Wednesday, February 25, 2009

Ikhtilat Ikhwah & Akhawat.. Seksikah Kita???

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...

Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin/muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, ” Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin

“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.



Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)



Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam

~berbanyak terima kasih buat sahabat saya di atas perkongsian ini..
smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...

Thursday, February 19, 2009

berusaha

Assalamualaikum buat semua pembaca yang setia ,
Apa khabar agaknya sahabat2 smua dan bagaimanakah iman anda sehingga saat ini. Agaknya ditahap mana lah. Minggu –minggu exam nie rasa hidup mulalah jadi tonggang terbalik dengan assignment lagi, projek lagi dan mid term exam lagi tapi walau stress manapun aku selalu ingat satu mende ni.

The difference between work and play is only a matter of attitude, work fully done, is play.
Gerald G. May
There is only one corner of the universe you can be certain of improving ; and that’s is your own self.
Aldous Huxley
Be a lamp unto your own feet and do not seek outside yourself.
Gautama Buddha


Maaf sekiranya bahasa yang digunakan kurang sedap dibaca. Sengaja menggunakan aku dalam cerita kali ini sebab nak masing-masing rasa apabila baca tu, aku tu reflek kat diri pembaca tu. Ayat motivasi kat atas tue boleh didapati dari banyak buku motivasi. Aku sengaja nak ingatkan diri aku bahawa dalam hidup ni ada juga pada setengah perkara kita boleh amik dari orang bukan islam nie. Sebenarnya kalau betul dan kene pada tempatnya apa yang di motivasikan oleh mereka sama jer dengan yang disebut dalam Al-qur’an. Itupun jika kita mengkaji isi kandungan al-Quran.
Harapnya kawan-kawan fahamlah maksud motivasi diatas jadi tak payahlah nak diterangkan.

10. Dan kami Telah menunjukkan kepadanya dua jalan

yang dimaksud dengan dua jalan ialah jalan kebajikan dan jalan kejahatan. Aku nak tunjuk yang dalam al- quran sendiri dah cakap bahawa kita nie diberi 2jalan untuk memilih, antara yang baik ataupun yang jahat. Tetapi apa yang aku nak highlight kat sini manusia nie suka sangat mempertikaikan ketetapan Allah padahal semua dah disebut dalam kitab suci atau mereka tak baca kitab suci dan ditinggalkan diatas almari saja? Bersangka baik mungkin mereka terlupa maklumlah insan ni pelupa termasuklah aku sendiri. Aku pun penah jer cakap macam tu.

Sebahagian manusia kritikal terhadap Allah dan sering mempersoalkan kebijaksanaan Allah semasa berlaki sesuatu tragedy tang tidak diingini sebagai contoh sewaktu berlaku runtuhan bukut dan tanah mereka bertanya: dimana Tuhan yang akan menolong kami . padahal tak ke mereka fikir tanah tu runtuh sebab kejahatan tangan- tangan manusia itu sendiri. Bukan nak kata apalah Cuma nak cakap dah buat jahat nak salahkan orang lain pula. Teruk sungguh bangsa aku ni.denagn aku sekali termasuk sebab xpernah nak nasihatkan dorang. Yang aku tahu buat kerja aku sendiri je.
Selain dari itu , apabila membuat keputusan yang salah, mulalah nak salahkan taqdir. Ayat yang biasa disebut: inilah taqdir aku, Allah dah menetapkan sejak azali. Fuh, pandai pula bercakap soal taqdir padahal sembahyang tak pernah sebab tu aku kemukakan ayat dalam al-qur’an diatas. Dah disebut terang-terang, Tuhanmu memberi dua jalan jadi pilihlah yang baik.


5. Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, Mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

maksudnya Karena mereka berpaling dari kebenaran, Maka Allah membiarkan mereka sesat dan bertambah jauh dari kebenaran. Walau apapun setiap kejadian mengandungi rahsia dan hikmah tersendiri. Kita sebagai manusia tidak ada hak untuk mentafsirkannya melainkan yang benar-benar arif dan diberi keistimewaan jadi sebagai pengakhiran aku nak kaitkan dengan kejayaan dan kegagalan kita dalam peperiksaan. Kalau kita memilih untuk tidak belajar dan tidak menumpukan pelajaran jangan disalahkan pada taqdir andai satu masa nanti kita gagal.tu apa yang sering terjadi kat akulah.malas belajar gagallah dekat mana-mana nanti. Apatah lagi jangan disalahkan pada Tuhan yang begitu menyayangi kita sedangkan Dia selalu berpesan tetapi kenapa kita tidak mengendahkan.

