Sunday, November 27, 2011

Hati seorang Umi~

Sahabat, ini adalah petikan suara hati seorang umi. Umi adalah nama lain dari ibu.  Tahukah sahabat? mungkin suara hati ini tidak cuma suara hati perseorangan, namun mungkin ini juga merupakan suara hati ibu kita. Ibu dari ibu-ibu yang ada di permukaan bumi ini. Selamat menghayati..
Anakku yang ku kasihi…
Tanpa disadari oleh kita masa berlalu terlalu cepat dan kau yang ketika dulu masih kecil, manja dalam pelukan umi, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar arti kehidupan. Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cobaan. Cobaan yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu. Ketika inilah kau, kau ingin merasakan semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung banyak orang.Kau ingin disayangi dan menyayangi.
Anakku sayang,
Jika tiada iman, niscaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, umi berpesan agar engkau berhati-hati dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah karena tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, tidak ada orang yang dikecualikan, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,”seorang remaja jika dapat melalui cobaan hidupnya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling sukses selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan masa remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan yang akan datang”.
Wahai anakku sayang..
Seringkali umi menangis, melihat perubahan pada dirimu. Dulu, kau tidak begini. Engkau seorang yang taat pada perintah ibu, yang malu bila auratmu terbuka, walaupun tertiup angin. Kau amat teliti dan hati-hati dalam menjaga sholat-sholatmu dan kau suka bila umi ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu. Anakku sayang.. ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah.

Wahai Anakku…

Wanita itu dijadikan Allah dengan dipenuhi keindahan, unik dan menakjubkan. Pandai-pandailah kau hargai nikmat yang telah diberikan itu. Jikapun kau cantik, jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih banyak orang yang mempunyai kelebihan diatas mu. Jangan kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagalah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagalah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakrawala asalkan kau dapat pertahankan sebutan sebagai wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.
Anakku sayang…
Saat kau berpakaian, maka sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak tipis dan satu lagi anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita yang dihatinya tidak ada rasa takut akan adzab Allah. Perhatikan hadith ini…”Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk surga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasa dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, ingkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.
Wahai Anakku Sayang…
Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan  beratnya. Setiap petunjuk Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apalagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan niscaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langka-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan umi wa abi...
Dari seorang ibu yang sangat mencintai anaknya

Monday, July 11, 2011

Saya Cantik

cantik = akhlak. sangat setuju. cantik dari dalaman sangat penting. cantik dari tingkah laku, kesopanan, cara bercakap dan perangai. walau kita tidak cantik di mata manusia, tapi biarlah kita cantik di mata Allah. itu lebih penting kan? cantik luaran ni sekejap je. bila-bila masa saja Allah boleh tarik balik. jadi, biarlah tak cantik di luaran tapi indah dalamannya. insyaallah ~ ::

:: dan pada aku, pertama yang aku tengok adalah mata. aku suka tengok mata orang. sebab pada aku, mata itu cantik. dan dari mata juga kita boleh tahu seseorang itu jujur atau propa. bukan yang pakai 'contact lens' tu ye? 'natural eye' la. tak nak mata yang berwarna-warni tu.

pada aku, cantik itu datang dari mata. dan dari mata turun ke hati. sebab tu kita suka orang atau barang yang cantik .. 

Sunday, July 10, 2011

Slogan semata slogan

"Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"...Nah..inilah dia slogan paling bagus era ini.Sekarang lihat video-video dibawah part mana rakyat didahulukan pun tak tahulah..Ramai orang bercakap..teruk buat perhimpunan ni..Merugikan berjuta-juta ahli peniaga..Orang yang cakap macam itu adalah orang yang tak ada otak @ kurang berpandangan jauh.Opsss...Apatah lagi bila yang cakap tu orang Islam..takkan tak tahu lagi rezeki,ajal maut,jodoh perkahwinan semua tu ditangan Allah. Amende la susah sangat.

Kalau cuti sempena raya ke tak ada pula orang nak mengomel rugi berjuta-juta..alahai..oklah mungkin kerugian tapi cuba fikir 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang..kalau masalah politik kotor tak di settle kan...Lagi merempatlah anak bini dan peniaga.Bermulalah era memonopoli perniagaan dan berniaga secara rasuah.Itu korang suka??So renung-renungkan..kita hidup bukan untuk hari ni dan esok saja.Andai dipanjangkan umur...kita nak ahli keluarga kita kelak hidup senang..makan harta yang halal.No rasuah..no discrimination..no riba'..

Tapi betul pesan arwah ayah..kalau diberi pilihan tentera @ polis..pilih tentera.So tabik spring kat ayah sebab memilih untuk jadi tentera. Sebab tentera menerima arahan dari raja manakala polis untuk perdana menteri.Polis kalau negara darurat tak ada kuasa lah nak jadi pemimpin..tapi tentera, negara darurat..askar lah yang naik menjadi pemimpin.Complete semua pentadbirannya..Pengetahuan macam ni korang semua patut tahu taw. Semak sejarah negara, peristiwa 31 mei , peristiwa jepun datang So sapa hero negara??FRU??Polis???salah..tentera lah.hehe..

Nah..skang saksikan video hangat kat bawah ni.

 

banyak lagi anda boleh tengok di FB / youtube

tapi serius saya rasa simpati dengan polis juga.Sebab nak tak nak mereka duduk antara dua pihak.Kalau tak  buat, PM akan pecat mereka..bila buat,orang benci mereka..Tapi alangkah bangganya rakyat sekiranya polis turut sama dalam perjuangan bersih rakyat ini sepertimana yang dilakukan sewaktu pemerintahan Dato Seri Abdullah Badawi dulu.Mana ada polis sembur bahan pemedih api..lagi mereka jaga keselamatan adalah..So siapa kejam sekarang??Polis..??tak juga tapi pemimpin kita yang zalim.

Tuesday, May 31, 2011

Speak No Evil

by Fat Giraffe

I can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea?
Can't we see their hearts still bleed?
My back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deferred
emerge from the darkness
time to rise

see you and I are one in the same
we feel a need to change
don't want to blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no united nations
don't we got a name to protect?
realize this we got alot on our back
representing truth
how can we survive if it isn't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and I'll shout it out

I can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
I can see the pain
I can take the blame
I can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me praying because I'm on my knees
now praying for the day that we all can live
praying for the day that I teach my kids
all the right and wrong
I got to stay strong

I don't want to see no pain anymore in the eyes of innocent people
I don't want to witness this injustice, hear no, speak no evil
cause I feel my heart is in my throat
I don't want to see another fall
I don't want to take another glance
my people just stand tall
stand tall
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design