Tuesday, January 6, 2009

Sembilan anggota tentera Yahudi maut, tetapi kerajaan enggan mengesahkan

BANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu.
ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas � yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi 'tenang dan aman' di selatan negara berkenaan.

Penduduk di bandar utama wilayah berkenaan melaporkan pengeboman dari arah darat dan udara, menyebabkan asap tebal menyelubungi ruang udaranya dan api menerangi kegelapan malam di daerah utara Zeitoun, tempat pertempuran paling sengit.

Dalam kenyataan pertamanya bagi mengakui pertempuran di jalan raya Gaza di antara Israel dan Hamas, pihak tentera menyatakan pasukan udara dan artilerinya turut 'membantu pasukan darat dengan melancarkan serangan ke atas kawasan Hamas yang digunakan sebagai tapak pelancaran roket.'

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sesetengah penduduk diberi amaran oleh askar Israel menerusi mesej yang dirakam dalam bahasa Arab bahawa mereka akan memusnahkan Hamas dan 'kami akan menggunakan apa juga cara untuk melakukannya.'

sahabat2 berdoalah agar mereka diberi kekuatan yang tak pernah ditemui oleh tentera kafir.kekejaman mereka semakin menjadi dan kita sebagai saudara islam tidak akan membiarkan.majulah wahai jundi-jundi Islam .Ayuh kita musnahkan mereka.

dipetik dari akhbar berita harian
tarikh 7 januari 2009

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design