Lelaki soleh adalah istilah yang agak asing bagi kebanyakan orang pada hari ini. Bagi mereka yang biasa dengan dakwah dan tarbiyah, lelaki soleh adalah pilihan yang terhad kerana mendapat gelarnya sudah cukup menghiburkan hati. Apatah lagi di akhir zaman, ketika ramai orang lelaki yang mengejar keindahan dunia, slogan lelaki soleh bertambah asing dan jauh daripada fikiran. Wang lebih dekat di hati berbanding keinginan untuk membentuk peribadi lelaki soleh. Namun, pilihan untuk menjadi lelaki soleh atau tholeh terletak pada keinginan setiap lelaki kerana sememangnya mereka diberi pilihan untuk berbuat demikian.
“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
(Surah Asy Syams ayat 7 hingga 10)
Abu Muhammad Jibril, penulis buku “Karakteristik Lelaki Shalih” menceritakan secara panjang lebar mengenai lelaki soleh dari pelbagai sudut. Satu petikan yang menarik dari beliau ialah;
“Lelaki seperti apa yang dicadangkan untuk menjadi seorang bapa yang soleh, atau rahim perempuan yang mana mesti dipilih sebagai tempat tinggal pertama generasi yang soleh? Tentu jawapan yang dikehendaki Islam ialah calon bapa yang soleh dan rahim perempuan yang suci, sementara kesucian rahim mustahil terdapat pada perempuan yang tidak solehah.”
Justeru, pilihan untuk membentuk watak dan personaliti lelaki, perempuan, keluarga dan masyarakat soleh terletak pada pilihan yang asas iaitu calon lelaki soleh mesti mengahwini calon perempuan solehah. Ini syarat paling sesuai untuk membentuk keluarga soleh. Telah tercatat bahawa dunia ini akan diwarisi oleh mereka yang taat, tunduk dan patuh kepada Rab yang Esa.
“Sesungguhnya telah Kami tulis di dalam Zabur (kitab-kitab yang kami turunkan) sudah tercantum (pada Lauhul Mahfuz) bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.”
(Surah Al Anbiya’ ayat 105)
Soalan yang masih berlegar-legar di fikiran kita ialah siapa yang dicatat sebagai “hamba-hambaKu yang soleh” itu? Apakah mereka masih wujud pada zaman moden hari ini?
Abu Muhammad Jibril memberi gambaran dan contoh yang jelas tentang salah faham mengenai watak lelaki soleh dalam masyarakat. Gambaran watak yang terpesong ini telah terpahat dalam benak sebahagian masyarakat Islam yang masih menganggap ciri-ciri lelaki soleh adalah begini dan begitu.
Ciri yang salah, pertama ialah menganggap orang-orang yang asyik berzikir, menghitung biji tasbih beribu-ibu setiap hari hingga lupa peranannya dalam masyarakat. Keyakinan golongan ini ialah dengan berzikir begitu mereka akan mencapai taraf “wali Allah.” Lebih teruk lagi mereka ini malas bekerja untuk mencari nafkah kerana menganggap rezeki akan turun dari langit.
Kedua, orang yang memiliki serban besar, berjubah panjang dan memegang jawatan-jawatan utama agama tetapi masih suka berkhidmat dengan kerajaan yang menentang undang-undang Allah swt. Menurut Abu Muhammad Jibril, lelaki jenis ini tidak termasuk dalam terminologi Islam sebagai lelaki soleh.
Ketiga, sarjana-sarjana muslim profesional di universiti dan institusi pengajian tinggi. Bagaimana kehidupan peribadi dan keluarga mereka? Kita boleh lihat dan nilai sendiri?
Lelaki soleh zaman sekarang tidak lagi boleh ditunjuk sepertimana zaman para sahabat. Ketika itu, lelaki paling soleh di dunia, Rasulullah saw, dapat menyatakan watak lelaki soleh dan menerangkan dengan terperinci ciri-ciri kesolehan berkenaan. Malah boleh pula menetapkan sahabat-sahabat tertentu telah kedengaran bunyi tapak kasut di syurga seperti mana yang diisyaratkan kepada Bilal bin Rabbah. Inilah potret lelaki soleh yang jelas untuk kita nilai. Bilal adalah tukang azan dan namanya diabadikan sehingga kini setiap kali muazzin memanggil untuk azan. Dan sahabat ini adalah calon ahli syurga. Penghuni syurga adalah calon yang mengikut penilaian Allah swt, bukannya penilaian manusia.
Justeru itu, golongan pertama, kedua dan ketiga tidak menjadi jaminan sebagai lelaki soleh menurut penilaian Allah swt. Dibandingkan dengan Umar bin Khattab r.a, seorang khalifah yang berjiwa keras tetapi mampu menjadi pemimpin, mempunyai akhlak yang mulia dan juga termasuk dalam golongan lelaki soleh. Walau bagaimanapun ada berita gembira yang dinyatakan oleh Rasulullah saw mengenai kedatangan lelaki (lelaki-lelaki) soleh pada setiap kurun bagi membawa pengislahan dalam masyarakat.
