Showing posts with label ISlamic. Show all posts
Showing posts with label ISlamic. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

al-Qaeda,Osama~fitnah besar

13 Jun 2006,


PERKARA yang ingin disampaikan ini hanyalah satu cerita basi dan kebanyakan daripada kita juga sudah maklum mengenai perkara pokok dalam artikel ini. Namun, izinkan saya bercerita mengenai satu pengalaman untuk tatapan semua. Izinkan saya menggunakan kata nama ‘aku’ di sepanjang artikel ini, bagi memudahkan penceritaan.
--

Pada 13 Jun 2006, aku tiba awal di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Namun, aku tidak terus ke lokasi sidang media. Sebaliknya, aku cuma duduk berehat sebentar di hadapan hotel itu sambil menghirup asap rokok sejuk yang aku sering cuba untuk tinggalkan.

Aku lihat jam tangan, baru pukul 8.45 pagi. Aku toleh ke belakang, aku nampak seorang wanita Eropah memakai tudung, dia berjalan bersama dua lelaki yang juga sebangsa dengannya. Aku tahu, itulah orang yang akan aku jumpa beberapa minit saja lagi. Aku melemparkan senyuman kepada mereka.

Tepat pukul 9 pagi, rakan-rakan media lain pun sampai dan kami terus bergerak ke tingkat atas hotel itu untuk hadir sidang akhbar bersama wanita serta lelaki mat saleh itu.

Dalam sidang akhbar, wanita itu memulakan perbualan dengan memperkenalkan dirinya sebagai Yvonne Ridley. Dia merupakan seorang wartawan yang sama kariernya dengan aku. Yvonne ialah wartawan BBC yang pernah menjadi tawanan Taliban ketika membuat liputan peperangan di Afghanistan pada 28 September 2001 iaitu selepas tragedi WTC New York 11 September 2001. Dia ditugaskan ke Afghanistan untuk melaporkan perkembangan peperangan di sana dan ditawan pejuang Taliban. Namun, Yvonne akhirnya dibebaskan pada 8 Oktober 2001 dan memeluk Islam dengan hati yang ikhlas.

Yvonne Ridley

Seorang lelaki yang hadir bersamanya, Michael Collins Piper juga wartawan dari BBC. Piper adalah seorang skeptic dan merasakan ada sesuatu ‘tidak kena’ dengan plot kejadian 11 September, dia adalah seorang yang mempunyai pemikiran ‘conspiracy theorist’ dan cekap dalam membuat andaian yang sukar disangkal. Manakala seorang lagi lelaki, William Rodriguez ialah bekas pekerja pembersihan di WTC pada hari kejadian.

“Assalamualaikum to all Muslim here. First, I would like to thank to all of you, Malaysian reporters. The point we are here is to urge every citizens of the world to think. There is something wrong with the world right now, 'they' did massive destruction according to their plans and made it as an excuse to put war on innocent people, the Muslims all over the world.

“We are here to tell you the truth behind the 9-11, we got proofs which are hard to be denied and we are willing to unveil the truth. Let the world know, we want (every people of) the world to re-open investigations on 9-11. Justice needs to stand up strong and straight,” kata Yvonne.

Yvonne kemudian memberi isyarat kepada Rodriguez untuk membuka cerita kepada semua wartawan Malaysia yang hadir. Rodriguez berkata, beliau menyangkal sama sekali tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam apabila dituduh sebagai pengganas yang bertanggungjawab dalam meranapkan WTC.

Rodriguez menambah, beliau sedang bekerja di tingkat atas pada hari kejadian dan tiba-tiba terdengar satu letupan di tingkat bawah iaitu di ruang letak kenderaan di tingkat bawah tanah. Dia menyambung:
(setelah dialih kepada bahasa Melayu)

“Selang beberapa minit, terdengar pula letupan di tingkat atas. Saya tak tahu apakah letupan itu. Kemudian, saya terus berlari ke bawah ikut tangga dan terselamat.

