Wednesday, July 8, 2009

Manga Owh Manga...

Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA...


Alhamdulillah wa syukurilah, akhirnya saya telah dapat mengumpul balik semangat saya. Berbanyak kemaafan dipinta terutama dari sahabat-sahabat penulis blog ni. Maaf kerana tidak dapat banyak menyumbang dalam blog ni. Tidak lupa, berbanyak terima kasih diucapkan buat semua sahabat diatas kata-kata nasihat dan sokongan kalian. Alhamdulillah, berkat doa dari semua, saya dapat hadapi imtihanNYA dengan lebih tenang. Walaupun ujian itu tidak akan pernah hilang, tapi insyaALLAH, saya yakin kita semua mampu untuk hadapinya. Secara jujurnya, saya masih lagi didalam ujian dan dugaan yang kadangkala membuatkan saya terfikir, mampukah untuk saya menghadapinya. Dua ujian yang mendatang ini betul-betul menguji keimanan diri ini. Entahkan mampu, entahkan tidak. Tapi saya tetap yakin, ALLAH tidak akan menguji kita melainkan kita mampu untuk hadapinya. Betul x? wallahua’lam..


Rasanya saya dah mula lari dari tajuk ni. Sebenarnya kat sini nak kongsi dengan semua tentang manga. Sejak dari kecil lagi saya dah didedahkan dengan manga ni. Sehinggakan bila dah hidup kira-kira sepertiga umur (wallahua’lam), saya masih lagi ‘addicted’ dengan manga. Tidak kira bila ada masa terluang, saya akan mencari manga untuk dibaca. Kadang-kadang terfikir juga dihati ini untuk berhenti dari pembacaan yang memang tidak berfaedah ni. Tapi, betulla orang cakap, bila dah ‘addicted’, susah nak berubah melainkan tekad tu betul-betul dah kuat. Nampaknya tekad saya belum kuat lagila untuk berhenti. Teruk betul kan?









Tapi, kadang-kadang terfikir juga, apa salahnya kalau kita baca manga dari kita buat benda-benda tak berfaedah yang lain kan? Dari keluar bersosial dengan kawan-kawan kat bandar,baik duduk dalam bilik layan manga (tu yang saya fikir). Memang keluar dengan kawan-kawan tidak ada salahnya selain boleh mengeratkan silaturrahim. Tapi, selalunya tempat-tempat yang dilawati adalah tempat-tempat yang mata ini susah nak dijaga dan seterusnya hati ini amat tidak tenang untuk pergi. Maksiat ada kat mana-mana. Nak jaga mata pun susah. Memanglah kita disuruh untuk jaga pandangan, tunduk, tapi masalahnya, bukan lelaki, tetapi dikalangan perempuan sendiri membuka aurat yang membuatkan sesama jantina berdosa untuk melihat mereka. Itu yang saya amat takut.


Ada juga kawan-kawan yang tanya, apa faedah yang saya dapat dari baca manga ni. Saya Cuma jawab, awak baca, lepas tu awak fahamla. Entahla, memang saya tahu tidak ada apa-apa faedah dengan membaca manga, tapi bagi saya kadang-kadang manusia juga memerlukan sedikit hiburan buat hati. Hiburan yang dapat merehatkan hati barangkali. Bagi saya, keseimbangan antara keperluan remaja seperti membaca manga, menonton tv dan keperluan rohani seperti menghadiri majlis-majlis ilmu adalah penting dalam mendidik jiwa. Jika hanya hiburan dimasukkan dalam diri, kesannya amat buruk. Boleh menggelapkan hati. Gelap hati bermakna gelaplah segala-galanya. Rosak hati, rosaklah diri kita. Wallahua’lam. Tetapi, jika kita hanya memenuhi keperluan rohani kita tanpa memasukkan walau sedikit hiburan dalam diri, kesannya juga amat buruk. Kemungkinan pemikiran kita tertutup untuk menerima atau mendengar pendapat orang lain. Semuanya salah dimata kita. Akhirnya, ukhuwwah juga boleh terlerai. Nauzubillah.


Berhibur tiada salahnya selagi kita tidak melanggar perintahNYA. Namun, jangan kita terlalu leka mengejar keseronokan dunia sehingga mengabaikan bekalan akhirat. Ingatlah, ALLAH telah berfirman dalam surah at-taubah, ayat 38 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. “

Maksudnya segala keseronokan, kemewahan dan kepuasan yang ada di dunia ini, yang mampu kita capai sepanjang hayat adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Jangan habiskan keseronokan di sini kerana kemungkinan besar kita akan kehilangan keseronokan hidup di akhirat. Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama berjuang dalam mencari keredhaanNYA kerana di sinilah medan perjuangan buat kita sebagai hamba ALLAH yang selalu terleka dengan nikmat dunia.


~semoga setiap yang kita lakukan tidak sia-sia dan sentiasa di dalam rahmatNYA..ameen...
Salam...

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design