hari ni saya ada satu teka-teki untuk semua.
mengapa, selalunya, biasanya, walau seteruk mana pun sikap seorang anak terhadap ibu atau bapanya, yaitu selalu melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah, apabila kita tanya mereka, mereka tetap akan kata, bahawa mereka sayangkan ibu dan ayah nya. mengapa?
persepsi. atau sangkaan.
mula2 saya hendak beri contoh sebuah cerita mengenai bagaimana persepsi boleh berubah seratus-peratus apabila kita mengetahui sebuah kebenaran. satu hari, sebuah bas berhenti di satu perhentian bas. naiklah ke dalam bas itu seorang ayah dan dua orang anak nya yang masih kecil. di dalam bas itu ada ramai lagi penumpang-penumpang lain. ayah tadi mengambil tempat duduk, tetapi anak-anaknya lari berkeliaran di dalam bas itu. kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti, mereka memanjat di sana sini dan bermain kejar-mengejar di dalam bas itu. tak lama kemudian mereka mula mengganggu penumpang2 lain dengan tingkah-laku mereka yang agak buas itu. mereka terlanggar, tersepak orang lain dan jeritan2 mereka sangat merunsingkan (annoying). si ayah terus duduk diam membatu. lantas beberapa orang penumpang yang tidak berpuas hati menengking kepada si ayah, mengapa tidak dikawal anak-anak yang berkeliaran ni? ayah jenis apa ni? tak nampak ke budak2 ni tengah buat apa? takkan diam saja?! tak pandai jaga anak ke?! jerit penumpang2 itu kepada si ayah.
tiba-tiba si ayah mendongakkan kepala, seolah-olah baru sedar dari lamunan yang panjang, baru ternampak apa yang sedang dibuat anak-anaknya. dan berkata,
“oh, minta maaf terhadap perbuatan anak-anak saya. saya baru balik dari hospital, isteri saya iaitu emak kepada budak-budak ini baru sahaja meninggal dunia…saya…saya..” menitislah beberapa butiran air mata.
dan penumpang-penumpang yang lain pun tiba-tiba senyap, sedang anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu terus berlari.
hukum alam, tetap hukum alam. tetapi hukum alam, hanya menjadi adil apabila kita meletakkan hukum itu pada punca yang benar. dan kita hanya akan tahu punca yang benar, apabila kita berusaha mencari punca yang benar itu. tanpa punca yang benar ianya menjadi sangkaan, dan sangkaan yang salah, adalah apa yang kita panggil sebagai sangkaan yang buruk. su’uz zon.
saya ada seorang kawan baik, dia sangat suka dipuji. dan dia juga selalu menyebut-nyebut benda-benda baik atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya kepada orang lain, dan sangat gembira apabila mendapat feedback yang positif (pujian) dari orang lain. lalu hukum alam pun dijatuhkan ke atasnya. iaitu hukuman bahawa dia adalah seorang yang riak dan takabbur. kadang-kadang orang lain tidak menjatuhkan hukum alam ini terang-terangan di hadapan dia, tetapi riak muka dan pandangan yang kurang enak sudah cukup menyedarkan dia bahawa sikap suka dipuji itu tidak digemari orang lain. dan orang-orang yang ‘menyedari’ bahawa dia memiliki sikap suka dipuji ini pun sentiasa berhati-hati utnuk tidak memuji dia dalam apa benda sekalipun. lalu saya, antara orang-orang yang menjatuhkan hukum alam itu pun nekad untuk bertindak sebagai hero, memberanikan diri pergi berjumpa terus denagn dia, one to one, untuk memberikan sedikit nasihat, kerana saya yakin, mungkin sebenarnya selama ini dia tidak menyedari akan hakikat penyakit hati yang dimilikinya itu.
saya berjumpa dengannya di satu malam yang hening, bersyarah panjang. kemudian dia menangis, dan saya sangka saya telah menjadi hero krn berjaya mengubah manusia <– takabbur!
tetapi dalam tangis dia pun bersuara, sebenarnya selama ini dia memang tahu sikap suka dipuji itu tidak bagus tetapi dengan pujian itu lah dia terus hidup!
lalu dia pun bercerita, semasa dia di sekolah, dia menjadi mangsa buli. dibuli dengan begitu dahsyat sekali, bukan dibuli secara fizikal, tetapi secara batin, yang lebih menghancurkan jiwa. dia selalu diejek, dan dimalukan di hadapan orang ramai. selepas sekian lama dimalukan, dia langsung hilang segala keyakinan diri. sehingga tidak ada yang tersisa. dia langsung tidak boleh berbuat apa pun di hadapan orang lain, biarpun di hadapan 2 orang saja! setiap kali disuruh membentangkan sesuatu, walaupun hanya di depan beberapa kerat kawan-kawan dia akan menggeletar dan rasa tak upaya mengawal diri, sedangkan sebelum kes pembulian itu berlaku dia adalah seorang yang sangat berkeyakinan. low self esteem ini berlarutan buat sekian lamanya sampai tamat sekolah, sampai tamat hubungan dengan pembuli-pembuli nya, tetapi low self esteem itu tidak hilang. dia hilang segala jati diri, berasa sangat tidak berguna, dan merasakan dia tidak akan berjaya sampai bila-bila. pernah juga dia merasakan baik mati sahaja.juga pernah merasakan Allah tidak Menolong dia, Allah tidak Menyayangi dia.
