Sembang- sembang
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang masih setia membaca dan melawat blog kami meskipun dalam kesibukan. Kali ini saya nak bawa satu topic menarik untuk dibincangkan iaitu adakah penting bagi seorang wanita itu tahu berenang, memanah dan juga menunggang kuda.?
Ramai yang tidak pernah amik peduli akan hal ni sedangkan ini adalah saranan pemimpin dizaman nabi. Hari ini kita disibukkan dengan pelbagai kerja-kerja dari kerja sekolah, pejabat sampailah kerumah. Tidak pernah pun sekali memikirkan akan hal yang dititikberatkan di zaman nabi selain dari seni mempertahankan diri. Dewasa kini kita dapat lihat macam2 bencana alam yang menimpa kita dari angin taufan sampailah ke banjir kilat. Bayangkan sekiranya kita tidak tahu berengang, mana mungkin kita dapat menyelamatkan nyawa orang sedangkan nyawa kita sendiri belum tentu terselamat. Pernahkah kita berfikir kenapa tiga perkara diatas yang di beri penekanan oleh nabi?
Jarang sekali kita membuat kajian pada perkara sebegini. Kita lebih senang duduk dan menerima sahaja. Baru-baru ni saya pun baru memulakan kajian tentang perkara tersebut dan saya menemui satu perkara yang boleh dikongsi bersama sahabat-sahabat. Rupanya dengan berenang dapat menghilangkan stress dan menyegarkan badan kita. Tapi niat kene la betul. Berenang kerana Allah bukan sebab perkara lain. Dari situ juga kita dpat tahu bagaimana ikan boleh terapung dan sebagainya.
Sekiranya sahabat-sahabat nak tahu betul ataupun tidak tanyalah pada yang pakar dalam bidang renang ni. Jika dahulu saya hanya hidup satu alam sahaja iaitu didarat kini saya dapat merasakan nikmat Tuhab menciptakan air . kita dapat mempelajari sesuatu dan sentiasa berasa bersyukur kerana nikmat udara dan pernafasan yang sempurna yang ALLAH beri pada kita.
Jika dahulu kita seringkali lupa pada setiap sedutan nafas kita adalah pemberiaan dari ALLAH tapi bila kita hampir lemas barulah kita sedar saat itu bahawa ALLAh itu tersangat penyayang pada hambanya. Bayangkan mana ada benda free kat dunia ini tapi kita diberi percuma udara dan air oleh ALLAh tapi kenapa masih terlalu sedikit yang bersyukur.?
Sama-sama kita renungkan dan suka disini untuk saya mengajak sahabat-sahabat untuk mempelajari tiga benda diatas iaitu, berenang , memanah dan berkuda. Sudah pasti ada hikmah terbesar tersembunyi di situ. Lebih-lebih lagi seorang pemimpin dunia.Pemimpin harus mengetahui seni mempertahankan diri bukan hanya cari bodyguard saja. Contohilah pimpinan di zaman nabi. Bukan pemimpin yang dijaga dan diawasi tapi pemimpin yang menjaga dan mengawasi anak-anak buah dan rakyatnya. Sekarang macammana? Dah terbalik.
Selain dari itu ,sepatutnya pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya tapi yang berlaku kini rakyat yang menjaga kebajikan pemimpin. Masyaallah. Dengan kenderaan mewah dan megah padahal di nun sana rakyat menangis kelaparan. Dimana pemimpin acuan Islam? Atau adakah semua pemimpin dah jadi hamba pada Amerika Syarikat? Di suruh jadi hamba ALLAh tak mahu. Dolak dalih. Tapi menjadi hamba pada manusia itu yang mereka agungkan. Astaghfirullah.
Buat sahabat- sahabat yang dikasihi , tugas pimpinan bukan semudah yang disangka. Oleh itu disaat kamu diisytiharkan sebagai pemimpin maka beristighfarlah sebanyak mungkin kerana disana bebanan dan amanah yang berat sedang menanti. Dan para rakyat mengharapkan anda untuk mengubah dunia yang semakin lama kelam dengan jihad dan suara pejuang.tengok topic dah lari. Dari mengajak kepada belajar berenang kepada pimpinan pulak. Apapun mari kita muhasabah kembali.
Fikir dan renungkanlah.
0 Pendapat hati:
Post a Comment