Thursday, September 16, 2010

buku Pahrol MohamadJuoi-penulis idolaku

1. Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “keuntungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga disebabkan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat.Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasan¬nya besar dan adakalanya agak ilmiah.

Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, panda¬ngan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.
Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat di¬laksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan ter¬bentuk¬lah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.
Dan tumpuan saya lebih terarah kepada ke¬pimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.

buku012. Dua hati, satu rasa

Pada umumnya, kisah-kisah samada yang saya paparkan menerusi dialog mahupun monolog di dalam buku ini, adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa sepanjang menjalani kehidupan, samada sebelum atau semasa menempuh alam rumah-tangga. Ia adalah adunan antara teori dan amali, impian dan mimpi, realiti dan fantasi. Walaupun sketsa ataupun kisah itu hanya satu hiasan latar dan kiasan imiginasi, namun pada hakikatnya apa yang cuba saya paparkan tetap kebenaran. Insya-Allah.
Sepanjang kembara dalam usia lewat 40′an saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja. Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun ‘body language’ – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka itulah ‘orang-orang kecil’ yang begitu besar dalam arena pendidikan.
Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan ‘murid-murid’ tidak resminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat. Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinasikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumahtangga secara ilmiah, mereka secara ‘simple’ menyampaikan ilmu itu secara amaliah.
Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka. Orang sibok membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resepi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya ‘harta’ yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci maki dan hasad dengki manusia.
Menulis bukan sekadar memberi maklumat atau menghiburkan, tetapi yang lebih penting untuk meyakinkan dan mempengaruhi. Buku ini walaupun berbicara seadanya, namun itu tidak bermakna mesej dan misinya juga seadanya. Tidak. Kita harus berbicara secara serius bila bercakap tentang rumah-tangga, justeru itu adalah nukleas segala-galanya. Bila menyentuh soal rumah tangga kita akan bercakap tentang ibu-bapa – pihak yang bertanggungjawab menjadikan seorang anak itu samada Muslim, Nasrani, Yahudi atau Majusi. Rumahtangga adalah tonggak generasi.
Rumahtanga kerap digelar ‘syurga dunia’. Berjaya menikmati syurga di dunia yang sementara ini adalah petanda baik untuk dapat menikmati syurga yang abadi di akhirat nanti. Namun, syurga di dunia ini (seperti yang saya katakan tadi) bermula di dalam rumah kita – Bainati Jannati. Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga… Di situlah penghuninya menempa Qalbun Salim – hati yang sejahtera, perisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka pada hari di mana anak-pinak dan harta tidak berguna (Padang Mahsyar).
Sekadar meminjam kata-kata hikmah daripada Mother Teresa, ketika beliau ditanya, “bagaimanakah hendak melahirkan sebuah dunia yang aman?” Beliau secara rengkas menjawab, ” pulanglah ke rumah masing-masing dan cintailah keluarga anda.” Malangnya, kerap terjadi seorang Presiden yang berbicara tentang keamanan, pulang dengan masam muka bertemu anak-anaknya di rumah. Perdana Menteri yang kononnya juara kedamaian, menjadi suami tuli dan bisu atas luahan isteri sendiri. Betapa ramai para pemimpin yang begitu hebat mengetuai organisasi dan masyarakat, kecundang dalam memimpin keluarganya.
Majalah Fortune pernah menjalankan kajian ke atas rumah tangga para CEO yang bertaraf dunia. Hasilnya mengejutkan! Hanya 10% sahaja daripada mereka yang tidak mengalami keruntuhan rumah tangga. Apalah ertinya jika kita berjaya meraih keuntungan berbilion-bilion dollar sekiranya gagal memimpin rumahtangga sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, jika kita tidak dapat menikmati kebahagiaan dalam rumahtanga ertinya kita tidak akan menikmati kebahagian dalam kehidupan!
Saya terpanggil untuk menyumbang sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini. Soalnya ialah bukan samada saya berjaya atau gagal dalam misi ini, tetapi keazaman dan usaha. Tidak ada kegagalan dalam usaha yang murni… yang ada hanyalah ‘kejayaan yang ditangguhkan’. Mudah-mudahan usaha yang tidak sempurna ini akan ada pihak yang akan menyempurnakannya. Pasti ada kesalahan dan kesilapan, insya-Allah bakal ada orang yang akan membetulkannya. Dengan nama Allah… bacalah!