“Apabila sudah keluar daripada bangunan, saya lihat WTC sedang runtuh. Kemudian saya bertanya kepada seorang wanita tua, dia beritahu saya mengenai ada dua buah kapal terbang merempuh WTC dan ia sedang ranap,” kata Rodriguez.

Menceritakan beberapa jam sebelum kejadian, Rodriguez menjelaskan, dia tiba ke WTC pada jam 9 pagi untuk memulakan tugas pada 11 September 2001. Kata Rodriguez, ketika tiba ke tempat kerja, dia berasa pelik apabila melihat tiada sebuah kenderaan pun di ruang letak kenderaan di tingkat bawah. Kebiasaannya, ruang letak kenderaan itu sentiasa penuh dengan kenderaan meskipun seawal jam 8 pagi.

Tambah Rodriguez lagi, apabila memasuki ruang pejabat pada kira-kira 30 minit kemudian, dia melihat tiada seorang pun pekerja WTC yang berbangsa Yahudi bekerja pada hari itu. Ia juga satu lagi perkara aneh. Namun, perasaan sangsi yang dirasainya itu kekal tidak terjawab sehinggalah dia dikejutkan dengan letupan demi letupan ketika berada di bangunan itu.
--
Kemudian, Yvonne pula memulakan cerita. Yvonne menjelaskan mengenai tugasannya ke Afghanistan dan akhirnya ditawan sekumpulan pejuang baik yang ‘dikambing-hitamkan’ iaitu Taliban.

Kata Yvonne ketika dia ditahan, perasaannya bercampur ketakutan dan hanya berfikir mengenai mati. Namun, hatinya kembali tenang. Taliban tidaklah kejam seperti yang digembar gemburkan Amerika. Yvonnne berkata, dia dilayan dengan baik sebagai seorang wanita dan diberi sehelai kain tudung untuk dipakai sepanjang dia ditawan.
--
Selepas itu, Piper pula memulakan perbualan dengan membentangkan teori-teori konspirasi mengenai kejadian 9-11. Aku yang sudah lama meminati dan mengkaji teori konspirasi kemudian mendengar penjelasan Piper dengan bersungguh-sungguh.

Kata Piper, hasil pemerhatian terhadap visual kejadian 9-11 memberi petunjuk kepada satu pembohongan Amerika kepada dunia. Rakaman visual itu kemudian dipadankan dengan sejumlah koleksi video operasi meruntuhkan bangunan menggunakan bahan letupan di sekitar Amerika.

“Paten letupan dan runtuhan (dalam kes WTC) adalah sama dengan kerja-kerja meletupkan bangunan-bangunan lama di Amerika menggunakan bahan letupan khas.

“Ia dapat dilihat melalui cara bangunan itu runtuh dan cara letupan itu berlaku. Ia bukan meletup disebabkan minyak atau rempuhan kapal terbang, tapi ia meletup disebabkan bahan letupan.

“Apabila dipadankan dengan keterangan Rodriguez, jelas bahawa berlaku lebih daripada dua letupan di tingkat bawah tanah. Sebelum ini, kita hanya membuat andaian hanya ada dua letupan besar iaitu yang disebabkan oleh dua buah kapal terbang.

“Tapi, ada lebih banyak letupan di tingkat bawah pada beberapa minit sebelum kapal terbang pertama merempuh WTC. Tak masuk akal apabila langsung tiada pengawal keselamatan bertugas di tingkat bawah pada masa itu,” demikian serba sedikit kata-kata Piper yang aku masih ingat.
--
Selesai sidang media, aku perhati arah Piper, Yvonne dan Rodriguez pergi, mereka bergerak ke ruang restoran untuk makan tengah hari. Pada masa yang sama, aku juga perhati wartawan-wartawan lain pergi meninggalkan hotel. Aku ikut sama rakan-rakan wartawan supaya mereka tidak fikir ada orang yang mahu ‘scoop’.

Selepas aku puas hati lihat seorang demi seorang wartawan meninggalkan hotel, aku naik semula ke hotel untuk berjumpa dengan Yvonne, Piper dan Rodriguez.

