Monday, August 30, 2010

MeRdeka kah kita??

53 tahun merdeka..akhirnya Negara sudah 53 tahun merdeka.


Tetapi sayang..negara itu sahaja yang merdeka ..rakyatnya malah minda dan kotak idea rakyat itu sendiri.
Masih diJAJAH.
Pemikiran mereka masih dijajah.
Adakah layak kita melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!..
sedang diri kita masih dibelenggu dengan penjajah.
Yang berorentalisasikan hiburan,permainan dan sebagainya.
ta'arif merdeka itu harus difahami. Mereka yang merdeka itu adalah mereka yang boleh berdiri dengan diri mereka sendiri.
Tetapi kita tidak..sumber ekonomi kita sendiri masih bergantung kepada negara luar.
Orang dari Negara lain menyatakan MALAYSIA adalah negara yang benar-benar merdeka.
Kita pun turut bangga dan akhirnya lahirlah rakyat yang lebih bersifat selesa 
dari rakyat yang sering membuka mata.Celik dengan isu semasa.
Kawan-kawan..hakikatnya kita belum merdeka lagi..kita tidak pernah merdeka lagi. kita cuma diberi kelonggaran untuk memerintah negara sendiri. itu sahaja.

sekarang..buka mata kita semua. Dimana aset kemerdekaan itu sendiri. Perjuangan mereka untuk memerdekakan negara sangat dikenang.
tetapi kita..apa yang kita lakukan kini sedikit pun tidak memerdekakan negara kita. 
boleh saya katakan Malaysia masih berada ditampuk yang sama. 

Kita masih banyak menggunakan produk dari luar berbanding dari kita menghasilkan sendiri.
Apa yang lebih saya simpati kan adalah..
barang2 yang bermutu tinggi kita jual kepada negara lain..sedangkan rakyat kita sendiri kebuluran dan hanya menggunakan produk second class.


Oleh itu sempena kemerdekaan yang semakin tua ini umurnya..mari kita sama-sama bangun.
Kita kaji dan kita teliti semula.
Buka mata kita untuk sama-sama membangun negara kita.
Jika bukan saya.kamu dan kita maka siapa lagi???
tegakkan kembali bangsa kita MALAYSIA
 bukan semata negara MERDEKA!!
tapi Rakyat itu juga harus dimerdekakan.
Bebaskan pemikiran dan sosial mereka dari penjajah.
Jangan biarkan kita dikaburi dengan permainan mereka.
kerana kita bukan bangsa bodoh,tuli,pekak dan bisu.
Kita adalah bangsa yang hidup jiwanya.
cabaran ini saya tujukan bukan untuk anda semata tetapi lebih kepada diri saya dahulu.
Itu baru boleh dikatakan MErdeka.

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design