So, moral value nya belajarlah dan berusahalah maka Allah akan memunaikan janjinya sebagai ar-Rahman dan ar-Rahim tanpa membuat apa pun perhitungan. Janji Allah adalah satu dan Dia tidak pernah memungkiri janji terhadap hamba-Nya. Hanya kita yang selalu bersikap tidak adil terhadap diri kita sendiri. So, lepasni letak azam dalam diri,kalau aku nak Berjaya, aku kene usaha sendiri bukan hanya menadah tangan tanpa usaha sedangkan kekasih Allah sendiri, yang dijanjikan syurga untuknya selalu berusaha barulah menadah tangan meminta.

Dan jadilah kita nie, orang yang terlebih dahulu memberi dari meminta.
Salam akhir dan aku ucapkan all d best for the exam.

Teladani mereka


Kali ni, apa yang aku nak bawa ialah bagaimana nak menjadi ummat yang sebaik-baik ummat.


111. Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Nak tahu tak satu rahsia,aku ni memang payah nak menangis. Orang selalu label aku nie ego tapi korang bacalah ayat ni depan aku , sure aku menangis. Kadangkala aku terfikir kenapa aku dengan ayat ni begitu takut sangat. Jadi aku pun berulang baca makna ayat nie. Barulah aku tahu, yang hidup ni memang satu jual beli, dan dunia ini Cuma pentas. Yang keduanya lepas dibeli, kita ada tugas yang kedua iaitu berperang dijalan Allah. Kemudian terbunuh. Menangis aku lagi bila disebut dan siapakah yang lebih menepati janji daripada ALLAH. Tahu kenapa? Bayangkan Allah itu punya kuasa dan hebat tapi Dia tidak pernah menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengingkari janji terhadap hambanya tetapi kita senang-senang je memungkiri janji Allah. Sedangkan kita hanyalah hamba yang telah dibeli oleh Allah tapi kenapa kita tidak berjihad dijalan Allah malah hanya tidur semata. Itu akulah . kawan-kawan mungkin taklah.

Ramai yang bertanya jihad macamana sekarang ni yang kita boleh buat. Nak pergi berperang takkan nak pergi Palestine. Aku senyum jelah.mana taknya sempit juga pemikiran budak university ni. Sebenarnya Islam ni meluas. Nak perang tak semestinya pertumpahan darah. Tapi apa yang korang buat ni pun tengah berperanglah. Contohnya study, berperang nak melawan nafsu tidur dan malas. Apa lagi bagi yang bekerja, time waktu solat, korang kene berperang dengan diri korang samaada nak sembahyang dulu ataupun nak keje dulu.

Cuma yang zahirnya berperang dijalan Allah ni adalah kita menegakkan islam ditengah-tengah kejahilan. Ditengah-tengah kaum yang membenci Islam. Bukannya kita nak tunjuk kita ni terrorist tapi kita nak tunjuk kat dorang yang Islam itu sejahtera, menyatukan dan menenangkan.

Dalam perjuangan, siapa orang yang paling baik untuk dicontohi?. Tentunya para nabi dan sahabat-sahabat. Dekat sini aku nak bawakan teladan dari khulafa’ ar-rasyidin.

Rasulullah saw berkata:” orang yang sanggup berkorban dengan

harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar.sekiranya aku

mahu mengambil kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai

kekasihku, tetapi beliau saudaraku dalam islam.

Sesunguhnya dimasjid ini terdapat jendela yang besar

diantara dua buah rumah untuk Abu Bakar.”

Hadis Abu Said r.a

Betapa hebatnya Abu Bakar dalam perjuangan sehingga Rasulullah sendiri mengangkat darjatnya. Kadangkala kita terfikir bahawa kita telah banyak berkorban harta dan diri kita dalam meneruskan dakwah islam dan kita merasakan kita adalah orang yang paling banyak berjasa padahal kita salah dan silap. Tidak ada seorang pun yang dapat menandingi Abu Bakar ditempat hati Rasulullah sedangkan Umar al-khatab sendiri tidak mampu, apatah lagi kita. Jadi jangan dipertikaikan kerja dakwah kita kerana sebelum kita lebih ramai lagi yang hebat.

