Wednesday, July 8, 2009

Srikandi ummah




Kini kita berada dalam era kebangkitan islam. Di mana kita dapati jika dahulu orang dipaksa membuka tudung untuk bekerja di sesebuah syarikat swasta tapi kini ramai yang semakin sedar dan menutup aurat mereka. Alhamdulillah. Artis- artis pun ramai yang sudah memakai tudung, xpelah kita mulakan dengan sedikit demi sedikit.
Ceramah- ceramah juga sudah tidak disekat malah sesiapa sahaja boleh mendengar ceramah dan tazkirah dimana-mana tempat yang mereka ingin tuju. Cuba sahabat bayangkan andai dunia ini diselimuti dengan hamba-hamba Allah yang sentiasa bertaubat..sejuk mata kita memandang.
Wanita kini bukan seperti dahulu yang hanya tahu menjaga anak dan menguruskan hal rumah..tapi wanita kini sebagai penggerak ummah. Tapi sejauh mana batas perjuangan wanita terhadap era kebangkitan? Apakah masih ada lagi batas dihadapan mereka untuk bergerak lebih jauh lagi sebagaimana lelaki(ar-rijal)? Sekiranya pertanyaan itu perlu dijawab, maka jawapannya ialah ..”ya”
Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, wanita amat diperlukan oleh kaum adam. Ingin menafikan! Sahabat memang tidak dapat menafikan, lihat bagaimana Allah mencipta Nabi Adam disisinya ada ibu Hawa. Allah menemukan Nabi Muhammad SAW bersama siti khadijah dan setelah peninggalan Khadijah , ALLAH menemukan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah.
Dalam Firman ALLAH juga disebutkan bahawa kaum lelaki dan wanita dianjurkan saling tolong-menolong dan bantu-membantu dalam amar ma’aruf dan nahi mungkar.

71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(surah At-Taubah:71)
Sebagaimana wujudnya wanita penggerak politik, seperti itu juga perlunya diwujudkan para penggerak perjuangan islam dikalangan wanita dalam bidang-bidang dakwah. Banyak bidang yang boleh dipilih wanita dalam menyebarkan dakwah seperti tarbiah wataalim,ekonomi, kebajikan, pertanian, penerangan dan kerja-kerja teknikal. Sepertimana berlaku dalam sejarah , Siti Aisyah membantu Rasulullah SAW menyampaikan mesej islam dengan berceramah dan menyampaikan riwayat hadis , menemui dan menyelesaikan maslah kaum wanita , berbincang dan bermuzakarah dengan beberapa temannya untuk membantu perjuangan islam. Ha..inilah srikandi wanita yang kita inginkan zaman sekarang. Bukan yang hanya cerdik dalam bidang pendidikan dan bersolek sahaja tapi cerdik juga dalam menyampaikan dan mengembangkan islam ke merata dunia.
Tapi sahabat-sahabat , untuk menjadi seorang srikandi ada syarat-syaratnya dan mudah untuk sahabat patuhi jika benar-benar ingin berjuang.
1.sahabat mestilah mempunyai akal yang bijak seperti Aisyah
2.sahabat mestilah sanggup berkorban untuk islam sepenuhnya seperti Siti Khadijah
3.sahabat mestilah mempunyai ketaqwaan yang tinggi seperti Siti Fatimah.
Bila baca macam mudah je, tapi dalam era globalisasi kini, banyak cabaran yang datang, jadi sahabt haruslah biak dalam mengatur semuanya. Kelembutan kita bukan untuk dipersendakan atau menjadi asset menggoda kaum lelaki. Tetapi gunakanlah untuk mengajak mereka kepada islam.
Tegas kita hendaklah tegas sebagaimana melayakkan diri kita menjadi orang bertaqwa. Tegas bila bercakap dengan lelaki agar tidak menimbulkan fitnah. Insyaallah kita dapat menjadi srikandi yang di ikhtiraf oleh ALLAH, iaitu srikandi yang tinggi keyakinan , kuat beribadah, berakhlak , pandai menguruskan suami dan mendidik anak-anak serta banyak menyumbang untuk Islam dan masyarakat.ameen

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design