Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Sorry~

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..


first of all I want to say sorry for any trouble that cause due to changing design in my blog. It is because I have some sort of weakness in reading the pink color or other striking and blur color. sorry for that. Actually I like pink but because lately..my color blindness is getting worse.I need to change the color. Sorry..Then I have to use white color to reduce my syndrome.(hihi.. )Sorry for that problem.. my brother and sister. Hope you enjoy reading this blog after this.


Even for girls..I hope this color still can make your heart cherish like girl. Still I put flower on it.(hehe) 


Wallahu'alam.

Thursday, May 13, 2010

Blog terhenti

Memberi laluan kepada blog :

sama2 meriahkan disana.

Wednesday, December 23, 2009

Jawapan buat warkah terakhir mu

Assalamualaikum buat sahabat yang alhamdulillah Allah temukan kita dijalan-NYA
syukran yang tidak terhingga atas segala pertolongan selama ini
dari segi zahir dan juga batin.

masih terngiang-ngiang paksaan saya pada sahabat ketika mana sahabat tidak mahu pergi kenduri kahwin sahabat kita..
Masih teringat saat kita menagis dan mengadu bersama
Masih segar saat kita bergaduh pada perkara sekecil zarah..ah seolah kanak-kanak yang baru belajar erti sebuah kehidupan..
masih kuat diingatan kami saat kita selalu berkongsi makanan, kasut , baju , tudung dan sebagainya harap2 suami takla..hihi..

Walaupun ramai yang membantah keputusan sahabat, ketahuilah saya akan menyokong anda. teringin saya menjadi sahabat seperti Abu Bakar as-siddiq yang sentiasa berada di samping Rasulullah walaupun disaat insan lain disekelilingnya mencerca keputusan Baginda.

Ingin saya menjadi tangan mu yang akan sentiasa mengelap airmata mu di saat kamu kesedihan..
tetapi saya tidak tahu adakah saya mampu melakukannya lagi..
pemergian sahabat kita ke kuantan dahulu pun telah saya restui..
jadi pemergian sahabat pun turut saya restui..

sebagai Teman yang tidak tinggi jasa pada sahabat..setulus kemaafan dipohon dari saya..
Jarak jauh bukan bermakna tidak berhubung
Jarak jauh bukan penghalang untuk berkasih sayang
Jarak jauh bukan penyebab terputus nya sebuah ukhwah

Andai Maut yang memisahkan ketahuilah sahabatku..
Ingin ku sematkan namamu dalam setiap doa yang ku pohon

Melangkahlah sahabatku..andai itu yang terbaik buat ibu,ayah dan dirimu..
Anak yang solehah itu , ana yang sanggup berkorban untuk kedua ibubapa nya
Ah...alangkah indah jika saya juga dapat berbuat begitu..

Semoga perjalanan dan perjuangan sahabat sentiasa diredhoi..dan belajarlah jangan berhenti..orang yang memimpin tidak harus  memimpin tanpa belajar tetapi harus belajar untuk menjadi seorang pemimpin.
Belajar bukan hanya di universiti..walaupun sahabat berada di ceruk gua juga ..sahabat harus belajar..
Belajar bukan saja dari manusia yang bijak pandai.
tetapi belajarlah dari semua hidupan di BUMI ALLAH ini..

Salam sayang buat sahabat ku..NURUL ZULAIKHA ROSLI

Tuesday, December 22, 2009

Warkah Terakhir...

Salam.. Semoga semua sahabat berada di dalam keadaan yang baik-baik je, insyaALLAH. InsyaALLAH, ini adalah post terakhir saya kat blog nashrullah-muhandasah.blogspot.com. Lagipun, selepas ni, muhandasah memang tak seswai dengan saya lagi.

Banyak betul dugaan buat diri ini. Bila rasa diri dah agak kuat untuk berdiri, datang ujian yang baru yang membuatkan diri ini rasa amat lemah. Mungkin ada hikmahnya, insyaALLAH.

Bila saya buat keputusan ni, ramai sahabat yang membangkang. Tapi alhamdulillah, masih ada yang menyokong.

"Da 4 tahun kita blaja engine, membazirla kalau tinggal camtu je. Tak rase membazir ke 4 tahun tu?". Itu soklan pertama dari sahabat saya. At first, memang ada terfikir gak camtu. Tapi bila difikir-fikir balik, itz not a waste of time. Coz I got a lot of things by being an iium student. Alhamdulillah. Banyak ilmu yang saya dapat kat sini. Ilmu dunia, ilmu akhirat, insyaALLAH. Dan paling penting, alhamdulillah, I got a lot of friends. Learn more about friendship. Untuk semua sahabat saya, thank a lot for everything. InsyaALLAH, our friendship will be last forever. Love you all so much. Semoga redhaNYA sentiase memayungi kita, ameen.

"2 tahun je lagi nak abes, tak sayang ke?". Lagi soklan yang ditanya. Yup, kalau saya kata tak sayang, memang tipulah. Lagipun I do like engineering so much. Nak-nak bila dah majoring ni. Sangat besz. Tapi, kita hidup bukan untuk diri kita je. We have responsibilities toward others. And for me, I have a responsibility to make my family, especially my parents or more special, my mom to become the happiest person in this world and hereafter, insyaALLAH. Although I know it is impossible for me to do so, but, Ill try harder and harder, insyaALLAH. Seeing them happy make me happy.^^

