Friday, October 29, 2010

~tribute to:pejuang islam sepanjang zaman~

Transcendence Minima~

siri 1: Tahap (-7.00)

DUNIA menyimpan banyak misteri yang tidak terungkai meskipun penyelidikan dijalankan tanpa henti bagi menemui jawapan terhadap pelbagai persoalan. Teori Big Bang menjelaskan alam semesta tercipta daripada satu letusan berapi universal yang menjadikan jutaan galaksi terbentuk bertaburan di angkasa raya. Proses pengembangan galaksi terus berkembang tanpa henti hingga hari ini. Di gugusan galaksi Bima Sakti, perubahan dan pencantuman atom yang berselerak di angkasa raya memberikan keputusan terhadap satu planet (Bumi) yang terus berkembang apabila atom hidrogen bercantum dengan atom oksigen menghasilkan satu unsur baru yang diformulasikan menjadi H2O iaitu air. Asas hidupan biologi di bumi. Allah menjadikan bumi dengan kuasa yang sangat dahsyat.

siri pejuang->Mus'ab bin Umair

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah mengherankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu membujuk ibunya memeluk Islam kerana sayang pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai usaha tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Saturday, October 23, 2010

al-Qaeda,Osama~fitnah besar

13 Jun 2006,


PERKARA yang ingin disampaikan ini hanyalah satu cerita basi dan kebanyakan daripada kita juga sudah maklum mengenai perkara pokok dalam artikel ini. Namun, izinkan saya bercerita mengenai satu pengalaman untuk tatapan semua. Izinkan saya menggunakan kata nama ‘aku’ di sepanjang artikel ini, bagi memudahkan penceritaan.
--

Pada 13 Jun 2006, aku tiba awal di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Namun, aku tidak terus ke lokasi sidang media. Sebaliknya, aku cuma duduk berehat sebentar di hadapan hotel itu sambil menghirup asap rokok sejuk yang aku sering cuba untuk tinggalkan.

Aku lihat jam tangan, baru pukul 8.45 pagi. Aku toleh ke belakang, aku nampak seorang wanita Eropah memakai tudung, dia berjalan bersama dua lelaki yang juga sebangsa dengannya. Aku tahu, itulah orang yang akan aku jumpa beberapa minit saja lagi. Aku melemparkan senyuman kepada mereka.

Tepat pukul 9 pagi, rakan-rakan media lain pun sampai dan kami terus bergerak ke tingkat atas hotel itu untuk hadir sidang akhbar bersama wanita serta lelaki mat saleh itu.

Dalam sidang akhbar, wanita itu memulakan perbualan dengan memperkenalkan dirinya sebagai Yvonne Ridley. Dia merupakan seorang wartawan yang sama kariernya dengan aku. Yvonne ialah wartawan BBC yang pernah menjadi tawanan Taliban ketika membuat liputan peperangan di Afghanistan pada 28 September 2001 iaitu selepas tragedi WTC New York 11 September 2001. Dia ditugaskan ke Afghanistan untuk melaporkan perkembangan peperangan di sana dan ditawan pejuang Taliban. Namun, Yvonne akhirnya dibebaskan pada 8 Oktober 2001 dan memeluk Islam dengan hati yang ikhlas.

Yvonne Ridley

Seorang lelaki yang hadir bersamanya, Michael Collins Piper juga wartawan dari BBC. Piper adalah seorang skeptic dan merasakan ada sesuatu ‘tidak kena’ dengan plot kejadian 11 September, dia adalah seorang yang mempunyai pemikiran ‘conspiracy theorist’ dan cekap dalam membuat andaian yang sukar disangkal. Manakala seorang lagi lelaki, William Rodriguez ialah bekas pekerja pembersihan di WTC pada hari kejadian.

“Assalamualaikum to all Muslim here. First, I would like to thank to all of you, Malaysian reporters. The point we are here is to urge every citizens of the world to think. There is something wrong with the world right now, 'they' did massive destruction according to their plans and made it as an excuse to put war on innocent people, the Muslims all over the world.

“We are here to tell you the truth behind the 9-11, we got proofs which are hard to be denied and we are willing to unveil the truth. Let the world know, we want (every people of) the world to re-open investigations on 9-11. Justice needs to stand up strong and straight,” kata Yvonne.

Yvonne kemudian memberi isyarat kepada Rodriguez untuk membuka cerita kepada semua wartawan Malaysia yang hadir. Rodriguez berkata, beliau menyangkal sama sekali tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam apabila dituduh sebagai pengganas yang bertanggungjawab dalam meranapkan WTC.

