Sunday, October 5, 2008

buat tatapan pembaca

Teks Khutbah Khas Aidilfitri 1427H tentang Isu Murtad ~ Untuk cetakan
dan sebaran seluruh masjid & surau di Malaysia
*** Sila panjangkan email ini sebagai rujukan & tindakan seluruh
muslimin-muslimat sebelum pulang berhari rayi pada 24-Oktober-2006.



Assalamu'alaikum Warahmatullah,


Kepada seluruh ahli e-group maya FORKAD, Pembela, Pertubuhan-pertubuhan Islam,
NGO dan seluruh Ummat Islam yang dihormati;


Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri;

Disertakan teks Khutbah Khas sempena Aidilfitri 1427H yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) yang dikupas oleh Dr Azhar
Yaakub berdasarkan pelbagai kajian isu serta fakta-fakta ilmiah terkini
berkisar tentang isu riddah di Malaysia, khususnya.

Teks khutbah ini mengupas secara jelas kesan yang daripada gejala riddah di
dalam masyarakat, dan ianya diharapkan mampu memberi kesedaran kepada
masyarakat Malaysia khususnya tentang betapa bahayanya riddah di dalam Islam.
Bersempena Aidilfitri, 1 Syawal 1427H yang mendatang, ianya adalah diharapkan
menjadi platform yang amat sesuai untuk risalah ini berkumandang diseluruh
masjid & surau di seluruh negara oleh khatib-khatib yang menyampaikan khutbah.

Suatu fakta yang jelas dan perlu diketahui, gejala riddah dan segala paparan
yang banyak diperbincangkan secara detail & ilmiah di dalam pelbagai seminar
termasuklah program yang dianjurkan di Masjid Wilayah tempohari hanyalah
berkisar di kalangan "kita yang sedar", namun ianya masih jauh dari pengetahuan
atau kesedaran seluruh masyarakat kita di kampung-kampung, pekan-pekan kecil
dan sebagainya. Bahkan kita yang berada di kota-kota besar ini sendiri pun
masih gagal untuk berbicara kepada seluruh jiran-jiran dan saudara-taulan kita.
Tanpa adanya kesedaran tentang apa yang berlaku, masyarakat kita tetap akan
terus dibuai dengan gejala yang seolahnya seperti api dalam sekam tersebut.


Tuan-Puan, Saudara/i yang di rahmati Allah,

Peluang yang ada pada Tuan/Puan, Saudara/i untuk mendekati seluruh
khatib-khatib, imam-imam dan mereka yang berkuasa untuk membenarkan kandungan
khutbah ilmiah ini dibaca pada pagi Syawal yang mulia nanti Insya Allah adalah
sebahagian dari usaha mulia & dakwah kita ke arah memberikan kesedaran kepada
masyarakat kita yang terlalu ketandusan sifat peka & peduli terhadap
permasalahan ummah semasa. Lakukanlah apa sahaja agar kandungan khutbah
Aidilfitri kita pada tahun ini disuburkan dengan suntikan yang mendalam di
dalam hati-hati jemaah yang hadir, dan mengizinkan mereka untuk bertindak
bersama menghadapi gejala ini.

"Kesedaran & kefahaman" di dalam diri ummat Islam adalah suatu asset yang amat
bermakna untuk menjadi titik-tolak bagi bersama menangani isu murtad ini,
disamping memastikan tanggungjawab utama ketua keluarga dilaksanakan untuk
memastikan seluruh keluarga kita terpelihara aqidah mereka sepanjang zaman.

Lampiran yang disertakan ini telah diedit dan diterbitkan dalam format .pdf.
Sila masuk ke laman files untuk memuat turun file dalam bentuk .doc dan untuk
sebarang tujuan sebaran secara umum & mass-printing.

Sila pastikan Tuan/Puan, Saudara/i menghantar salinan email ini kepada seluruh
rakan taulan di dalam pelbagai e-group lain untuk memastikan sebaran yang
maksimum teks khutbah ini.


Muslimin-muslimat yang di kasihi,

Untuk akhirnya, Jawatankuasa Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) mengucapkan
"Salam Aidil Fitri", "maaf zahir batin" kepada seluruh muslimin-muslimat di
mana sahaja berada. Semoga kita masih tetap utuh melaksanakan tanggungjawab &
amanah yang terpikul di bahu ini untuk terus berusaha memastikan Islam tetap
kekal pada kedudukan yang tertinggi & paling mulia di dalam diri-diri kita,
keluarga kita, masyarakat kita, seterusnya negara yang dicintai ini. Semoga
kekuatan yang dibina di dalam tarbiyyah Ramadhan ini dikekalkan selamanya. Dan
bersamalah menginfaqkan diri kita untuk mengakhiri sisa Ramadhan yang masih ada
ini untuk beramal mencari ketaqwaan yang diharapkan.

Moga Syawal kelak benar-benar menjadi kemenangan yang dijanjikan Allah untuk
kita.

Salam ta'zim;

MODERATOR & JAWATANKUASA,
Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design