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan buat umat ini pada setiap permulaan seratus tahun, orang yang memperbaharui urusan agamanya.”
(Riwayat Abu Hurairah)
Yusuf Al Qardhawi (2000) mentafsirkan ungkapan “orang” dalam hadis ini sebagai individu dan kolektif. Contoh individu ialah Umar Abd. Azizi, Imam As Syafie dan Imam Al Ghazali. Manakala beliau sendiri lebih cenderung untuk memilih kolektif kerana boleh jadi mujaddid tersebut wujud dalam bentuk satu jemaah dakwah, tarbiyah atau jihad.
Ada di kalangan pemimpin umat Islam pada hari ini masih terkapai-kapai untuk menerapkan Islam dalam pelaksanaan pentadbiran mereka, tetapi tetap tidak berjaya. Perkara ini menarik perhatian Abu Muhammad Jibril untuk melihatnya dari perspektif yang berbeza.
“Sedangkan tokoh-tokoh masyarakat muslim hari ini rata-rata hanya menjadi pelengkap penderita daripada sistem jahiliyah moden. Mereka diberi kebebasan palsu untuk berbicara tentang Islam tetapi tidak boleh keluar daripada cengkaman musuh.”
Kenyataan ini keras tetapi ada hakikatnya. Abul A’la Maudidi (1970) dalam huraian yang sangat menarik melalui buku Dasar-Dasar Islam, beliau menekankan betapa aqidah adalah prasyarat membentuk jiwa muslim yang benar dan mantap. Perjalanan hidup umat bermula dengan hati kerana hati manusia adalah sumber semua tindakan dan penentu sikap dalam kehidupannya.
“Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kekuatan hati ini ialah ia menjadi titik pusat dan sumber kekuatan mental dan fizikal untuk berfikir dan beramal.
Pembentukan lelaki soleh memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang rapi. Ia tidak muncul dalam angan-angan dan cakap-cakap kosong tetapi mesti dilalui secara realiti. Keteguhan dan kesabaran hati menjadi nadi kepada watak lelaki soleh. Perincian lebih lanjut menjadikan lelaki soleh dibahagikan kepada dua iaitu skala kecil dan skala besar.
1. Skala kecil
Ukuran kecil di sini ialah minimum iaitu melaksanakan keperluan minimum perintah-perintah dan kewajipan syarat seorang muslim. Dari Jabir, katanya Rasulullah saw didatangi oleh Nukman bin Qauqal, katanya, ”Harap penjelasan tuan, apabila saya mengerjakan sembahyang yang wajib, dan menghalalkan yang halal serta mengharamkan yang haram, maka apakah mungkin saya masuk syurga? Jawab Rasulullah, “Ya.” (Riwayat Muslim).
Melaksanakan Rukun Iman dan Rukun Islam sudah cukup bagi melayakkan seorang muslim untuk mendapatkan syurga Allah swt. Terlalu mudah bagi mereka yang amalannya sedang-sedang dan tidak mahu bersusah-payah. Darjat lelaki soleh pada skala inipun sudah dikira baik kerana jaminannya pun syurga.
Di samping lengkap pengetahuan dan amalan mengenai tauhid, melengkapkan diri dengan ilmu fiqah menjadikan lelaki soleh skala kecil terpelihara daripada melaksanakan hal-hal yang boleh merosakkan amalan sehariannya. Kitab Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Orang Soleh) oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakar (1993) menghuraikan dengan panjang lebar mengenai bersuci, solat, zakat, puasa, haji dan jual beli supaya lelaki soleh tidak terlepas pandang dalam setiap amalan mereka. Ilmu fiqah menyinarkan kembali wajah mereka dengan sinaran air wudhuk dan memperelokkan akhlak melalui ketertiban tingkah laku.
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.”
(Surah Al Baqarah ayat 208)
2. Skala besar
Kunci utama lelaki soleh skala besar ialah taqwa. Darjat taqwa adalah nilaian utama Allah swt kepada umat Islam. Taqwa menukar taraf yang rendah ke peringkat paling mulia sehingga dimuliakan oleh Allah swt.
“Semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.”
(Surah Al Hujerat ayat 13)
Taqwa adalah lambang jiwa yang suci, murni dan bersih. Ini adalah kerana taqwa dibangunkan dengan pembersihan jiwa dan penyucian hati (Ashaari Muhammad, 1990).
Taqwa sangat berkaitan dengan aqidah.
”Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).”
(Surah Al-An'aam, Ayat 122)
Aqidah adalah ruh bagi setiap orang, umpama cahaya yang menerangi kegelapan dan kesesatan. Aqidah juga adalah sumber dari rasa kasih sayang yang terpuji, tempat tertanamnya perasaan yang indah dan luhur, juga sebagai tempat tumbuhnya akhlak yang mulia dan utama (Sayid Sabiq,1978).
