Thursday, April 23, 2009

kembara hidup~


Perjalanan ini, kita mulakan dengan niat untuk menjadi baik..
Melangkah dengan penuh harapan, agar dibalas dengan penuh keindahan..
Tanpa kita sedar, jalan yang dipilih bukan mudah untuk dilalui..
Ramai yang sudah tersungkur, walaupun belum sempat kakinya melangkah..

Bila kita berjalan, kita akan dipandang sepi..
Bila kita berlari, kita akan dikeji..
Bila kita berkata, kita akan dikata..
Bila kita terjatuh, kita akan dikutuk..
Bila kita mendekati, mereka akan menjauhi..

Alangkah meruntunnya hati ini..
Bila kita berkorban mengharapkan yang terbaik..
Kita dihamburkan dengan kata-kata nista..
Beban amanah ini belum pun bisa tertanggung, kita dihambat pula dengan jutaan sesalan..

Arkhhh…
Tiba-tiba, kita berkata…

Susahnya menjadi baik…

Rasanya seperti ingin melepaskan diri..
Membiarkan ia bebas terbang tanpa ikatan..
Hati ini mula merapuh..
Pendirian kini mula terombak..

Semakin lemah kaki melangkah, semakin lesu hati berkata, semakin mata kita berkaca…
Tiba-tiba, suatu suara memberitahu satu cerita..

La tahzan.. la tahzan.. la tahzan..

Kata-kata yang memberi seribu makna kembali menyegarkan jiwa..
Lantas kini, kaki kita terpasak teguh berdiri..
Hati ini meragut kembali sejuta misi..
Kembali dengan wajah sama, tetapi semangat seribu ganda..
Mereka yang memandang mula bertanya..

Kenapa? Mengapa?

Maka berkatalah kita sang setia..
Kami adalah insan yang PEDULI..

Thursday, April 9, 2009

Wahai saudaraku bergelar Wanita..
Kata-kataku ini ku titipkan khas buat mu..

Engkau di gelar Wanita
Kerana engkau adalah mulia
Engkau di gelar Wanita
Kerana engkau adalah istimewa

Saudaraku..Wanita.
Engkau di lahirkan sebagai Muslimah
Engkau adalah insan terpilih
Tapi adakah engkau sedar
Tugas Muslimah bukan hanya sekadar melafaz syahadah
Bukan hanya mendirikan solat
Bukan hanya menunai zakat
Bahkan lebih daripada itu
Lebih daripada itu..

Aku sedih melihat perilaku mu
Aku sedih melihat akhlak mu
Aku sedih melihat gelagat mu

Apakah erti maruah dalam kamus hidup mu?
Sehingga aku rasakan engkau masih tidak mengerti makna sebenar perkataan itu..

Setinggi manakah maruahmu kau sorokkan dalam simpananmu?
Sehingga aku rasakan mudah saja mana-mana lelaki mencapainya walau tanpa banyak usaha

Semahal manakah maruah yang kau pertahankan itu?
Sehingga aku rasakan sesiapa sahaja boleh memilikinya walupun tanpa membayar apa-apa

Ingatlah..
Tangan mulus mu itu
Jangan kau biaran ia di pegang
Oleh yang bukan empunya

Ingatlah..
Wajahmu yang cantik itu
Jangan kau biarkan ia di sentuh
Oleh yang bukan empunya

Ingatlah..
Diri mu adalah harta
Harta yang amat tinggi nilainya
Harta yang tidak terbayar oleh apa-apa
Melainkan mahar
Yang menjanjikan redha-Nya

Jagalah dirimu wahai wanita
Jagalah hartamu wahai wanita

Kerana aku sayu
Melihat mudahnya Hartamu itu kau jaja..

Aku sayangkan engkau
Saudaraku..Wanita.
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design