Di restoran, aku perkenalkan diri kepada mereka. Yvonne pula bertanya kepada aku: “Mana (wartawan) yang lain? Kamu mahu scoop berita? Biasalah, scoop itu sudah memang budaya kerja wartawan.” katanya ketawa.

Aku bertanya lanjut kepada Yvonne mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugasan di Afghanistan.
--
“al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Yvonne memulakan sesi soal jawab eksklusif yang sudah tidak lagi eksklusif. Kata Yvonne ketika sampai di Afghanistan, dia pernah bertanya kepada penduduk tempatan mengenai gerakan Taliban dan kaitannya dengan al-Qaeda dan Osama.

Namun, jawapan yang diperolehinya hanyalah: “al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Kata Yvonne lagi, jawapan yang diperolehi itu membuatkannya terfikir mengenai status sebenar peperangan yang tercetus di Afghanistan. Jika penduduk Afghanistan sendiri tidak tahu apa itu al-Qaeda dan siapa itu Osama, maka sesungguhnya Afghanistan yang merupakan sebuah negara Islam telah disimbah dengan api fitnah.

Malah kata Yvonne, Taliban juga disimbah dengan api fitnah menggunakan dua jenis bahan api yang dinamakan sebagai al-Qaeda dan Osama. Taliban dan penduduk Afghanistan diheret dalam kancah dendam, melalui taktik dikaitkan dengan dua entiti (al-Qaeda dan Osama) yang tidak wujud.

Disebabkan tugasnya bertemu penduduk dan bertanya mengenai Taliban dan al-Qaeda, Yvonne berkata, dia telah menjadi buruan Taliban disebabkan kisahnya bertemu dengan penduduk untuk bertanya mengenai Taliban mula menjadi buah mulut penduduk tempatan sehingga sampai ke pengetahuan Taliban. Dia akhirnya ditawan, namun dilayan dengan baik.

“Saya ditahan oleh Taliban supaya tidak menjadi mangsa peperangan. Taliban buat begitu kerana tidak mahu ada golongan ekstrem Afghanistan yang datang membunuh saya kerana melihat saya berwajah Eropah, mereka sebenarnya menyelamatkan saya daripada ancaman di luar sana. Walaupun mereka tersepit diseret dalam peperangan oleh Amerika, tapi mereka layan saya dengan baik sebagai seorang wanita, mereka bukan orang jahat. Mereka kata, wanita harus dilindungi. Itulah salah satu keindahan Islam yang sebenar yang saya lihat sendiri, yang selama ini diburukkan oleh Amerika,” kata Yvonne.
--
Piper kemudian menepuk belakang aku, sambil berkata: “Kamu memang bersemangat semasa scoop berita, sama juga seperti kami,” katanya ketawa. Aku juga ketawa, memang sudah budaya wartawan, gemar scoop sesama sendiri demi kepuasan kerjaya.

Kemudian aku berkata kepada Piper, tujuan aku berjumpa sendirian bersama mereka bukanlah untuk mendapatkan berita eksklusif kerana kisah Yvonne itu sudah banyak disiarkan akhbar serata dunia, sudah tiada lagi nilai eksklusif. Berita sudah basi. Piper pun ketawa lagi.

Aku menyambung, tujuan aku berjumpa mereka ialah untuk berbincang mengenai perkara ‘sulit’ di sebalik pergolakan dunia yang bertitik tolak daripada peristiwa 9-11. Terus terang aku katakan kepada mereka, aku lihat perkara 9-11 itu sangat serius dan banyak rancangan pembohongan di sebaliknya.