Rodriguez menambah, beliau sedang bekerja di tingkat atas pada hari kejadian dan tiba-tiba terdengar satu letupan di tingkat bawah iaitu di ruang letak kenderaan di tingkat bawah tanah. Dia menyambung:
(setelah dialih kepada bahasa Melayu)

“Selang beberapa minit, terdengar pula letupan di tingkat atas. Saya tak tahu apakah letupan itu. Kemudian, saya terus berlari ke bawah ikut tangga dan terselamat.

“Apabila sudah keluar daripada bangunan, saya lihat WTC sedang runtuh. Kemudian saya bertanya kepada seorang wanita tua, dia beritahu saya mengenai ada dua buah kapal terbang merempuh WTC dan ia sedang ranap,” kata Rodriguez.

Menceritakan beberapa jam sebelum kejadian, Rodriguez menjelaskan, dia tiba ke WTC pada jam 9 pagi untuk memulakan tugas pada 11 September 2001. Kata Rodriguez, ketika tiba ke tempat kerja, dia berasa pelik apabila melihat tiada sebuah kenderaan pun di ruang letak kenderaan di tingkat bawah. Kebiasaannya, ruang letak kenderaan itu sentiasa penuh dengan kenderaan meskipun seawal jam 8 pagi.

Tambah Rodriguez lagi, apabila memasuki ruang pejabat pada kira-kira 30 minit kemudian, dia melihat tiada seorang pun pekerja WTC yang berbangsa Yahudi bekerja pada hari itu. Ia juga satu lagi perkara aneh. Namun, perasaan sangsi yang dirasainya itu kekal tidak terjawab sehinggalah dia dikejutkan dengan letupan demi letupan ketika berada di bangunan itu.
--
Kemudian, Yvonne pula memulakan cerita. Yvonne menjelaskan mengenai tugasannya ke Afghanistan dan akhirnya ditawan sekumpulan pejuang baik yang ‘dikambing-hitamkan’ iaitu Taliban.

Kata Yvonne ketika dia ditahan, perasaannya bercampur ketakutan dan hanya berfikir mengenai mati. Namun, hatinya kembali tenang. Taliban tidaklah kejam seperti yang digembar gemburkan Amerika. Yvonnne berkata, dia dilayan dengan baik sebagai seorang wanita dan diberi sehelai kain tudung untuk dipakai sepanjang dia ditawan.
--
Selepas itu, Piper pula memulakan perbualan dengan membentangkan teori-teori konspirasi mengenai kejadian 9-11. Aku yang sudah lama meminati dan mengkaji teori konspirasi kemudian mendengar penjelasan Piper dengan bersungguh-sungguh.

Kata Piper, hasil pemerhatian terhadap visual kejadian 9-11 memberi petunjuk kepada satu pembohongan Amerika kepada dunia. Rakaman visual itu kemudian dipadankan dengan sejumlah koleksi video operasi meruntuhkan bangunan menggunakan bahan letupan di sekitar Amerika.

“Paten letupan dan runtuhan (dalam kes WTC) adalah sama dengan kerja-kerja meletupkan bangunan-bangunan lama di Amerika menggunakan bahan letupan khas.

“Ia dapat dilihat melalui cara bangunan itu runtuh dan cara letupan itu berlaku. Ia bukan meletup disebabkan minyak atau rempuhan kapal terbang, tapi ia meletup disebabkan bahan letupan.

“Apabila dipadankan dengan keterangan Rodriguez, jelas bahawa berlaku lebih daripada dua letupan di tingkat bawah tanah. Sebelum ini, kita hanya membuat andaian hanya ada dua letupan besar iaitu yang disebabkan oleh dua buah kapal terbang.

“Tapi, ada lebih banyak letupan di tingkat bawah pada beberapa minit sebelum kapal terbang pertama merempuh WTC. Tak masuk akal apabila langsung tiada pengawal keselamatan bertugas di tingkat bawah pada masa itu,” demikian serba sedikit kata-kata Piper yang aku masih ingat.
--
Selesai sidang media, aku perhati arah Piper, Yvonne dan Rodriguez pergi, mereka bergerak ke ruang restoran untuk makan tengah hari. Pada masa yang sama, aku juga perhati wartawan-wartawan lain pergi meninggalkan hotel. Aku ikut sama rakan-rakan wartawan supaya mereka tidak fikir ada orang yang mahu ‘scoop’.

Selepas aku puas hati lihat seorang demi seorang wartawan meninggalkan hotel, aku naik semula ke hotel untuk berjumpa dengan Yvonne, Piper dan Rodriguez.