"Lagi 2 tahun nak dapat ijazah. Tak pahamla ape yang ko pikir". Betul, insyaALLAH, lagi 2 tahun, kita semua akan keluar dari uia dengan ijazah. Tapi, kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Dan sekarang bila dah ada peluang untuk buat ummi dan abah saya gembira, saya sanggup. Kita tak tahu selama mana kita akan berada di bumi ALLAH ni. Selama mana kita diberi nikmat oleh DIA. Mungkin ijazah bukan untuk saya, tapi keredhaan ummi dan abah, insyaALLAH, itu yang saya harap. Keredhaan ibu bapa, keredhaanNYA, insyaALLAH. Lagipun, seorang sahabat ada menasihati saya. I still do remember her words. "Ijazah hanya gelaran dunia, pandangan penduduk bumi, bukan pandangan penduduk langit, bahkan bukan apa yang ALLAH tengok. Tapi, apa yang penting ilmu yang kita dapat. Walau kat mane pun kita blaja, as long as menuntut ilmu di jalanNYA, itz ok. If nurul da pikir betul-betul, tetaplah dengan keputusan nurul. InsyaALLAH, ada hikmahnya." (syazwani harun, merangkap teman sebilik, tanx for d advice.. sangat hargai).

Hingga sekarang saya rasa not a single one yang akan betul-betul paham dengan keputusan saya. Cuma apa yang saya harap, doakan yang terbaik buat kami. Walau papepun, terima kasih buat sahabat-sahabat yang tak putus-putus memberi semangat buat diri ini. Yang menyokong saya. Saya sangat hargainya. Percayalah, banyak perkara yang saya dah buat sebelum saya betul-betul tekad dengan keputusan ni. Im not taken it blindly. Dan saya percaya, insyaALLAH, ada hikmahnya.

Akhir kata, hanya kemaafan yang dipinta dari semua sahabat saya di atas kekhilafan yang saya lakukan sepanjang persahabatan kita. Im a rude person. Dah sakitkan hati ramai sahabat. Amat minta maaf. Percayalah, tak pernah terniat di hati untuk sakitkan hati sesiapa, tapi iman ini sangat lemah. Sangat-sangat lemah. Sentiasa tersasar tanpa sedar. Sekali lagi, minta maaf atas segala perbuatan yang menyakitkan hati. Sekiranya ada terhutang pape, janji-janji yang tak tertunaikan, tolong bagitahu saya sebelum 13 Muharram 1431H. InsyaALLAH, akan cuba langsaikan atau tunaikan. InsyaALLAH.

Dan doakan kejayaan buat diri ini. Doakan kekuatan. Doakan ketabahan. Doakan juga moga diri ini tidak menjadi lebih teruk dari sekarang. Nauzubillah. Dan doakn juga moga diri ini menjadi lebih baik dan lebih baik lagi, insyaALLAH.

Juga jutaan terima kasih atas segala nasihat, teguran mahupun sindiran. InsyaALLAH, bila tiba satu masa, itulah yang amat diperlukan bagi menguatkan diri ini. InsyaALLAH. Terima kasih atas ukhuwwah ini. Our friendship will be last forever, insyaALLAH.

Semoga segala yang kita lakukan sentiasa di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm..

-Uia Kuantan-

Wednesday, December 16, 2009

i am so in the middle of confusion

My phone rang yesterday, and I smiled as I saw my darling sister's phone number appearing on my mobile screen.

"Salam sis, what's up?" I said as I answered the phone.

"W'salam, nothing much, just wanna ask you when are you going to come back, is it this Friday?", she replied .

And so the conversation went on for about ten minutes. After I hung up the mobile phone, I felt so extremely sad. My kak long and the gang will be back this coming Friday. And they are planning to spend this weekend at the beach, PD, with the whole family, together with Abg Pae, his wife and little Khalif. As far as I can remember, it had been such a long time we didn't go for a vacation, especially with everyone present.

But then, human can always plan, and at the end of the day, Allah will decide the best for us all. Eventually, the time for the vacation was clashed with another program that needs my attendance. And of course, it had been my responsibility to attend the program since everything had been scheduled in advance. I just can't withdraw at the very last minute.

But..there is always but..it seems that I've made up my mind, while there are billion of neurons in my brain interacting with each other, struggling to come out with the best solution my brain can offer. It made me stressed, depressed and many other related term suitable in this case.

All I can think at this particular period of time are the faces of my darling niece and nephews. I remember the day when I was in my sister's home, when my one and a half year old niece was playing with me, she was all over me, climbing my back, resting her head on my shoulder, sitting on my lap and was also doing some "talking" with me, and I just nod my head and pretend that I do understand every single meaning of her word, which I'm not. The point here is, I am missing my three rangers that I want to fly over their home, which is impossible.


three rangers in action~

But life.. as complicated as it looks, must goes on. I believe that if Allah wants me to meet them, I will meet them no matter what it takes, and if not, there will always be next time. InsyaAllah~

I always remember the beautiful words of Rumi (221-283 AH), which I read from one of my favourite book, it goes;

" You are so weak. Give up to grace. The ocean takes care of each wave till it gets to shore."

Something to ponder about!!

Till then, ROGER AND OUT.
Wassalam~



Tuesday, November 24, 2009

Aktiviti Masa Cuti...

Salam..
Masa cuti sem bulan 12 ni dan ditambah pula dengan hari raya aidiladha yang bakal menjelang tiba, memang banyakla perkara yang kena difikirkan.

Banjir

~Memang tak boleh tak nak fikir. Masalah utama ni. Nak bergerak ke mana-mana pun agak susah. Dugaan, dugaan. Kalau terus banjir, nak balik kampung pun macam tak dapat je. Dua hari lepas, tak boleh nak balik rumah sebab banjir ni. Tapi, Alhamdulillah, akhirnya boleh balik jugak. Syaratnya, kena bertolak awal-awal pagi. Kalau tengahari baru nak bertolak, memang sah-sahla tak boleh nak lalu satu kawasan ni. Nak kena bangun awalla kn. Bagus-bagus. Tapi takpelah, insyaALLAH, ada hikmahnya atas ujian ni. Walau papepun, harap nanti masa nak dekat-dekat dengan raya ni, banjir dah kurang sikit, insyaALLAH. Kesian plak kat insan-insan di perantauan kalau tersekat di separuh jalan. Moga dirahmatiNYA, ameen..

