Thursday, February 19, 2009

berusaha

Assalamualaikum buat semua pembaca yang setia ,
Apa khabar agaknya sahabat2 smua dan bagaimanakah iman anda sehingga saat ini. Agaknya ditahap mana lah. Minggu –minggu exam nie rasa hidup mulalah jadi tonggang terbalik dengan assignment lagi, projek lagi dan mid term exam lagi tapi walau stress manapun aku selalu ingat satu mende ni.

The difference between work and play is only a matter of attitude, work fully done, is play.
Gerald G. May
There is only one corner of the universe you can be certain of improving ; and that’s is your own self.
Aldous Huxley
Be a lamp unto your own feet and do not seek outside yourself.
Gautama Buddha


Maaf sekiranya bahasa yang digunakan kurang sedap dibaca. Sengaja menggunakan aku dalam cerita kali ini sebab nak masing-masing rasa apabila baca tu, aku tu reflek kat diri pembaca tu. Ayat motivasi kat atas tue boleh didapati dari banyak buku motivasi. Aku sengaja nak ingatkan diri aku bahawa dalam hidup ni ada juga pada setengah perkara kita boleh amik dari orang bukan islam nie. Sebenarnya kalau betul dan kene pada tempatnya apa yang di motivasikan oleh mereka sama jer dengan yang disebut dalam Al-qur’an. Itupun jika kita mengkaji isi kandungan al-Quran.
Harapnya kawan-kawan fahamlah maksud motivasi diatas jadi tak payahlah nak diterangkan.

10. Dan kami Telah menunjukkan kepadanya dua jalan

yang dimaksud dengan dua jalan ialah jalan kebajikan dan jalan kejahatan. Aku nak tunjuk yang dalam al- quran sendiri dah cakap bahawa kita nie diberi 2jalan untuk memilih, antara yang baik ataupun yang jahat. Tetapi apa yang aku nak highlight kat sini manusia nie suka sangat mempertikaikan ketetapan Allah padahal semua dah disebut dalam kitab suci atau mereka tak baca kitab suci dan ditinggalkan diatas almari saja? Bersangka baik mungkin mereka terlupa maklumlah insan ni pelupa termasuklah aku sendiri. Aku pun penah jer cakap macam tu.

Sebahagian manusia kritikal terhadap Allah dan sering mempersoalkan kebijaksanaan Allah semasa berlaki sesuatu tragedy tang tidak diingini sebagai contoh sewaktu berlaku runtuhan bukut dan tanah mereka bertanya: dimana Tuhan yang akan menolong kami . padahal tak ke mereka fikir tanah tu runtuh sebab kejahatan tangan- tangan manusia itu sendiri. Bukan nak kata apalah Cuma nak cakap dah buat jahat nak salahkan orang lain pula. Teruk sungguh bangsa aku ni.denagn aku sekali termasuk sebab xpernah nak nasihatkan dorang. Yang aku tahu buat kerja aku sendiri je.
Selain dari itu , apabila membuat keputusan yang salah, mulalah nak salahkan taqdir. Ayat yang biasa disebut: inilah taqdir aku, Allah dah menetapkan sejak azali. Fuh, pandai pula bercakap soal taqdir padahal sembahyang tak pernah sebab tu aku kemukakan ayat dalam al-qur’an diatas. Dah disebut terang-terang, Tuhanmu memberi dua jalan jadi pilihlah yang baik.


5. Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, Mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

maksudnya Karena mereka berpaling dari kebenaran, Maka Allah membiarkan mereka sesat dan bertambah jauh dari kebenaran. Walau apapun setiap kejadian mengandungi rahsia dan hikmah tersendiri. Kita sebagai manusia tidak ada hak untuk mentafsirkannya melainkan yang benar-benar arif dan diberi keistimewaan jadi sebagai pengakhiran aku nak kaitkan dengan kejayaan dan kegagalan kita dalam peperiksaan. Kalau kita memilih untuk tidak belajar dan tidak menumpukan pelajaran jangan disalahkan pada taqdir andai satu masa nanti kita gagal.tu apa yang sering terjadi kat akulah.malas belajar gagallah dekat mana-mana nanti. Apatah lagi jangan disalahkan pada Tuhan yang begitu menyayangi kita sedangkan Dia selalu berpesan tetapi kenapa kita tidak mengendahkan.

So, moral value nya belajarlah dan berusahalah maka Allah akan memunaikan janjinya sebagai ar-Rahman dan ar-Rahim tanpa membuat apa pun perhitungan. Janji Allah adalah satu dan Dia tidak pernah memungkiri janji terhadap hamba-Nya. Hanya kita yang selalu bersikap tidak adil terhadap diri kita sendiri. So, lepasni letak azam dalam diri,kalau aku nak Berjaya, aku kene usaha sendiri bukan hanya menadah tangan tanpa usaha sedangkan kekasih Allah sendiri, yang dijanjikan syurga untuknya selalu berusaha barulah menadah tangan meminta.

Dan jadilah kita nie, orang yang terlebih dahulu memberi dari meminta.
Salam akhir dan aku ucapkan all d best for the exam.

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design