Monday, March 30, 2009
Perjuangan Bermula
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi, akhirnya bertemu lagi kita di sini. kali ini ana nak bawa tajuk perjuangan. maklumlah sekarang musim peperiksaan ataupun lebih dikenali dgn Final Exam terutama buat sahabat2 di UIAM, eh IIUM la. huhu..
Jika sebelum ni kita pergi kelas balik kelas menimba ilmu , ha kali ni kita kene berjuang untuk menjawab peperiksaan pula. kenapa agaknya kita adakan peperiksaan ini?
apa tujuan dia? ha ni ana nak cerita ni.
Tujuan peperiksaan ini adalah untuk menguji siapakah yang paling terbaik diantara kita. sekiranya kita benar- benar bersungguh maka kita akan dapat keputusan yang cemerlang sama keadaannya dalam kehidupan kita. Allah menguji setiap hambanya bagi melihat siapakah yang paling bertaqwa diantara hambanya.
sekiranya kita study hard semasa nak final exam kenapa kita tidak study hard juga dalam ibadah kita? sedangkan antara manusia dan Allah, Allah lebih utama. Antara dunia dan akhirat, akhirat mesti di awlakan dahulu. dimana kita meletakkan tingkatan itu tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.
jadi sahabat-sahabat , kat sini ana nak share if kita nak berjaya dunia, kita kene berjaya untuk akhirat dulu. sekiranya kita dapat hard untuk mendapatkan akhirat maka janganlah risau tentang urusan duniamu, kerana Allah pasti membantu.
nukilan ini buat peringatan diri ana dan sahabat diluar sana. biarpun kita duk sibuk study sekarang sampai tak tidur malam, tapi jangan sampai anda terlupa untuk beribadat. alang-alang dah bangun malam tu apa salahnya bangunkan solat malam iaitu solat sunnat.
semoga study kita yang hard tu jadi study smart. ana xdapatlah nak memanjang lebarkan penulisan ini sebab masa benar-benar mencemburui kita.
Akhir wadah, pesanan dari penaja, belajarlah rajin-rajin dan semoga dapat mengimbangi antara urusan akhirat dan dunia. wish you all the best and achieve good gred in your result. ma'a taufiq wan najah
wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat hati:
Post a Comment