Thursday, September 10, 2009



assalamualaikum buat pembaca sekalian





pejam celik akhirnya kita telah pun memasuki malam2 genting yakni malam terakhir ramadhan

jika ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada malam-malam ini.

disini ummu nak share serba sikitlah apa yang ummu dapat.

pada 10 malam terakhir ini eloklah kita beriktikaf dimasjid

meletakkan diri kita sebagai hamba dan beribadat untuk NYA

seikhlas yang mungkin.

jangan asyik ingat nak beraya jer tapi persiapan diri dan iman tak diperkemaskan

yang selalo siap baju raya, kueh raya..langsir.ishk3x


kita sama-samalah cuba berubah kepada kebaikan yek

tak mampu berubah banyak..ubahlah sikit-sikit

kat bawah ni sedikit panduan tentang iktikaf






GALAKAN IKTIKAF 10 TERAKHIRIktikaf pada 10 terakhir Ramadhan amat digalakkan
syarak.Dalilnya:

i- Daripada Ibnu Umar r.a. katanya:

كان رسول الله يعتكف العشر الأواخر من رمضانMaksudnya “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan” HR Bukhari dan Muslim
ii- Daripada Aisyah r.a. katanya:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده
Maksudnya “Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir
Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda. Kemudian, isteri-isterinya terus beriktikaf selepasnya” HR Bukhari dan Muslim.
HUKUM IKTIKAF
Beberapa ulama menaqalkan ijmak bahawa hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Ia hanya
menjadi wajib sekiranya dinazarkan.
Ibnu Batthal menyebut: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melazimi iktikaf menunjukkan ia
adalah sunat muakkadah (sangat dituntut)”
Kata Ibnu Shihab “Alangkah peliknya orang-orang muslimin yang meninggalkan iktikaf,
sedangkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah sekalipun meninggalkannya semenjak
baginda masuk ke Madinah.”
2) Maksud iktikaf itu sendiri ialah: menahan, menetap, dan melazimi sesuatu. Jadi, perbuatan
keluar daripada masjid, walaupun dengan hajat menafikan erti dan tujuan iktikaf itu. Kerana itu,
ketika iktikaf, dibenarkan keluar jika ada hajat yg sangat mendesak. sebagaimana disebut dalam
hadis:
kata Aisyah: “Sunnah ke atas org yg iktikaf ialah: tidak melawat org sakit, tidak mengiringi jenazah, tidak menyentuh wanita, tidak mubasyarah dengan wanita, TIDAK KELUAR UNTUK HAJAT kecuali dalam perkara yg tidak boleh dielakkan, Dan tidak ada iktikaf melainkan dengan puasa, dan tidak ada iktikaf melainkan di masjid jamik”.Riwayat ABu Daud. Kata Ibn Hajar: “La Baksa Bi RIjalihi” (Tidak mengapa dengan perawi2nya). Cuma yang rajihnya ialah ayat terakhir hadis itu adalah mauquf.Rujuk: Bulughul Maram m/s: 423.
Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.
Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."
Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:
Muslim
Berakal
Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.
Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.
Rukun-rukun iktikaf
Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)
Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.
Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.
Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat
Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)
Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf
Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
Murtad ( keluar dari agama Islam )
Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
Haid atau Nifas
Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Iktikaf"
ummu harap info ini dapatlah membantu kita serba sedikit tentang iktikaf
dapat mengupas sedikit apa yang didalam minda
akhir kalam semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur
dengan kelebihan yang ALLAH beri keatas ummat Nabi Muhammad SAW

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design