Sunday, July 19, 2009

Perjalanan Isra' Mikraj










HARI ini, 27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: ?Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya."Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui.Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.Apabila puteri itu mendengar perkataan ?Allah?, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah.Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Friday, July 10, 2009

Pilihan Raya???



Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Tiba-tiba rasa nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Arini saya ikut abah dengan ummi saya ke kg manek urai. Ummi ada keje kat situ. Sambil-sambil tu, saya ke rumah sahabat baik saya. Nak pinjam buku-buku dia. Walaupun dia xde kat umah, tapi dah dapat kebenaran. Jadi, bolehla kn. Al-kisahnya selepas tu saya dengan abah pegila makan kat sebuah gerai ni. Gerai yang baru beroperasi. Sempena pilihnrya barangkali. Tujuan utama nak duduk-duduk je, sambil tunggu ummi menyelesaikan keje dia. Last-last datangla pelayan gerai tu, mintak order. Jadi, untuk tidak menghampakan dia, kami pun orderla dua gelas air. Air teh panas dengan horlick ais. Kami pun minumla walau takdela dahaga sangat. Tak lama pastu, ummi cal, cakap keje dia dah siap. Saya pun dengan baik hati menawarkan diri tuk bayar minuman kami tu (tapi abah kasi duitla). Ni la lebih kurang dialog dengan akak tu (tuan punye gerai):


“kak, mf kak, nok baya air ni. Meja ujung tu, bapo eh kak?”.

“rm4 je”.

“4rggt? Air tea dgn horlick 4rggt? Mahalnye kak (tersasul)”.

“la,besela tu dik. Loni air meme gitula arge dia. Kire okla tu.”

“erm, k la kak, timo kasihla eh”.

Lepas je bayar, saya pun terus mengekori abah ke keta. Ape lagi, terus mengadu (sikap yg buruk,hurm).

“abah, tadi air 4rnggt. Mahalla abah. Mahal sangat”.

” La, abah tau doh. Tula, duk umah jah, xtau doh gapo hok jadi luar ni. Loni meme arge mknn, air smua naik doh. Takpola. Sabar. Nati abes plhnrye ni, murah balikla tu”.

“hurm, k.”


Nila citer pendek saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Agak terasa la gak tadi. Selalunya, harga untuk air teh rm0.90 manakala horlick ais, paling mahal pun rm1.20. Barulah saya paham perkara yang berlaku kat sekeliling saya sekarang ni. Sebelum ni dengar citer dari orang-orang luar, dari berita. Bila dah terjadi kat diri sendiri, baru saya percaya. Yerla, saya tak sangka yang ramai orang kat sini yang akan ambik kesempatan. Kan kita kena bersangka baik. Tapi, betulla, ati manusia ni tak same. Bila fikir-fikir balik, erm, apela perasaan mereka, ambil kesempatan ke atas orang lain tuk keuntungan diri sendiri. Tak rasa bersalah ke? Hurm,saya plak yang rasa malu. Yerla, orang-orang luar datang kat sini dengan tujuan yang baik, tapi kite plak tonjolkan yang sebaliknya. Dah la macam tak mengalu-alukan mereka, malah ambil kesempatan plak. Apa salahnya kalau terus dengan harga yang asal. Dengan kedatangan orang ramai yang tak pernah putus, saya kira untung dah berlipat kali ganda. Saya tengok mak cik yang bukak kedai dekat dengan rumah saya ok je. Harga stil same. Dulu boleh untung rm500 sehari. Tapi sekarang, tanpa ambil kesempatan, still leh untung dekat rm2000 sehari. Ingatlah, kejujuran tu penting dalam perniagaan ni. Barulah pelanggan sayang.


Satu lagi yang saya sempat perhatikan. Masa nak dekat-dekat pilihanrye nila baru boleh tengok muke pemimpin-pemimpin. Yang jauh-jauh pun sanggup turun. Aduan cepat je di ambil tindakan. Dulu saya tengok sekolah kat kawasan saya ni sangat-sangatlah dhaif. Tapi, tadi tengok tengah dalam pembaikan. Tambah bangunan baru. Renovate habis-habisanla. Bila tanya ummi, ummi cakaplah, bila dah dekat nak mngundi, cepatla pihak-pihak tertentu tawarkan bantuan. Sebelum ni dah minta banyak kali bantuan, tak dapat-dapat. Jadi, saya bersyukur dengan pilihanrye kl ni. Alhamdulillah. Rasanya, kalau bukan kerana pilihanrye ni, banyak lagi projek-projek yang terbengkalai. Tapi, sekarang saya tengok banyak pembinaan tengah dijalankan. Masjid pun setelah 5tahun (kalau tak silap ), Alhamdulillah, siap sepenuhnya.