Dalam buku lain yang aku baca, tersentuh hati aku tatkala membaca bait-bait kata Umar ketika yang member makan roti yang dicampuri minyak zaitun kepada orang badwi.dan mereka sangat seronok kerana waktu itu mereka benar-benar kelaparan.

Umar berkata:” sekiranya rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya.sekiranya rakyatku kekenyangan,aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya.”

Subhanallah ,Lihatlah kawan-kawan , ini baru dikatakan berperang dijalan Allah. Yang sanggup berlapar dan memberikan harta dan diri mereka dijalan Allah. Mereka inilah orang mukmin yang telah dibeli oleh Allah dan digantikan syurga untuk mereka. Adakah kawan-kawan tidak ingin menjadi seperti mereka? Keadaan ini jauh sekali dibandingkan dengan pemerintahan sekarang yang mana pemerintah mesti kenyang dahulu barulah rakyat makan. Malah pemerintah mendiami kediaman yang sangat selesa sedangkan rakyat hanya menetap dirumah usang yang mana apabila hujan , bocor atap apabila ada angin kuat bumbung melayang. Aku terfikir, adakah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat atau rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin.

Yang ini ingin sekali aku tujukan buat semua yang digelar pemimpin , xkisah lah apa jawatan yang dipegang. Ingatlah bahawa orang mukmin tidak berebut untuk jawatan tertinggi, tetapi apabila diberi amanah oleh Allah, mereka benar-benar menjaganya dengan sepenuh jiwa mereka.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri tidak merasakan apa yang dirasakan oleh rakyatnya. Sikap zuhud dan kedekatan dengan rakyat akan melahirkan kecintaan. Bayangkan dengan diri Rasulullah saw , bagaimana mungkin rakyat tidak dekat dengannya kalau menjelang ajal pun baginda masih menyebut-nyebut, ummati…ummati..ummati.kepeduliaan Rasulullah saw kepada ummatnya hampir tidak terbatas. Menangis aku waktu membaca datik akhir baginda. Jika ia berlaku dihadapan mata aku alangkah indahnya. Aku benar-benar mengimpikan untuk bertemu baginda. Benar-benar ingin. Tapi dengan kondisi iman yang aku ada sekarang mana mungkin Rasulullah ingin bertemu denganku. Jadi aku ingin berusaha bukan untuk meletakkan diriku pada syurga yang dijanjikan tapi ingin menjadi salah seorang yang dicintai Allah dan Rasulullah.

42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu[43], sedang kamu Mengetahui.

Kecintaan inilah yang akan menciptakan rasa selamat. Kedekatan dengan rakyat berbanding lurus dengan tingkat keselesaan seorang pemimpin. Inilah sebabnya pemimpin dahulu tidak memerlukan bodyguard kerana bagi mareka cukuplah Allah yang menjaga mereka. Malah mereka sanggup tidur dalam kegelapan demi menjaga keselamatan rakyatnya penyebabnya mereka berlaku adil, bersih dan dekat dengan rakyat, sehingga kini nama mereka disebut-sebut. Aku benar-benar ingi menjadi salah satu dari mereka. Yang luhur terhadap persahabatan. Yang berani dalam kebenaran , yang sangat kaya tapi pemurah dan yang sangat merendah diri dalam apa jua keadaan.

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Yang bertaqwa dijalan Tuhannya. Sekiranya aku mati, aku ingin mati bukan hanya sebagai orang yang lemah tapi aku ingin mati sebagai orang yang berani yang pernah menggegarkan bumi dengan kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah. Dan itu pernah aku lakukan dalam demokrasi di university dan Palestine. Tercapai atau tidak impian aku, itu semua tertakluk pada usaha aku. Aku ingin Berjaya bukan sahaja dalam bidang akademi tapi dalam membentuk jiwaku dan sahabatku. Aku rela dibenci dan dihina asalkan satu hari nanti islam tertegak semula. Dan yang pasti sepeninggalan aku. Aku tidak mahu sama sekali dikenang oleh manusia. Cukuplah Allah mencintaiku, cukuplah Rasulullah menyayangiku dan cukuplah aku bersama orang-orang yang syahid dijalan ALLAH. Aku mendoakan untuk kamu juga. Ameen ya rabbal ‘alamin

Monday, February 16, 2009

Erti Hidup Ini (^_^)

