Wednesday, September 17, 2008

JANJIKU KEPADAMU IBU


Ibu…

Tiada sekelumit kata tika kau membesarkan ku. Malah bersabar diatas kerenahku. Dari sebelum aku dilahirkan hinggalah saat genting kau melahirkanku..kau melahirkanku dalam erti kata perjuangan..untuk apakah itu semua ibu?

Ibu ..

Kau mengajar ku erti kesabaran, kau mengajarku dari satu perkara yang susah menjadi mudah.. kau tunjukkan aku untuk memilih antara yang haq dan yang batil..kau memarahi demi mendidikku. Sehingga aku berfikir lama untuk apakah ibu melakukan kesemua itu…?

Kini ibuku…

Setelah aku meningkat dewasa..baru ku mengerti. Kesabaran itu sebagai kekuatan diri. Kemarahanmu menjadi perisai buat diriku dan doamu menjadi penunjuk buat diriku..terima kasih ibuku sayang..

Dan kini ibu..

Aku melihat umat islam dijajah, ditindas dan dihina..tapi mengapa kau menghalang perjuanganku wahai ibu..adakah kau takut melihat ku pergi meninggalkanmu wahai ibu..

Ibu, kau telah melahirkanku dalam erti kata perjuangan,keperitan dan kesakitan yang terpaksa kau tanggung..dan adakah patut aku pergi dengan sia-sia tanpa sebarang perjuangan? Tidak sesekali ibu..

Ibu,

ku pohon kekuatan yang dulu kau berikan padaku dan doamu yang selalu kau panjatkan kepadaku agar ianya masih seperti dulu..agar diri ini dapat menebus masa-masa laluku yang telah terbuang. aku mengharap pengertianmu duhai ibu agar keizinan ini akan dibalas dengan nikmat yang lebih besar oleh ILLAHI..

Seperti dalam firman ALLAh swt

“barang siapa datang membawa kebaikan ,maka dia akan mendapat pahala yang lebih baik daripada kebaikannya itu….”

(84: ﺍﻟﻗﺻﺹ)

Janjiku padamu ibu..

Aku telah memilih jalan yang dipilih oleh Rasul2 sebelum ini, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat serta para tabiin untuk menegakkan semula islam..disini aku hanya mempunyai 2 pilihan wahai ibu,bejuang atau gugur syahid di jalan yang telah ku pilih ini dan aku berjanji akan pulang kepadamu ketika islam telah tertegak dan jika kau tidak menemui aku ketika saat itu..ketahuilah duhai ibu bahawa anakmu sedang tersenyum disana menantimu..doakanlah perjuangan ku wahai ibu yang selama ini mengajarku erti ketabahan..

Terima kasih ibu..

Melahirkan aku didunia ini dan terima kasih YA ALLAH kerana memilih ibu ini dan keluargaku kini sebagai ahli keluargaku. Juga sahabat-sahabat yang berjuang bersamaku..andai aku yang gugur maka teruskanlah perjuangan ini..jadilah sang murabbi yang tak pernah lelah dalam perjuangan ini…Allah bersama setiap hamba yang berada dilandasan islam. Bertaqwalah kepada-Nya.

“wahai orang-orang beriman ! bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk esok hari(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”

(18: ﺍﻟﺣﺷﺮ)

Jangan sesekali menoleh kebelakang..

Jangan takut untuk gugur dijalan jihad..kita memang diciptakan untuk berjihad malah didalam perut ibu juga kita telah menggenggam janji bahawa seluruh hidup kita adalah untuk Allah pencipta sekelian alam..jika kita masih menunggu..siapakah yang akan menggantikan tempat khalifah-khalifah dizaman nabi,omar mukhtar,salahuddin al-ayubi, dan pejuang lain.marilah sahabat-sahabat…islam memerlukan kalian dijalan perjuangan.kami memerlukan semangat muda kalian..doakanlah perjuangan kami tidak terpesong, sentiasa berjalan seiring dengan seruan ILLAHI..

“Dan sungguh , sekiranya kamu gugur dijalan ALLAH atau mati, sungguh ,pastilah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik bagimu daripada apa (harta rampasan) yang mereka kumpulkan.”

(157 : ﺍﻝﻋﻣﺭﺍﻥ)

2 Pendapat hati:

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design