- Tanpa bantuan Tentera Asing untuk Kebangkitan Rakyat di timur Libya, saya percaya Ghadafi lebih mampu menghancurkan mereka lalu akan membuat seperti “pembersihan ethnik” yang dahsyat yang tidak ada tolok bandingnya dalam Dunia Arab. Walaupun Kebangkitan Rakyat kini berbekalkan senjata dari tentera yang berpaling tadah, namun harus diingat bahawa kekuatan Ghadafi adalah kekuatan ketenteraan sebuah negara berbanding kekuatan rakyat yang melibatkan beberapa buah wilayah.
- Selagi mana operasi Tentera Salib hanya mengawal udara agar Tentera Udara Ghadafi tidak mengebom rakyatnya menggunakan pesawat tempur, maka operasi tersebut adalah diperlukan bagi mengelakkan kekalahan dan pembersihan ethnik terhadap Rakyat di timur Libya.
- Sekiranya Tentera Salib meluaskan operasi sehingga Ghadafi jatuh dan selepas itu memberikan sepenuh mandat kepada Rakyat Libya untuk menentukan masadepan mereka melalui proses demokrasi bebas dan adil, maka ia adalah suatu yang dialukan.
- Sekiranya pelan Tentera Salib di Libya adalah sama dengan pelan mereka di Iraq, iaitu menjajah Iraq setelah mereka memenangi peperangan, maka campurtangan dan pencerobohan ini sangat ditolak dan mesti ditentang sehabis-habisnya.
Adalah suatu kesilapan yang besar membiarkan Tentera-tentera Salib yang berperanan ketika dan selepas perang dalam menentukan halatuju masadepan sesebuah Negara Islam. Sepatutnya setelah mereka selesai mengalahkan musuh Rakyat, tentera Amerika terus keluar meninggalkan negara umat Islam ditentukan oleh Rakyat itu sendiri. Persoalannya adakah setelah berkorbang besar diaspek nyawa, tenaga dan wang ringgit, Tentera-tentera Salib terus beredar dengen percuma tanpa meraih sebarang hasil dari pengorbanan itu ?
dipetik: Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com
0 Pendapat hati:
Post a Comment