Salam..
Bicara hati buat ummi yang tercinta...
Ya ALLAH, hati ini amat mencintainya,
Cintaku padanya hanya diriMU yang mengetahui,
Aku tidak rela melihat air yang keluar dari matanya,
Aku tidak ingin melihat peluh yang mengalir dari tubuhnya,
Kesedihan, sesengsaraan dan kelukaannya,
Sungguh, aku tidak mampu untuk melihatnya.
Ummi,
Ketahuilah diri ini amat menyayangimu,
Lantaran itu aku cuba mengikuti setiap permintaan dan keinginanmu,
Walaupun kadang-kadang ada insan di sisiku yang tidak mengerti,
Dan tidak akan memahami akan setiap yang kulakukan,
Setiap prinsip dan pegangan diri yang kubawa,
Tapi ketahuilah sahabatku, aku lakukannya dek kerana aku dambakan redhanya,
Dambakan redhanya, dambakan redhaNYA.
Ummi,
Harus kunyatakan dan harus juga kuakui,
Diri ini tidak pernah terlepas dari dosa,
Selalu kalah melawan nafsu,
Selalu tergoda dengan keindahan dunia,
Selalu leka dengan mainan dunia.
Ummi,
Maafkan diri ini sekiranya aku mempermainkan kepercayaanmu,
Sungguh, tiada niat di hati ini untuk membelakangkanmu,
Namun, aku insan yang lemah,
Aku tersungkur jua dek kerana lemahnya imanku,
Ya, aku tidak boleh menyalahkan jarak ini,
Kerana kita masih dihubungkan atas dasar kepercayaan,
Masih disatukan dalam ikatan kasih yang suci,
Tapi akulah insan yang lemah,
Yang kalah dalam perjuangan ini.
Ummi,
Maafkan diriku di atas kekhilafan ini,
Maafkan dan percayalah,
Sesungguhnya tidak pernah terniat dihati ini,
Untuk melukakan hatimu,
Tidak pernah terdetik dihati ini,
Untuk mengingkari kata-katamu.
Ummi,
Dari hatiku yang tulus ikhlas,
Ampunkan salah silap anakmu in,
Dari detik ku dilahirkan hingga ke akhir hayatku,
Terima kasih kerana sabar melayan kerenahku,
Terima kasih kerana masih mempercayai diri ini,
Terima kasih kerana masih menyayangi diri ini,
Redhailah diri ini dalam menjejaki ilmu di bumi ALLAH,
Ajarilah anakmu ini erti kekuatan dan kecekalan hati sepertimu,
Moga aku tidak akan lemah dengan godaan ini,
Moga aku tidak akan rebah dengan dugaan yang mendatang.
Ya ALLAH,
Kupanjatkan kesyukuran padaMU ya ALLAH,
Terima kasih kerana menanugerahkanku,
Seorang insan yang amat bermakna buat diri ini,
Seorang insan yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.
Kuharap redhaMU ya ALLAH.
Moga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke syurgaMU,insyaALLAH..
Bicara hati buat ummi yang tercinta. Maafkan khilafku.
Ummi, ketahuilah, diri ini amat menyayangimu...
Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat hati:
Post a Comment