelih Gaza. Inilah juga cara untuk memecahkan pemboikotan ke atas Gaza dan dengan cara inilah juga Allah akan mengubati hati-hati kaum Mukminin.

“Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah Allah” [TMQ al-Anbiya’ (21):106].

Ya Allah! saksikanlah sesungguhnya kami telah menyampaikan.

1 Muharram 1430 (28hb Disember 2008)
HIZBUT TAHRIR
*Seruan ini adalah terjemahan dari Bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir kepada seluruh dunia
Last Updated ( Jumaat, 02 Januari 2009 13:18 )

Tuesday, January 6, 2009

Sembilan anggota tentera Yahudi maut, tetapi kerajaan enggan mengesahkan

BANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu.
ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas � yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi 'tenang dan aman' di selatan negara berkenaan.

Penduduk di bandar utama wilayah berkenaan melaporkan pengeboman dari arah darat dan udara, menyebabkan asap tebal menyelubungi ruang udaranya dan api menerangi kegelapan malam di daerah utara Zeitoun, tempat pertempuran paling sengit.

Dalam kenyataan pertamanya bagi mengakui pertempuran di jalan raya Gaza di antara Israel dan Hamas, pihak tentera menyatakan pasukan udara dan artilerinya turut 'membantu pasukan darat dengan melancarkan serangan ke atas kawasan Hamas yang digunakan sebagai tapak pelancaran roket.'

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sesetengah penduduk diberi amaran oleh askar Israel menerusi mesej yang dirakam dalam bahasa Arab bahawa mereka akan memusnahkan Hamas dan 'kami akan menggunakan apa juga cara untuk melakukannya.'

sahabat2 berdoalah agar mereka diberi kekuatan yang tak pernah ditemui oleh tentera kafir.kekejaman mereka semakin menjadi dan kita sebagai saudara islam tidak akan membiarkan.majulah wahai jundi-jundi Islam .Ayuh kita musnahkan mereka.

dipetik dari akhbar berita harian
tarikh 7 januari 2009
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design