Piper seperti faham maksud aku.
Kemudian dia bertanya: “Kamu wartawan yang juga 'penulis senyap' (silent writer)?”
Aku jawab: “Kamu fikir?”
Piper balas: “Kamu tak boleh terus senyap, buatlah sesuatu tapi dengan cara yang betul. Kebenaran harus didedahkan. Sejak bila kamu menulis secara senyap?
Aku balas dengan serkap jarang: “Sejak George ‘Wicked’ Bush naik takhta dalam ‘the dynasty’.”
Piper jawab: “Hah, bukankah aku sudah buat tekaan? Sini, aku mahu kongsi sesuatu dengan kamu.” (kemudian dia mengeluarkan satu set kertas kajian bebas yang sedang dan akan dilakukannya, serta sekeping VCD hasil kajian)


Itu sahaja yang boleh diceritakan di sini, kita akan membongkar lebih jauh perkara ini pada masa akan datang, insya-Allah. Demikian serba sedikit mengenai perbualan antara aku dengan mereka yang boleh dikongsikan di sini. Selepas kami berbual, kemudian datang seorang lelaki Melayu menghampiri kami, lalu dia bersalam dengan Piper dan Rodriguez serta mengangguk kepada Yvonne, dia juga bersalaman dengan aku. Lelaki Melayu itu kini menjadi rakan aku. Siapa lelaki Melayu itu tidak penting di sini.
--

Hasil daripada pertemuan dengan Yvonne dan Piper, wujud satu sisi bahawa al-Qaeda dan Osama mungkin sekali entiti dan watak yang sengaja dicipta Amerika. Atau jika memang benar wujud Osama, kepada siapa dia bekerja? Kepada umat Islam atau kepada Amerika untuk menjadi watak antogonis dalam mencetuskan Perang Dunia Ketiga sebagaimana watak Hitler yang menjadi si penjahat yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?

Jika benar Osama itu berjuang demi Islam, di mana dia berada semasa Palestin kini diancam pelbagai ancaman Israel? Jika benar al-Qaeda wujud, mengapa pula penduduk Afghanistan tidak tahu langsung mengenai pertubuhan itu yang dikatakan berpusat di negara itu?

Itulah rencah fitnah abad ke-21. Umat Islam kini berhadapan dengan salah satu fitnah terbesar. Jika kita berpecah, tiada siapa yang akan melindungi kita. Allah juga membenci persengketaan sesama Muslim. Bangkitlah.

The ASSOCIATE
(Associated with Ummah)

Tuesday, October 12, 2010

ALLAHUAKHBAR

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention: 

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. 

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the 
word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an: 

Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115 
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88 
Life 145 .... Death 145 
Benefit 50 . Corrupt 50 
People 50 .. Messengers 50 
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11 
Museebah (calamity) 75 . Thanks 75 
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73 
People who are mislead 17 . Dead people 17 
Muslimeen 41 . Jihad 41 
Gold 8 . Easy life 8 
Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60 
Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49 
Tongue 25 . Sermon 25 
Desite 8 . Fear 8 
Speaking publicly 18 . Publicising 18 
Hardship 114 .... Patience 114 
Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4 
Man 24. Woman 24 

And amazingly enough have a look how many times the following words appear: 

Salah 5, Month 12, Day 365, 
Sea 32, Land 13 

Sea + land = 32+13= 45 

Sea = 32/45*100=71.11111111% 
Land = 13/45*100 = 28.88888889% 
Sea + land =100.00% 

Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%. 

Is this a coincidence? 
Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this? 

Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this. 

Please pass this on to all your friend and Muslims you know. 
Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia \ para 17: 
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN. 

During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally, it is only 1 minute). 
All you have to do is the following: 

PLEASE SEND THIS TO ALL PEOPLE THE YOU KNOW. 
ALLAH SUBHANA WA TAALA WILL SOLVE ALL YOUR 
PROBLEMS. INSYA ALLAH.

Monday, September 27, 2010

Pedagang yang ZUHUD

Sekarang semua orang nak rumah besar+kereta besat+wang besar..sampai berniaga pun lupa syariat ISLAM.Sistem riba' masih dijalankan.Bank ISLAM ke bank tak islam ker semuanya sama.Kalau buat pinjaman still ada interest.So para CEO,businessman, sekalian..dengarkan cerita ini.