Golongan skala besar seperti juga pada namanya, mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Mereka ini menjadi pemimpin dalam masyarakat, penunjuk jalan, meletakkan keutamaan untuk menyebarkan risalah tauhid ke seluruh dunia dan berusaha mendapat keredhaan Allah swt. Sesuai dengan peranan mereka, ujian dan cabaran juga hebat. Besarnya cabaran ini bersesuaian dengan kekuatan yang mereka miliki.
Contoh cabaran terbesar lelaki soleh ialah peristiwa Nabi Ibrahim a.s dibakar di dalam api oleh Namrud. Ketabahan, keyakinan dan kesabaran membantu baginda a.s untuk cekal berhadapan dengan watak yang sangat zalim dan tanpa ada rasa perikemanusiaan. Kejayaan terbesar dalam merencana gerakan Islam kesan dari kesolehan iman dan akhlak ialah melatanya dakwah Islam dan kekal ke hari ini walaupun ada masa jatuh dan bangunnya.
”Tidak Kami utus engkau Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
(Surah Al Anbiya’ ayat 107)
Sifat yang menjadi asas kepada pembentukan lelaki soleh skala besar ialah empat sifat yang ada pada Rasulullah saw iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Mereka yang hebat dapat menguasai kesemua empat sifat ini. Bagi yang baru hendak menjadi dan sedang merancang menjadi hebat, belajar untuk memahirkan diri dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah akan membantu hajat mereka.
Kehadiran lelaki soleh adalah untuk membaiki, membawa rahmat dan kejayaan kepada umat. Kerosakan akhlak dalam masyarakat, pemimpin yang angkuh dan sombong serta ketidakadilan sosial dan ekonomi akan lenyap bersama kemunculan lelaki-lelaki soleh yang menjadi pendokong kepada kebangkitan umat.
Pembinaan watak lelaki soleh sangat bertaut dengan tema ”Islam sebagai satu cara hidup.” Allah swt menciptakan sistem hidup yang lengkap dengan peraturan dan amalan melalui RasulNya supaya umat dapat merasai kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
Islam adalah satu sistem atau satu cara hidup yang dibentuk berasaskan ilmu, berbanding sistem lain di mana cara hidup manusia berasaskan kejahilan dan kekurangan oleh kerana ianya sistem yang dihasilkan oleh manusia (Syarifuddin Muhammad et.al). Islam adalah agama yang datang dari Allah swt manakala agama-agama lain yang bikinan manusia berdasarkan persepsi sendiri dan ada yang telah diubah suai selaras dengan kepentingan masing-masing.
”Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.”
(Surah Ali Imran ayat 19)
Lelaki soleh boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Ada yang kehadiran mereka disedari dan ada yang tidak. Yang disedari adalah lebih baik kerana dapat membuat perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat. Yang lebih baik lagi ialah mereka mencetuskan perubahan peradaban seperti falsafah, perubatan, matematik, farmasi dan kimia, astronomi, bahasa, sejarah, sosiologi dan budaya. Sumbangan kesolehan dalam falsafah umpamanya seperti Abu Ishak Al Khindi. Beliau menghasilkan 231 judul buku dan diangkat sebagai ahli falsafah Arab yang terkenal. Ibnu Sina adalah tokoh yang alim dalam perubatan dan bukunya masih lagi menjadi rujukan dalam bidang perubatan. Ibnu Khaldun yang terkenal dengan buku ”Muqaddimah” adalah seorang tokoh dalam bidang sosiologi.
Ramai lagi yang terlibat dalam pelbagai bidang dan mereka sangat alim dalam bidang yang diterokai. Tokoh-tokoh ini, kalau dilihat gambar atau potret mereka, ada yang memakai jubah, berserban dan berjanggut panjang. Keadaan ini tidak sedikitpun menghalang mereka untuk maju dalam bidang masing-masing malah menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Justeru, tidak ada gelaran yang tepat bagi lelaki soleh kerana banyak panggilan yang digunakan seperti ”orang-orang yang beriman,” ”orang-orang yang berakal" dan ”haunan".” Tanda atau bukti orang-orang yang baik memang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya yang terpilih ini. Tanda ini dapat dilihat dari keperibadiannya, ia dapat dilihat sewaktu mereka berjalan di muka bumi dengan sifat yang diistilahkan oleh al quran sebagai ”haunan” (Nik Abd. Aziz,1996). Haunan di sini ditafsirkan sebagai tenang.
Gambaran lelaki soleh ialah seorang yang dinamik, aktif dan menyumbang kepada pembangunan umat manusia. Pada masa yang sama, kehidupannya terikat dengan tauhid dan panduan hidup sebagai hamba Allah. Peribadi dan akhlaknya terpuji sebagai refleksi perhambaan yang maksimum kepada Tuhannya.