Di restoran, aku perkenalkan diri kepada mereka. Yvonne pula bertanya kepada aku: “Mana (wartawan) yang lain? Kamu mahu scoop berita? Biasalah, scoop itu sudah memang budaya kerja wartawan.” katanya ketawa.

Aku bertanya lanjut kepada Yvonne mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugasan di Afghanistan.
--
“al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Yvonne memulakan sesi soal jawab eksklusif yang sudah tidak lagi eksklusif. Kata Yvonne ketika sampai di Afghanistan, dia pernah bertanya kepada penduduk tempatan mengenai gerakan Taliban dan kaitannya dengan al-Qaeda dan Osama.

Namun, jawapan yang diperolehinya hanyalah: “al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Kata Yvonne lagi, jawapan yang diperolehi itu membuatkannya terfikir mengenai status sebenar peperangan yang tercetus di Afghanistan. Jika penduduk Afghanistan sendiri tidak tahu apa itu al-Qaeda dan siapa itu Osama, maka sesungguhnya Afghanistan yang merupakan sebuah negara Islam telah disimbah dengan api fitnah.

Malah kata Yvonne, Taliban juga disimbah dengan api fitnah menggunakan dua jenis bahan api yang dinamakan sebagai al-Qaeda dan Osama. Taliban dan penduduk Afghanistan diheret dalam kancah dendam, melalui taktik dikaitkan dengan dua entiti (al-Qaeda dan Osama) yang tidak wujud.

Disebabkan tugasnya bertemu penduduk dan bertanya mengenai Taliban dan al-Qaeda, Yvonne berkata, dia telah menjadi buruan Taliban disebabkan kisahnya bertemu dengan penduduk untuk bertanya mengenai Taliban mula menjadi buah mulut penduduk tempatan sehingga sampai ke pengetahuan Taliban. Dia akhirnya ditawan, namun dilayan dengan baik.

“Saya ditahan oleh Taliban supaya tidak menjadi mangsa peperangan. Taliban buat begitu kerana tidak mahu ada golongan ekstrem Afghanistan yang datang membunuh saya kerana melihat saya berwajah Eropah, mereka sebenarnya menyelamatkan saya daripada ancaman di luar sana. Walaupun mereka tersepit diseret dalam peperangan oleh Amerika, tapi mereka layan saya dengan baik sebagai seorang wanita, mereka bukan orang jahat. Mereka kata, wanita harus dilindungi. Itulah salah satu keindahan Islam yang sebenar yang saya lihat sendiri, yang selama ini diburukkan oleh Amerika,” kata Yvonne.
--
Piper kemudian menepuk belakang aku, sambil berkata: “Kamu memang bersemangat semasa scoop berita, sama juga seperti kami,” katanya ketawa. Aku juga ketawa, memang sudah budaya wartawan, gemar scoop sesama sendiri demi kepuasan kerjaya.

Kemudian aku berkata kepada Piper, tujuan aku berjumpa sendirian bersama mereka bukanlah untuk mendapatkan berita eksklusif kerana kisah Yvonne itu sudah banyak disiarkan akhbar serata dunia, sudah tiada lagi nilai eksklusif. Berita sudah basi. Piper pun ketawa lagi.

Aku menyambung, tujuan aku berjumpa mereka ialah untuk berbincang mengenai perkara ‘sulit’ di sebalik pergolakan dunia yang bertitik tolak daripada peristiwa 9-11. Terus terang aku katakan kepada mereka, aku lihat perkara 9-11 itu sangat serius dan banyak rancangan pembohongan di sebaliknya.

Piper seperti faham maksud aku.
Kemudian dia bertanya: “Kamu wartawan yang juga 'penulis senyap' (silent writer)?”
Aku jawab: “Kamu fikir?”
Piper balas: “Kamu tak boleh terus senyap, buatlah sesuatu tapi dengan cara yang betul. Kebenaran harus didedahkan. Sejak bila kamu menulis secara senyap?
Aku balas dengan serkap jarang: “Sejak George ‘Wicked’ Bush naik takhta dalam ‘the dynasty’.”
Piper jawab: “Hah, bukankah aku sudah buat tekaan? Sini, aku mahu kongsi sesuatu dengan kamu.” (kemudian dia mengeluarkan satu set kertas kajian bebas yang sedang dan akan dilakukannya, serta sekeping VCD hasil kajian)


