Thursday, November 6, 2008
Perjuangan belum selesai
Alhamdulillah, dengan nikmat Tuhan yang diberikan, akhirnya habis juga saat -saat genting peperiksaan, setelah berusaha sedaya yang mampu,maka kami menyerahkan semuanya kepada Allah untuk menentukan hasil usaha kami, walaupun xsmua paper dijawab dengan sempurna..tapi itulah usaha kami.
Tidak lupa kepada yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat kepada kami, family dan sahabat yang sangat concern about kami malah sentiasa beri pandangan yang positif tentang kami.Cuma bila dah abeh exam ni maka bermula hidup yang tak tentu hala mana taknya time nilah rasa macam kene rasuk dengan semangat pemalas nak buka buku2 lain.
Paling tak tahan bila kawan2 sebilik ajak tengok cerita2 seram. Apalagi ngigau sampai ke pagi la kami.hihi..Itulah kehidupan student skang. Tak pernh rasa nak bersusah sdikit apatah lagi untuk ada semangat berjuang..masyaAllah. Tapi, alhamdulillah..semoga malam itu jer kami leka, ini kerana kami tak punya masa untuk leka, kami mempunyai misi hidup kami yang masih belum dicapai..
Umpama rama-rama yang baru lepas dari kepompong begitulah kami saat ini, baru bertatih untuk terbang mengenali dunia lain. Semoga tinjaun kami serba sedikit menambahkan pengetahuan kami dan menambahkn lagi ilmu didada kami.insyaAllah..
Buat yang sudah berada dirumah...laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang sangat baik..ingatlah ini sahaja peluang yang kita ada untuk berbakti kepada family,mana taknya time kat u kita asyik dengan student life yang xpnah berhenti. Sibuk memanjang dengan assignment,project dan macam-macam lagi sampai nak tanya khabar ibu pun xsempat tapi tanya khabar kekasih dihati sempat pula..ehem,xdelah rasanya kan??.
Perjuangan juga harus diteruskan lagi pada sem akan datang..jika dulu kita terkurang, maka tambahkan pada sem akan datang kerana tidak ada kejayaan yang datang bergolek begitu sahaja melainkan mereka itu dikurniakan kelebihan oleh ALLAH jadi bagi kita seharusnya jangan berputus-asa dan terus berusaha sampai suatu saat dimana kita akan dikembalikan kepada-Nya..
Jadi mungkin penulisan ni saya tangguhkan disini, sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat yang sentiasa memberi dorongan kepada saya ,nurul dan farihan untuk terus menulis di blog ini..semoga kita berjumpa lagi.
salam sayang dan ikhlas dari---->>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Pendapat hati:
Post a Comment