Lelaki soleh jika boleh dicari, adalah seperti ”siangnya adalah singa, malamnya adalah ’abid.” Siangnya dia akan bekerja bersungguh-sungguh supaya setiap masa yang dilalui akan membawa manfaat. Berusaha supaya hidup akan berubah, membawa kebaikan kepada masyarakat umum dan tidak mensia-siakan anugerah sihat yang diberikan. Manakala malamnya seperti ’abid bererti mengambil sebahagian dari masa tidur untuk ”bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka” iaitu melaksanakan qiamullail (Nik Abd. Aziz,1996).
Menjadi lelaki soleh bukannya dengan berangan-angan tetapi memerlukan usaha untuk memperbaiki dan mentarbiyah akhlak dengan keutamaan-keutamaan dan kesempurnaan sejak awal (Hasan Al Banna,1998).
Pembentukan lelaki soleh, seterusnya keluarga soleh adalah menyahut nasihat dan peringatan Allah swt supaya umat terhindar dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.
”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan olehNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah At Tahrim ayat 6)
Rujukan
Abu Muhamad Jibril Abdurrahman.1999. Karakteristik Lelaki Soleh. Yogyakarta : Wihdah Press.
Abul A’la Maududi.1970. Dasar-Dasar Islam. Bandung : Penerbit Pustaka. Karya terjemahan.
Ashaari Muhammad.1990. Renungan Untuk Mengubah Sikap. Kuala Lumpur : Penerangan Al Arqam.
Hasan Al Banna.1998. Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin. Solo : Era Intermedia. Karya terjemahan.
Mahmud Yunus.1973. Tafsir Quran Karim. Djakarta : P.T. Hidakarya Agung.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.1996. Pemisah Antara Iman dan Kufur. Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers.
Sayid Sabiq.1978. Aqidah Islam. Bandung : Diponegoro. Karya terjemahan.
Syarifuddin Muhammad et.al. (Tahun tidak dinyatakan). Manhaj Islam Hadhari : Konsep dan Metodologi. Kuala Lumpur : Pusat Kajian dan Pembangunan Manhaj Islam Hadhari.
Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al Husaini.1993. Kifayatul Akhyar (Kelengkapan Orang Soleh). Bahagian pertama. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd. Karya terjemahan.
Yusuf Al Qhardawi.2000. Berita-Berita Gembira Tentang Kemenangan Islam. Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers. Karya terjemahan.
Saturday, March 6, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Bumi yang kering kontang
cuba kita perhatikan keadaan bumi yang kering ini?
apa yang dapat sahabat-sahabat nampak??
yang aku nampak hanya kekosongan..dataran yang panas dan kering..lalu aku mancari wahyu-wahyu Allah yang dahulu diturunkan dan disampaikan oleh Rasul kita. sebagai bukti terhadap setiap perkara yang kita cari, jawapannya ada di dalam al-Quran
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergiliran malam dan siang, dan kapal yang berlayar di lautan dengan membawa sesuatu yang bermanfaat bagi manusia, begitu pula air yang diturunkan oleh Allah dari langit (awan) yang dengannya Allah berkenan menghidupkan bumi setelah kematiannya dan Allah memperkembangbiakkan di sana segala jenis makhluk yang melata, dan juga pengaturan angin, awan yang ditundukkan berada di antara langit dan bumi, [itu semua] benar-benar mengandung pelajaran tentang bukti-bukti [kekuasaan Allah] bagi orang-orang yang menggunakan akalnya.” (QS. al-Baqarah : 164).
Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Allah menurunkan dari langit air [hujan] maka Allah menghidupkan bumi dengannya setelah kematiannya, sesungguhnya pada hal itu terdapat bukti kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mendengarkan.” (QS. an-Nahl : 65).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Tidakkah engkau lihat bahwa Allah menurunkan air hujan dari langit kemudian jadilah bumi itu menghijau dengan tanaman-tanaman, sesungguhnya Allah Maha halus lagi Maha mengetahui.” (QS. al-Hajj : 63).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan Kami turunkan dari langit air yang bersih lagi suci yang dengannya Kami akan menghidupkan negeri (tanah) yang mati dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk kami, binatang-binatang ternak, dan manusia yang banyak. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia agar mereka mengambil pelajaran (daripadanya), akan tetapi kebanyakan manusia enggan kecuali mengingkarinya.” (QS. al-Furqan : 48-50).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Di antara bukti kekuasaan Allah adalah Allah memperlihatkan kepada kalian kilat untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Allah menurunkan air hujan dari langit maka dengan air itu Allah menghidupkan bumi setelah matinya, sesungguhnya di dalam itu semua terkandung bukti kekuasaan Allah bagi kaum yang mempergunakan akalnya.” (QS. ar-Ruum : 24).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan Kami turunkan dari langit air hujan yang penuh dengan berkah yang dengan itu Kami tumbuhkan pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam.” (QS. Qaaf : 9).
sahabat-sahabat yang aku kasihi kerana Allah..Bicara kita kali ini merupakan analogi daripada ayat suci al-Quran diatas. selepas aku membacanya dan memahami maksudnya, terasa ingin menitis air mata ini. kerana apa???
kerana kering kontangnya bumi diHATIku..sahabat-sahabat..HATI merupakan bumi kita..HATI merupakan tanak kita..tetapi sedarkah kita bahawa bumi kita itu semakin kering kontang kerana tidak mendapat air? jika bumi tidak mendapat hujan, bumi akan menjadi kering kontang, tanaman akan mati malah tanah pula akan menjadi semakin keras dan berkerak. Akhirnya meyebabkan seluruh penduduk di bumi ini mati.
