Perang Salib Kedua (1145-1149) adalah Perang Salib utama yang dilancarkan dari Eropah bermula pada tahun 1145 sebagai tindak balas terhadap kejatuhan Wilayah Edessa pada tahun sebelumnya. Edessa adalah bandar salib pertama yang ditubuhkan semasa Perang Salib Pertama (1095-1099) tetapi yang pertama jatuh. Perang Salib Kedua diisytiharkan oleh Paus Eugene III dan adalah yang pertama dipimpin oleh Raja dari Eropah khasnya Louis VII dari Perancis dan Conrad III dari Jerman dengan pertolongan pembesar-pembesar Eropah yang lain. Tentera kedua-dua raja tersebut mara berasingan merentasi benua Eropah tetapi terhalang seketika oleh tindakan Maharaja Byzantine Manuel I Komnenos. Selepas melintasi wilayah Byzantine ke Anatolia, kedua-dua pasukan tentera ini dikalahkan oleh Turki Seljuk. Louis dan Conrad bersama saki-baki tentera mereka sampai ke Jerusalem (Baitulmuqaddis) tetapi gagal dalam usaha menyerang Damsyik pada tahun 1148. Kekalahan tentera salib di timur adalah kemenangan besar orang Islam. Ini membawa kepada kejatuhan Jerusalem dalam Perang Salib Ketiga pada akhir kurun ke-12.
Satu-satunya kejayaan yang dicapai tentera salib adalah di Mediterranean. Ketika bangsa Flem, Frisia, Norman, Inggeris, Scotland, dan beberapa tentara salib Jerman, melakukan perjalanan menuju Jerusalem dengan kapal, mereka berhenti dan membantu bangsa Portugis merebut Lisbon pada tahun 1147. Beberapa di antara mereka, yang telah berangkat lebih awal, membantu merebut Santarém pada tahun yang sama. Mereka juga membantu menguasai Sintra, Almada, Palmela dan Setúbal, dan dipersilakan untuk tinggal di tanah yang telah ditakluk. Sementara itu, di Eropah Timur, Perang Salib Utara dimulai dengan usaha untuk merubah orang-orang pagan menjadi Kristian, dan perjuangan ini berlangsung selama berabad-abad lamanya.
[sunting] Latar belakang
Kejayaan tentera salib dalam Perang Salib Pertama lebih banyak disebabkan oleh perpecahan di kalangan orang Islam. Tetapi orang Islam belajar dari kesilapan. Jeneral Imad-ed-din Zangi, seorang Mamluk, berjaya menyatukan orang Turki dan Arab serta menyerang kerajaan Kristian. Zangi tidak menawan Jerusalem tetapi beliau berjaya menawan Edessa pada tahun 1144, sebuah kota salib di timur.
Berita kejatuhan Edessa dikhabarkan oleh pengunjung tanah suci yang balik ke Eropah pada awal 1145, dan juga oleh utusan-utusan dari Antioch, Jerusalem dan Armenia. Kejatuhan kota Edessa memberi tamparan hebat kepada Eropah barat yang terasa kerajaan mereka terancam. Paus Eugene III kemudian menyeru Perang Salib pada 1 December tahun itu juga. Paus memerintahkan Bernard dari Clairvaux (di Perancis) untuk menyeru perang salib merampas kembali Edessa dan mengalahkan Zangi. Raja Louis VII dari Perancis bersetuju untuk berperang. Begitu juga Conrad III dari Jerman, maharaja Empayar Rom Suci.
[sunting] Perang Salib yang gagal
Dari mula hingga ke akhir, perang salib ini adalah satu kegagalan. Kebanyakan tentera Conrad terbunuh ketika mara melalui Turki sama ada dalam pertempuran dengan Turki Seljuk atau pun sakit dan kelaparan kerana perjalanan yang mengambil masa yang panjang.
Apabila Louis dan Conrad sampai ke Jerusalem, mereka memutuskan untuk menyerang Damsyik sebagai balasan kehilangan Edessa. Tetapi serangan mereka ke atas Damsyik gagal. Raja-raja ini terpaksa berundur ke negara mereka.
0 Pendapat hati:
Post a Comment