Selain tu, apa yang saya dapat tahu, orang-orang kampung agak tidak puas hati dengan cara orang-orang atasan yang menguruskan pengagihan makanan, duit dan sebagainya kepada orang-orang yang tidak berkemampuan. Ada sesetengah dari mereka tidak segan silu menggunakan duit yang diamanahkan kepada mereka untuk keperluan diri sendiri. Kadang-kadang sedih juga fikir bila manusia sekarang ni dah terlampau cintakan dunia. Dah tak fikir dosa pahala. Sedih betul. Mula-mula saya pun tak percaya. Ingatkan gosip-gosip je. Biasala tu kn. Tapi bila ada seorang mak cik (umur da dekat 60 @ lbih ) datang mengadu kat ummi, barula saya sedar yang dunia ni tak seindah yang disangka. Dengar luahan dia, ya ALLAH, sedih betul. Dahla dari golongn susah, pastu bantuan yang sepatutnya diterima diambil oleh pihak perantara. Kesian betul. Papepun, DIA lebih mengetahui.


Apa-apapun, saya mengharapkan yang terbaik buat pmilihan kali ni. Walaupun saya masih belum matang untuk mengundi, tapi saya rasa saya sudah mampu untuk membandingkan yang mana baik, yang mana buruk tuk dipilih. Papepun, DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.


Pesanan saya, sayangilah saudara kita. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan atau ketidaktahuan orang lain.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...

Wednesday, July 8, 2009

Srikandi ummah




Kini kita berada dalam era kebangkitan islam. Di mana kita dapati jika dahulu orang dipaksa membuka tudung untuk bekerja di sesebuah syarikat swasta tapi kini ramai yang semakin sedar dan menutup aurat mereka. Alhamdulillah. Artis- artis pun ramai yang sudah memakai tudung, xpelah kita mulakan dengan sedikit demi sedikit.
Ceramah- ceramah juga sudah tidak disekat malah sesiapa sahaja boleh mendengar ceramah dan tazkirah dimana-mana tempat yang mereka ingin tuju. Cuba sahabat bayangkan andai dunia ini diselimuti dengan hamba-hamba Allah yang sentiasa bertaubat..sejuk mata kita memandang.
Wanita kini bukan seperti dahulu yang hanya tahu menjaga anak dan menguruskan hal rumah..tapi wanita kini sebagai penggerak ummah. Tapi sejauh mana batas perjuangan wanita terhadap era kebangkitan? Apakah masih ada lagi batas dihadapan mereka untuk bergerak lebih jauh lagi sebagaimana lelaki(ar-rijal)? Sekiranya pertanyaan itu perlu dijawab, maka jawapannya ialah ..”ya”
Dalam menjalankan kerja-kerja dakwah, wanita amat diperlukan oleh kaum adam. Ingin menafikan! Sahabat memang tidak dapat menafikan, lihat bagaimana Allah mencipta Nabi Adam disisinya ada ibu Hawa. Allah menemukan Nabi Muhammad SAW bersama siti khadijah dan setelah peninggalan Khadijah , ALLAH menemukan Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah.
Dalam Firman ALLAH juga disebutkan bahawa kaum lelaki dan wanita dianjurkan saling tolong-menolong dan bantu-membantu dalam amar ma’aruf dan nahi mungkar.

71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(surah At-Taubah:71)
Sebagaimana wujudnya wanita penggerak politik, seperti itu juga perlunya diwujudkan para penggerak perjuangan islam dikalangan wanita dalam bidang-bidang dakwah. Banyak bidang yang boleh dipilih wanita dalam menyebarkan dakwah seperti tarbiah wataalim,ekonomi, kebajikan, pertanian, penerangan dan kerja-kerja teknikal. Sepertimana berlaku dalam sejarah , Siti Aisyah membantu Rasulullah SAW menyampaikan mesej islam dengan berceramah dan menyampaikan riwayat hadis , menemui dan menyelesaikan maslah kaum wanita , berbincang dan bermuzakarah dengan beberapa temannya untuk membantu perjuangan islam. Ha..inilah srikandi wanita yang kita inginkan zaman sekarang. Bukan yang hanya cerdik dalam bidang pendidikan dan bersolek sahaja tapi cerdik juga dalam menyampaikan dan mengembangkan islam ke merata dunia.
Tapi sahabat-sahabat , untuk menjadi seorang srikandi ada syarat-syaratnya dan mudah untuk sahabat patuhi jika benar-benar ingin berjuang.
1.sahabat mestilah mempunyai akal yang bijak seperti Aisyah
2.sahabat mestilah sanggup berkorban untuk islam sepenuhnya seperti Siti Khadijah
3.sahabat mestilah mempunyai ketaqwaan yang tinggi seperti Siti Fatimah.
Bila baca macam mudah je, tapi dalam era globalisasi kini, banyak cabaran yang datang, jadi sahabt haruslah biak dalam mengatur semuanya. Kelembutan kita bukan untuk dipersendakan atau menjadi asset menggoda kaum lelaki. Tetapi gunakanlah untuk mengajak mereka kepada islam.
Tegas kita hendaklah tegas sebagaimana melayakkan diri kita menjadi orang bertaqwa. Tegas bila bercakap dengan lelaki agar tidak menimbulkan fitnah. Insyaallah kita dapat menjadi srikandi yang di ikhtiraf oleh ALLAH, iaitu srikandi yang tinggi keyakinan , kuat beribadah, berakhlak , pandai menguruskan suami dan mendidik anak-anak serta banyak menyumbang untuk Islam dan masyarakat.ameen

Manga Owh Manga...