It’s all about patience~

Hari ini, diri masih disini, di Mechatronic Workshop, E1-Level 1, Kuliyyah of Engineering, IIUM. Projek PCB (Printed Circuit Board) yang seharusnya siap minggu lepas masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Cuma lampu yang menyala, tapi tak dapat detect IC (Integrated Circuit) lagi. Apapun yang terjadi, Brother Firdaus kata, mesti kena sampai detect jugak, sebab nanti nak programkan circuit tu. Yang penting, never ever give up. Mak pesan, dalam hidup ni, walau apapun dugaan, apapun masalah, kawan-kawan masih ada, keluarga masih setia disisi, dan yang penting Allah tak pernah tinggalkan kita. Jangan kita hidup seorang diri bertemankan masalah. Allah yang beri kita ujian, dugaan. Semua kerana Allah sayang. Sebab Allah sedang berbicara dengan kita. Mengajar kita erti kesabaran.

“ Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan kebajikan, serta saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran. “
Surah Al-Asr’

p/s: mecha sangat susah~ betul kata izzah..time to challenge our own ability n critical thinking, especially in designing a circuit, obviously critical.

Dedicated to Puan Khadijah Hj. Masrah :

Untuk mak yang selalu diingati dalam setiap bisikan doa, walau jauh dimata.. Walau sudah agak lama tak balik ke rumah, semua kerana waktu tidak mengizinkan, dengan komitmen dan tanggungjawab yang tergalas dibahu, dengan tugas yang tidak pernah putus, tapi, jauh didasar hati dan minda, mak sentiasa diingati. Semoga bulan safar ini, dan bulan-bulan seterusnya, mak lebih kuat dan tabah, sihat fizikal dan rohani, diberi ketenangan hati dan jiwa, serta dikuatkan iman. Walau tanpa abah disisi, mak seorang Khadijah yang luar biasa. Rindu nak melihat wajah dan mendengar tutur bicara mak yang sangat teratur dan penuh makna. InsyaAllah, bulan 3 atau 4 nanti kita jumpa k~ God Willing, ameen.

p/s: Mak kena jadi pembaca setia blog ni~

Dedicated to sahabat-sahabat yang banyak berjasa :

Each and every one of us has our own commitments and responsibilities. But still, when sadness fills your heart, and tears well up in your eyes, friends will always be by your side. In sickness and in health, in despair and happiness. They will always care. How will I be able to pay their kindness? Question that I’m not be able to answer. But as long as I can breath, as long as my mind can remember, as long life this, I will always pray for them. Because, that is what friends are made for, to remember, to care, and to pray for good. Definitely. InsyaAllah.

p/s: Ain n Nurul, all da best for da upcoming exam. We can do it. InsyaAllah~

" All humans are dead, except those who have knowledge...
and all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds...
and those who do good deeds are deceived, except those who are sincere...
and those who are sincere are always in the state of worry."
Imam Shafi', Muslim Sholar.

p/s: credit to kak yusra for the drawing~


till then, lots of luv, Wassalam,
Siti Farihan Mansor.

Thursday, February 12, 2009

sharing


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Singgah berkongsi

Sembang- sembang

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang masih setia membaca dan melawat blog kami meskipun dalam kesibukan. Kali ini saya nak bawa satu topic menarik untuk dibincangkan iaitu adakah penting bagi seorang wanita itu tahu berenang, memanah dan juga menunggang kuda.?

Ramai yang tidak pernah amik peduli akan hal ni sedangkan ini adalah saranan pemimpin dizaman nabi. Hari ini kita disibukkan dengan pelbagai kerja-kerja dari kerja sekolah, pejabat sampailah kerumah. Tidak pernah pun sekali memikirkan akan hal yang dititikberatkan di zaman nabi selain dari seni mempertahankan diri. Dewasa kini kita dapat lihat macam2 bencana alam yang menimpa kita dari angin taufan sampailah ke banjir kilat. Bayangkan sekiranya kita tidak tahu berengang, mana mungkin kita dapat menyelamatkan nyawa orang sedangkan nyawa kita sendiri belum tentu terselamat. Pernahkah kita berfikir kenapa tiga perkara diatas yang di beri penekanan oleh nabi?