3. buku03Tentang Cinta 

Sudah ditakdirkan, akhirnya saya menulis tentang cinta. Walaupun saya sebenarnya sedang menyiapkan buku DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR, KURANG ZIKIR tetapi sahabat saya terus mendesak juga untuk menyiapkan buku ini: Cintailah CINTA. Katanya, “tulisan awak tentang cinta dalam majalah I (terbitan Karangkraf) dan juga Anis (terbitan Galeri Ilmu) memang menyentuh, sudah ada ‘follower’nya tersendiri. Kenapa tidak diangkat subjek-subjek yang baik itu menjadi sebuah buku?”
Anak saya sendiri pernah memberikan salinan photostat artikel saya yang telah diedarkan dikalangan pelajar-pelajar di sebuah IPT tempatan yang bertajuk Cinta Remaja: Fitrah jangan menjadi fitnah. Saya bersyukur. Walaupun itu hanya satu indikator kecil namun bagi saya sudah cukup untuk membutikan bahawa usaha saya selama ini disambut baik. Kenapa tidak saya hargai semua itu dengan usaha yang lebih besar dan serius? Umpamanya menulis sebuah buku khusus tentang cinta…
Saya senyum, akhirnya bersetuju memenuhi hajat sahabat saya. Memang, saya sudah lama ingin menulis tentang cinta – bahan-bahan telah lama disiapkan. Tapi terus jadi koleksi peribadi. Namun saya akui, saya menulis bukan kerana desakan dari luar tetapi letusan dari dalam. Saya sendiri punya anak remaja. Berdepan dengan persoalan dan perkembangan mereka. Cinta juga salah satunya. Cinta sebenarnya bukan subjek berkala, tetapi ia subjek sepanjang masa. Mudah-mudahan tulisan ini menjadi ibadah sekaligus menyebarkan ilmu untuk diabadikan sebagai amal jariah. Mudah-mudahan ada pahalanya untuk dihadiahkan kepada kedua ibu-bapa dan semua yang telah berjasa kepada saya. Amin.
Dan anehnya, subjek cinta yang saya tulis ini menjurus kepada cinta yang akan, sedang dan telah dilalui oleh golongan remaja. Maksudnya cinta antara lelaki dan perempuan. Sedangkan, usia saya sudah jauh meninggalkan alam remaja dan segala kisah cintanya. Namun, kata orang menulis melalui pengalaman (samada oleh diri sendiri ataupun oleh orang lain) lebih berkesan berbanding berdasarkan teori dan ilmu semata-mata. Saya berjanji, saya tidak akan hanya berlegar-legar di permukaan ‘presenting problem’ tetapi akan menyelam ke dasar ‘real problem’ – kita akan bertolak dari daerah cinta yang kecil kepada CINTA yang besar dengan melalui segala liku-likunya. Insya-Allah.
Dan sudah menjadi sunnahtullah, seseorang tidak akan dapat melihat dengan jelas dan tepat apabila sesuatu objek berada terlalu hampir dengan matanya… perlu dijauhkan sedikit, barulah segalanya dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata. Ya, saya kini jauh daripada cinta remaja dan mungkin kerana itulah agaknya apa yang dulunya ‘kabur’ sekarang sudah sangat jelas buat saya menulis dan mentafsirkannya.
buku044. Duhai yang Tersayang.
Jika hati tidak mahu, jika hati tidak mampu, walaupun semudah mana ia tidak akan dapat dilakukan. Maka ketika itu walaupun pelbagai tips dari pakar motivasi sebaik manapun tidak akan dapat menghasilkan sebuah senyuman. Tidak mungkin kita dapat merasa kemanisan buah jika kita tidak menanam dan menjaga pokoknya! Tips, panduan dan formula-formula tentang kebahagian keluarga hanya akan terlaksana jika iman dan syariat terlebih dahulu ditanam dan disuburkan dalam sesebuah keluarga. Sehubungan dengan itu Rasulullah SAW telah bersabda: “Takuti kamu akan Allah di dalam memimpin isterimu.”
Di sinilah letaknya kunci ke arah pelaksanaan pakej kebahagiaan bagi sebuah keluarga. Islam memberi penyelesaian menjurus dan tembus kepada punca pemasalahan bukan mengubat gelaja-gejala atau akibat-akibatnya berkisar pada formula-formula pinggiran. Sebagai hamba Allah, merujuk kepada Allah bererti pengabdian secara total kepada kehendak dan peraturannya. Dan bila ini ingin dilakukan kita terpaksa kembali ke pangkal segala urusan yakni beriman kepada-Nya!
Sajak-sajak dalam buku “Untuk Mu yang tersayang” ini adalah kata-kata puitis untuk menggambarkan apa yang saya coretkan dalam muqaddimah ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat memindahkan cebisan ilmu dan rasa untuk panduan kita bersama. Selamat membaca, selamat menghayatinya!

