Thursday, February 19, 2009

Teladani mereka


Kali ni, apa yang aku nak bawa ialah bagaimana nak menjadi ummat yang sebaik-baik ummat.


111. Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Nak tahu tak satu rahsia,aku ni memang payah nak menangis. Orang selalu label aku nie ego tapi korang bacalah ayat ni depan aku , sure aku menangis. Kadangkala aku terfikir kenapa aku dengan ayat ni begitu takut sangat. Jadi aku pun berulang baca makna ayat nie. Barulah aku tahu, yang hidup ni memang satu jual beli, dan dunia ini Cuma pentas. Yang keduanya lepas dibeli, kita ada tugas yang kedua iaitu berperang dijalan Allah. Kemudian terbunuh. Menangis aku lagi bila disebut dan siapakah yang lebih menepati janji daripada ALLAH. Tahu kenapa? Bayangkan Allah itu punya kuasa dan hebat tapi Dia tidak pernah menggunakan kuasa yang dimiliki untuk mengingkari janji terhadap hambanya tetapi kita senang-senang je memungkiri janji Allah. Sedangkan kita hanyalah hamba yang telah dibeli oleh Allah tapi kenapa kita tidak berjihad dijalan Allah malah hanya tidur semata. Itu akulah . kawan-kawan mungkin taklah.

Ramai yang bertanya jihad macamana sekarang ni yang kita boleh buat. Nak pergi berperang takkan nak pergi Palestine. Aku senyum jelah.mana taknya sempit juga pemikiran budak university ni. Sebenarnya Islam ni meluas. Nak perang tak semestinya pertumpahan darah. Tapi apa yang korang buat ni pun tengah berperanglah. Contohnya study, berperang nak melawan nafsu tidur dan malas. Apa lagi bagi yang bekerja, time waktu solat, korang kene berperang dengan diri korang samaada nak sembahyang dulu ataupun nak keje dulu.

Cuma yang zahirnya berperang dijalan Allah ni adalah kita menegakkan islam ditengah-tengah kejahilan. Ditengah-tengah kaum yang membenci Islam. Bukannya kita nak tunjuk kita ni terrorist tapi kita nak tunjuk kat dorang yang Islam itu sejahtera, menyatukan dan menenangkan.

Dalam perjuangan, siapa orang yang paling baik untuk dicontohi?. Tentunya para nabi dan sahabat-sahabat. Dekat sini aku nak bawakan teladan dari khulafa’ ar-rasyidin.

Rasulullah saw berkata:” orang yang sanggup berkorban dengan

harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar.sekiranya aku

mahu mengambil kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai

kekasihku, tetapi beliau saudaraku dalam islam.

Sesunguhnya dimasjid ini terdapat jendela yang besar

diantara dua buah rumah untuk Abu Bakar.”

Hadis Abu Said r.a

Betapa hebatnya Abu Bakar dalam perjuangan sehingga Rasulullah sendiri mengangkat darjatnya. Kadangkala kita terfikir bahawa kita telah banyak berkorban harta dan diri kita dalam meneruskan dakwah islam dan kita merasakan kita adalah orang yang paling banyak berjasa padahal kita salah dan silap. Tidak ada seorang pun yang dapat menandingi Abu Bakar ditempat hati Rasulullah sedangkan Umar al-khatab sendiri tidak mampu, apatah lagi kita. Jadi jangan dipertikaikan kerja dakwah kita kerana sebelum kita lebih ramai lagi yang hebat.

Dalam buku lain yang aku baca, tersentuh hati aku tatkala membaca bait-bait kata Umar ketika yang member makan roti yang dicampuri minyak zaitun kepada orang badwi.dan mereka sangat seronok kerana waktu itu mereka benar-benar kelaparan.

Umar berkata:” sekiranya rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya.sekiranya rakyatku kekenyangan,aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya.”

Subhanallah ,Lihatlah kawan-kawan , ini baru dikatakan berperang dijalan Allah. Yang sanggup berlapar dan memberikan harta dan diri mereka dijalan Allah. Mereka inilah orang mukmin yang telah dibeli oleh Allah dan digantikan syurga untuk mereka. Adakah kawan-kawan tidak ingin menjadi seperti mereka? Keadaan ini jauh sekali dibandingkan dengan pemerintahan sekarang yang mana pemerintah mesti kenyang dahulu barulah rakyat makan. Malah pemerintah mendiami kediaman yang sangat selesa sedangkan rakyat hanya menetap dirumah usang yang mana apabila hujan , bocor atap apabila ada angin kuat bumbung melayang. Aku terfikir, adakah pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat atau rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin.

Yang ini ingin sekali aku tujukan buat semua yang digelar pemimpin , xkisah lah apa jawatan yang dipegang. Ingatlah bahawa orang mukmin tidak berebut untuk jawatan tertinggi, tetapi apabila diberi amanah oleh Allah, mereka benar-benar menjaganya dengan sepenuh jiwa mereka.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri tidak merasakan apa yang dirasakan oleh rakyatnya. Sikap zuhud dan kedekatan dengan rakyat akan melahirkan kecintaan. Bayangkan dengan diri Rasulullah saw , bagaimana mungkin rakyat tidak dekat dengannya kalau menjelang ajal pun baginda masih menyebut-nyebut, ummati…ummati..ummati.kepeduliaan Rasulullah saw kepada ummatnya hampir tidak terbatas. Menangis aku waktu membaca datik akhir baginda. Jika ia berlaku dihadapan mata aku alangkah indahnya. Aku benar-benar mengimpikan untuk bertemu baginda. Benar-benar ingin. Tapi dengan kondisi iman yang aku ada sekarang mana mungkin Rasulullah ingin bertemu denganku. Jadi aku ingin berusaha bukan untuk meletakkan diriku pada syurga yang dijanjikan tapi ingin menjadi salah seorang yang dicintai Allah dan Rasulullah.

42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu[43], sedang kamu Mengetahui.

Kecintaan inilah yang akan menciptakan rasa selamat. Kedekatan dengan rakyat berbanding lurus dengan tingkat keselesaan seorang pemimpin. Inilah sebabnya pemimpin dahulu tidak memerlukan bodyguard kerana bagi mareka cukuplah Allah yang menjaga mereka. Malah mereka sanggup tidur dalam kegelapan demi menjaga keselamatan rakyatnya penyebabnya mereka berlaku adil, bersih dan dekat dengan rakyat, sehingga kini nama mereka disebut-sebut. Aku benar-benar ingi menjadi salah satu dari mereka. Yang luhur terhadap persahabatan. Yang berani dalam kebenaran , yang sangat kaya tapi pemurah dan yang sangat merendah diri dalam apa jua keadaan.

13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Yang bertaqwa dijalan Tuhannya. Sekiranya aku mati, aku ingin mati bukan hanya sebagai orang yang lemah tapi aku ingin mati sebagai orang yang berani yang pernah menggegarkan bumi dengan kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah. Dan itu pernah aku lakukan dalam demokrasi di university dan Palestine. Tercapai atau tidak impian aku, itu semua tertakluk pada usaha aku. Aku ingin Berjaya bukan sahaja dalam bidang akademi tapi dalam membentuk jiwaku dan sahabatku. Aku rela dibenci dan dihina asalkan satu hari nanti islam tertegak semula. Dan yang pasti sepeninggalan aku. Aku tidak mahu sama sekali dikenang oleh manusia. Cukuplah Allah mencintaiku, cukuplah Rasulullah menyayangiku dan cukuplah aku bersama orang-orang yang syahid dijalan ALLAH. Aku mendoakan untuk kamu juga. Ameen ya rabbal ‘alamin

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design