tetapi dia terus hidup. dengan pujian! setiap kali orang memuji apa pun perbuatannya, walaupun benda itu adalah perkara paling tidak signifikan seperti berjaya membuka tudung botol kicap, dia seperti mendapat satu kehidupan baru, satu kekuatan untuk mula mempercayai diri sendiri semula. dan sejak itu dia ‘hidup’ dan ‘mula meyakini’ bahawa dia adalah manusia berguna yang boleh berbuat sesuatu. dengan pujian dia mendapat sokongan. dengan kata-kata yang positif dia memikirkan tentang masa depan. dan paling penting, mula merasakan Allah ada memberikan jalan keluar.
sudahnya saya yang menangis berbaldi-baldi.
sejak hari itu saya belajar, erti bertanya, menyelidiki, dan mengenali seorang manusia sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang telahan.
dan baru mengerti, apa maksudnya apabila kita tahu tentang perbuatan buruk seseorang, hendaklah kita menyenaraikan 70 possibilities yang positif mengapa orang itu melakukan perbuatan itu sebalum sampai kepada possibility yang negatif. jarang2 manusia sengaja berbuat sesuatu yang buruk, tanpa alasan yang kukuh.
dan sikap menyelidiki sehingga ke akar umbi ini sangatlah mustahak di atas jalan tarbiyyah ini! terutamanya yang memegang amanah sebagai murabbi.
ketika orang-orang lain memandang buruk mutarabbi kita kerana sesuatu peristiwa atau sesuatu sikap, kita lah sebagai murabbi yang harus berdiri teguh di belakangnya, dan meyakini dirinya. kita lah yang harus berusaha mencari punca sebenar mengapa peristiwa/sikap itu berlaku. kerana mungkin anda adalah satu-satunya orang yang masih tinggal untuk mutarabbi itu mengadu nasib. mungkin anda ialah the last man standing untuk mutarabbi itu merasakan bahawa akan ada orang yang akan mempercayai cerita-cerita dan alasan-alasan mengapa apa yang terjadi itu terjadi. mungkin anda lah satu-satunya lengan yang tinggal untuk dia berpaut. tetapi jika anda juga berpaling darinya, maka di manakah lagi tempat bergantung? ya cukuplah Allah sebagai tempat bergantung tapi kita manusia yang serba lemah kan? cukup lemah untuk sepenuhnya menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. maka, jika anda juga tidak meyakini mutarabbi anda, maka putuslah segala tali harapannya….
mungkin di sebalik sikap suka menipu ada jiwa yang pernah ada kisah silam dipukul dengan teruk kerana berkata yang benar.
mungkin di sebalik sikap keakuan dan ego ada kisah silam yang menjadikan dia merasakan mengakui kelemahan dan meminta pertolongan itu bukan pilihan.
mungkin di sebalik sikap kasar dan suka meninggikan suara ada kisah silam di mana dia melihat orang yang lemah dan lembut menjadi mangsa penderaan.
mungkin di sebalik sikap suka mengiakan dan memuaskan hati semua orang ada kisah silam yang mana dia merasa sakit ditinggalkan dan tidak dipedulikan.
mungkin di sebalik sikap ‘hanya aku saja yang betul’ ada kisah silam yang mana setiap kesilapan dan kesalahan bermakna kritikan dan penghinaan yang teruk.
wahai murabbi sekalian! saya merayu kalian, kenalilah orang-orang yang datang menyerahkan diri mereka kepada kalian dengan sedalam-dalamnya! anda mungkin tidak menyedari, berapa ramainya orang yang merasakan dia telah mendapat sebuah kehidupan yang baru melalui tarbiyyah, meninggalkan segala kehidupan silam yang gelita dan menyedihkan. berapa ramainya orang yang merasakan kehidupan baru ini akan memimpinnya, menyelamatkannya, membersihkan dirinya. tetapi bagaimana semua itu akan berlaku? hanya bila engaku, wahai murabbi mampu memimpin mereka keluar dari gelap kehidupan lama kepada terang sinar tarbiyyah! tetapi ini tidak akan berlaku jika anda tidak kenal, dan tidak tahu siapa mutarabbi anda…
dan berapa ramainya yang merasa gembira dengan kehadiran anda, wahai murabbi sekalian, kerana akhirnya, ada juga orang yang akan mendengar segala isi hati ini….
ini adalah cubaan terakhir saya, sebelum meninggalkan australia….tolonglah memahami…..kalau kali ni gagal lagi, memang tinggal Allah sahaja tempat mengadu segalanya….
————————————————————————————————————————————————————————————————————————————
jawapan kepada teka-teki di atas: kerana sayang itu lah mereka melawan kata, selalu tidak setuju dengan approach ibu dan ayah, selalu memberontak, selalu meninggikan suara, selalu membalas, selalu mengguriskan hati ibu dan ayah. kerana sayang itu. jika mereka tidak sayang, mereka akan buat tidak peduli.
manusia hanya akan memberontak, melawan, dan bersikap kurang ajar, kepada orang-orang yang mereka sayang, atau orang-orang yang mereka harap menyayangi mereka.
Allahua’lam.
dipetik dari:balqis
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat hati:
Post a Comment