Abu Darda memiliki harta amat banyak yang ia kembangkan dengan cara berdagang. Kerana kejujuran dan amanahnya, ia dipercaya oleh penduduk Makkah. Mereka membeli segala keperluannya kepada Abu Darda sebab mereka yakin bahawa ia bukanlah penipu. Abu Darda menjual barang-barang yang masih baik dan istimewa kepada mereka dengan harga yang menarik.







Suatu hari hati dan fikirannya terbuka untuk menerima Islam. Ia pergi menjumpai Rasulullah SAW, di hadapan baginda ia masuk Islam. Setelah itu ia mengetahui bahawa ada sesuatu perdagangan yang tidak akan rugi, iaitu perniagaan dengan modal iman, akidah dan jihad. Maka Abu Darda memutuskan untuk menggunakan segenap fikiran, jiwa dan umurnya demi perniagaan di jalan Allah.






Abu Darda tidak meninggalkan kehidupan duniawi sama sekali, tapi ia juga tidak melalaikan ibadah. Ia mampu menggabungkan antara perdagangan duniawi dengan ibadah. Antara dunia dengan akhirat. Antara muamalah yang benar dengan sesama manusia dan hubungan yang benar kepada Allah. Antara mengambil bahagian dari kehidupannya di dunia dengan bahagian kehidupannya di akhirat.






Ia menganggap bahawa berzikir kepada Allah, takwa, dan ibadah kepada-Nya itu lebih berharga daripada segala sesuatu yang di bumi baik yang berupa harta mahupun kesenangan lainnya. Tingkat takwa dan waraknya mencapai peringkat orang-orang yang suci lagi soleh. Kadang kala ia duduk berdiam diri. Apabila seseorang bertanya: Untuk apa berdiam diri, hai Abu Darda? Jawabnya: Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibadah sepanjang malam. Ertinya Abu Darda yang ahli ibadah dan hidup zuhud ini sedang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, memperhatikan keindahan ciptaan Allah.






Ia tidak mencari harta kecuali sekadar mencukupi keperluan makan dan pakaian keluarganya secara sederhana. Seringkali ia menyampaikan ideanya kepada para sahabatnya. Ia berkata: Mahukah engkau aku beritahukan sebaik-baik perbuatan yang paling suci di sisi Tuhan, yang boleh mengangkat darjat lebih tinggi daripada engkau memerangi musuh dan yang lebih baik dari banyaknya dirham dan harta? Itulah zikir kepada Allah. Sungguh zikir kepada Allah adalah amalan yang paling besar.






Bagi Abu Darda, zikir kepada Allah merupakan amalan yang paling utama dibanding yang lain. Manisnya iman telah menguasai segenap perasaan dan memenuhi hatinya. Baginya dunia ini hanya perkara kecil dan segala yang ada di dalamnya berupa kesenangan tidak boleh disamakan dengan nikmatnya ber-taqarrub kepada Allah meskipun sejenak.


Abu Darda menggambarkan kesenangan duniawi yang bakal punah ini dalam salah satu surat yang ia kirimkan kepada salah seorang sahabatnya.






Ia berkata: Adapun setelah itu, tidak ada ertinya bagi orang yang bermegah dengan kehidupan duniawi. Harta itu telah beredar pada orang lain sebelummu, lalu kepada orang lain sesudahmu. Engkau tidak memilikinya kecuali apa yang sedang engkau hadapi. Selanjutnya bagi orang yang mengumpulkan harta agar dapat diwariskan kepada anakmu, maka sebenarnya engkau mengumpulkan harta itu untuk dua kemungkinan. Mungkin untuk anak soleh yang beramal di jalan ketaatan kepada Allah lalu berbahagia dengan pemberianmu, atau untuk anak derhaka yang beramal di jalan kemaksiatan. Maka sia-sialah harta yang engkau kumpulkan itu, kerananya percayalah bahawa Allah akan memberi rezeki kepada mereka dan selamatkanlah dirimu.