Majlis Kahwin

~Masa cuti nila banyak jemputan-jemputan datang. Majlis kesyukuran, undangan perkahwinan ke, banyak betul. Dulu masa kecik-kecik, tak ambil kisah sangat. Yerla, ikut ummi dengan abah je gi mana-mana pun. Tau-tau pastu duk makan-makan je. Dulu yang kahwin anak-anak jiran, sdare-mare. Tapi sekarang ni, ummi dengan abah rileks je, tapi anak-anak plak yang sibuk semacam. Sekarang ni kena memenuhi jemputan kawan-kawan plak. Ramai tol yang kahwin. Esok pun ada satu majlis. Raya kedua dan ketiga ada lagi. Tak taula bleh pegi ke tak ni. Nak-nak bila banjir, masalah juga nak bergerak. Tapi insyaALLAH, akan diusahakan. Papepun, masih duk tunggu majlis kahwin kat rumah sendiri plak. Bila agaknya kakak kesayangan nak kahwin ni. Teringin gak nak ada anak sdare. Pesanan untuk along, cepat-cepatla mendirikan masjid ye.

Hari Raya Aidiladha

~Tak sabar betul nak tunggu eidul adha ni. Balik kampung, kumpul ramai-ramai dengan sdare-mare. Makan ramai-ramai, rumah terbuka memang tak terbilangla nak kena penuhi. Hari-hari makan, memang beszla. Tapi tahun ni pun sedih juga, abang dengan sorang dari adik tak dapat balik. Tak dapat kumpul satu family, sedih gak. Tapi dorang mesti lagi sedih, kalau ikut pengalaman masa kena raya kat cenfos dulu, ya ALLAH, sedih tol. Sunyi je. Macam tak raye je rase. Abang, syafiq, harap dapat jumpa raya eidul fitri plak ye. Rasenya masa raya ni je satu family dapat duk sama-sama. Memang sangat besz. Sangat merindui saat-saat kita semua kumpul ramai-ramai. Keluarga besar pak cik Rosli.

Reunion

~Erm, ni satu lagi program wajib bila cuti. Reunion. Kadang-kadang satu masalah gak. Nak memenuhi semua jemputan ni. Yerla, sekolah menengah sampai tiga buah sekolah. Tak campur lagi sekolah rendah. Kalau tarikh tak bertindih takpe. Tapi selalunya, hari raya ketiga dan keempatla majlis ni ambik tempat. Tak kisahla eidul adha atau eidul fitri. Masa nila mase faveret. Pernah tu satu hari ada dua reunion. Rasa susah gak dengan tempat yang agak jauh di antara satu sama lain. Nasi baik satu pagi dan satu petang. Dah nama manusia, bila jumpe kawan-kawan tu, boleh plak tak ingat mase. Astaghfirullah. Kesian kat sahabat-sahabat kesayangan. Terpakse tunggu lama. Lewat gak baru boleh gi sane. Tapi saya tahu, dorang semuanye penyabar, Alhamdulillah. InsyaALLAH, kali ni saya akan berusaha untuk memenuhinya sebaik mungkin. Dats a promise.

Walau papepun, semoga semua sahabat-sahabat dalam keadaan yang terbaik, insyaALLAH. Hiasi cuti ni baik-baik. Sama-sama kita tingkatkan amalan keranaNYA.

Untuk peringatan buat sahabat-sahabat terutamanya buat diri saya sendiri:

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau
benci orang lain mengetahuinya."
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:

"Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

Sunday, November 22, 2009

Bicara Hati Buat Ummi Tersayang...

Salam..
Bicara hati buat ummi yang tercinta...

Ya ALLAH, hati ini amat mencintainya,
Cintaku padanya hanya diriMU yang mengetahui,
Aku tidak rela melihat air yang keluar dari matanya,
Aku tidak ingin melihat peluh yang mengalir dari tubuhnya,
Kesedihan, sesengsaraan dan kelukaannya,
Sungguh, aku tidak mampu untuk melihatnya.

Ummi,
Ketahuilah diri ini amat menyayangimu,
Lantaran itu aku cuba mengikuti setiap permintaan dan keinginanmu,
Walaupun kadang-kadang ada insan di sisiku yang tidak mengerti,
Dan tidak akan memahami akan setiap yang kulakukan,
Setiap prinsip dan pegangan diri yang kubawa,
Tapi ketahuilah sahabatku, aku lakukannya dek kerana aku dambakan redhanya,
Dambakan redhanya, dambakan redhaNYA.

Ummi,
Harus kunyatakan dan harus juga kuakui,
Diri ini tidak pernah terlepas dari dosa,
Selalu kalah melawan nafsu,
Selalu tergoda dengan keindahan dunia,
Selalu leka dengan mainan dunia.

Ummi,
Maafkan diri ini sekiranya aku mempermainkan kepercayaanmu,
Sungguh, tiada niat di hati ini untuk membelakangkanmu,
Namun, aku insan yang lemah,
Aku tersungkur jua dek kerana lemahnya imanku,
Ya, aku tidak boleh menyalahkan jarak ini,
Kerana kita masih dihubungkan atas dasar kepercayaan,
Masih disatukan dalam ikatan kasih yang suci,
Tapi akulah insan yang lemah,
Yang kalah dalam perjuangan ini.