Jarang sekali kita membuat kajian pada perkara sebegini. Kita lebih senang duduk dan menerima sahaja. Baru-baru ni saya pun baru memulakan kajian tentang perkara tersebut dan saya menemui satu perkara yang boleh dikongsi bersama sahabat-sahabat. Rupanya dengan berenang dapat menghilangkan stress dan menyegarkan badan kita. Tapi niat kene la betul. Berenang kerana Allah bukan sebab perkara lain. Dari situ juga kita dpat tahu bagaimana ikan boleh terapung dan sebagainya.

Sekiranya sahabat-sahabat nak tahu betul ataupun tidak tanyalah pada yang pakar dalam bidang renang ni. Jika dahulu saya hanya hidup satu alam sahaja iaitu didarat kini saya dapat merasakan nikmat Tuhab menciptakan air . kita dapat mempelajari sesuatu dan sentiasa berasa bersyukur kerana nikmat udara dan pernafasan yang sempurna yang ALLAH beri pada kita.

Jika dahulu kita seringkali lupa pada setiap sedutan nafas kita adalah pemberiaan dari ALLAH tapi bila kita hampir lemas barulah kita sedar saat itu bahawa ALLAh itu tersangat penyayang pada hambanya. Bayangkan mana ada benda free kat dunia ini tapi kita diberi percuma udara dan air oleh ALLAh tapi kenapa masih terlalu sedikit yang bersyukur.?

Sama-sama kita renungkan dan suka disini untuk saya mengajak sahabat-sahabat untuk mempelajari tiga benda diatas iaitu, berenang , memanah dan berkuda. Sudah pasti ada hikmah terbesar tersembunyi di situ. Lebih-lebih lagi seorang pemimpin dunia.Pemimpin harus mengetahui seni mempertahankan diri bukan hanya cari bodyguard saja. Contohilah pimpinan di zaman nabi. Bukan pemimpin yang dijaga dan diawasi tapi pemimpin yang menjaga dan mengawasi anak-anak buah dan rakyatnya. Sekarang macammana? Dah terbalik.

Selain dari itu ,sepatutnya pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya tapi yang berlaku kini rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin. Masyaallah. Dengan kenderaan mewah dan megah padahal di nun sana rakyat menangis kelaparan. Dimana pemimpin acuan Islam? Atau adakah semua pemimpin dah jadi hamba pada Amerika Syarikat? Di suruh jadi hamba ALLAh tak mahu. Dolak dalih. Tapi menjadi hamba pada manusia itu yang mereka agungkan. Astaghfirullah.

Buat sahabat- sahabat yang dikasihi , tugas pimpinan bukan semudah yang disangka. Oleh itu disaat kamu diisytiharkan sebagai pemimpin maka beristighfarlah sebanyak mungkin kerana disana bebanan dan amanah yang berat sedang menanti. Dan para rakyat mengharapkan anda untuk mengubah dunia yang semakin lama kelam dengan jihad dan suara pejuang.tengok topic dah lari. Dari mengajak kepada belajar berenang kepada pimpinan pulak. Apapun mari kita muhasabah kembali.

Fikir dan renungkanlah.

Sunday, February 1, 2009

Saya Selalu Terfikir...

Salam buat shbt2...

Saya selalu terfikir, sekiranya saya diberi peluang kali kedua untuk mengubah hidup saya, adakah kehidupan saya sama dengan kehidupan saya pada masa kini. Atau lebih baik dan tidak mustahil lebih teruk.. Tapi, kenyataannya, kita tidak mampu mengubah ketentuanNYA. Masa tidak akan dapat diputar kembali, tidak akan dapat di ulang balik.. Atas dasarnya, manusia memang cepat lupa.. Lupa yang setiap 'menda' yang berlaku pada hari ini, banyak yang akan mempengaruhi kita pada hari esok.. Lupe keperitan hari ini bila mendapat kejayaan pada hari esok.. Lupe yang stiap dari kita b’mula dari kosong.. Lupe,lupe dan akan terus lupe.. Dan ble smpai satu wktu, mula menyesali kekhilafan diri dan mgharapkan sesuatu yang mustahil untuk diperolehi. Itulah kelemahan insan yang bernama manusia.