Ya Allah..besar sungguh petunjuk Mu..sahabat-sahabat..begitu juga dengan hati kita..Jika kita jarang sekali menangis bertaubat kepada-Nya , maka bumi kita iaitu HATI akan menjadi semakin kering dan akhirnya HATI tersebut akan mati dan seterusnya menjadi keras sehingga merosakkan segala isi dan anggota lain. Tetapi jarang sekali kita mengambil pengajaran dari wahyu-wahyu ALLAH.
Aku adalah antara pemilik HATI yang kering itu..Yang hanya menyirami bumi ku saat aku benar2 memerlukan. Yang hanya menghidupkan bumiku saat segalanya hampir musnah. Aduhai bumiku..maafkn aku kerana aku baru menyedari bahawa aku patut menjaga mu kerana kau yang akan memberi kan aku sebuah kehidupan yang sempurna.
Apabila ‘kemarau’ melanda hati manusia
Ibnu al-Qayyim rahimahullah mengatakan, “Kemarau yang melanda hati adalah kelalaian. Kelalaian itulah hakikat kekeringan dan kemarau yang menimpanya. Selama seorang hamba tetap mengingat Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya niscaya hujan rahmat akan turun kepadanya sebagaimana layaknya air hujan yang terus menerus turun. Namun, apabila ia lalai maka ia akan mengalami masa kering yang berbanding lurus dengan sedikit banyaknya kelalaian yang terjadi padanya. Dan apabila ternyata kelalaian telah berhasil menjajah dan menguasai dirinya maka jadilah ‘buminya’ itu hancur dan binasa…” (Asrar as-Shalah, hal. 4).
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sungguh celakalah orang-orang yang hatinya keras kerana tidak pernah mengingat Allah, mereka itulah orang-orang yang berada di dalam kesesatan yang amat nyata.” (QS. az-Zumar : 22).
Ketika menafsirkan ayat di atas, Syaikh as-Sa’di rahimahullah mengatakan, “Bahwa orang-orang semacam itu tidak melembut hatinya untuk menerima [ajaran] Kitab-Nya, tidak mahu mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya, serta tidak merasa tenang dengan berdzikir kepada-Nya. Bahkan hatinya selalu berpaling dari Rabbnya dan condong kepada selain-Nya. Maka mereka itulah orang-orang yang layak untuk mendapatkan kebinasaan yang amat sangat dan keburukan yang sangat besar.” (Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 722).
Kemarau di hati akan menyumbat air mata taubat membasahi pipi
Saudaraku sekalian -semoga Allah menambahkan kepada kita keyakinan kepada-Nya- apabila kita cermati lagi kedudukan hati kita barangkali keterangan dari ayat-ayat, hadits, dan ucapan para ulama yang kami nukil di atas akan menyadarkan kita bahwa salah satu sebab pokok jauhnya manusia dari jalan kebenaran dan sosok ideal pengikut jalan hidup para salafush shalih adalah karena jauhnya keadaan kita dari kondisi hati orang beriman yang sesungguhnya.
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah orang-orang yang apabila disebutkan (nama) Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya bertawakal kepada Rabb mereka.” (QS. al-Anfal : 2).
Syaikh as-Sa’di rahimahullah mengatakan ketika menerangkan kandungan ayat ini, “Ayat ini juga menunjukkan bahwa sudah semestinya setiap hamba menjaga kondisi imannya dan berusaha untuk menumbuh-kembangkan iman itu di dalam dirinya. Dan cara paling utama untuk bisa mewujudkan hal itu adalah dengan merenungkan Kitabullah ta’ala dan memperhatikan kandungan makna-maknanya.” (Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 315).
Inilah realita yang menimpa kebanyakan manusia! Mereka jauh dari Kitabullah dan hanyut dalam urusan dunia mereka. Sehingga menyebabkan hati mereka keras dan mata mereka sedikit sekali meneteskan air mata taubat dan penyesalan atas dosa-dosanya. Inilah musibah besar yang dikeluhkan Rasulullah kepada Rabbnya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan berkatalah rasul; ‘Wahai Rabbku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur’an ini sesuatu yang tidak diacuhkan.” (QS. al-Furqan : 30).
Maka jadilah hati mereka kering kerontang, malas menjalankan perintah agama, sedikit menangisi dosanya, bahkan merasa bangga dengan gaya hidup ala penduduk neraka. Laa haula wa laa quwwata illa billaah! Inilah keasingan ajaran Islam yang menimpa kaum muslimin dewasa ini; ketika cengkeraman Yahudi dan bala tentara Iblis tengah bekerja untuk menghabisi nyawa umat ini dan berusaha meluluhlantakkan benteng pertahanan mereka. Di manakah kita berada?