Ummi,
Maafkan diriku di atas kekhilafan ini,
Maafkan dan percayalah,
Sesungguhnya tidak pernah terniat dihati ini,
Untuk melukakan hatimu,
Tidak pernah terdetik dihati ini,
Untuk mengingkari kata-katamu.

Ummi,
Dari hatiku yang tulus ikhlas,
Ampunkan salah silap anakmu in,
Dari detik ku dilahirkan hingga ke akhir hayatku,
Terima kasih kerana sabar melayan kerenahku,
Terima kasih kerana masih mempercayai diri ini,
Terima kasih kerana masih menyayangi diri ini,
Redhailah diri ini dalam menjejaki ilmu di bumi ALLAH,
Ajarilah anakmu ini erti kekuatan dan kecekalan hati sepertimu,
Moga aku tidak akan lemah dengan godaan ini,
Moga aku tidak akan rebah dengan dugaan yang mendatang.

Ya ALLAH,
Kupanjatkan kesyukuran padaMU ya ALLAH,
Terima kasih kerana menanugerahkanku,
Seorang insan yang amat bermakna buat diri ini,
Seorang insan yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Kuharap redhaMU ya ALLAH.
Moga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke syurgaMU,insyaALLAH..

Bicara hati buat ummi yang tercinta. Maafkan khilafku.

Ummi, ketahuilah, diri ini amat menyayangimu...


Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

Sunday, November 15, 2009

Its Holiday TIme!!!

Salam..

Alhamdulillah, akhirnya berakhir satu sem yang amat mencabar keimanan dan kekuatan diri. Dan Alhamdulillah, tepat pukul 3pagi 16/09/11, saya sampai ke rumah yang tercinta. Seeing may parents make me so hepi. Luv them so much.

Abes je exam petang semalam, terus je packing. Ade antara kawan-kawan yang terkejut bila saya cakap nak terus balik malam tu. Tapi, papepun, my ummi da cakap, abes exam, terus balik. Jadi, da abes, terus balikla kan?

Sem ni, for the first time in my life, I heard sumtink they told about me. Tapi tak mustahil sebelum ni pun, dah banyak orang-orang cakap pasal saya. Becoz after al, im not a gud person. Cume saya je yang tak tahu. Tapi, bile dgr sndri pe yang kawan-kawan kite duk cakap, even my gud frenz kat uia tercinte tu, make me feel very sad at first. They do believe bout dat before asking me first. Sahabat-sahabatku, im not the type yang nangis over a simple thing like dat. Lelaki buat saya nangis? Yang takde pape kaitan dengan diri? Very out of my mind. Papepun, saya takkan cakap pasal ni ngan everyone. Juz my advice, bile suke sangat dengar citer-citer atas angin ni, carik kebenaran dulu. Jangan terus percaya macam tu je. Jangan suke sangat backbiting, nati makan diri sendiri gak.

Ok la, arini saya rase sangat hepi. Duk dengan family. Semua my bf pun da nak balik. Rase tenang sikit hati bile kita duk bersama dengan orang-orang yang boleh kite percaya dan orang-orang yang kite tahu dorang percaya kat kite. Betul tak? Papepun, kat mane-mane, sahabat yang baek, insyaALLAH, boleh kite jumpe. Paling penting, kepercayaan. If kepercayaan pun dimusnahkan macam tu je, ape makne nya sahabat? Tepuk dada, tanye iman.

Alhamdulillah, duk kat rumah memang menenangkan fikiran sangat-sangat. Segala masalah rase hilang bile tengok parents. Arini pun sempat kuar dengan ummi. Yang paling penting, makan pun terjamin. Hati pun insyaALLAH, terjamin.

Papepun, kepada semua sahabat-sahabat saya, saya mintak maaf sangat-sangat di atas segala perbuatan atau kata-kata yang menyakitkan hati yang tak pernah disengajakan. Tapi, dek kerana lemahnya iman, diri ini sentiasa tersasar.

Lastly, kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang dengan final exam, smoge berjaya saya ucapkn. Do the besz. Smoge kjyaan milik kite smua, insyaALLAH.

Hepi holiday. Nikmati mase bersama famili kte..

Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

Friday, November 13, 2009

Aurat Seorang Perempuan, Terbeban ke Kita?



Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA. Smoge kite smua sntiase di dalam keredhaanNYA,amen. Saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat saya terutamanya sahabat perempuan saya berkaitan dengan aurat. Ramai perempuan sekarang ni rasanya sangat memahami hal-hal berkaitan aurat mereka. Ape yang perlu ditutup, ape yang leh ditonjolkan. Tapi, lagi ramai rasenya yang buat-buat tak paham dengan tuntutan agama ni.

Tutup aurat waktu-waktu tertentu je. Betul tak? Tutup aurat mengikut tempat, bukan kerana tuntutan. Bukan kerana kewajipan. Pelik, sangat pelik. Kalau tak percaya, cube tengok kat sekeliling kite. Yang ‘free hair’ tu, tak payah cakaplah, memang ramai. Perempuan yang jenis tutup aurat bile ke tempat-tempat tertentu je. Maksudnya, bila mereka gi ke majlis-majlis ilmu, masjid, tempat yang ade kematian, aurat mereka terjagalah. Pakai tudung, siap pakai baju kurung lagi. Alhamdulillah. Tapi, bile ke tempat laen, laenla plak care pemakaian mereka. Contohnya, g majlis keramaian ke. Ai, nak ikut kesesuaian dgn majlisla kononnya. Ikut fesyen terkinila. Menggadaikan aurat kerana tuntutan berfesyen, kesesuaian majlis. Erm, nak tanyala, pakaian muslimah tu, tak ikut tuntutan fesyen ke? Nanti kat akhrt, ad ke ditanye, nape tak ikut perkembangan fesyen? Biar orang tak senang dengan cara pemakaian kite, asalkan KEKASIH kite, senang dengan kite. Itu yang penting.