{Tribute to my friend}

Andai Islam itu kereta, pendakwah kena pandai main gear-dipetik dari :http://ustaz.blogspot.com/2010/08/andai-islam-itu-kereta-pendakwah-kena.html

 Sebagai sebuah agama yang membawa manusia menuju kepada Allah SWT kita boleh memperumpamakan Islam itu seperti kereta. Oleh itu seperti lazimnya sebuah kereta ia bergerak melalui kawalan pemanduan yang dilakukan oleh pemandu. Laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan pergerakan sebuah kereta itu ditentukan oleh pemandunya.

Siapa lagi pemandu Islam jika bukan para ulama dan pendakwah.
Pendakwah yang membawa dan memandu agama ini menuju Allah SWT perlu pandai mengawal kereta dan menggunakan gear kereta kerana setiap kereta itu bergerak mengikut kelajuan yang ditentukan oleh gearnya.

Jadi lah seperti bunga Tanjung

Seroja wangi di jambangan
kemboja indah pandangan
anggerik cantik menarik
mawar merah menyala… 


cuma Tanjung
di hujung kampung
harumnya sentiasa ada
tawadduknya tetap ketara


Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Bunga tanjung di hujung daun
Dipagar belantara merimbun
Namun harumnya sampai jua… ke hujung kampung


Tanjung sepi sendiri
Mengadu sunyi di sisi Ilahi
Dia pilu yang menabur bakti
Tersiksa jiwanya agar
Bahagia milik bersama… tetap segar… tetap mekar


Bunga tanjung mendakap wangi
Terseri di julang sanggul puteri
Gugurnya sebagai gugur serikandi
Bertuah anak yang memanggilnya ibu!
Beruntung suami yang memanggilnya isteri!



Friday, September 3, 2010

Rabbi-Tunjukkan aku jalan yang LURUS

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. يَا أَيُّهاَ الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ. يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.
أَمَّا بَعْدُ؛ فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَّرَ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحِسَانِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.


Kaum muslimin rahimakumullah
Taqwa adalah bekal seorang hamba ketika ia menghadap kepada Sang Pencipta, bekal yang kelak menjadi hujah baginya di hadapan Tuhannya, bahwa kehidupannya dialam dunia telah dipergunakan sebaik-baiknya. Untuk itulah wahai kaum Muslimin sekalian, marilah kita perbaiki dan satukan niat serta tekad, untuk meraih predikat golongan mahluk Allah yang muttaqin yang selalu meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya, untuk dapat mengambil apa-apa yang telah dijanjikan, berupa kehidupan yang baik di dunia dan Surga yang abadi kelak di akhirat.

“Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. (Al-baqarah: 197).

“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa itu berada dalam Surga (taman-taman) dan (didekat) mata air-mata air yang mengalir”. (Al-Hijr: 45).

Bismillahirrahmanirrahim..kepada Allah aku luahkan segalanya.Tuhan yang wujud,Qidam,Baqa'..
Pagi ini bersamaan 25 ramadhan..selesai melakukan sunat tahajud..kesakitan perut yang melampau menyebabkan aku tidak sempat untuk meneruskan solat sunat yang lain.Lalu aku mengambil tafsir Qur'an.Seolah ada yang mengusik hatiku untuk mentadabbur pada pagi ini..

Seperti dibukakan surah al-hijr kepadaku..Lalu satu persatu ku hayati isi maksudnya. Entah kenapa seolah segenap jiwaku menjadi damai. Setiap ayat ku rasakan mengandungi maksud tersembunyi yang tinggi untuk difahami..Lalu aku teruskan bacaan ku hingga ke akhir ayat.(99 ayat semuanya).

Kemudian..satu persatu ayat ku renungkan..dan jari jemariku mula menekan keyboard dihadapanku.Ku cari segala yang ingin aku ketahui..Lalu setitik demi setitik mutiara jernih ini mengalir laju.Seakan tidak dapat ku tahan lagi..Ya Allah..ku kira ini petunjuk dari-MU..Betapa sempurnanya kejadian yang telah Kau jadikan.

Aku mengkaji siapakah kaum Hijr??Aikah??kemudian aku tertarik pada ayat(15:87) tentang tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang. Sungguh aku tak menyangka ayat itu adalah surah al-Fatihah itu sendiri.Dan aku terus mencari dan mencari lagi..Akhirnya aku menjumpai sesuatu.Sahabat-sahabat mungkin telah lama mengetahui.Tapi aku baru hari ini mengetahuinya.Terkilan dengan diri yang menghabiskan hidup dengan perkara tidak bermanfaat selama ini.teruskan bacaan-->

Tentang struktur Kaabah:
Ka’bah difahami oleh seluruh umat muslim di dunia sebagai kiblat. Sebagai arah kita ketika kita takbir, ruku’ dan sujud. Secara fizik Ka’bah berbentuk seperti kubus yang memiliki enam bidang.

Ilmu tentang Ka’bah termaktub dalam QS Ali- Imran ayat 96 dan 97,” “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat ibadah) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekkah) yang selalu di berkati dan jadi petunjuk untuk bagi manusia.”

Disitu terdapat beberapa bukti yang nyata, di antaranya tempat peribadatan Ibrahim. Barang siapa yang masuk ke dalamnya, niscaya mendapat keamanan.
Pada surah Ali-Imran ayat 96 di atas ada kalimat kunci: “yang selalu di berkati dan jadi petunjuk untuk bagi manusia”. Pertanyaannya, bagaimana bisa sebuah batu diberkati dan jadi petunjuk bagi manusia?. 

Ada sebuah peristiwa didalam peradaban manusia terpilih tentang bagaimana Ka’bah itu diberkati. Ketika Rasulullah Saw sampai di Ka’bah beliau menghampiri Hajar Aswad, menciumnya, berthawaf mengelilingi Ka’bah, sambil memegang busur.
Sementara itu, pada waktu itu di sekitar Ka’bah terdapat tiga ratus enam puluh berhala. Beliau cukup menunjuk dengan busurnya ke arah berhala-hala itu sambil mengucap, “Dan katakanlah, Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (QS. al-Isr’a, 17 : 81).