Apakah kita termasuk boneka Yahudi dan Iblis ataukah pengikut setia ajaran Kitabullah ta’ala? Semoga Allah melindungi kita dan melimpahkan taufik-Nya kepada kita. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangatlah lemah…
sahabat -sahabat -rasanya aku ini tidak layak langsung berbicara soal hati kerana HATIku sendiri kerasnya seperti batu. . Apabila ku hayati semula..semestinya orang akan berfikir yang blog ini dibuat oleh insan yang HATInya sering kali mengingati TUHANnya. tapi teryata ..sahabat2 itu telah salah. Aku adalah insan yang sedang belajar untuk mencari diriku.. Yang sedang belajar dan mengajar HATIku untuk mencintai Illahi..
.............rasanya aku tidak dapat lagi mengulas tentang HATI.. kerana tidak layaknya diriku ini..Maaf atas segala kekhilafan diri..Ambillah yang baik sebagai teladan suri hidupmu dan buanglah yang buruk dan jangan sesekali sahabat-sahabat contohi..Aku berdoa semoga kalian dapat memiliki hati seindah hati penghuni syurga..Cantik dan berkilaunya seperti mutiara..
sumber :http://abu0mushlih.wordpress.com
diulas semula: ummu muthiah
Labels:
Inspiration
Wednesday, January 6, 2010
Heart 2 Heart
TO ALL MECHATRONICS ENGINEERING STUDENTS, YOU ARE INVITED TO ATTEND HEART 2 HEART PROGRAMME
ATTENDANCE WILL BE CREDITED TO CO-CURICULAR ACTIVITY (star)
Host: Department of Mechatronics Engineering, Kulliyyah of Engineering, IIUM
Date: Thursday, January 7, 2010
Time: 8:00pm - 10:00pm
Location: AUDI A, E2 LEVEL 1, IIUM GOMBAK
Objectives:
• To provide a platform for Mechatronics lecturers and students to discuss study problems and other related issues.
• To create a closer bond between Mechatronics lecturers and students.
• To bridge the gap between the seniors and juniors of Mechatronics students.
• To guide students towards realizing the vision of the university.
Labels:
mechatronic itu "best"
Tuesday, January 5, 2010
andai New year yang lalu kiamat buat kita..
Kiamat..
perkataan yang tidak asing lagi di mulut manusia.
biarpun datang dari negara yang berbeza
biarpun berlainan agama
tetapi aku yakin semua meyakini bahawa kiamat itu pasti berlaku.
jika bukan hari ni, mungkin esok.mungkin lusa dan seterusnya.
seperti tersedar dari lamunan selepas aku mendengar ceramah dari Mdm Zuraida
nama ini sudah tentu tidak asing lagi bagi pelajar jurusan kejuruteraan di International Islamic University Malaysia
seorang pensyarah yang bagi diriku sangat berdedikasi
mengutarakan dan mengemukakan pendapat melalui pengalaman diri
dan beliau adalah antara insan yang mengembalikan semula jati diriku
saat aku terkapai dalam pilihan yang bercelaru
seperti biasa aku akan masuk ke kuliyyah, mendengar celoteh dan nasihatsetiap pensyarah termasuk beliau
setiap kali memulakan kelas, beliau akan berkongsi sesuatu.
dan hari ni , aku menjadi sangat takut dengan perkongsiaan tersebut.
Mdm bertanya: anybody of u celebrated the New Year?
kami menjawab: no mdm..
Mdm: why?
kami: kuffar mdm and waste of time
Mdm: did you know what happened in last friday night?
seorang dari classmate menjawab berlakunya gerhana bulan..
aku jadi tertarik untuk bertanya
betapa ramai dari kita yang menyedari bahawa malam tersebut adalah malam gerhana?
Berapa ramai antara kita yang melakukan solat gerhana?
Berapa ramai antara kita yang menyedari bahawa itu satu kekuasaan ALLAH
berapa ramai yang menyedari bahawa tahun yang lalu sudah enam kali gerhana berlaku di bumi ini.
Sudah pasti hanya segelintir yang mahu mengambil peringatan dari petunjuk yang ALLAH beri..
aku termangu seorang diri..dalam hatiku, adakah aku ini benar2 hamba-MU ya Allah?
yang mengaku cinta pada-MU sedangkan aku tenyata jarang sekali melihat dan memuji kuasa-Mu
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia bercerita bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terjadinya gerhana matahari, lalu beliau mengerjakan solat bersama para sahabah. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda ruku' dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkannya –berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama-. Setelah itu, baginda ruku' dan memanjangkan ruku', ruku'-nya ini lebih pendek dari ruku pertama. Selanjutnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada raka'at kedua seperti apa yang beliau kerjakan pada raka'at pertama. Setelah itu, baginda berbalik sedang matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada para sahabah. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda.
Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. Setelah itu, beliau bersabda : “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani][1]
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia bercerita bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terjadinya gerhana matahari, lalu beliau mengerjakan solat bersama para sahabah. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda ruku' dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkannya –berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama-. Setelah itu, baginda ruku' dan memanjangkan ruku', ruku'-nya ini lebih pendek dari ruku pertama. Selanjutnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada raka'at kedua seperti apa yang beliau kerjakan pada raka'at pertama. Setelah itu, baginda berbalik sedang matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada para sahabah. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda.
Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. Setelah itu, beliau bersabda : “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani][1]
Gerhana yang berlaku dulu merupakan suatu perkara yang ganjil.
sememangnya melawan sunnatullah
biasanya perkara yang melawan sunnatullah ini berlaku saat DIA ingin menunjukkan kuasa-Nya pada hamba-Nya..
aku masih ingat sewaktu di sekolah rendah, sangat kagum pada kejadian gerhana.
malah jarang sekali berlaku.tetapi kini gerhana seolah menjadi seperti musim biasa
tidakkah kita menyedari sahabatku?
bahawa kiamat itu hampir dengan kita?
Aku pernah mendengar bahawa kiamat itu akan berlaku pada hari jumaat( sila betulkan sekiranya silap)
malam sebelumnya akan berlaku gerhana
bukankah new year hari tu pada hari jumaat? (meminta kepastian)
bukankah khamis malam jumaat itu berlaku gerhana?
Wahai Tuhan penguasa alam..andai new year yang lalu adalah kiamat..maka menyesallah aku selamanya.
sentiasa menunda taubatku kepada-MU
termasuklah aku di kalangan orang2 yang rugi..
namun kerana Asma' Mu Ya Rahman dan Rahim..
Kau masih memberi kesempatan pada kami..
tetapi jelas sekali orang2 yang ada agama telah KAU tarik sedikit demi sedikit
Telah Kau matikan para pejuang Kalimah Allah
Telah Kau tarik sedikit demi sedikit orang yang berilmu..
Telah Kau hilangkan malu dari wanita di bumi ini
Telah hilang amanah dari pemimpin di dunia ini.
Lalu siapa lagi yang bakal tinggal?
bukankah semua yang lagho yang akan tinggal?
Aku menjadi semakin takut pada umurku yang panjang
Aku menjadi semakin gentar tentang dimana aku bakal tergolong
Tuhan..bukakanlah pintu hati keluargaku, sahabat-sahabatku, dan seluruh manusia alam sejagat
seperti mana Engkau bukakan hatiku pada hari ini
untuk melihat betapa semakin tua bumi ini
betapa semakin dekat hari perhitungan itu..
semoga aku dan orang2 yang sama-sama mengejar cinta dan redho-MU
mendapat keampunan atas kekhilafan diri terhadap-Mu
kita orang Islam jarang sekali mengkaji
padahal mereka orang barat telah dahulu menemuinya
malah mengatakan kiamat akan berlaku pada 2012
percayakah kamu wahai sahabat?
pastikah kiamat berlaku pada 2012?
jawapannya..tepuklah dada , tanyalah iman.
pada aku..tekaan itu tidak benar..memang kiamat itu akan berlaku
tapi kita tidak dapat menjangka
mungkin tahun depan, mungkin hari ini.tetapi sudah tentu bukan semalam..jika semalam
sudah tentu kita sudah lagi bukan di bumi
Sedarlah..sama-sama kita menyedari
pada setiap kelalaian kita..
saling sama mengingati..
pada setiap kelemahan kita..
kerana aku hanya hamba yang hina
yang seringkali lalai dan alpa
lalu teringin aku memberi peringatan
agar kamu semua tidak seperti diriku
malah aku berharap kita semua menjadi salah seorang penghuni syurga
walaupun hakikatnya kita masih belum mengetahui..
Sedarlah..renunglah dengan mata hati..pasti akan terbuka kunci
Labels:
Inspiration
Halusnya bicara
Assalamualaikum nuat pembaca yang masih setia dengan blog ini
kerana setia sahabat2x , maka saya menjadi kuat untuk terus menulis dan berkongsi
biarpun masa sentiasa mencemburui saya
tapi saya memang suka benar berkongsi
Jika saya gembira..saya ingin berkongsi
jika saya sedih...saya juga ingin berkongsi
jika ada pahala..saya juga ingin berkongsi
bila ada ilmu..jgn lupa juga untuk di kongsikan
saya tidak mahu menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri..
bicara ini saya petik dari sebuah novel yang saya kagumi
penulisnya yang saya minati
setiap kali saya baca intipati penulisannya
terasa benar ingin terbang menemui penulis tersebut
kerana cemburu!
cemburu pada maqam hatinya yang terletak tinggi
saat Allah adalah cinta dihatinya
Ahh..sekali lagi kita bermain dengan hati
sakit hati...makan hati..busuk hati..banyak betul yang boleh dikaitkan dengan HATI
lalu apa yang ingin saya tuliskan adalah segalanya tentang HATI..
