Friday, December 25, 2009

Siapakah kamu?

Assalamualaikum buat sahabat2 yang masih sama-sama bersyukur kerana masih lagi berupaya menghirup udara dari Sang Pencipta Dunia.

Apa khabar iman di HATI?

Mudahan hati kita sarat dengan rindu dan kasih terhadap ILLAHI.

sekadar berkongsi sebuah cerita yang mungkin dapat memberikan sedikit kesedaran buat semua.

Kisah seorang wanita yang terlalu degil

Wanita tersebut bernama Amy(bukan nama sebenar)

Amy merupakan seorang isteri kepada jurutera di salah sebuah syarikat. bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat di Malaysia. Dahulu hidupnya susah. Sebelum berkahwin Amy hanya merupakan anak kepada seorang pesawah dikampung dimana hidupnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Oleh kerana kesusahan tersebut Amy belajar bersungguh2 untuk memperbaiki nasib keluarganya. Akhirnya dipendekkan cerita Amy berjaya ke menara gading dan berjaya menjadi arkitek. Jika dulu Amy adalah seorang anak yang baik, taat pada Ibubapa, Taat pada Allah tetapi semakin lama amy makin berubah.

Perubahan itu disedarioleh ayah dan ibunya, akan tetapi setiap teguran hanya dipandang malas olehnya. Akhirnya Amy bertemu jodoh dengan Rashid(bukan nama sebenar).Sayangnya Rashid juga tidak dapat membimbing diri Amy yang semakin lama semakin jauh dari Tuhan.

Pada suatu hari, Amy dirompak dan diperkosa oleh beberapa orang lelaki. Amy menjadi seperti orang gila. Rashid menerima segalanya dengan redho. Isterinya itu dijaga bagai anak yang baru lahir. Sehinggalah pada suatu malam Amy berkelakuan pelik.Menangis dan menangis tanpa henti. Risau suami melihat isterinya begitu

Apabila siang hari, Rashid memberanikan diri bertanya: Amy isteriku kenapa kamu menangis malam tadi?

Amy: wahai suamiku, kenapa kamu tidak pernah memukulku saat aku bergelumang dengan dosaku?Mengapa kamu tidak pernah mengajakku sembahyang saat aku jauh dari Tuhanku?' Adakah kerana kau takut akan kehilanganku?

rashid hanya diam.bukannya dia tidak pernah menegur tetapi setiapkali ditegur balasan yang diterima hanya cacian.

Amy menyambung: malam tadi aku bermimpi suara orang menangis teresak-esak. semakin aku dekati, semakin kuat didengari.akhirnya aku bertanya: siapakah itu?tetapi dia hanya menangis dan tidak menjawab.lalu ku tanya lagi siapakah kamu? dia terus-menerus menangis.Akhirnya ku pegang tangannya dan ternyata aku sangat terkejut melihat dirinya yang kurus kering malah hitam.lalu dia menjawab: aku adalah kau, Amy..aku adalah hati mu yang telah lama kau tidak pedulikan. hari ini aku hadir untuk menemani kamu dan mengajak kamu kembali kepada Tuhan yang Satu.ALLAH..



Berlinang semula air mata Amy..sambil berkata Tuhan itu maha Penyayang..Rashid melihat tubuh isterinya menggigil ketakutan lalu diajak mengambil air wudu'. Mereka melakukan sujud syukur.

Rashid berkata: kembalilah semula wahai isteriku, kembali semula pada fitrahmu.ALLAH bukan saja menguji kamu tetapi juga menguji diriku.Sesungguhnya Allah melihat kesucianmu bukan dari fizikalmu tetapi dari hatimu.Menangislah sepuasnya andai dulu air mata ini tidak pernah kau titiskan kerana-NYA.

Begitulah ceritanya. selalu benar manusia itu mengingati Tuhannya saat diuji.kerana itu para khalifah dahulu meminta dirinya diuji sebagai tanda kasih Allah pada hambanya. Kerana tidak mahu melihat hambanya terus lalai dengan dunia.



oleh itu sahabatku, titiplah hati kita dengan bacaan al-quran. semoga ia akan sentiasa menerangi hati kita yang mudah malap dan hitam..
 menangislah selagi mana air mata itu masih wujud. menangislah kerana rasa takut dan syukur pada ILLAHI.. 
kerana kelak biarlah kita menjadi orang yang paling gembira di sana..
Ajarkan hati kita pada keagungan Tuhan dan rasa sayang pada Rasulullah
dan sekelian makhluknya

Semoga kelak ia akan membawa kebahagiaan abadi



0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design