Tuesday, October 28, 2008

perjuangan exam

Assalamualaikum

Harap maaf kepada semua kerana dalam jangka masa ni saya dan sahabat lain sibuk dengan exam
akan tetapi entah kenapa rasa membuak-buak untuk meluahkan sesuatu pada nukilan kali ini..
pejam celik tak sangka usia semakin mencemburui kita malah kadangkala kita tertinggal dengan kelajuan masa yang berlalu.

Siapa sangka kita yang dulu hanya sebesar tapak tangan dah makin membsar sekarang. actually..nukilan ini saya tujukan buat seorang sahabat yang saya sangat amik berat. Tapi entahlah dia ada membaca blog ini ataupun tidak. sebenarnya dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari sebarang masalah..dan apa yang Allah uji itu menurut kadaran kita.. tidak lebih dan tidak kurang walau sedikit pun.

Ambillah ia sebagai perjuangan dan cabaran dan katakan pada diri kita bahawa kita bukan lemah..sahabat jangan lemah dengan permainan perasaan. walaupun saya tidak bagus dari segi memberi nasihat tapi sahabat janganlah sesekali kita tangisi sesuatu yang belum tentu menjadi haq kita.perjuangan kita baru bermula apatah lagi sekarang tengah minggu-minggu gentir melawan arus peperiksaan .

Kerana sayang ini saya doakan sahabat itu dapat melupakan segala kesulitan dan kerumitan..sahabatku,saya disini berada disisi kamu untuk membantu. jadi terimalah saya seada-nya..

Salam jihad buat semua kawan-kawan yang sedang bekerja kras untuk final exam ni

bersama kita berjaya ye.

wassalam (-.-)..

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design