Wednesday, December 24, 2008

ulang tahun kelahiran






salam kembali buat sahabat2x.kat sini saya nak berkongsi cerita.ramai orang menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka,jadi saya pun adalah sambut tapi ala kadar.baca doa lepastu makan kek.maklumlah ayah tak berapa suka.tapi jarang mengecewakan kami.

Tepat jam 12 malam genaplah umur saya.Alhamdulillah Allah masih mengurniakan umur yang panjang untuk memberi kesempatan pada saya untuk membetulkan mana yang salah dan bertaubat lagi.Walaupun begitu rasa takut juga tidak pernah lari kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita dihadapan.Adakah kita mampu mengekalkan istiqamah kita.wallahu'alam.

Masa berganti masa ,hari berganti hari dan tahun berganti tahun kita masih di tapuk yang lama .iman yang tidak pernah bertambah malah semakin merundum.sedihnya hati,keringnya jiwa tanpa pengisian yang berkesan.Di rumah saya sangat dahagakan ilmu tapi kemalasan diri tak dapat dibendung.astagfirullahal'azim.

Balik kepada cerita asal,saya makan kek yang di buat oleh kakak ipar sendiri.sedap sangat .jadi nak promote kat sahabat2x nak kahwin tempahlah kek kat akak saya.hihi.Janganlah pi beli kek yang orang cina buat sebab akak kata mereka memang guna tangan mereka untuk uli kek itu.
ada macam-macam jenis kek yang kakak sediakan.Dari kek lapis,harijadi sampailah kepada kek perkahwinan.Jika bukan kita yang nak tolong sapa lagi la nak majukan perniagaan orang melayu.Apapun saya selalu menyokong kakak dibelakang.
Jika ada sesape yang berminat bolehla hubungi kakak atau abang ditalian ni 0132387349 ataupun 0132385956, saya doakan bisness akak dan family berjalan dengan lancar.insyaAllah.Gambar2 ni contoh je.tapi nak dekat samalah.

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design