Itu sahaja yang boleh diceritakan di sini, kita akan membongkar lebih jauh perkara ini pada masa akan datang, insya-Allah. Demikian serba sedikit mengenai perbualan antara aku dengan mereka yang boleh dikongsikan di sini. Selepas kami berbual, kemudian datang seorang lelaki Melayu menghampiri kami, lalu dia bersalam dengan Piper dan Rodriguez serta mengangguk kepada Yvonne, dia juga bersalaman dengan aku. Lelaki Melayu itu kini menjadi rakan aku. Siapa lelaki Melayu itu tidak penting di sini.
--

Hasil daripada pertemuan dengan Yvonne dan Piper, wujud satu sisi bahawa al-Qaeda dan Osama mungkin sekali entiti dan watak yang sengaja dicipta Amerika. Atau jika memang benar wujud Osama, kepada siapa dia bekerja? Kepada umat Islam atau kepada Amerika untuk menjadi watak antogonis dalam mencetuskan Perang Dunia Ketiga sebagaimana watak Hitler yang menjadi si penjahat yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?

Jika benar Osama itu berjuang demi Islam, di mana dia berada semasa Palestin kini diancam pelbagai ancaman Israel? Jika benar al-Qaeda wujud, mengapa pula penduduk Afghanistan tidak tahu langsung mengenai pertubuhan itu yang dikatakan berpusat di negara itu?

Itulah rencah fitnah abad ke-21. Umat Islam kini berhadapan dengan salah satu fitnah terbesar. Jika kita berpecah, tiada siapa yang akan melindungi kita. Allah juga membenci persengketaan sesama Muslim. Bangkitlah.

The ASSOCIATE
(Associated with Ummah)

Segitiga Bermuda

Saya rasa tajuk entri yang sangat berat bakal dituliskan ni. Dah 2 hari 2 malam saya berfikir nak tulis @ tidak pengetahuan saya yang cuma sedikit ni. Kali ni saya tulus sikit dulu.TRIANGLE..segitiga bermuda.pernah anda dengar nama tu? atau anda cuma hidup dengan dunia anda sahaja? yelah..dunia hiburan, dunia facebook dan juga dunia belajar dekat universiti.



Saya pun tak tahu apa nak jadi dengan saya.Sebelum saya nak minta maaf khusus buat sahabat saya bernama F_ _ _ _ _ sebab tak share masalah. Sebenarnya bukan sebab saya tak nak share..tapi saya perlukan masa.Maaf sangat2x.

Wednesday, October 20, 2010

Latest Proton~Inspira

The all new Waja Replacement – Proton Inspira is gonna launched soon? Rumor said it’s next month, November. Proton Inspira design similar to Mitsubishi Lancer GT.
Model Baru Proton – Proton Inspira. Some ppl so creatively name it Waja Lancer = WaLan… Hahah… =p







New Proton Inspira – Waja Replacement Model
Proton Inspira 1.8 is available for both Manual and Automatic transmission. Proton Inspira 2.0 is only available for Automatic transmission.
1.8 MT RM 79,999 (OTR)
1.8 CVT RM 87,000
2.0 CVT RM 94,000



-Bold and aggressive styling
-Trunk Remote Control
-Paddle Shift Performance
-Fully Automatic Climate Control
-5-star Safety Rating
-2 Years Free Servicing
Check out the brochure that been circulating around the net. The price is around RM80k. Will you buy this product of Proton? Not for me anymore as I was a previous Proton user and this price does not impress me even the design is copying from Mitsubishi Lancer GT. Some even say you can start to book now with just RM1000 booking fees.
There’s even a Facebook group for this – Proton Inspira Club Malaysia.
Follow the update on New Proton Inspira here.
1) http://forum.lowyat.net/topic/1597130
2) http://forum.lowyat.net/topic/1587


Tuesday, October 19, 2010

AKHIRNYA AKU BERTEMU DENGAN CINTA-NYA





Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA... Moga sentiasa di dalam rahmatnya, InsyaALLAH…

Kat sinilah, nak kongsi satu cerita dengan sahabat-sahabat tersayang. Isu yang memang tak pernah luput dek masa iaitu isu ‘perkapelan’.. Betul tak? Erm, kadang-kadang bila difikirkan, memang sakit kepala. Tengok kiri kanan, duk jalan dua-dua, cakap pun berdua, bahkan makan pun berdua. Aish, memang menyakitkan matalah.. Hati pun sama terasa sakitnya. Bila ditegur, bermacam alasan dibagi. Hurm, tapi nak salahkan mereka, takleh gak. Sebab perasaan suka dekat opposite gender ni adalah fitrah. Memang tak leh nak halang sume tu. Tapi, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, berpada-padalah. Jangan sampai bila dah terhantuk baru nak terngadah.