Sekarang ni tengok kiri kanan, depan belakang, ramai yang pakai baju, tapi hakikatnya macam tak pakai baju. Sekarang ni, bukan lelaki je dapat dose sebab perempuan tu tak tutup aurat, tapi golongan perempuan pun boleh dapat dose sebab sesetengah perempuan ni. Sedih, amat sedih.. Nak kuar gi bandar, carik barang pun, kena pikir dua tiga kali. Kalau tak penting, tak yahla kuar. Lagi terjamin sikit mata ni. Kesian kat lelaki-lelaki akhir zaman. Kesian kat perempuan-perempuan akhir zaman. Maruah kite da macam diperkotak-katikkan macam tu je. Eksploitasi perempuan ni, jangan cakaplah. Ai, jangan letak maruah kite begitu rendah sahabatku. Ingatlah, begitu susah Rasulullah saw agkat mrtabat kite dulu, tak kan senang-senang je kite sendiri nak rendah-rendahkan balik? Tak paham betul.

Sahabatku, nak tau pakaian kite tu da cukup syarat-syaratnye, senang je. Jika pakaian kite tu boleh dibawa solat, Alhamdulillah, pakaian itu da sangat baek buat kite. Sudah cukup ciri-ciri tuk tutup aurat dengan betul. Tapi, jika sebaliknye, paham-pahamla. Tengok-tengokla pe yang tak cukup tu, lebih-lebihkanlah. Ape yang kurang, tambah-tambahkanlah. Islam bukan agama yang membebankan. Bile pakaian da ‘proper’, nape nak susah-susah bawak telekung ke hulu ke hilir, sedangkan pakaian kite itu sudah cukup untuk dibawa solat? Islam tak menyusahkan. Dengan pakaian kite, da boleh solat. Da cukup untuk syarat sah solat. Tapi, kadang-kadang, manusia itu sendiri yang merumitkan keadaan. Betul tak?

Sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang ' aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu bejaya."
(An-Nur:31)

Dalam ayat di atas, dengan jelasnya ALLAH da bagitau kite cara-cara untuk tutup aurat kite dengan sempurna. Da ade panduan untuk kite. Jadi, ape lagi sahabatku? Jangan nanti bile mase kita sudah ditarik, baru nak menyesal.

Tengok balik pakaian kita. Adakah sudah cukup syarat-syaratnya? Macam mana dengan kelabuhan? Ketebalan? Kelonggaran? Kalau sumenya da cukup. Bagus, Alhamdulillah. Kalau tak, fikir-fikirkanlah..


Semoga segala yang kite lakukan sentiase di dalam keredhaanNYA, ameen..
Wslm…

p/s: final paper is around da corner..al da besz..smoge najah..bittaufiq wannajah fil imtihan..(n_n)


Wednesday, October 28, 2009

ku DamBa CinTa ILLaHi,RedHoNya ku JeJaKI..

Ya Allah Yang Maha Memiliki Segalanya yang bukan milik kami, saksikanlah bahawa hambaMU yang hina dan lemah ini telah menyampaikannya…berikanlah cahaya penglihatan pada mata hati kami, sesungguhnya dunia ini penuh debu dosa yang mengotori mata kepala kami Ya Allah…tunjukkanlah kami jalan yang lurus lagi Engkau redai dan berikanlah kami kekuatan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenar-benarnya Ya Allah..Engkaulah kekuatan kami dan hanya padaMU kami memohon segalanya, Ameen Ya Rabbal A’lameen..

       

     

     
ya ALLAH!

ya ALLAH! dugaan apakah ini?
mengapa manusia disekelilingku begini?

wahai kawan2 ku..
mengapakah ini yg kamu semua lakukan?
perlukah aku khabarkan apa yg ada dalam hati ku?


PERLUKAH AKU KHABARKAN

LIHAT PADA PERMUKAAN
NAMPAKNYA TERLALU TENANG
TAPI DI DALAM HATI YANG TERPENDAM PERSOALAN

PERLUKAH AKU KHABARKAN YANG KU ALAMI
APAKAH AKAN TERJAWAB SEMUA
PERLUKAH AKU BUKAKAN KEAIBANMU
SEMUANYA TERLETAK DALAM HATI KECILKU

SEGALA KEBENARAN ATAU PENJELASANKU
MEMPUNYAI BERBAGAI TAFSIRAN TERSEMBUNYI

OH KU MOHON PADA-MU TUHAN
BERIKANLAH KEKUATAN
UNTUKKU MENGHADAPI SEMUA INI

TUHAN KU TERUS BERSERAH
BERIKAN AKU HIDAYAH
AGAR TIDAK TERSALAH ARAH DAN TERSILAP LANGKAH

Perlukah aku lakukan semua ini..perlukah aku berikan penjelasan..
walau apa yg aku lakukan..ia tetap takkan selesai kerana kamu semua akan memberi pelbagai tafsiran dan andaian..
aku hanya boleh bermohon pada ALLAH untuk beri kekuatan dan kesabaran..

ya ALLAH! disaat ini aku benar-benar terasa hanya ENGKAU segalanya..ya ALLAH! mungkin ini kasihMU kepadaku..mungkin ini jawapan segala doaku kepadaMU..

aku pohon kekuatan..KAU berikan aku ujian..
aku pohon kesabaran..KAU berikan aku dugaan..
aku pohon cintaMU dan selalu dekat denganMU..KAU berikan aku liku dan mehnah untuk menuju kepadaMU..

