Tuesday, March 31, 2009

semoga Allah bina mahligai paling indah buat mak abah disyurga nanti..ameen~ (^_^)




Rindu yg sudah tidak tertanggung lagi, dengan exam yg 'just around the corner', tak sabar lagi nak jumpa mak kat rumah. Dik amal,ilut n faris... walaupun semua adik-adik ni kadang-kadang menyakitkan hati, tapi soalan faris dan amal yg bertanyakan bila nak balik menyantuh naluri perasaan dan kerinduan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hakikatnya sekarang, exam pun tak start lagi, betul-betul kena kuatkan hati dan semangat menempuh hari-hari terakhir untuk semester ni.


Waktu-waktu kritikal nak exam ni lah asyik duk termenung mengenang rumah, mak, adik2, ayuni balqis, etcetera. Semoga hari-hari mendatang kita semua dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah. Kalau diikutkan hati dan perasaan tanpa mengambil kira rationality dan sense of responsibility, dah lama ditinggalkan segala tugas dan amanah yang tergalas dibahu. Tapi tak mungkin itu yang mak kat rumah harapkan. Fikirkan betapa sikitnya pengorbanan yang dibuat untuk mak dan adik2 berbanding segala curahan kasih sayang, pengorbanan, kesusahan, wang ringgit, masa yang mak abah korbankan membuatkan hati dilanda kesedihan. Tetapi semoga dengan kesedihan ni membuatkan diri sedar akan tanggungjawab dan matlamat sebenar menuntut ilmu Allah dibumi UIA yang tercinta.

Dalam setiap bisikan doa dan tafakur saya memohon agar Allah sediakan mahligai terindah buat mak dan abah disyurga kelak. Jadi, dengan semangat yang masih ada, dan cita-cita yang tinggi menggunung, kenalah ditabahkan hati, sabar dan terus sabar, cuba sedaya upaya, give the utmost effort, become optimist, never ever give up and pray for the best.
p/s: Utk ain, nurul, sahila, zawani, aisyah, semua future candidates for final examination, all da best for the upcoming exams~ We can do it, definitely, insyaAllah. May Allah bless us all and may this ukhwah remains till da very end.
Pelajarilah olehmu akan ilmu pengetahuan kerana :-
- mempelajarinya kerana Allah adalah hasanah
- mengkajinya adalh tasbih
- mencarinya adalah jihad
- menuntutnya adalah ibadat
- mengajarnya adalah sedekah
- mencurahkan kepada ahlinya adalah qurban
- memikirkannya laksana puasa
- mendiskusikannya ibarat qiam
selamat berjuang~

2 Pendapat hati:

  1. GOOD LUCK SEMUA!!!

    Semoga sahabat2ku berjaya di dunia dan di akhirat..amin

    ^_^

    ReplyDelete
  2. GOOD LUCK SEMUA!!!

    Semoga sahabat2ku berjaya di dunia dan di akhirat..amin

    ^_^

    ReplyDelete

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design