BicAra HaMas -->Malaysia

Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia (Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil) 


Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. 

Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini. 

Friday, October 15, 2010

~Learn From NatuRe~


Learning without thinking is useless

 Thinking without learning is dangerous

Allah memberikan alam raya ini selain untuk dinikmati, tetapi juga untuk di tafakuri, marilah kita mengambil satu pelajaran dari buah yang tumbuh…

Tentunya buah yang bagus bentuknya, manis rasanya, hanya berasal dari pohon yang baik, dan tanah yang subur. Ini adalah perumpamaan yang sangat sederhana dan mudah untuk dipahami, bagi setiap orang tua yang menginginkan mendapatkan anak yang sholeh. Tanah yang subur dan pohon yang baik adalah perumpamaan untuk kedudukan dan fungsi orang tua, sedangkan buah yang baik, ibarat seorang anak yang tumbuh dalam bimbingan orang tuanya.

Perumpamaan ini memberikan pelajaran kepada kita,…untuk mendapatkan anak yang sholeh, maka yang pertama-tama harus diperhatikan dan diperbaiki adalah kesholehan kedua orang tuanya.

Sorry~

Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim..


first of all I want to say sorry for any trouble that cause due to changing design in my blog. It is because I have some sort of weakness in reading the pink color or other striking and blur color. sorry for that. Actually I like pink but because lately..my color blindness is getting worse.I need to change the color. Sorry..Then I have to use white color to reduce my syndrome.(hihi.. )Sorry for that problem.. my brother and sister. Hope you enjoy reading this blog after this.


Even for girls..I hope this color still can make your heart cherish like girl. Still I put flower on it.(hehe) 


Wallahu'alam.

~TerKenal di Langit~


Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka mentertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

~Ibu PahlaWan~


Sabda Sallallahu alaihi wa Sallam:
” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”
IBU PARA PAHLAWAN
Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.

Tuesday, October 12, 2010

ALLAHUAKHBAR

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention: 

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. 

Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the 
word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic Qur'an: 

Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115 
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88 
Life 145 .... Death 145 
Benefit 50 . Corrupt 50 
People 50 .. Messengers 50 
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11 
Museebah (calamity) 75 . Thanks 75 
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73 
People who are mislead 17 . Dead people 17 
Muslimeen 41 . Jihad 41 
Gold 8 . Easy life 8 
Magic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60 
Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49 
Tongue 25 . Sermon 25 
Desite 8 . Fear 8 
Speaking publicly 18 . Publicising 18 
Hardship 114 .... Patience 114 
Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4 
Man 24. Woman 24 

And amazingly enough have a look how many times the following words appear: 

Salah 5, Month 12, Day 365, 
Sea 32, Land 13 

Sea + land = 32+13= 45 

Sea = 32/45*100=71.11111111% 
Land = 13/45*100 = 28.88888889% 
Sea + land =100.00% 

Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%. 

Is this a coincidence? 
Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this? 

Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this. 

Please pass this on to all your friend and Muslims you know. 
Aayah 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia \ para 17: 
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN. 

During the next 60 seconds, stop whatever you are doing, and take this opportunity. (Literally, it is only 1 minute). 
All you have to do is the following: 

PLEASE SEND THIS TO ALL PEOPLE THE YOU KNOW. 
ALLAH SUBHANA WA TAALA WILL SOLVE ALL YOUR 
PROBLEMS. INSYA ALLAH.

yahudi mengaku(kita telah kalah)

Sebuah akhbar Rusia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis Yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:

Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan Shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kami pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hampir Tel Aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kami sebut bahawa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahawa kita yang hebat, sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukan ketenteraan di Tel Aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang Hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita, sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah Hizbullah dan tidak mencegah Hamas.

Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin-pemimpin Hamas. ALLAH yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini di kalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang-pejuang Palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian.

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk gencatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya "Siapa yang menakutkan siapa?" ALLAH lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas. "Siapa yang menakutkan siapa ?"

Sumber : http://pembina.com.my/
Sumber asal : www.aqsatv.ps/

Sunday, October 10, 2010

Don' t bE Late!!!

He remembered his grandmother's warning about praying on time: "My son, you shouldn't leave prayer to this late time". His grandmother's age was 70 but whenever she heard the Adhan, she got up like an arrow and performed Salah. He, however could never win over his ego to get up and pray. Whatever he did, his Salah was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it in on time. Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha. He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib. While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed. His grandmother prayed with such tranquility and peace. He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while. He had been at school all day and was tired, so tired. He awoke abruptly to the sound of noise and shouting. He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every direction he looked in was filled with people.

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design