ya ALLAH! jika inilah jawapan pada doaku..ku masih memohon..
ku mohon agar ENGKAU terus berada di sisi..memandang aku dengan kasih sayangMU..memberikan aku jalan untuk menghadapinya..
ku mohon agar KAU tuntuni setiap langkahku agar ku tak tersasar di tengah jalan..
ku mohon agar KAU terus berada dalam hatiku..agar aku dpat melihat semua ini adalah dariMU..agar aku dalam menerima semua ini dengan hati terbuka..dengan senyuman..

ya ALLAH! berilah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan..ujian ini tidak getor seperti ujian yang KAU timpakan buat rasulMU..aku hanya mampu bermohon agar KAU sentiasa bersamaku..tidak membiarkanku melangkah sendirian..tidak dalam sekelip mata @ kurang dari itu..nescaya aku akan lelah dan lemah..

ya ALLAH! hanya cintaMU yang aku dambakan..
KAU menunjukkan kepadaku..tiada hebatnya manusia di mata ku..
tiada setianya seorang manusia berada di sisi..
tiada kasihnya seorang manusia berada di sisi..
tiada yang lebih setia dan tiada yang lebih kasih..
tiada yang lebih mendorong ku melainkanMU..
hanya KAU setia di sisi..susah dan senang..
aku yg terkadang leka dengan duniawi..

ya ALLAH! tiada cinta seindah cintaMU..
ya ALLAH! tiada yg lebih hebat dariMU..
bercinta denganMU tidak akan pernah kecewa..
ku akui ya ALLAH!
ingin memiliki cintaMU juga bukanlah mudah..
kerana cintaMU cinta sejati..
kerana cintaMU cinta mati..
maka harga maharnya terlalu mahal..
aku perlu sakit untuk memiliki cintaMU..

ya ALLAH! aku pinta cintaMU..
bantulah aku..
tunjukkan jalannya padaku..

[ hamba yg benar-benar merindui kasihmu ]

Wednesday, October 21, 2009

Election For Enginius

That day is coming


election for mainboard engineering society

IIUM campus


make sure you take part to vote your choice





vote for the best among you especially in religion

Saturday, October 17, 2009

Kembali semula

Salam buat pembaca semua.
maaf atas kesulitan yang berlaku.
ramai ker yang tak dapat baca blog kami.

hihihi
Astagfirullah..jangan ketawa banyak-banyak deh..

xper..skang kami dah repair sikit.
maklumlah busy memanjang
nampak gaya syawal dah pun meninggalkan kita..
masih ada lagi ke yang tak puas beraya???
Anyway skang mood nak dekat final..
ALL THE BEST

Thursday, September 10, 2009



assalamualaikum buat pembaca sekalian





pejam celik akhirnya kita telah pun memasuki malam2 genting yakni malam terakhir ramadhan

jika ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada malam-malam ini.

disini ummu nak share serba sikitlah apa yang ummu dapat.

pada 10 malam terakhir ini eloklah kita beriktikaf dimasjid

meletakkan diri kita sebagai hamba dan beribadat untuk NYA

seikhlas yang mungkin.

jangan asyik ingat nak beraya jer tapi persiapan diri dan iman tak diperkemaskan

yang selalo siap baju raya, kueh raya..langsir.ishk3x


kita sama-samalah cuba berubah kepada kebaikan yek

tak mampu berubah banyak..ubahlah sikit-sikit

kat bawah ni sedikit panduan tentang iktikaf






GALAKAN IKTIKAF 10 TERAKHIRIktikaf pada 10 terakhir Ramadhan amat digalakkan
syarak.Dalilnya:

i- Daripada Ibnu Umar r.a. katanya:

كان رسول الله يعتكف العشر الأواخر من رمضانMaksudnya “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan” HR Bukhari dan Muslim
ii- Daripada Aisyah r.a. katanya:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده
Maksudnya “Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir
Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda. Kemudian, isteri-isterinya terus beriktikaf selepasnya” HR Bukhari dan Muslim.
HUKUM IKTIKAF
Beberapa ulama menaqalkan ijmak bahawa hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Ia hanya
menjadi wajib sekiranya dinazarkan.
Ibnu Batthal menyebut: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melazimi iktikaf menunjukkan ia
adalah sunat muakkadah (sangat dituntut)”
Kata Ibnu Shihab “Alangkah peliknya orang-orang muslimin yang meninggalkan iktikaf,
sedangkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah sekalipun meninggalkannya semenjak
baginda masuk ke Madinah.”
2) Maksud iktikaf itu sendiri ialah: menahan, menetap, dan melazimi sesuatu. Jadi, perbuatan
keluar daripada masjid, walaupun dengan hajat menafikan erti dan tujuan iktikaf itu. Kerana itu,
ketika iktikaf, dibenarkan keluar jika ada hajat yg sangat mendesak. sebagaimana disebut dalam
hadis:
kata Aisyah: “Sunnah ke atas org yg iktikaf ialah: tidak melawat org sakit, tidak mengiringi jenazah, tidak menyentuh wanita, tidak mubasyarah dengan wanita, TIDAK KELUAR UNTUK HAJAT kecuali dalam perkara yg tidak boleh dielakkan, Dan tidak ada iktikaf melainkan dengan puasa, dan tidak ada iktikaf melainkan di masjid jamik”.Riwayat ABu Daud. Kata Ibn Hajar: “La Baksa Bi RIjalihi” (Tidak mengapa dengan perawi2nya). Cuma yang rajihnya ialah ayat terakhir hadis itu adalah mauquf.Rujuk: Bulughul Maram m/s: 423.
Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.
Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."
Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:
Muslim
Berakal
Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.
Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.
Rukun-rukun iktikaf
Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)
Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.
Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.
Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat
Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)
Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf
Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
Murtad ( keluar dari agama Islam )
Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
Haid atau Nifas
Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Iktikaf"
ummu harap info ini dapatlah membantu kita serba sedikit tentang iktikaf
dapat mengupas sedikit apa yang didalam minda
akhir kalam semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur
dengan kelebihan yang ALLAH beri keatas ummat Nabi Muhammad SAW

Sunday, September 6, 2009

Ahlan wasahlan Hari yang dinanti



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.



‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)






al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

dipetik dari:JAKIM

Thursday, August 27, 2009

^ 1 ^ QALBUN


Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Friday, July 10, 2009

Pilihan Raya???



Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Tiba-tiba rasa nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Arini saya ikut abah dengan ummi saya ke kg manek urai. Ummi ada keje kat situ. Sambil-sambil tu, saya ke rumah sahabat baik saya. Nak pinjam buku-buku dia. Walaupun dia xde kat umah, tapi dah dapat kebenaran. Jadi, bolehla kn. Al-kisahnya selepas tu saya dengan abah pegila makan kat sebuah gerai ni. Gerai yang baru beroperasi. Sempena pilihnrya barangkali. Tujuan utama nak duduk-duduk je, sambil tunggu ummi menyelesaikan keje dia. Last-last datangla pelayan gerai tu, mintak order. Jadi, untuk tidak menghampakan dia, kami pun orderla dua gelas air. Air teh panas dengan horlick ais. Kami pun minumla walau takdela dahaga sangat. Tak lama pastu, ummi cal, cakap keje dia dah siap. Saya pun dengan baik hati menawarkan diri tuk bayar minuman kami tu (tapi abah kasi duitla). Ni la lebih kurang dialog dengan akak tu (tuan punye gerai):


“kak, mf kak, nok baya air ni. Meja ujung tu, bapo eh kak?”.

“rm4 je”.

“4rggt? Air tea dgn horlick 4rggt? Mahalnye kak (tersasul)”.

“la,besela tu dik. Loni air meme gitula arge dia. Kire okla tu.”

“erm, k la kak, timo kasihla eh”.

Lepas je bayar, saya pun terus mengekori abah ke keta. Ape lagi, terus mengadu (sikap yg buruk,hurm).

“abah, tadi air 4rnggt. Mahalla abah. Mahal sangat”.

” La, abah tau doh. Tula, duk umah jah, xtau doh gapo hok jadi luar ni. Loni meme arge mknn, air smua naik doh. Takpola. Sabar. Nati abes plhnrye ni, murah balikla tu”.

“hurm, k.”


Nila citer pendek saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Agak terasa la gak tadi. Selalunya, harga untuk air teh rm0.90 manakala horlick ais, paling mahal pun rm1.20. Barulah saya paham perkara yang berlaku kat sekeliling saya sekarang ni. Sebelum ni dengar citer dari orang-orang luar, dari berita. Bila dah terjadi kat diri sendiri, baru saya percaya. Yerla, saya tak sangka yang ramai orang kat sini yang akan ambik kesempatan. Kan kita kena bersangka baik. Tapi, betulla, ati manusia ni tak same. Bila fikir-fikir balik, erm, apela perasaan mereka, ambil kesempatan ke atas orang lain tuk keuntungan diri sendiri. Tak rasa bersalah ke? Hurm,saya plak yang rasa malu. Yerla, orang-orang luar datang kat sini dengan tujuan yang baik, tapi kite plak tonjolkan yang sebaliknya. Dah la macam tak mengalu-alukan mereka, malah ambil kesempatan plak. Apa salahnya kalau terus dengan harga yang asal. Dengan kedatangan orang ramai yang tak pernah putus, saya kira untung dah berlipat kali ganda. Saya tengok mak cik yang bukak kedai dekat dengan rumah saya ok je. Harga stil same. Dulu boleh untung rm500 sehari. Tapi sekarang, tanpa ambil kesempatan, still leh untung dekat rm2000 sehari. Ingatlah, kejujuran tu penting dalam perniagaan ni. Barulah pelanggan sayang.


Satu lagi yang saya sempat perhatikan. Masa nak dekat-dekat pilihanrye nila baru boleh tengok muke pemimpin-pemimpin. Yang jauh-jauh pun sanggup turun. Aduan cepat je di ambil tindakan. Dulu saya tengok sekolah kat kawasan saya ni sangat-sangatlah dhaif. Tapi, tadi tengok tengah dalam pembaikan. Tambah bangunan baru. Renovate habis-habisanla. Bila tanya ummi, ummi cakaplah, bila dah dekat nak mngundi, cepatla pihak-pihak tertentu tawarkan bantuan. Sebelum ni dah minta banyak kali bantuan, tak dapat-dapat. Jadi, saya bersyukur dengan pilihanrye kl ni. Alhamdulillah. Rasanya, kalau bukan kerana pilihanrye ni, banyak lagi projek-projek yang terbengkalai. Tapi, sekarang saya tengok banyak pembinaan tengah dijalankan. Masjid pun setelah 5tahun (kalau tak silap ), Alhamdulillah, siap sepenuhnya.