“Katakanlah, Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi”. (QS. Sa’ba, 34 : 49).
Beliau thawaf sambil menunggang unta dan tidak berpakaian ihram. Bahkan beliau memendekan thawaf. Setelah sempurna, beliau memanggil Ustman bin Thalah dan memerintahkan untuk mengambil kunci Ka’bah.
Setelah pintu itu terbuka, beliau masuk ke dalam Ka’bah, yang didalamnya beliau melihat berbagai gambar, seperti gambar Ibrahim dan Ismail yang sedang membagi anak panah untuk undian. 

Beliau bersabda, “Semoga Allah membinasakan mereka. Demi Allah, sekali pun beliau (Ibrahim) tidak pernah mengundi dengan anak panah ini “.
Tak hanya itu, Nabi Saw juga melihat berapa gambar yang lain dan memerintahkan untuk mengenyahkan, kemudian di ikuti dengan umatnya menghancurkan berhala-berhala tersebut. (Syaikh Shafiyyur- Rahman Al Mubarakfury, Sirah Nabawiyah,, 1997, hal 230-231)

Apa yang dapat kita petik dari peristiwa sejarah di atas bahwa Rasulullah di dalam penaklukan Mekkah bukan berperang dengan suku Qurais, tetapi menghancurkan berhala-hala yang ada di Ka’bah sebagai simbol kesombongan, dengki, iri hati, harta, jabatan dan sebagainya.
Pesan tersirat lainnya, secara tidak langsung Rasulullah Saw memerintahkan umat Islam untuk menghancurkan “berhala-hala” itu di dalam hati kita, sebagaimana Rasulullah menghancurkan berhala-berhala di Baitullah.
Ini memberikan isyarat bahwa Ka’bah secara fizik memang ada di Mekkah tetapi sesungguhnya Baitullah secara fsikis ada di hati manusia. Itulah kemudian dikemas oleh para sufi “telah kupindahkah Ka’bah ke dalam dadaku”.
Inilah yang ditafsir oleh Hadis Qudsi, bahwa, “Rasulullah Saw bersabda, “Allah berfirman, “Tak dapat memuat Dzat-Ku, bumi dan langit. Yang dapat memuat Dzat-Ku adalah hati hamba-Ku yang mu’min yang lunak dan tenang”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang terbaik itu? Jawab Rasulullah Saw” Semua orang Mu’min yang bersih hatinya”. Maka ditanya lagi, apa arti orang yang bersih hati itu?. Dijawab Rasulullah Saw, “Ialah orang-orang yang taqwa, suci hatinya, tidak ada kepalsuan padanya, tidak ada kemunafikan padanya, dan tidak ada kezaliman, dendam, khianat serta dengki”.

Inilah misteri hadis qudsi yang Rasulullah nyatakan : “Pada suatu malam kulihat diriku tertidur disamping Ka’bah dan aku terbangun kemudian thawaf mengelilingi Ka’bah”. Ada dua kata kunci pada dua hadis tersebut, yaitu Ka’bah dan Thawaf.

Secara fizik, Ka’bah hanyalah berupa susunan batu yang dibina dasar-dasarnya oleh Ibrahim bersama Ismail, kemudian Allah mengingatkan: “Dan ingatlah ketika Kami menjadi rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadilah sebagian Maqam Ibrahim (tempat berdiri Ibrahim dan Ismail) “Bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang thawaf, yang Itikaf, yang ruku dan yang sujud”. (QS. al-Baqarah, 2 : 125)

Secara struktur Al-Qur’an, kata Batu di dalam Al-Qur’an merujuk pada surah ke-15 yang bernama al-Hijr yang artinya batu. Didalam surah al-Hijr itu pula terdapat sebuah ayat yang diberikan kepada Muhammad Saw dan tidak kepada Nabi yang lain, yaitu ayat 87, “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu (Muhammad) tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang Agung”

