Thursday, August 5, 2010

CINTA ALLAH & RASUL


Assalamualaikum wbt..

Nabi SAW bersabda ” Tiga perkara yang barang siaapa ada ketiga-tiga perkara itu padanya, nescaya dia akan memperolehi kemanisan iman. Iaitu cintakan Allah dan RasulNya lebih dari segalanya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya dia dilemparkan ke dalam api neraka ” (Hadis Sahih)

Dari hadis Nabi diatas kita dapat simpulkan bahawa cinta yang mula-mula ialah cintakan Allah dan Rasulnya. Orang yang beriman tidak akan melebihkan cintanya kepada makhluk lebih dari cintanya kepada Allah. Adalah tidak adil bagi kita selaku hambanya untuk mencintai manusia melainkan dengan cinta kepada Allah dan RasulNya. Cinta kepada Allah lah penawar ketika hambaNya kesusahan kerana Allah itu Maha Suci yang membantu hambaNya ketika senang dan susah.

Teringat aku masa aku kecik dulu, time jahil- jahil dulu, ade member aku bercinta dengan kawan dia.Rapatnya kami sampai aku boleh baca surat cinta dia. Siap berbalas balas surat lagi.Suratnya pendek jer.Ungkapan yang pendek, hebat tapi jiwang giler.Ungkapan seperti HACKS, ITALY dan HOLLAND.Time nak balik sekolah jer, ada ungkapan pendek bawah meja dia. Kekadang HACKS, kekadang ITALY kekadang HOLLAND. Cemburu juga tengok member bercinta. Indah betul diorang bercinta tapi sayang tiada jodoh dah.Aku baru tahu dia dan girl friend dia berpisah tahun lepas.Lama jugak bercinta, tapi kalau dah xde jodoh tak kemana punya.

Mesti korang nak taw apa itu HACKS, ITALY dan HOLLAND. HACKS maknanya “Harap Adik Cinta Kat Saya”; kalau dia pula yang tulis maksudnya “Harap Abang Cinta Kat Saya”; ITALY maksudnya “I Trust And Love You”; dan HOLLAND pula maksudnya: “Hope Our Love Lasts And Never Die”.Jiwang giler bukan. Tapi itu lah adat orang bercinta. Silap2 lagi jiwang daripada ni.


Sesungguhnya orang yang mencintai sesuatu akan memperoleh kelazatan cinta manakala benda yang dia cintai itu akan mnyebabkan dia lupa dengan musibah yang menimpanya. Ia tidak akan merasakan musibah itu sesuatu yang susah. Bahkan semakin kuat semangat dia. Sehingga dia merasa lazatnya cinta itu dan tidak merasakan berat lagi musibah itu.

Contoh terdekat kita ambil bila kita bercinta dengan seseorang, kalo dia pun pelajar cemerlang, kita akan bersemangat untuk belajar dengan lebih rajin. Datang masalah je, kita xkisah sebab si Dia ada kan?. So, macam tu la hubungan kita dengan Allah. Bila kita cintakan Allah dengan sebenar2 hati.Maka kita akan rasa gembira, rasa tenang sebab kita tahu Allah akan tolong kita. Bila kita susah, kita mengadu kat Dia.Tapi bezanya cinta kita dengan cinta manusia ialah manusia give and take. Manusia saling memerlukan antara mereka tetapi  Tuhan itu berbeza. Dia tidak mengharapkan kasih sayang kita, bahkan kita yang memerlukan dia.

Maka kerana itulah kita perlukan Tuhan, supaya kita mengikuti laranganNya dan meninggalkan tegahannya. Sesungguhnya rahmat Allah itu Luas.Siapa yang mencintai Dia dan mencintai Rasulnya dengan mengamalkan sunnah Rasulnya, maka rahmatNya ialah syurga yang luas menanti hamba2Nya.
Akhirnya kalam, mari kita tanya diri kita adakah kita cintakan Allah dan RasulNya dengan perkara2 berikut,
  • Bila azan itu dilaungkan, adakah kita bersedia untuk berjumpa dengan Tuhan  kita ?
  • Adakah kita mengamalkan sunnah Nabi kita Nabi Muhammad SAW ?

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design