Friday, July 10, 2009

Pilihan Raya???



Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Tiba-tiba rasa nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Arini saya ikut abah dengan ummi saya ke kg manek urai. Ummi ada keje kat situ. Sambil-sambil tu, saya ke rumah sahabat baik saya. Nak pinjam buku-buku dia. Walaupun dia xde kat umah, tapi dah dapat kebenaran. Jadi, bolehla kn. Al-kisahnya selepas tu saya dengan abah pegila makan kat sebuah gerai ni. Gerai yang baru beroperasi. Sempena pilihnrya barangkali. Tujuan utama nak duduk-duduk je, sambil tunggu ummi menyelesaikan keje dia. Last-last datangla pelayan gerai tu, mintak order. Jadi, untuk tidak menghampakan dia, kami pun orderla dua gelas air. Air teh panas dengan horlick ais. Kami pun minumla walau takdela dahaga sangat. Tak lama pastu, ummi cal, cakap keje dia dah siap. Saya pun dengan baik hati menawarkan diri tuk bayar minuman kami tu (tapi abah kasi duitla). Ni la lebih kurang dialog dengan akak tu (tuan punye gerai):


“kak, mf kak, nok baya air ni. Meja ujung tu, bapo eh kak?”.

“rm4 je”.

“4rggt? Air tea dgn horlick 4rggt? Mahalnye kak (tersasul)”.

“la,besela tu dik. Loni air meme gitula arge dia. Kire okla tu.”

“erm, k la kak, timo kasihla eh”.

Lepas je bayar, saya pun terus mengekori abah ke keta. Ape lagi, terus mengadu (sikap yg buruk,hurm).

“abah, tadi air 4rnggt. Mahalla abah. Mahal sangat”.

” La, abah tau doh. Tula, duk umah jah, xtau doh gapo hok jadi luar ni. Loni meme arge mknn, air smua naik doh. Takpola. Sabar. Nati abes plhnrye ni, murah balikla tu”.

“hurm, k.”


Nila citer pendek saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Agak terasa la gak tadi. Selalunya, harga untuk air teh rm0.90 manakala horlick ais, paling mahal pun rm1.20. Barulah saya paham perkara yang berlaku kat sekeliling saya sekarang ni. Sebelum ni dengar citer dari orang-orang luar, dari berita. Bila dah terjadi kat diri sendiri, baru saya percaya. Yerla, saya tak sangka yang ramai orang kat sini yang akan ambik kesempatan. Kan kita kena bersangka baik. Tapi, betulla, ati manusia ni tak same. Bila fikir-fikir balik, erm, apela perasaan mereka, ambil kesempatan ke atas orang lain tuk keuntungan diri sendiri. Tak rasa bersalah ke? Hurm,saya plak yang rasa malu. Yerla, orang-orang luar datang kat sini dengan tujuan yang baik, tapi kite plak tonjolkan yang sebaliknya. Dah la macam tak mengalu-alukan mereka, malah ambil kesempatan plak. Apa salahnya kalau terus dengan harga yang asal. Dengan kedatangan orang ramai yang tak pernah putus, saya kira untung dah berlipat kali ganda. Saya tengok mak cik yang bukak kedai dekat dengan rumah saya ok je. Harga stil same. Dulu boleh untung rm500 sehari. Tapi sekarang, tanpa ambil kesempatan, still leh untung dekat rm2000 sehari. Ingatlah, kejujuran tu penting dalam perniagaan ni. Barulah pelanggan sayang.


Satu lagi yang saya sempat perhatikan. Masa nak dekat-dekat pilihanrye nila baru boleh tengok muke pemimpin-pemimpin. Yang jauh-jauh pun sanggup turun. Aduan cepat je di ambil tindakan. Dulu saya tengok sekolah kat kawasan saya ni sangat-sangatlah dhaif. Tapi, tadi tengok tengah dalam pembaikan. Tambah bangunan baru. Renovate habis-habisanla. Bila tanya ummi, ummi cakaplah, bila dah dekat nak mngundi, cepatla pihak-pihak tertentu tawarkan bantuan. Sebelum ni dah minta banyak kali bantuan, tak dapat-dapat. Jadi, saya bersyukur dengan pilihanrye kl ni. Alhamdulillah. Rasanya, kalau bukan kerana pilihanrye ni, banyak lagi projek-projek yang terbengkalai. Tapi, sekarang saya tengok banyak pembinaan tengah dijalankan. Masjid pun setelah 5tahun (kalau tak silap ), Alhamdulillah, siap sepenuhnya.


Selain tu, apa yang saya dapat tahu, orang-orang kampung agak tidak puas hati dengan cara orang-orang atasan yang menguruskan pengagihan makanan, duit dan sebagainya kepada orang-orang yang tidak berkemampuan. Ada sesetengah dari mereka tidak segan silu menggunakan duit yang diamanahkan kepada mereka untuk keperluan diri sendiri. Kadang-kadang sedih juga fikir bila manusia sekarang ni dah terlampau cintakan dunia. Dah tak fikir dosa pahala. Sedih betul. Mula-mula saya pun tak percaya. Ingatkan gosip-gosip je. Biasala tu kn. Tapi bila ada seorang mak cik (umur da dekat 60 @ lbih ) datang mengadu kat ummi, barula saya sedar yang dunia ni tak seindah yang disangka. Dengar luahan dia, ya ALLAH, sedih betul. Dahla dari golongn susah, pastu bantuan yang sepatutnya diterima diambil oleh pihak perantara. Kesian betul. Papepun, DIA lebih mengetahui.


Apa-apapun, saya mengharapkan yang terbaik buat pmilihan kali ni. Walaupun saya masih belum matang untuk mengundi, tapi saya rasa saya sudah mampu untuk membandingkan yang mana baik, yang mana buruk tuk dipilih. Papepun, DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.


Pesanan saya, sayangilah saudara kita. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan atau ketidaktahuan orang lain.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design