Tuesday, October 28, 2008

Pandangan dari Alif




Tawhid, risalat (keRasulan) dan khilafat, adalah tiga tonggak yang didirikan di atasnya binaan sistem politik Islam. Tidaklah mudah untuk kita mengetahui secara lengkap sistem-sistem politik Islam dengan segala cabang dan seginya itu, melainkan bila mana kita memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip tauhid, risalat, dan khilafat itu dengan fahaman yang sempurna.
Muhammad Alif: Ma'na tawhid ialah, bahawa Allah Taala itu pencipta alam ini berserta manusia yang ada di dalamnya. Dia adalah Tuhan kamu dan Pemilik kamu. Tidak ada pemerintahan, kuasa (authority), suruhan dan larangan melainkan untukNya sahaja. Dialah yang layak menerima perhambaan diri dan taat setia kita, tidak diperkongsikan oleh sesiapa pun. Kemudian, jiwa yang kerananya kita hidup dan beroleh kekuatan serta bakat yang dapat kita gunakan untuk apa yang kita mahu, juga segala hak yang dapat kita gunakan di dalam alam ini, dan alam ini yang dapat kita jalankan tindak-tanduk di dalamnya, itu semua bukan kita yang mencipta dan mengadakannya sendiri, pun kita tidak tahu yang ianya akan didatangkan untuk kita.

Tetapi Allah2 Subhanahu Wata'ala telah memuliakan kita dengan semua itu tanpa disyarikati oleh sesiapa. Kita tidak dapat, sedikit atau banyak, menentukan kesudahan perjalanan hidup kita, atau menetapkan batas-batas dan tingkatan-tingkatan tertentu untuk segala tenaga serta hak kita sebagaimana yang kita mahu dan yang kita inginkan. Begitu juga seseorang tidak mungkin - tidak kira siapa orangnya - masuk campur dalam soal-soal ini, tetapi segala-galanya itu terpulang kepada Allah Taala sendiri. Dialah sahaja yang menjadikan kita dan yang mengurniakan kepada kita segala hak-hak dan kelengkapan ini dan yang membolehkan kita bertindak atas kebanyakan apa yang telah diciptakannya di dalam dunia ini.

Inilah hakikat tawhid. Ianya menafikan - seperti mana yang kita lihat itu – fikiran kedaulatan manusia, dan mahu membasmikannya sama sekali; sama ada kedaulatan itu untuk orang perseorangan, untuk satu-satu lapisan, satu-satu bangsa atau untuk seluruh manusia di atas muka bumi ini. Tetapi kedaulatan itu hanyalah layak untuk Allah sahaja. Tidak ada pemerintah melainkan Allah, tidak ada pemerintahan melainkan pemerintahanNya, dan tidak ada undang-undang melainkan undang-undangNya.
Di dalam kitabNya (Al-Qur'an), Allah telah menerangkan asas-asas dan prinsipprinsip yang di atasnya sistem hidup manusia harus tegak. Ada pun apa yang kita kehendaki selepas itu dari penghuraian dan penerangan terhadap asas-asas dan prinsip-prinsip itu, telah diterang dan ditunjukkan oleh Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam hidup beliau dengan mengasaskan satu sistem untuk penghidupan manusia dan penyusunannya mengikut apa yang dikehendaki oleh kitab Allah, sehingga ianya menjadi tauladan yang baik untuk orang yang datang selepasnya.
Himpunan antara kedua-dua sumber inilah yang dinamakan di dalam istilah Islam dengan 'Syari'at'. Syari'at ini adalah merupakan perlembangaan asasi yang dibangunkan di atasnya kerajaan Islam.

Khilafat: Di dalam bahasa 'Arab, khilafat itu bererti 'wakilan'. Posisi manusia di dalam alam ini, dari sudut kacamata Islam, ialah sebagai khilafat untuk Allah. Ertinya dia mewakili Allah di dalam kerajaanNya. Oleh itu dia tidak boleh bertindak di dalam kerajaan ini melainkan mengikut hak perwakilan dan hak menjalankan tindakan yang diberikan Allah kepadanya.

Tidakkah anda lihat, jika anda wakilkan kepada seseorang mengenai sesuatu urusan harta punya anda dan anda jadikannya sebagai wakil anda di dalam urusan itu, anda meyakinkan diri dengan empat perkara: Pertama, andalah tuan ampunya harta itu dan pemiliknya yang hakiki, bukan orang yang anda wakilkan itu. Kedua, hendaklah orang ini bertindak terhadap harta punya anda itu mengikut seperti mana yang anda suruh dan tunjukkannya. Ketiga, tidak harus baginya membelakangkan suruhan suruhan anda dan melampaui batas-batas yang anda gariskan untuk diri dan kerjanya. Dan keempat, dia berkewajipan antara lain membelanjakan harta itu sebagaimana yang anda kehendaki dia membelanjakannya, bukan sebagaimana yang dikehendaki oleh dirinya sendiri.
Keempat-empat perkara ini telah tergabung dengan sebatinya di dalam penggambaran terhadap wakilan, sehingga ianya terkhayal kepada seseorang dengan hanya semata-mata disebut dan diucapkan perkataan 'wakilan' itu. Sekiranya anda melihat seorang wakil yang tidak memenuhi syarat-syarat yang empat ini dan tidak menunaikan tanggungjawabnya mengikut implikasiimplikasinya ,maka anda akan mengatakan, bahawa dia sudah melampaui batas-batas wakilan dan mencabul piagam yang dikandungi oleh wakilan.

politik ini tidak lain melainkan khilafah manusia di bawah authoriti Tuhan.

