Friday, December 25, 2009

Wasitun Jamilun

Sudah menjadi aksioma, apabila budaya kebendaan telah merasuki peradaban, sering kali diiringi pula dengan semakin menipisnya nilai-nilai moral. Manusia semakin tamak dan rakus dalam mengejar harta dunia. Sehingga ramai yang terkorban kerana harta.

Sedangkan Islam mengajar penganutnya untuk bersifat Qana'ah. bukankah SEDERHANA itu INDAH?.. Sederhana tidak semestinya menggambarkan orang itu patut menjadi miskin dan melarat tetapi sederhana dalam segala perkara termasuk dalam beribadah, harta dan perilaku..

Teringat saya pada perbualan antara 2 orang pelajar sewaktu menunggu bus.
pelajar A: Kau nak tahu tak?sekarang trend handphone dah baru.tak payah tekan kat keypad. skang ramai orang guna touchmobile punya. kau tak nak beli ke?

pelajar B: eh sapa kata xnak..aku tengah kumpul duit la ni.Aku sanggup sekat makanan aku sebab nak tukar handphone ni.haha

Begitulah perbualan para remaja kita kini, mereka tertipu oleh kehidupan dunia yang mereka jangka selamanya berkekalan..Sanggup berlapar kerana ingin memiliki harta benda dunia yang akan luput dek zaman. bukankah cantik andai menggunakan duit itu ke tempat sepatutnya. bukankah indah andai bersederhana. Cukuplah memiliki sekadar keperluan.

Berlainan pula dialog 2 orang makcik yang saya temui.

Makcik A : kita ni dah makin tua.Nak berdiri sembahyang pun tak larat. qiamullail lagi la susah nak bangun. Dapat pula berdiri waktu solat sunat tasbih. Macam nak pengsan dibuatnya.

Makcik B : Kau susah2 tu watpe?kan Islam tu bukan agama paksaan. Sembahyang 5 waktu dah cukup.Allah tu kan Pengampun.

Saya hanya diam sahaja.. Di dalam hati ingin membetulkan. Manusia sering salah tafsir maksud sesuatu perkataan atatupun mereka sengaja memutar belit untuk tujuan mereka sendiri.Benar Allah itu maha Pengampun tetapi bukan kepada mereka yang lalai. Allah pengampun hanya pada hamba yang selalu BERTAUBAT kepada-NYA.




Kadangkala ana terfikir, kalau solat tu selalu benar orang kata tak sempat, penat, letih rukuk, sujud dan sebagainya sedangkan mereka tidak pula merasa penat bila berdiri nenunggu nak beli tiket wayang..tak letih pula bercakap di telifon bergayut sampai malam. Tak mengeluh pula bila mengejar kekayaan di dunia malah sentiasa berlumba nak kaya dulu.

Dalam situasi seperti itu, para mujahid dakwah harus tampil ke depan untuk memberikan pelita kebenaran, mengingatkan dan mengajak mereka untuk tetap hidup sebagai manusia sederhana. Hidup bukanlah untuk menumpuk harta sehingga tidak produktif, tetapi justru menjadikan harta yang kita miliki mengalir dan beredar menjadi asset masyarakat dan membersihkannya melalui baitul maal yang amanah.

Sabda Rosulullah saw “ Kekayaan itu bukan karena banyaknya harta benda yang dimiliki, tetapi kekayaan jiwa “ (HR Bukhari).

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin surga dunia sebelum surga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Ada juga yang ta'asub dalam beribadah. sentiasa beribadah siang malam sehingga meninggalkan dunia terus. itu juga tidak dibenarkan dalam Islam. Beribadahlah mengikut kadar mampumu tetapi istiqamah kerana Allah melihat ibadah bukan pada banyaknya ibadah yang dilalukan tetapi jika sederhana, istiqamah dan ikhlas itu lebih tinggi nilaian disisi TUHAN. Besryukurlah dengan apa sahaja yang kamu miliki kini.

Dalam satu kesempatan, Rasulullah saw bersabda “Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan lapangan di kota Mekah menjadi emas. Aku berkata, ’Jangan Engkau jadikan emas wahai Tuhan. Tetapi cukuplah bagiku merasa kenyang sehari, lapar sehari. Apabila aku lapar maka aku dapat menghadap dan mengingat Mu, dan ketika aku kenyang aku dapat bersyukur memuji Mu’” (HR Ahmad dan Tarmidzi).

Ucapan baginda Rasul tersebut merupakan salah satu mutiara akhlakul karimah yang disebut dengan qona’ah. Yaitu sikap menerima apa yang ada sambil terus berikhtiar, sabar dan tawakal serta waspada agar tidak terperangkap dalam segala godaan yang menyesatkan serta tipu daya setan yang selalu menyelusup dihati manusia. Qona’ah seperti inilah yang kita sebut sebagai hayatun jamilah wa toyibah (hidup yang indah dan sejahtera).

Kita harus menjadi orang-orang kaya yang tetap qona’ah. Kita harus tampil sebagai bangsa yang besar dimana sebagian besar para pemimpinnya adalah susuk manusia yang tampil sebagai uswatun hasanah dan bersikap hidup sederhana.

Menjalani hidup bersama dengan orang miskin walaupun kita kaya, mendengarkan jeritan kaum dhuafa dan hidup sederhana walaupun kita mampu adalah ciri pemimpin yang qona’ah. Itu semua kerana kita sedar bahwa( Wasitun Jamilun)sederhana itu indah!

tanyakan pada hati kamu...jangan kamu tanyakan pada nafsumu.. Hati itu bicara kata yang lembut dan halus malah sukar didengari tapi ia wujud dalam diri kamu manakala nafsu itu bicara kata yang gelojoh ,mudah didengari dan wujud dalam diri kamu untuk kamu musuhi..

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design