sekali lagi..ALLAH memberi ruang kepada kita semua untuk bertemu dengan tetamu setia kita.
Alhamdulillah dengan izinnya juga kita dapat berkumpul bersama-sama , merasakan nikmat bersama-sama.
Rindu benar pada tetamu kita ni sampai tak tidur malam.
tetapi sebenarnya rindu pada pencipta tetamu ini lebih lagi membuak-buak.
semoga kita semua melayan tetamu kita dengan sebaiknya, menghormati dengan seutuhnya.
menghargainya..mana mungkin kita tidak tahu samaada dapat berjumpanya ditahun hadapan.
Hadirnya dirindui..perginya harus ditangisi.
begitulah istimewa nya tetamu kita ni.
Buat muslimah sekalian..Diharap tetamu ini akan membuatkan antunna jatuh cinta padanya.
jatuh cinta sehingga setiap malam hari, antunna akan bangkit untuk bertanyakan khabar padanya.
Meluahkan cinta antunna bukan hanya seminit@5minit tapi berjam-jam lamanya.
Mengisinya dengan hikmah.
Dan jauhkannya dari fitnah dan mengumpat.
penuhi setiap undangannya.Istimewa benar tetamu kita kali ini.Agaknya siapa ya??
rasanya tak perlu diperkenalkan..kerana antunna sudah mengenalinya sejak azali lagi.
Puisi buat tetamu kita:
Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..
Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..
Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..
ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..
Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya..
Ramadhan...
0 Pendapat hati:
Post a Comment