Salam buat sahabat-sahabat yang dikasihi keranaNYA... Moga sentiasa di dalam rahmatnya, InsyaALLAH…
Kat sinilah, nak kongsi satu cerita dengan sahabat-sahabat tersayang. Isu yang memang tak pernah luput dek masa iaitu isu ‘perkapelan’.. Betul tak? Erm, kadang-kadang bila difikirkan, memang sakit kepala. Tengok kiri kanan, duk jalan dua-dua, cakap pun berdua, bahkan makan pun berdua. Aish, memang menyakitkan matalah.. Hati pun sama terasa sakitnya. Bila ditegur, bermacam alasan dibagi. Hurm, tapi nak salahkan mereka, takleh gak. Sebab perasaan suka dekat opposite gender ni adalah fitrah. Memang tak leh nak halang sume tu. Tapi, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang, berpada-padalah. Jangan sampai bila dah terhantuk baru nak terngadah.
K la, berbalik pada cerita yang saya nak ceritakan tadi, tentang seorang hamba ALLAH ni. Pasal kapellah.. Insan yang terpilih atau istimewa ni, kita namakan sebagai Raudah. Dia ni memang sangat-sangat menjaga pergaulan. Seorang yang menjaga mumalat dek kerana sifat malu yang menebal dalam dirinya dengan opposite gender ni. Alhamdulillah. Tapi, begitulah kehidupan. Ujian datang silih berganti. Kerana ujian itu tanda kasihnya ALLAH kepada hamba-hambaNYA. Betul tak? Dengan ujianlah, kita ditegur oleh ALLAH supaya tidak terlalu leka dengan dunia. ALLAH kan Maha Pengasih. DitakdirkanNYA, bila Raudah ni menjejakkan kaki ke matrikulasi, dia dipertemukan dengan lelaki pertama dalam hidupnya. Lelaki yang melalaikan saya kira. Pada masa inilah pegangannya agak tergugat. Pada mulanya, Raudah ni berusaha juga untuk mengelak dari lelaki ni. Tapi, malangnya, dia kecundang juga dengan godaan dari seorang yang bergelar lelaki.
Raudah mula hanyut dengan arus dunia. Mula mengenali mesej di antara lelaki dengan perempuan. Sehinggakan kadang-kadang sanggup dia berjaga di waktu malam semata-mata untuk bermesej dengan si dia bergelar lelaki. Study entah ke mana.. Qiamnya juga turut terabai. Apa yang ada dalam fikirannya cuma lelaki itu. Tapi alhamdulillah, solatnya masih terjaga walaupun kekhusyukan entah ke mana. Hinggalah satu hari ni, setelah lama bersulam rindu yang tak sudah-sudah, sang lelaki ni pun melamar Raudah untuk menjadi kekasihnya aka special girlfrenz aka teman wanita. Masa tu jam kat dinding dah tunjuk kul 4 pagi. Masa ni, terdetik kat hati Raudah, “Hurm, kapel ye. Kapel-kapel.. Boleh ke? Aku ni dah lari dari DIA ke.. Hurm, cam besz je tengok orang kapel ni. Kapel kan untuk nak kawen, takkan salah kot. Bukannya nak wat pape pun”. Tapi bermula dari detik itu, hatinya mula meronta untuk memahami, mencari istilah ‘kapel’ menurut pandangan Islam. Alhamdulillah, masih terdetik di hatinya untuk berfikir sebelum bertindak walaupun sudah terlanjur mengatasi batasan syariat terdahulu. Barangkali dia tidak tahu. Jadi, permintaan lelaki tersebut, di kiv terlebih dahulu.
Bermula dari detik itulah, Raudah mula mencari makna sebenar sebuah percintaan yang dikatakan tersangatlah agung di antara lelaki dengan perempuan ni. Pada mulanya, dia bertanya dengan seorang ustazah merangkap ummi dan juga sahabatnya berkenaan hal ini. Ringkas jawapan yang diberikan, “Kapel ni haram. Takde dalam kitab pun yang menghalalkan kapel sebelum kawen ni. Papepun, ummi cadangkan Raudah cari tentang isu ni sendiri. Rujuk kat buku, internet, nanti Raudah akan lebih rasa puas hati. Dan dengan pencarian ni juga, Raudah akan lebih memahami jawapan bagi persoalan yang Raudah cari ni, InsyaALLAH”. Di sinilah bermulanya sebuah perjalanan bagi Raudah. Perjalanan dalam mencari keredhaan dari Khalidnya.
Dan bertitik dari situ, Raudah mula menyibukkan diri dengan mencari kebenaran di sebalik sebuah pernyataan. “Kapel itu haram”. Dari satu buku ke satu buku diselaknya. Semakin dia memahami istilah sebenar cinta. Semakin dia memahami apa itu cinta yang diredhaiNYA. Semakin dia sedar kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Dan pada malam tersebut, alhamdulillah, diizinkan ALLAH untuk mengadu padaNYA, diizinkan untuk menyulam cinta dengan Khalidnya.