Apakah tujuh ayat yang berulang-ulang itu? Jelas, yang dimaksudkan adalah surah al-Fatihah artinya Pembukaan.
Dalam cetak format Al-Qur’an 18 baris (baris ayat), surah al-Fatihah berada pada halaman ke-2 Al-Qur’an. Surah ini bersangdingan dengan surah al-Baqarah (surah ke-2) ayat 1 s/d 4 (beberapa cetak mushaf ada yang tertulis sampai ayat ke-5) yang juga dicetak khusus, berbingkai dan diberikan hiasan. Berbeda dengan halaman-halaman selanjutnya yang dicetak biasa.
Dalam hal ini tentu saja menimbulkan pertanyaan, mengapa al-Fatihah begitu istimewa ketimbang surah yang lain?
Kita akan mengambil salah satu ayat pada surah al-Fatihah, yaitu Ihdinas shiratathal mustaqiim. Kalimat tersebut ada permintaan manusia kepada Allah Swt untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Apakah yang dimaksud dengan jalan yang lurus itu?.
Salah satu kata pada ayat tersebut adalah MUSTAQIM. Kata Mustaqiim disusun atas enam huruf yaitu ; 

• Mim. Berdasarkan urutan huruf hijaiyah merupakan huruf ke-24.
• Siin. Huruf ke-12 dalam urutan huruf hijaiyah
• Ta. Huruf ke-3,
• Qaf. Huruf ke-21
• Ya. Huruf ke-30
• Mim. Huruf ke-24.

Struktur huruf yang membentuk kata Mustaqim ini memberikan sebuah pesan tersirat dan tersurat bagi manusia untuk menempuh cahaya-Nya. Mari kita eksplorasi pesan-pesannya.
Mim, huruf ke-24. Jjika dikorelasikan pada struktur surah, maka surah ke-24 adalah an-Nur artinya Cahaya.
Pada surah ini ada sebuah pesan Allah, “Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang yang bertaqwa” Allah pemberi cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur (sesuatu) dan tidak pula disebelah barat(nya) yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (QS. an-Nur, 24 : 34-35)

Sin, huruf ke-12. Jika dikorelasikan pada struktur surah dalam Al-Qur’an, maka surah ke-12 adalah Yusuf. Sebuah simbol pribadi yang bercahaya. Coba renungkan doa nabi Yusuf ke pada Allah, “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugrahkan kepadaku sebagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebagian takbir mimpi (Ya Tuhan) Pencipta Langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan diakhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh”. (QS. Yusuf, 12 : 101)

Ta, huruf ke-3 jika dikorelasikan ke struktur surah dalam Al-Qur’an adalah surah ke 3 Al Imran atau keluarga Imran sebuah simbol keluarga yang bercahaya, cuba renungkan pernyataan Allah pada surah Al Imran (3) ayat 33-34: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim dan Keluarga Imran melebihi segala umat (dimasa) mereka masing-masing, sebagai satu keturunan yang sebagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Qaaf, huruf ke-21. Surah ke-21 adalah al-Anbiya ( Para Nabi) dalam surah ini diutarakan kisah para nabi, yaitu kisah Ibrahim as (ajakan Ibrahim as kepada bapaknya untuk menyembah Allah, bantahan Ibrahim as kepada Namrudz. Kisah nabi Nuh, kisah nabi Daud as, Sulaiman as, kisah Nabi Ayyub as, kisah Yunus as. Kisah Zakaria as. 

Ya, huruf ke-30. Surah ke-30 adalah ar-Rum artinya Bangsa Romawi. Sebuah peringatan dari Allah, jangan seperti bangsa Romawi yang telah banyak diberikan nikmat dan dirahmati Allah tetapi tidak pandai bersyukur, karena tidak mengenal jatidirinya. 

Oleh karena itu, Allah mengingatkan pada surah ar-Rum Ayat 30, “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada Dien Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia berdasarkan fitrah Allah itulah dien yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Mim, huruf ke 24. Kembali lagi ke surah 24. Jika kita strukturkan bilangan tersebut, yaitu 24,12,3,21,30,24 dan bila kita jumlahkan angka-angka tersebut, yaitu 24 + 12 + 3 + 21 + 30 + 24 = 114. Apa makna bilangan 114?. Bukankah jumlah surah Al-Qur’an terdiri 114 surah? 

