Monday, December 28, 2009

HaDiaH dAri TUHAN

Selalulah bersidang di mahkamah HATI,
HATI tidak pernah berdusta,
selagi HATI tidak mati!



Terkesan pada sanubari saat terbaca ayat puisi diatas..

Memang benar Hati adalah antara hakim yang benar dalam diri manusia selama mana ia tidak dizalimi.

Andai semua manusia di dunia ini tahu menghargai hati mereka,sudah tentu tiada kekejaman dan pergaduhan.
kali ini jari jemari dah hati tidak mampu berkongsi cuma mahu sekadar menghurai sedikit artikel dari iluvislam.com.

Tentang hadiah dari Tuhan..selalu kita mendapat hadiah dari manusia . jadi tertarik saya berkongsi tentang hadiah yang Tuhan beri pada kita.

Hadiah ialah sesuatu yang menjanjikan kemanisan dan keseronokkan. Tambahan pula jika ia datang dari orang yang kita sayang. Ia akan menjadi lebih bermakna jika kita tidak pernah memilikinya dan sangat mendambakan hadiah itu. Tapi, jika hadiah yang kita perolehi itu ialah sesuatu yang kita pernah atau telah miliki tentu sahaja kita tak akan menghargainya, atau jika kita menghargainya sekali pun, mungkin tidak lama.

Kemanisan mendapat sesuatu yang memang kita dambakan ialah satu kemanisan yang akan menjanjikan satu rasa kebahagiaan dan keseronokkan yang tak mungkin dapat digambarkan. Dan jika hadiah itu rosak atau hilang, kita akan merasakan satu kehilangan yang teramat sangat.

Islam yang terpahat di dalam dada kita merupakan hadiah yag paling berharga dan sangat di dambakan oleh sesiapa sahaja walaupun mungkin kita dan ramai lagi diluar sana yang tidak menyedarinya. Subhanallah, rupanya hadiah dari Tuhan itu adalah ISLAM itu sendiri. tetapi berapa ramai yang menghargai.mari kita teruskan bacaan...

Bagi kita yang sudah dilahirkan sebagai muslim, mungkin ada yang tidak memahami betapa manisnya mengecap nikmat Islam, tapi bagi mereka yang bukan Muslim dan kemudiannya mendapat hidayah untuk memeluk Islam,nikmat Islam itu seumpama setitis air yang sangat didambakan setelah lama kehausan, sebagai seberkas cahaya setelah lama kegelapan. emmm..patutlah saya nie tak berapa menghargainya. Tup..tup lahir dah dapat hadiah tu. Malah tak pernah nak belai pun hadiah tu.

Ya, kita faham Islam itu agama yang satu-satunya diredhai, tetapi berapa ramai muslim yang hanya pada namanya? Berapa ramai pula yang tidak memikul tugas dan menjadi seperti yang disyahadahkan? Berapa ramai pula saudara baru yang memiliki kefahaman dan pengetahuan mengenai Islam lebih baik dari kita? Betul3x.. ini kerana Islam datang kerana mereka mencari hidayah tersebut. Bila kita mencari sesuatu benda dengan susah payah, apabila dapat kita akan lebih menghargai, betul kan. teruskan pembacaan..

Ini kerana mereka faham dan tahu betapa manisnya hadiah dari TUHAN, betapa manisnya menjadi manusia yang terpilih untuk mendapat rahmah dan hidayah-NYA. Jadi mereka menjaga hadiah itu lebih baik dan ingin pula berkongsi kemanisan itu dengan mereka yang sudah dan belum pernah atau dapat merasakan kemanisan yang mereka rasai.

Manusia itu pelupa sifatnya. Jadi jika mereka sudah mendapat atau diberi sesuatu itu sejak lahir lagi, mungkin mereka tidak faham nikmatnya hadiah itu. Jadi tinggallah mereka terus menjadi orang-orang yang pelupa.

Janganlah kita menjadi orang yang pelupa,kerana sekali kita terlupa dan biasakan diri untuk terus terlupa, takut-takut kita akan terus tidak pernah ingat betapa indahnya dan manisnya 'hadiah' yang kita perolehnya dengan mudah berbanding mereka yang terpaksa membelinya dengan darah,keringat dan air mata.

oleh yang demikian, belajarlah dari saat ini untuk menghargainya dan bersyukur kepada Tuhan yang memberi kita hadiah yang sangat indah untuk disimpan..Opps bukan sahaja disimpan malah digunakan untuk bekalan akan datang.jadi sepertimana kita cinta dan sayang pada orang yang memberi hadiah seperti itu juga kita harus cinta dan sayang pada Tuhan. bukan harus tetapi wajib bagi para pencinta hati untuk menyintai Penciptanya.

 
 
Wassalam.

Dipetik: iluvislam.com
Digubah: Ummu muthiah

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design