Friday, November 7, 2008

Abangku berkongsi cerita

KISAH YA'JUJ MA'JUJ

Terdapat dua kaum tinggal di sebalik saddain(dua gunung antara armenia dan arzebaijan) dan satu daripadanya ialah kaum ya'juj ma'juj. Semasa zulkarnain(iskandar zulkarnain) tiba di situ salah satu dari kaum yang tinggal disitu mengadu kepadanya bahawa ya'juj ma'juj adlah merupakan satu kaum yang selalu membuat kerosakan di muka bumi.Ya'juj ma'juj merupakan satu golongan manusia(berdasarkan kalimah mufsiduna) yang hampir-hampir tidak memahami dan berkata dalam bahasa arab/(bahasa2 formal dlm dunia y lain).

Mereka juga merupakan satu golongan kaum yang ganas dimana mereka memakan apa-apa sahaja yang lalu dihadapan mereka darilah gajah,harimau hingga ke babi dan lain-lain haiwan.Bahkan mereka akan memakan bangkai antara mereka yang telah mati. Ya'juj itu sebenarnya satu umat dan ma'juj pula satu umat manakala setiap dari mereka terbahagi kepada 3 jenis. Pertama, jenis yang tinggi sehingga 120 hasta. Kedua, yang rendah sehingga satu hasta manakala yang ketiga ialah yang bertelinga lebar sehingga telinga itu dapat dihamparkan sebagai alas tidur dirinya. Setelah kaum yang selain ya'juj ma'juj itu mengadu kepada Zulkarnain, maka Zulkarnain pun meminta agar kaum itu menyediakan tenaga kerja sahaja dan menolak cadangan kaum itu yang ingin mengeluarkan harta mereka untuk membina tembok peng halang itu. Dengan kehebatan yang dikurniakan oleh Allah kepada Zulkarnain, beliau membina tembok untuk memenjarakan ya'juj ma'juj disebalik dua gunung tersebut.

Tembok itu dibina sehingga paras antara dua puncak gunung tersebut sekata.Setelah tembok itu selesai dibina terkurunglah Ya'juj ma'juj. Akan tetapi mereka cuba keluar dari kurungan tersebut dengan mengorek tembok tersebut dari pagi dan berhenti pada petangnya setiap hari. Semasa mereka berhenti mengorek pada waktu petang dimana tembok itu telah dalam keadaan yang sudah nipis, Allah menebalkan tembok itu semula pada waktu malam dan apabila mereka ingin menyambung mengorek tembok itu pada keesokan harinya mereka bermula dari awal semula. Begitulah keadaan berlanjutan setiap hari hingga pada suatu hari Allah tidak lagi menebalkan tembok itu kerana mereka berkata "insyaAllah kita dapat lepas ke sebalik tembok ini esok" semasa mereka berhenti pada waktu petang..

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design