Sedangkan jika dikorelasikan dengan nama surah ke-114, maka surahnya adalah an-Naas artinya manusia. Jadi, jika manusia memohon kepada Allah jalan yang lurus disetiap doanya ketika mendirikan sholat, maka jalan yang lurus yang dimaksudkan tiada lain adalah Al-Qur’an itu sendiri.
Lantas, apa hubungannya dengan Ka’bah? Sudah disebutkan sebelumnya bahwa Ka’bah secara fisik tersusun dari susunan batu sedangkan kata batu dalam struktur surah Al-Qur’an merujuk pada surah ke-15 yang bernama Al Hjir.

Total ayat dari surah al-Hijr adalah 99 ayat. Angka 99 adalah simbolisasi Asma’ul Husna yang berjumlah 99. Siapakah pemilik sifat 99 itu, tentu saja Allah Swt. Jadi sujudnya manusia ketika shalat adalah sujud kepada Allah, bukan kepada batu.

Allah SWT telah menurunkan petunjuk-Nya kepada mnausia. Maka apabila nomer surah dan jumlah ayat dari surah al-Hijr dijumlahkan, maka hasilnya adalah 114 (15 + 99).

Sudah diutarakan juga sebelumnya bahwa bilangan atau angka 114 adalah jumlah Surah Al-Qur’an. Jadi yang dimaksud QS Ali-Imran ayat 96 dan 97: 
“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat ibadah) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekkah) yang selalu di berkati dan jadi petunjuk bagi manusia .”, 
tiada lain adalah Al-Qur’an itu sendiri. Atau dengan kata lain Ka’bah adalah simbolisasi Al-Qur’an.
Sumber :(Redaksi Majalah khalifah) 
Aku ingin terus berkongsi dengan kalian..Pagi ini aku merasakan diriku terlalu jijik dan tidak layak untuk memegang al-Qur'an yang suci ini.Tanganku gementar memegangnya..lalu ku  pejamkan mataku..memohon ampun lalu seolah angin kedamaian dan ketenangan masuk menembusi relung hatiku sehingga menggerakkan jari jemariku di atas papan plastik ini.Burung mula berkicauan seolah menyanyi riang. Angin luar jendela bertiup sayup sepertimana sayupnya hatiku kala ini. Usah lagi bermadah..Tiada masa lagi untuk aku bermadah.
-->Tiada lain yang dapat ku katakan dihati ini melainkan:TAQWA..taqwa..taqwa..,lalu aku terus cemburu kepada kaum muslimin..yang setiap kali jumaat..ada insan yang berdiri dihadapan mereka mengingatkan tentang TAQWA..taqwa..Taqwa..kepada Allah.
kerana begitu cemburunya aku..lalu kupinta pada Allah..kelak hadirkan juga imam dihadapanku yang akan sentiasa mengingatkanku tentang TaQWa..bukan hanya pada hari jumaat ..tetapi setiap hari dalam diari hidupku..aku cemburu pada mereka yang berTAQWA..dan Taqwa..adakah aku mampu meraihnya..
“Jikalau sekiranya penduduk-penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat)itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-‘Araf: 96)
wallahu'alam.

Wednesday, September 1, 2010

Lailatul qadarku

Bismillahirrahmanirrahim.Sementara nak pulun exam sempat lagi saya mencoret disini kerana mengantuk yang terlampau amat sangat. Ramai yang bertanya saya pernah tak saya merasa malam lailatul qadar??Semestinya jawapan itu payah. Kerana saya pernah mendengar sahabat saya cakap" setiap orang mungkin mengalami malam lailatul qadar yang berlainan. 