Begitulah pandangan Abu Darda terhadap harta benda. Ia menasihati sahabatnya agar tidak hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan perhatian yang hanya mengarah pada masalah itu. Sebab apa yang ia kumpulkan dan dihitung-hitung itu akan ditinggalkan, mungkin kepada anak yang soleh, sehingga boleh dinikmati, mungkin pula pada anak derhaka, sehingga dibelanjakan di jalan yang dimurkai Allah. Manusia seharusnya berusaha dan berjuang di muka bumi ini tanpa melalaikan ibadah dan merenungkan keindahan ciptaan Allah.






Di samping Abu Darda meninggalkan kemewahan duniawi, tidak mengambilnya kecuali sekadar mengisi perutnya, ia juga menolak puterinya bermegah-megah dengan harta kekayaan di dunia ini. Kehidupan zuhud yang ia tempuh sejak masuk Islam telah terbiasa bagi keluarganya. Ia menolak jika hatinya dipengaruhi oleh kesenangan duniawi, seperti halnya ia menolak jika hal itu terjadi pada puterinya.






Maka ketika Yazid Ibn Muawiyah yang banyak harta dan berkuasa, melamarnya. Abu Darda yang hidup zuhud dan miskin menolak mengahwinkan puterinya dengan Yazid, si kaya yang berkuasa. Mengapa? Sebab ia tidak ingin puterinya sibuk dengan urusan duniawi jika nantinya ia tinggal di istana Bani Umaiyah. Ia menghendaki puterinya seperti dirinya sendiri yang takwa, wara, penuh iman dan akidah.






Sebahagian sahabatnya bertanya, Kenapa puterimu tidak engkau kahwinkan dengan Yazid? Jawabnya: Bagaimana pendapatmu nanti kepadaku, jika puteriku kelak hidup di istana, dilayani oleh dayang-dayang dan perhiasan istana, lalu pada saat itu cinta pada agamanya menjadi lenyap?






Pada saat pemuda dari kalangan kaum miskin datang kepadanya, meminang puterinya, tanpa ragu-ragu lagi Abu Darda menerimanya untuk dikahwinkan. Sebab jalan lurus yang ia tempuh tidak menghendaki puterinya melangkah ke jalan yang salah. Dengan cara hidup lurus seperti zuhud, hidup sederhana dan meninggalkan kesenangan duniawi itulah Abu Darda hidup. Seorang yang sejak masuk Islamnya telah meninggalkan perniagaan atau jual beli yang boleh melalaikannya dari berzikir kepada Allah.






Suatu hari para sahabatnya mendengar ia berdoa dengan hikmat: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hati yang selalu berangan-angan kepada kehidupan duniawi.






Abu Darda tidak menghendaki sama sekali terhadap kesenangan duniawi dan kehidupan mewah. Hal ini nampak ketika Utsman Ibn Affan menunjuknya menjadi hakim di Syam dengan maksud mengalihkan perhatian masyarakat Islam dari cinta dunia kepada cinta akhirat. Utsman Ibn Affan melihat bahawa masyarakat Islam tersebut mulai tenggelam dalam kemewahan dan jatuh dalam kemegahan.






Kerananya Abu Darda mengundang penduduk Syam untuk berkumpul di masjid seraya berucap:


Hai penduduk Syam, engkau sekalian adalah saudara seagama bagi kami. Tetangga dengan rumah kami dan telah menolong dari serangan musuh. Namun aku lihat engkau suka mengumpulkan harta, membangun sesuatu yang tidak boleh tetap dan mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin tercapai. Orang-orang sebelum engkau mengumpulkan harta yang bakal mereka tinggalkan, berangan yang bukan-bukan dan membangun rumah-rumah yang tinggi, lalu yang mereka kumpulkan itu menjadi binasa. Angan-angannya kosong belaka dan rumah-rumahnya menjadi perkuburan. Itulah kaum Ad. Mereka memenuhi tempat antara Ad sampai Yaman dengan banyaknya harta dan anak. Adakah orang yang akan membeli peninggalan keluarga Ad seharga 2 dirham dariku?






