Saturday, November 1, 2008

nafsu dunia dan nafsu akhirat

Makna Nafsu

Adapun lafaz nafsu ada baginya dua makna juga.

Makna Pertama, ialah makna yang menghimpunkan ia bagi kuat marah dan kuat syahwat dan berhimpun padanya segala sifat kecelaan dan berhimpun padanya segala maksiat yang batin iaitu maksud dengan sabda Nabi SAW; {Bermula yang terlebih sangat jahat daripada seterumu itu ialah nafsumu yang antara dua lambung itu} Inilah yang disuruh kamu memeranginya dan disuruh memecahkannya. Dinamakan nafsu kepada makna yang pertama ini akan Nafsu Ammarah yang disebutkan oleh Allah Taala pada hal menghikayatkan akan hal Nabi Yusof. Menyatakan Allah akan Nafsu Ammarah itu dengan katanya; {Tiadalah aku menyucikan diriku daripada kejahatan bahawasanya nafsu itu sangat menyuruh dengan berbuat kejahatan}.

Makna Kedua, daripada makna nafsu itu ialah Latiifatul Rabbaniyah yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada perbuatan Tuhan. Ianya tidak lain malah sama dan satu makna juga dengan makna Ruh dan Qalbun. Ini bererti makna Qalbun, Ruh dan Nafsu mengikut makna yang keduanya adalah satu jua iaitu Latiifatul Rabbaniyah. Lafaz nafsu itu diisti'malkan(dipakaikan) oleh ulama Ahi Sufi atas makna satu jua iaitu jisim yang halus yang tiada diserupakan bagi segala jisim yang kasar itu. Nur bukan seperti nur suatu yang zhohir pada hal tempat terbitnya adalah di dalam hati daging sanubari itu; dan mesra ia kepada segala badan dan kepada segala anggota. Inilah hakikat Ruh dan Hakikat Insan yang dengannya berbeza manusia daripada segala haiwan yang lain daripada makhluk.

Dari pemahaman diatas dapat kita membuat kesimpulan nafsu itu berkehendak pada kebaikan juga berkhendak pada kejahatan,namun tindakan itu bergantung pada Ruh yang ada pada diri itu sendiri,bilamana ruh itu ada rasa ketundukan pada Tuhan nya sebagai makna hamba yang sebenar nya,maka sudah barang pasti ruh itu akan dapat mengiringi nafsu yang ada dalam diri nya pada berbuat taat pada Allah serta menjauhi apa jua yang menjadi larangan nya.bilamana nafsu itu telah terdidik dengan istiqamah dalam membuat inadah,,maka nafsu itu akan suka untuk tetap dalam membuat ibadah,suka untuk menjaga solat(hilang rasa malas),suka untuk berzikir,membaca Al-Quran dan sebagainya.Malah nafsu yang telah sampai pada nafsu Muthomainnah,ia akan merasakan satu kemanisan yang tak pernah kita bayangkan dalam hal itu(keasyikan dalam membuat amal).
Muga kita punya pengertian untuk memahami akan hal ini pada hakikat kehidupan yang ada pada diri kita masa kini.


-----------------
Kebaikan hidup ini hanya akan wujud bilamana kita tetap dalam makna hamba nya.




0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design