Tetapi sering tidak terbayang yang kadangkala pendakwah juga termasuk mereka yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun sektor swasta.
Malah seorang Engineer yang bekerja di Perodua,
Juga kadangkala seorang guru yang mengajar di sekolah
Malahan juga boleh menjadi setinggi ketua bagi sesebuah Negara.
Ianya boleh menjadi sesiapa sahaja
asalkan dengan niat untuk menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: 108)
Kadangkala kita ingin mengikuti sunah nabi, alhamdulillah banyak yang kita boleh ikuti tetapi seringkali kita sering melupakan yang sunah nabi yang paling besar. Sunah yang banyak pahalanya, ya itulah dakwah. Menyeru kepada Allah.
Jom kita ubah persepsi kita, pendakwah bukan semata-mata duduk di masjid sahaja, dakwah itu tidak semestinya di masjid sahaja. Jika selama ini kita menyangka yang hanya di masjid sahaja dakwah, samalah kita dengan fahaman sekular, mengasingkan dunia dan agama.
Dunia di tempat kerja, dan agama di masjid. Dua perkara yang tidak boleh bercampur, terpisah bagai air yang masin dan air tawar di lautan.
Mengapa perlu asing sedangkan Islam itu syumul, Islam itu merangkumi politik, ekonomi dan sosial.
Walaubagaimanapun, dakwah itu bukan berseorangan, ia memerlukan rakan, perlukan sokongan, umpama manusia yang memerlukan makanan.
dipetik dari :mohdfais.net
berdakwahlah selagi mampu.
ReplyDeleteBetul tue.selagi nyawa belum sampai ke halqum.
ReplyDeleteBetul tue.selagi nyawa belum sampai ke halqum.
ReplyDelete