Sunday, July 10, 2011

Slogan semata slogan

"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"...Nah..inilah dia slogan paling bagus era ini.Sekarang lihat video-video dibawah part mana rakyat didahulukan pun tak tahulah..Ramai orang bercakap..teruk buat perhimpunan ni..Merugikan berjuta-juta ahli peniaga..Orang yang cakap macam itu adalah orang yang tak ada otak @ kurang berpandangan jauh.Opsss...Apatah lagi bila yang cakap tu orang Islam..takkan tak tahu lagi rezeki,ajal maut,jodoh perkahwinan semua tu ditangan Allah. Amende la susah sangat.

Kalau cuti sempena raya ke tak ada pula orang nak mengomel rugi berjuta-juta..alahai..oklah mungkin kerugian tapi cuba fikir 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang..kalau masalah politik kotor tak di settle kan...Lagi merempatlah anak bini dan peniaga.Bermulalah era memonopoli perniagaan dan berniaga secara rasuah.Itu korang suka??So renung-renungkan..kita hidup bukan untuk hari ni dan esok saja.Andai dipanjangkan umur...kita nak ahli keluarga kita kelak hidup senang..makan harta yang halal.No rasuah..no discrimination..no riba'..

Tapi betul pesan arwah ayah..kalau diberi pilihan tentera @ polis..pilih tentera.So tabik spring kat ayah sebab memilih untuk jadi tentera. Sebab tentera menerima arahan dari raja manakala polis untuk perdana menteri.Polis kalau negara darurat tak ada kuasa lah nak jadi pemimpin..tapi tentera, negara darurat..askar lah yang naik menjadi pemimpin.Complete semua pentadbirannya..Pengetahuan macam ni korang semua patut tahu taw. Semak sejarah negara, peristiwa 31 mei , peristiwa jepun datang So sapa hero negara??FRU??Polis???salah..tentera lah.hehe..

Nah..skang saksikan video hangat kat bawah ni.

 

banyak lagi anda boleh tengok di FB / youtube

tapi serius saya rasa simpati dengan polis juga.Sebab nak tak nak mereka duduk antara dua pihak.Kalau tak  buat, PM akan pecat mereka..bila buat,orang benci mereka..Tapi alangkah bangganya rakyat sekiranya polis turut sama dalam perjuangan bersih rakyat ini sepertimana yang dilakukan sewaktu pemerintahan Dato Seri Abdullah Badawi dulu.Mana ada polis sembur bahan pemedih api..lagi mereka jaga keselamatan adalah..So siapa kejam sekarang??Polis..??tak juga tapi pemimpin kita yang zalim.

3 Pendapat hati:

  1. orang yang teraniaya tu doanya makbul...peniaga yang rasa diri mereka teraniaya, doa mereka juga makbul. Memang semua benda di tangan Allah, mereka yang bercakap meluahkan rasa tak puas hati juga sama seperti mereka yang join bersih yang rata-rata tak puas hati dengan kerajaan. Contoh la kan, rumah saudari dirompak, saudari pegi report kat polis dan bgtau sanak sedara rumah kena rompak. Boleh x saya nak kata, apa la kecoh sgt, rezeki tu kan Allah yang tetapkan, xde otak ke nak kecoh pegi bgtau orang rumah kena rompak?takkan tak tahu lagi rezeki,ajal maut,jodoh perkahwinan semua tu ditangan Allah. Amende la susah sangat. Opsss....sape yang x berpandangan jauh ni... ke semua yang sokong bersih pikir macam sedari ye? musykil...

    Duduk dalam masyarakat, agak2 la sket, pikir sket hak orang lain. Ingat peniaga tu nak politik kotor ke bila mengadu mcm tu? Lain kali kalau ada apa2, x payah report polis la, report tentera ye. Baru ngam dgn pendirian saudari yang x suka polis~

    Sori taw bahasa kasar sikit, nak sesuaikan dengan post sedari eheh.

    ReplyDelete
  2. mintak maap tersalah kata terkasar bahasa, selamat menjalani ibadah puasa. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..dalam mengkritik-kritik masih lagi ingin mengucapkan selmat berpuasa.Tentu AML orangnya bertimbang rasa..kalau AML nak tahu dulu cita2 saya nak jadi polis taw..saya xmembenci kerjaya polis tapi saya membenci orang yang membawa jawatan tersebut tetapi melaksanakan dgn tidak amanah sekali.

    1 soalan: adakah AML ni polis @  ada sedara-mara yang bekerja polis..ada orang kata:marah itu tanda sayang.tapi dalam konteks ini saya merasakan marah AML tanda AML prihatin terhadap isu ini..Terima kasih atas teguran.hehe..

    ReplyDelete

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design