HATI yang akan membawa kita kepada mengenal diri kita
sekaligus mengenal siapakah PENCIPTA HATI tersebut
HATI yang akan membawa kita dari manusia biasa menjadi yang luar biasa
dari seorang yang mudah putus asa kepada pejuang kebenaran
dari seorang yang hodoh kepada orang yang sangat cantik..
semuanya bermula dari HATI..
ye..HATI saya..anda..kamu..KITA
jika kita hanya bertapak di tempat yang sama
mulakanlah dari sekarang untuk merantau
menghabiskan sisa hidup yang berbaki
dengan mengambil pelajaran pada setiap perkara
yang berlaku di depan mata kita
umpama pesanan dari seorang ayah kepada si anak
"Jadilah engkau seperti air, sebab air akan selalu mencari jalannya sendiri untuk dapat sampai ke muara
muara hidup kita adalah ALLAH.
banyak jalan yang dapat ditempuh untuk sampai kepada-NYA
sayap iman itu ada dua..syukur dan sabar
Jadikan sayap iman itu sbg sayap -sayap jiwamu"
itulah antara pesanan seorang ayah pada anak..teringat saya
pada pesanan ayah saya
lebih sama saja bunyinya
mungkin kerana ayah adalah ayah
siapa yang bergelar ayah pasti akan memberi nasihat seperti itu
biarpun dia hanya seorang nelayan, petani, ahli korporat
tapi bila dia adalah seorang ayah
maka hati mereka dan nasihat mereka sama
jarang sekali yang memberi nasihat buruk
pasti nasihat itu yang terbaik untuk anak-anak mereka..
jadi jangan dibenci pada marah dan tunjuk ajarnya..
sebaliknya kasihilah dia kerana dia adalah "ayah"..
kita seringkali melakukan solat..tapi kenapa solat kita tidak berkesan?
masih lagi alpa dan malas dalam kerja-kerja ibadah kita.
nasihat saya cuma satu..
nasihat yang diambil dari sebuah buku
tetapi cukup menyentuh hati sanubari saya
sehingga saya cemburu benar pada penulisnya..yang berbunyi:
"Pandanglah ALLAH dengan HATImu,
bukan dengan fikiranmu,
fikiran dapat memahami tetapi tidak dapat merasai,
hanya HATI yang merasakan sebuah perhubungan,
seperti seorang kekasih yang bergetar memandang orang yang dikasihi,
seperti HATI yang melihat indahnya gunung yang tinggi, laut yang membiru,ombak yang memecah karang,anak yang salih dan suci,
HATI yang dipenuhi cinta akan bergetar,
Dengan cinta..berzikirlah,maka zikirmu akan membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwamu,
saat itulah jiwa kita tidak merasakan lagi kekosongan dan kekeringan.."
indah benar pesanannya..semoga ia akan mengetuk setiap hati yang membacanya.
terasa hina benar kita selama ini
selalu mengungkapkan tentang cinta,hati dan perasaan
tapi tidak pernah memahami
setiap inci maksud perkataan tersebut..
bangga bila mengucapkan sayang, cinta pada insan tersayang
tetapi tidakkah kita merasa kerdil dihadapan TUHAN
kerana HATI kita yang gersang dari cinta kepada-NYA..
tadahkan tangan kita..
Ya ALLAH..dengan ilmu-MU atas segala yang ghaib dan kekuasaan-Mu atas segala makhluk
hidupkan aku selama Engkau ketahui hidup itu lebih baik buatku
dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku,
Ya Allah..aku memohon kepada-MU kalimat ikhlas ,rasa takut pada-Mu dlm suka dan marah,
dan kesederhanaan ketika kaya dan miskin,
aku memohon kepada-mu kenikmatan yg tidak pernah habis,
aku memohon kepada-Mu kebahagiaan yang tidak pernah terhenti,
aku memohon kepada-Mu keredhoan menerima segala ketentuan,
aku memohon kepada-Mu kesejukan kehidupan setelah kematian,
aku memohon kepada-Mu untuk dapat memandang wajah-Mu,
merindukan pertemuan dengan-MU tanpa derita yang menyengsarakan dan tanpa cubaan yang menggelapkan,
Ya Allah..hiasi kami dengan hiasan iman,
jadikanlah kami pembaca petunjuk yang diberi petunjuk,
wahai TUHAN pemelihara alam semesta..ampunkan dosa-dosa kami.
ameen ya Rabbal 'alamin..
sahabat-sahabat..saya juga seperti anda..
kita adalah sama..seringkali melakukan silap dan salah
tetapi tetap kembalilah pada Allah.
jangan mahu dikuasai oleh hidup tetapi jadilah orang yang dapat menguasai hidup.
kenali dan pujuklah HATI..
dengan mengenal diri kamu dan ALLAH dahulu..
barulah yang selainnya
Labels:
Inspiration
Subscribe to:
Posts (Atom)