Kadang-kadang saya terfikir, susahnya hidup ini. Ambil berat akan diri sendiri pun dah amat susah. Ini plak kena 'care' sal sdare2 seagame ngn kta. Tapi,sbagai seorg yang beragama Islam,sorg muslim, wajib atas kita untuk ambil berat, ambil tahu menda2 yang berkaitan dengan sdare2 kita. Berat, memang berat.. Papepn, ALLAH itu Maha Adil, Maha Tahu. Tidak dibebankan atas hambaNYA melainkn DIA tahu yang kita mampu untuk menghadapinya. Yang selalu khilafnya, kita. X berusaha, tapi dah menyerah kalah. Asyik mengharap bantuan dari sahabat2, mengundur diri bila d ajak kedepan. Yang paling teruk, sesame kita pun adenya penyakit phd (prasaan hasad dengki). Sedangkan kita sebgai ummat Islam, dsuruh untuk memelihara persaudaraan sesme kta. Tp. Dgn adanye phd dlm diri, sampai bila2 pn kita tidak akan maju. Ummat Islam akan trus t’tindas, akan trus brada d bawah.

Saya slalu gak t’fikir akan ayat ni, ’ingatlah ALLAH, jiwa akn mnjadi tng”. Zikrullah, zikrullah, zikrullah.. Dan memang diakui jiwa akan tenang ble kte ingat aknNYA. Bknkah Tuhan telah b’firman, ktahuilah dgn mengingati ALLAH, jiwakan mnjadi tnang.. Tp, nak ingat DIA dalam hati kte, mmpukh kte? Ye, kte mmpu.. Kte mmg mmpu.. Tp brape rmai yg istiqamah dgnnya? Brape rmai yg sntiase ingtNYA d saat kte susah dan lebih2 lagi d saat sngnya kte?Mungkin boleh dblng dgn jari. Saya tahu sipelah saya untk tgur shbt2 saya. Sdgkn dri sndri xbtul, suke2 ati je nak tgur org laen. Mgkn itu yg t’dtik d ati sblingn dari kte. Tp, 1 yang saya pegang, sbgai sdare seagme, da mnjadi tggjwb kte tuk slg tgur-mnegur,ingt-mngingatkn. Dan saya amat ske ble ade shbt2 saya yg sudi mnegur kekhilafan saya. Shbt2 bginilah yang saya cari dan sntiase cari. Krane bg sy,shbt2 bginilah yg btul2 d nmekn sbg shbt.

Secara jujurnya, ape yang saya nak sampaikn kat sini adalah stiap dari kita d beri pilihan untuk mengubah diri kita atau untuk membuat keputusan yang terbaik. Tetapi, kita yang seharusnya bertanggungjawb d atas stiap baik buruknya pilihan kita itu. Kita yang perlu brani untuk mghadapi jalan yang telah kita pilih. Supaya kita yang tidak t’sgkur d akhir pilihan kita nti. Tidak mghrp mse tuk d putar kmbali (yang t’bukti mustahil ) buat mengubah plihan yg tlah kta buat dgn yakinny? Dan kita jugak yang mnentukan bgaimne bntuknya ummat Islam pada masa kini. Kita yang akan mencorakkanny dan kitalah yang akan mmbwa Islam ke tmpat yg slayaknya, insyaALLAH. Tp, ini smua adlh mustahil sekiranya kita masih mngamalkn sikap ‘keakuan’. X b’satu padu dan x b’satu hati. Duhai shbt2ku yg dcintai kranaNYA, ayuh, ayuh sme2 kte b’juang dalam mncari keredhaanNYA. Ayuh bsme2 kte tgakkn kalimah ALLAH d bumi ini. Ayuh kte kmbalikn kgemilangan Islam. Ayuh shbt2ku,ayuh. Smoge p’juangan kte ini d p’mudahkanNYA.ameen...

Ingatilah ALLAH, cintailah ALLAH, nescaye DIA akan mengingati dan mencintai kte.

Maka ingatlah kepadaKU, AKU pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKU dan janganlah kamu ingkar kepadaKU. (2:152)

Katakanlah ( Muhammad ), “Jika kamu mncintai ALLAH, ikutilah aku, nescye ALLAH mncintaimu dan mengampuni dose2mu.” ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang.. (3:31)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 ( kebesaran ALLAH ) bagi org yang berakal ( iaitu ) orang2 yang mengingati ALLAH smbil b’diri, duduk atau dlm keadaan b’baring, dan mereka memikirkan ttg pnciptaan langit dan bumi ( seraya b’kta ), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mncipta smua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari azab neraka.” (3:190-191)

~smoge stiap yg kte lakukn tdk sia2 dan sntiase d dlm rhmatnya..ameen...
Slm...


 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design