Jika pernah saya dapat pun..(tapi seakan belum saya dapati.)saya masih tidak dapat mengingati malam bila ianya berlaku. Tapi seakan benar hadith Rasulullah yang ia berlaku di malam ganjil. Tapi saya disini ingin berpesan..andai sahabat ketemukan malam itu..doa yang paling utama sahabat harus pohon adalah doa memohon magfirah dari ALLAH. Kerana doa itu pasti dimakbulkan. Sesetengah kita telah menjadikan niat mencari lailatul qadar itu pada tempat yang salah.Oleh kerana itu mereka tidak merasakan sedikit pun kelainan setiap kali malam beribadah.Jika niat antum betul..insyallah antum akan ketemukan malam itu dimana hibanya beribadah pada malam itu lain benar rasanya. Seolah air mata itu mengalir tanpa dipaksa.

Setiap tahun seakan ingatan itu luput dari setiap minda insan rasanya.Saya sendiri tak pasti adakah saya pernah merasakan malam itu.Confius bercampur macam-macam perasaan. Jadi saya membetulkan niat  saya pada setiap malam adalah lailatul qadar buat diri saya. Yang harus saya kejar bukan malam lailatul qadar itu tetapi yang harus saya struggle ialah memohon keampunan dari ALLAH.Ramadhan bulan mulia.Saya tak mahu terlepas.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan
[Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]


Namun terkadang pada lailatul-qadr juga turun hujan, sebagaimana disebutkan pada hadits – hadits berikut:
(artinya:) “Aku melihat Laylatul Qadar lalu aku dibuat lupa waktunya, dan ditampakkan padaku saat shubuhnya aku sujud di tanah yg basah, lalu kata AbduLLAAH : Maka turun hujan atas kami pd malam 23, maka Nabi shallallahu `alaihi wasallam shalat shubuh bersama kami, lalu beliau shallallahu `alaihi wasallam pulang dan nampak bekas air dan tanah di dahi dan hidung beliau shallallahu `alaihi wasallam, lalu dikatakan : Maka AbduLLAAH bin Unais berkata tanggal 23 itulah Lailatul Qadar.” (HR Muslim, VI/80, hadits no. 1997)
(artinya:) Bersabda Nabi shallallahu `alaihi wasallam : “… Aku melihat Lailatul Qadar lalu aku dibuat lupa kapan waktunya, maka barangsiapa yg ingin mencarinya maka carilah pd 10 hari terakhir pada malam2 witirnya dan aku melihat diriku pd malam tsb sujud di atas tanah yg basah… Maka kami kembali dan kami tidak melihat ada awan di langit, maka tiba2 ada awan dan turun hujan sampai airnya menembus sela2 atap masjid yg terbuat dari pelepah Kurma, maka aku melihat Nabi shallallahu `alaihi wasallam sujud di atas tanah yg basah, sampai kulihat bekas tanah yg basah itu di dahi beliau shallallahu `alaihi wasallam.” (HR Bukhari, VII/174, hadits no. 1895)
terlalu banyak hikmahnya kenapa Allah menjadikan malam tersebut sukar diingati. Ini kerana untuk membetulkan niat setiap hambanya. Dan supaya hamba-Nya sentiasa beribadah hinggalah ke malam terakhir ramadhan. Kerana ironinya kini..semakin berakhir ramadhan..semakin ramai yang tidak menjalankan ibadah puasa. Shopping sakan sampai pukul 2 pagi, sibuk pasang langsir dan siapkan baju raya.Macam-macam lagi. Kerana itu Allah hadiahkan satu malam buat mereka yang benar2 ingin beribadah dibulan Ramadhan dan sentiasa memohon keampunan. Macam exam juga hanya pelajr betuah jer yang bersungguh-sungguh dapat menjawab soalan dengan baik.

Kesimpulannya..jangan ditanya bila lailatul qadar...yang penting ikhlas kita beribadah kepada ALLAh setiap malam untuk memohon keampunan-NYA dan redho-Nya dan mohon dikuatkan iman dan taqwa dalam melayari bahtera hidup yang penuh ujian ini..
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design