Wednesday, June 24, 2009

Kemiskinan bukan Penghalang

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat semua.

Lama rasanya tangan ini tidak memijak-mijak dikeyboard. Almaklumlah cuti-cuti ini kita tak punya masa nak online macam kat university. Apapun jadual tetap sama, kene bangun awal dan siapkan kerja-kerja yang patut. Rasanya baru 2bulan berlalu cuti ini, tapi rindu kat sahabat-sahabat di university semakin terasa. Mungkin kerana ikatan hati yang kuat lalu Allah lontarkan rindu dalam hati kita semua.

Syukran ala kulli hal terutama kepada penulis-penulis blog ini. Tanpa mereka, rasanya blog ini akan hambar.sebab saya sendiri tak mampu untuk menghasilkan penulisan setiap minggu. Menulis itu mudah tetapi menulis sesuatu yang bermakna dan menyentuh hati semua pihak sudah tentu bukan semua dapat melakukannya.

Sewaktu cuti ini, saya masih cuba berjinak-jinak dalam bidang pendidikan , manalah tahu dapat digunakan pengalaman itu untuk masa hadapan. Jika dulu saya suka menceburi dalam bidang keusahawan, kini nak berjina-jinak dalam bidang pendidikan pula. Harapan orang tua kenelah kita hormati walaupun sebenarnya kita punya impian sendiri.

Sekadar ingin berkongsi cerita buat sahabat-sahabat disana yang sudi membaca titipan saya ini. Saya mengajar disebuah tadika di taman perumahan. Saya berkenalan dengan ramai cikgu disana ataupun beh mesra dikenali oleh anak-anak murid teacher.saya cuba mengenali seorang demi seorang kerana maklumlah saya terfikir biasanya yang mengajar ditadika ini orangya sabar-sabar. Sebab melayani kerenah kanak-kanak yang belum matang dan faham lagi bukan calang-calang orang.

Ada dua beradik yang bekerja disini. Umurnya masih muda lagi. Seorang berumur 21 tahun dan seorang lagi, adiknya berumur 19 tahun.satu hari saya berdialog dengan mereka

Saya: “ dah lama ke kerja kat sini?

Teacher : “ lama dah. Dekat 4tahun berpengalaman mengajar kat tadika.”

Saya : “ muda lagi. Kenapa tak sambung belajar, adik pun kenapa xsambung belajar?”

Teacher : “ kami ini tak berkemampuan, duit cukup-cukup untuk makan dengan pakaian je. Memang nak sambung belajar tapi biarlah kerja dulu sekolahkan adik-adik yang bawah. Ada rezeki barulah nak sambung.”

Saya : owh..skang duk kat mana rumah?”

Teacher : “ kat umah PPRT kat kampong ….., tak mampu nak buat rumah sendiri. Itu yang kerja dari pagi sampai malam. Nak tolong mak sikit-sikit.” Takpelah mengalah dulu, biar adik-adik kat umah berjaya dulu.”

Selepas itu saya senyap. Dah mati akal nak bertanya soalan-soalan yang saya rasa bodohnya kenapa saya tanya. Sampai dekat rumah saya terfikir,orang yang tidak berduit dan miskin sanggup bekerja kuat untuk mengumpul duit demi nak belajar tapi kenapa kita yang sudah cukup segalanya , belajar pun masih main-main.tidak pernah menghargai setiap masa yang terbuang dengan bersembang dan melakukan perkara tidak berfaedah padahal nun di sana , masih ramai yang ingin menuntut pelajaran Cuma kesempitan wang dan masalah keluarga. Saya cukup bersyukur dengan kehidupan kini dan berusaha untuk melakukan yang lebih terbaik. Saya juga bersyukur kerana di sepanjang pengembaraan saya disini, Allah menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang mempunyai semangat yang tinggi dan kesabaran. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai orang miskin berada disyurga. Kerana mereka sentiasa merasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Semestinya kita berfikir bahawa islam itu lebih memandang kemiskinan satu kelebihan dan kekayaan suatu penghalang. Miskin disini bukan bermaksud orang miskin yang tidak mahu berusaha tapi orang miskin yang soleh dan bertaqwa. Ini kerana mereka sentiasa sabar. Sekiranya mereka tidak sabar sudah tentu mereka sudah mencaci ALLAH kerana tidak berlaku adil terhadap mereka. Tetepi kerana ketaqwaan mereka, lalu mereka menerima taqdir mereka seredhonya dan sentiasa bersyukur dan tidak pernah berputus asa untuk meneruskan hidup.

Apatah lagi mereka yang menjadi miskin kerana berinfaq dan berjihad dijalan ALLAH. Kerana itu ALLAH membuka pintu syurga untuk golongan ini seluasnya. Oleh yang demikian, jangan sesekali kita menghina mereka yang miskin dan bertaqwa, kemungkinan di akhirat kelak mereka akan menjadi lebih kaya daripada jutawan dunia sekarang. Apa yang tidak mampu Allah lakukan, kun fayakun, maka semuanya akan terjadi dalam sekelip mata.

Saya merasakan sahabat saya ditadika itu mempunya jiwa yang sangat besar yang jarang saya temui di university. Bibirnya senantiasa mengucapkan rasa syukur dan bersabar mendidik anak-anak orang lain demi membantu dan membentuk insan yang kamil.

Saya selepas ini ingin megembara lagi jika diberi rezeki kedunia lain, jika sewaktu berada didunia keusahawanan, apa yang kita fikir adalah mencari keuntungan. Didunia pendidik, kita mencari dan belajar kesabaran.

Buat sahabat-sahabat, semoga kita senantiasa menjadi hamba yang bersyukur. Dimulut senang berbicara tetapi belum tentu dihati dapat melaksanakan. Marilah kita belajar dari sekarang. Peringatan ini buat saya dan saya tujukan buat sahabat-sahabat. Hargailah setiap apa yang ibubapa kita korbankan untuk kita agar berjaya mendapat ilmu.

Ditulis oleh:

Ummu muthiah.

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design