Maka demikianlah kita lihat perkara-perkara yang empat ini juga tersimpan di dalam gambaran perkataan 'Khilafat'. Hanya pengertian beginilah sahaja yang dikehendaki oleh Islam dengan khalifat bila dia mengatakan, bahawa manusia adalah khilafat (wakil) Allah di bumi ini. Kerajaan yang tegak mengikut teori

Jika ada didapati dunia ini sebuah masyarakat yang memakai sifat-sifat ini, tidak syak lagi bahawa ianya layak dengan khilafat ini. Di sinilah tempatnya di mana fikrah pemerintahan cara republik di dalam Islam mulai tumbuh. Tiap-tiap seorang dari anggotaanggota masyarakat Islam mempunyai, habuannya dari khilafat tersebut dan berhak meni'mat, hak-hak ini
Muhammad Alif: Seseorang tidak boleh mengharamkan hak-hak ini terhadap sesiapa yang dia mahu di kalangan para individu masyarakat. Ternyata sekali bahawa tiap-tiap kerajaan yang bersedia untuk menggerakkan perjalanan khilafat ini dan mengendalikan pentadbirannya tidak tersusun dan terbentuk melainkan dengan pendapat serta sokongan orang ramai yang memberikan kepada kerajaan sebahagian dari hak-hak mereka iaitu hak khilafat.
Muhammad Alif: Oleh itu, kerajaan tidak boleh terbentuk melainkan dengan pendapat-pendapat mereka, dan tidak boleh melaksanakan kerjanya melainkan dengan sokongan serta persetujuan mereka. Barangsiapa yang disukai dan diberi kepercayaan oleh mereka, dialah mewakili mereka dalam menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab khilafat. Dan barangsiapa yang tidak dipercayakan lagi oleh anggota-anggota masyarakat, maka dia tidak boleh berbuat apa-apa selain dari meletakkan jawatan yang penting ini.


Oleh itu, "Republik Islam", adalah sebuah republik yang paling sempurna sehingga tidak ada tujuan lain di belakanganya. Tetapi yang membezakan "Republik Islam" dari pada republik Barat yang terkenal itu dan yang meratai dunia hari ini, ialah bahawa teori politik Barat mengatakan tentang kedaulatan (sovereignty) republik, sedang Islam mengatakan tentang khilafat orang ramai.
nurin: panjangyer

Apa yang menjadi tujuan kerajaan mereka ialah menarik hati penghuni-penghuni negara seluruhnya, memenangi sokongan mereka dan menunaikan kehendakkehendak mereka. Tetapi di dalam Islam, sebaliknya pemerintahan dan hukuman adalah untuk Allah sahaja.

Dialah yang berhak mengadakan undangundang dan legislasi untuk hamba-hambaNya tanpa disyarikat dan disaingi oleh sesiapa. Ada pun orang ramai, maka posisi mereka di dalam Islam tidak ubah seperti posisi para khalifat yang terpaksa - kerana tabiat jawatan mereka sendiri - menurut kesan-kesan syari'at Ilahi yang telah dibawa oleh Rasul dari sisi Tuhan mereka, tidak boleh mereka menyimpang daripadanya walau sebesar urat rambut sekali pun

republik Barat menempatkan dirinya pada jawatan ketuhanan dengan sombong dan angkuhnya dibumi Allah tanpa sebarang hak, dan dia menggunakan segala kekuatan serta pengaruhnya mengikut apa yang dikehendakinya sendiri dan yang dikehendaki oleh anggota- anggotanya. Tetapi "Republik Islam" merupakan pengabdian diri secara sosial kepada Allah Taala, terikat dengan tali-tali syari'atNya. Segala kekuatan dan pengaruhnya digunakan hanya dalam batas-batas yang ditetapkan oleh Allah untuk melakukan kerja-kerja mengikut hidayat Tuhan
Muhammad Alif: sama2 lah kita amati dan pelajari...kita kongsi ilmu Allah...ana pun x tau, ape2 maklumat yg salah, blehla kita diskusi....adakan usrah....khilaf juga adalah nikmat dari Allah...wallahua'lam
Muhammad Alif: sumber nya dari Abul A'la Al Maududi

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design