Abu Darda menghendaki agar kaum muslimin memancarkan jiwa hidup sederhana dan zuhud, sehingga gemerlapnya dunia tidak sampai menipunya lalu meninggalkan beribadah kepada Allah.



Di samping Abu Darda memiliki hati yang memancarkan makna ibadah, fikirannya juga memancarkan makna ilmu. Ia memahami ajaran agama Islam, selalu mencari kebenaran, berusaha mencapai hakikat dan tiap hari makin bertambah pemahamannya terhadap Al-Quran dan sunah Rasul-Nya. Dalam hal ini ia berkata: Engkau tidak boleh menjadi takwa sebelum berilmu. Sedang ilmu itu tidak sempurna tanpa amal.

 


Abu Darda, si alim yang mengamalkan ilmunya, si zahid dan tekun beribadah kepada Allah itu sepanjang hidupnya berjalan di jalan Allah, sampai riwayatnya berakhir di tanah Mesir. Tubuhnya bersemayam di suatu makam di kota Iskandariah setelah Allah menempatkan posisinya dalam kelompok orang-orang yang soleh.
 
-->itu Abu Darda..pedagang yang zuhud.kita para pembaca sekalian??..riak.kekayaan,kesenangan,kesedapan..semuanya membuatkan kita jauh dari hidup zuhud.Lari dari erti syukur.Renung-renungkan.
 

Sunday, September 26, 2010

-Jangan jadi si BUTA & PEKAK-

Kini kita menyaksikan betapa banyaknya orang2 yag mula menjadi BUTA dan PEKAK
dek kerana terpegun dengan kehebatan FILEM2 barat yang dipertontonkan
Tanpa menyedari bahawa disebalik filem2 tersebut ada agenda yang banyak tersembunyi.
Tak pelik ker kita kenapa filem-filem barat sentiasa berada di tangga teratas??
Jawapannya kerana..dalang setiap movie itu adalah DAJJAL.
 
Tak salah kita melihat movie tersebut.
Tetapi jangan sampai kagum anda pada movie tersebut membuat anda BUTA +PEKAK!!
Bahawa mereka membawa agenda tersembunyi disebaliknya.
Dan cara paling mudah untuk memberitahu semua pengikutnya adalah melalui filem2 yang mereka hasilkan.
Sedangkan Allah lebih hebat ciptaan-NYA daripada apa yang mereka ciptakan.
Kenapa kita tidak kagumi dan menyebut subhanallah??
Ya..kita memang sudah BUTA dan PEKAK.
Tetapi tidak dapat menerima kenyataan tersebut.
 
Apa yang lebih menyedihkan..pendakwah kini juga ramai yang BUTA+PEKAK.
Mereka hidup dikalangan golongan mereka sendiri.
Tak sedarkah kita bahawa diluar sana ramai yang memerlukan tunjuk ajar kita.
Diluar sana terdapat segelintir insan yang mencari2 makna kehidupan hakiki.
Lalu kita biarkan sahaja mereka terus-menerus jahil.
Kita hanya ingin diri kita sahaja yang baik.
Tidak malu mengenalkan diri sebagai pencinta ILLAHi, ahli quran dan sebagainya.
Sedangkan kita tidak mengamalkan gelaran yang kita berikan sendri.

Cuma pembaca renung sebentar..
Dizaman nabi..adakah sahabat2 yang berani menggelar dirinya mujahid, pencinta syahid dan sebagainya???
Tidak ada..kecuali gelaran tersebut diberi oleh orang sekeliling ataupun Nabi Muhammad sendiri.
Tidak malu kah kita pada mereka.??
Renung2kan para pembaca budiman sekalian.

Jom kita beramai-ramai kaji semula sejarah ISLAM.
kaji semula filem-filem barat.
Kerana kemenangan itu bukan terletak pada orang yang BUTA+PEKAK..
tetapi terletak pada orang yang hatinya CELIK+MENDENGAR.

p/s- ditujukan peringatan ini buat diriku terutamanya.

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design