Monday, July 11, 2011

Saya Cantik

cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu.

pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik .. 

Sunday, July 10, 2011

Slogan semata slogan

"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"...Nah..inilah dia slogan paling bagus era ini.Sekarang lihat video-video dibawah part mana rakyat didahulukan pun tak tahulah..Ramai orang bercakap..teruk buat perhimpunan ni..Merugikan berjuta-juta ahli peniaga..Orang yang cakap macam itu adalah orang yang tak ada otak @ kurang berpandangan jauh.Opsss...Apatah lagi bila yang cakap tu orang Islam..takkan tak tahu lagi rezeki,ajal maut,jodoh perkahwinan semua tu ditangan Allah. Amende la susah sangat.

Kalau cuti sempena raya ke tak ada pula orang nak mengomel rugi berjuta-juta..alahai..oklah mungkin kerugian tapi cuba fikir 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang..kalau masalah politik kotor tak di settle kan...Lagi merempatlah anak bini dan peniaga.Bermulalah era memonopoli perniagaan dan berniaga secara rasuah.Itu korang suka??So renung-renungkan..kita hidup bukan untuk hari ni dan esok saja.Andai dipanjangkan umur...kita nak ahli keluarga kita kelak hidup senang..makan harta yang halal.No rasuah..no discrimination..no riba'..

Tapi betul pesan arwah ayah..kalau diberi pilihan tentera @ polis..pilih tentera.So tabik spring kat ayah sebab memilih untuk jadi tentera. Sebab tentera menerima arahan dari raja manakala polis untuk perdana menteri.Polis kalau negara darurat tak ada kuasa lah nak jadi pemimpin..tapi tentera, negara darurat..askar lah yang naik menjadi pemimpin.Complete semua pentadbirannya..Pengetahuan macam ni korang semua patut tahu taw. Semak sejarah negara, peristiwa 31 mei , peristiwa jepun datang So sapa hero negara??FRU??Polis???salah..tentera lah.hehe..

Nah..skang saksikan video hangat kat bawah ni.

 

banyak lagi anda boleh tengok di FB / youtube

tapi serius saya rasa simpati dengan polis juga.Sebab nak tak nak mereka duduk antara dua pihak.Kalau tak  buat, PM akan pecat mereka..bila buat,orang benci mereka..Tapi alangkah bangganya rakyat sekiranya polis turut sama dalam perjuangan bersih rakyat ini sepertimana yang dilakukan sewaktu pemerintahan Dato Seri Abdullah Badawi dulu.Mana ada polis sembur bahan pemedih api..lagi mereka jaga keselamatan adalah..So siapa kejam sekarang??Polis..??tak juga tapi pemimpin kita yang zalim.
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design