Selain tu, apa yang saya dapat tahu, orang-orang kampung agak tidak puas hati dengan cara orang-orang atasan yang menguruskan pengagihan makanan, duit dan sebagainya kepada orang-orang yang tidak berkemampuan. Ada sesetengah dari mereka tidak segan silu menggunakan duit yang diamanahkan kepada mereka untuk keperluan diri sendiri. Kadang-kadang sedih juga fikir bila manusia sekarang ni dah terlampau cintakan dunia. Dah tak fikir dosa pahala. Sedih betul. Mula-mula saya pun tak percaya. Ingatkan gosip-gosip je. Biasala tu kn. Tapi bila ada seorang mak cik (umur da dekat 60 @ lbih ) datang mengadu kat ummi, barula saya sedar yang dunia ni tak seindah yang disangka. Dengar luahan dia, ya ALLAH, sedih betul. Dahla dari golongn susah, pastu bantuan yang sepatutnya diterima diambil oleh pihak perantara. Kesian betul. Papepun, DIA lebih mengetahui.


Apa-apapun, saya mengharapkan yang terbaik buat pmilihan kali ni. Walaupun saya masih belum matang untuk mengundi, tapi saya rasa saya sudah mampu untuk membandingkan yang mana baik, yang mana buruk tuk dipilih. Papepun, DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.


Pesanan saya, sayangilah saudara kita. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan atau ketidaktahuan orang lain.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...

Wednesday, July 8, 2009

Manga Owh Manga...

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Alhamdulillah wa syukurilah, akhirnya saya telah dapat mengumpul balik semangat saya. Berbanyak kemaafan dipinta terutama dari sahabat-sahabat penulis blog ni. Maaf kerana tidak dapat banyak menyumbang dalam blog ni. Tidak lupa, berbanyak terima kasih diucapkan buat semua sahabat diatas kata-kata nasihat dan sokongan kalian. Alhamdulillah, berkat doa dari semua, saya dapat hadapi imtihanNYA dengan lebih tenang. Walaupun ujian itu tidak akan pernah hilang, tapi insyaALLAH, saya yakin kita semua mampu untuk hadapinya. Secara jujurnya, saya masih lagi didalam ujian dan dugaan yang kadangkala membuatkan saya terfikir, mampukah untuk saya menghadapinya. Dua ujian yang mendatang ini betul-betul menguji keimanan diri ini. Entahkan mampu, entahkan tidak. Tapi saya tetap yakin, ALLAH tidak akan menguji kita melainkan kita mampu untuk hadapinya. Betul x? wallahua’lam..


Rasanya saya dah mula lari dari tajuk ni. Sebenarnya kat sini nak kongsi dengan semua tentang manga. Sejak dari kecil lagi saya dah didedahkan dengan manga ni. Sehinggakan bila dah hidup kira-kira sepertiga umur (wallahua’lam), saya masih lagi ‘addicted’ dengan manga. Tidak kira bila ada masa terluang, saya akan mencari manga untuk dibaca. Kadang-kadang terfikir juga dihati ini untuk berhenti dari pembacaan yang memang tidak berfaedah ni. Tapi, betulla orang cakap, bila dah ‘addicted’, susah nak berubah melainkan tekad tu betul-betul dah kuat. Nampaknya tekad saya belum kuat lagila untuk berhenti. Teruk betul kan?









Tapi, kadang-kadang terfikir juga, apa salahnya kalau kita baca manga dari kita buat benda-benda tak berfaedah yang lain kan? Dari keluar bersosial dengan kawan-kawan kat bandar,baik duduk dalam bilik layan manga (tu yang saya fikir). Memang keluar dengan kawan-kawan tidak ada salahnya selain boleh mengeratkan silaturrahim. Tapi, selalunya tempat-tempat yang dilawati adalah tempat-tempat yang mata ini susah nak dijaga dan seterusnya hati ini amat tidak tenang untuk pergi. Maksiat ada kat mana-mana. Nak jaga mata pun susah. Memanglah kita disuruh untuk jaga pandangan, tunduk, tapi masalahnya, bukan lelaki, tetapi dikalangan perempuan sendiri membuka aurat yang membuatkan sesama jantina berdosa untuk melihat mereka. Itu yang saya amat takut.


Ada juga kawan-kawan yang tanya, apa faedah yang saya dapat dari baca manga ni. Saya Cuma jawab, awak baca, lepas tu awak fahamla. Entahla, memang saya tahu tidak ada apa-apa faedah dengan membaca manga, tapi bagi saya kadang-kadang manusia juga memerlukan sedikit hiburan buat hati. Hiburan yang dapat merehatkan hati barangkali. Bagi saya, keseimbangan antara keperluan remaja seperti membaca manga, menonton tv dan keperluan rohani seperti menghadiri majlis-majlis ilmu adalah penting dalam mendidik jiwa. Jika hanya hiburan dimasukkan dalam diri, kesannya amat buruk. Boleh menggelapkan hati. Gelap hati bermakna gelaplah segala-galanya. Rosak hati, rosaklah diri kita. Wallahua’lam. Tetapi, jika kita hanya memenuhi keperluan rohani kita tanpa memasukkan walau sedikit hiburan dalam diri, kesannya juga amat buruk. Kemungkinan pemikiran kita tertutup untuk menerima atau mendengar pendapat orang lain. Semuanya salah dimata kita. Akhirnya, ukhuwwah juga boleh terlerai. Nauzubillah.


Berhibur tiada salahnya selagi kita tidak melanggar perintahNYA. Namun, jangan kita terlalu leka mengejar keseronokan dunia sehingga mengabaikan bekalan akhirat. Ingatlah, ALLAH telah berfirman dalam surah at-taubah, ayat 38 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. “

Maksudnya segala keseronokan, kemewahan dan kepuasan yang ada di dunia ini, yang mampu kita capai sepanjang hayat adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Jangan habiskan keseronokan di sini kerana kemungkinan besar kita akan kehilangan keseronokan hidup di akhirat. Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama berjuang dalam mencari keredhaanNYA kerana di sinilah medan perjuangan buat kita sebagai hamba ALLAH yang selalu terleka dengan nikmat dunia.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...
 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design