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Alhamdulillah wa syukurilah, akhirnya saya telah dapat mengumpul balik semangat saya. Berbanyak kemaafan dipinta terutama dari sahabat-sahabat penulis blog ni. Maaf kerana tidak dapat banyak menyumbang dalam blog ni. Tidak lupa, berbanyak terima kasih diucapkan buat semua sahabat diatas kata-kata nasihat dan sokongan kalian. Alhamdulillah, berkat doa dari semua, saya dapat hadapi imtihanNYA dengan lebih tenang. Walaupun ujian itu tidak akan pernah hilang, tapi insyaALLAH, saya yakin kita semua mampu untuk hadapinya. Secara jujurnya, saya masih lagi didalam ujian dan dugaan yang kadangkala membuatkan saya terfikir, mampukah untuk saya menghadapinya. Dua ujian yang mendatang ini betul-betul menguji keimanan diri ini. Entahkan mampu, entahkan tidak. Tapi saya tetap yakin, ALLAH tidak akan menguji kita melainkan kita mampu untuk hadapinya. Betul x? wallahua’lam..


Rasanya saya dah mula lari dari tajuk ni. Sebenarnya kat sini nak kongsi dengan semua tentang manga. Sejak dari kecil lagi saya dah didedahkan dengan manga ni. Sehinggakan bila dah hidup kira-kira sepertiga umur (wallahua’lam), saya masih lagi ‘addicted’ dengan manga. Tidak kira bila ada masa terluang, saya akan mencari manga untuk dibaca. Kadang-kadang terfikir juga dihati ini untuk berhenti dari pembacaan yang memang tidak berfaedah ni. Tapi, betulla orang cakap, bila dah ‘addicted’, susah nak berubah melainkan tekad tu betul-betul dah kuat. Nampaknya tekad saya belum kuat lagila untuk berhenti. Teruk betul kan?









Tapi, kadang-kadang terfikir juga, apa salahnya kalau kita baca manga dari kita buat benda-benda tak berfaedah yang lain kan? Dari keluar bersosial dengan kawan-kawan kat bandar,baik duduk dalam bilik layan manga (tu yang saya fikir). Memang keluar dengan kawan-kawan tidak ada salahnya selain boleh mengeratkan silaturrahim. Tapi, selalunya tempat-tempat yang dilawati adalah tempat-tempat yang mata ini susah nak dijaga dan seterusnya hati ini amat tidak tenang untuk pergi. Maksiat ada kat mana-mana. Nak jaga mata pun susah. Memanglah kita disuruh untuk jaga pandangan, tunduk, tapi masalahnya, bukan lelaki, tetapi dikalangan perempuan sendiri membuka aurat yang membuatkan sesama jantina berdosa untuk melihat mereka. Itu yang saya amat takut.


Ada juga kawan-kawan yang tanya, apa faedah yang saya dapat dari baca manga ni. Saya Cuma jawab, awak baca, lepas tu awak fahamla. Entahla, memang saya tahu tidak ada apa-apa faedah dengan membaca manga, tapi bagi saya kadang-kadang manusia juga memerlukan sedikit hiburan buat hati. Hiburan yang dapat merehatkan hati barangkali. Bagi saya, keseimbangan antara keperluan remaja seperti membaca manga, menonton tv dan keperluan rohani seperti menghadiri majlis-majlis ilmu adalah penting dalam mendidik jiwa. Jika hanya hiburan dimasukkan dalam diri, kesannya amat buruk. Boleh menggelapkan hati. Gelap hati bermakna gelaplah segala-galanya. Rosak hati, rosaklah diri kita. Wallahua’lam. Tetapi, jika kita hanya memenuhi keperluan rohani kita tanpa memasukkan walau sedikit hiburan dalam diri, kesannya juga amat buruk. Kemungkinan pemikiran kita tertutup untuk menerima atau mendengar pendapat orang lain. Semuanya salah dimata kita. Akhirnya, ukhuwwah juga boleh terlerai. Nauzubillah.


Berhibur tiada salahnya selagi kita tidak melanggar perintahNYA. Namun, jangan kita terlalu leka mengejar keseronokan dunia sehingga mengabaikan bekalan akhirat. Ingatlah, ALLAH telah berfirman dalam surah at-taubah, ayat 38 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. “

Maksudnya segala keseronokan, kemewahan dan kepuasan yang ada di dunia ini, yang mampu kita capai sepanjang hayat adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Jangan habiskan keseronokan di sini kerana kemungkinan besar kita akan kehilangan keseronokan hidup di akhirat. Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama berjuang dalam mencari keredhaanNYA kerana di sinilah medan perjuangan buat kita sebagai hamba ALLAH yang selalu terleka dengan nikmat dunia.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design