“Ya ALLAH, aku sedar akan khilafku ya ALLAH. Aku sedar akan dosa-dosa yang ku lakukan ya ALLAH. Kerana terlalu cinta pada duniaMU menyebabkan aku lalai dariMU. Menyebabkan aku makin jauh dariMU. Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengasihi hamba-hambaMU. Dengan kesilapan ini ENGKAU menegurku, mentarbiyahku. Ya ALLAH, terasa sangat hina diri ini di hadapanMU ya ALLAH. Dengan dosa-dosa yang menggunung tinggi. Ya ALLAH, ENGKAU ampunkanlah dosa-dosa ku.. Dosa-dosa yang kulakukan sama ada secara sedar mahupun tidak. Kerana sesungguhnya aku insan yang lemah. Insan yang sering bahagia diulit dunia yang penuh dengan kenikmatan yang sementara. Ya ALLAH, aku telah gagal dengan ujianMU ya ALLAH. Ampunkanlah aku ya ALLAH. Aku telah gagal ya ALLAH. Tapi, aku percaya sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, Maha Mengasihani. Terimalah taubat hambaMU ini ya ALLAH.. Kerana apa yang kudambakan sesungguhnya adalah cintaMU ya ALLAH. Cinta Dari Yang Maha Mencintai hamba-hambanya. Ya ALLAH, terimalah taubat hambaMU ini ya ALLAH. Sesungguhnya, aku ingin kembali padaMU ya ALLAH. Kembali ke jalan yang diredhaiMU ya ALLAH..Terimalah taubatku, terimalah taubatku, terimalah taubatku ya ALLAH, ya Rabbul Alamin...”
Air mata penyesalan tidak henti-henti meniti keluar kesan dari penyucian jiwa yang ikhlas dari hamba-hamba yang sentiasa mendamba redha ILAHI. Sesungguhnya, inilah air mata yang amat disukai oleh ALLAH, iaitu air mata yang mengalir kerana takutnya kepada azab ALLAH. Air mata yang mengalir kerana mendambakan keredhaan dari Khalidnya. Air mata penyucian, air mata taubat, air mata kembali kepadaNYA. Kepada seorang yang bergelar lelaki itu, di utuskan surat sebagai pengganti diri. Surat yang di utuskan dengan mengharap redha dariNYA.
“Bismillahirrahmaanirrahim...Assalamualaika buat seorang yang bergelar hamba ALLAH dari seorang hamba ALLAH yang mengharap redha dariNYA. Moga-moga surat ini terlepas dari sebarang fitnah, insyaALLAH.
Maaf sekiranya kedatangan surat ini telah mengganggu ketenangan akhi. Ana harapkan dengan kedatangan surat ini akan dapat menenteramkan hati akhi. Pertamanya, ana ingin meminta maaf dari akhi kerana ana tidak dapat menerima permintaan akhi. Sesungguhnya terdapat pelbagai sebab yang dengan tegasnya, ana menolak permintaan tersebut.
Akhi, percayalah segala yang ana lakukan adalah demi mencari redhaNYA. Sesungguhnya kita telah jauh dariNYA. Kita telah terlalai dariNYA, bahkan kita telah termasuk dalam golongan yang ingkar padaNYA, nauzubillah. Akhi, setelah ana selidiki, perhalusi, maka ana telah dapat simpulkan bahawa TIADA CINTA YANG DIREDHAINYA DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN KECUALI CINTA SELEPAS KAHWIN.
Akhi, sesungguhnya cinta yang dituntut oleh akhi itu sangat dibenci oleh ALLAH. Ana ingin membina keluarga yang solehah. Tapi, mana mungkin untuk dibina keluarga yang solehah jika jalan yang dipilih itu sudah dimurkai olehNYA. Mana mungkin kebahagiaan itu dapat di damba, jika jalannya sudah jauh dari redhaNYA.
Akhi, ana juga ingin menyeru akhi, sama-samalah kita mendekatkan lagi diri padaNYA. Mendalami dan melengkapkan diri dengan ilmu dariNYA. Kerana hanya dengan jalan itu yang dapat membawa kita ke jalan yang diredhaiNYA. Ke jalan kebahagiaan bukan hanya di dunia, bahkan insyaALLAH, di akhirat sana.
Ana tahu akhi,bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang kita dah suka, tapi ana tetap akan lakukan, kerana ana yakin dengan janjiNYA..Akhi ingatlah..Tiada cinta yang kekal melainkan cintaNYA,cinta hakiki..Walaupun ana tahu semua ni pahit, tapi ana yakin, pengorbanan kita ini akan dipandang tinggi oleh ALLAH sekiranya kita seikhlasnya berkorban demi mencari redhaNYA..Kalau semuanya kerana iman pasti kita sanggup berkorban..
Akhi, percayalah, ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Sempurna. Bertaubatlah kepadaNYA kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka buat hamba-hambaNYA.
Percayalah akhi, ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita. Jodoh, pertemuan, malah ajal dan maut, semua dalam aturanNYA. Percayalah dengan janjiNYA, nescaya hati kita akan tenang.
Sampai di sini dapat ana nukilkan buat tatapan akhi. Moga sama-sama kita dapat mengambil pengajaran dari kekhilafan kita. Moga teguran ini adalah dalam aturanNYA, yang diredhaiNYA,
InsyaALLAH..
..Jagalah imanmu kerana sesungguhnya hanya keimanan dan ketakwaan yang boleh menjaga kita dari tersasar dari jalanNYA..
Wassalam...”
Alhamdulillah, dari detik itu bermulanya perjalanan Raudah yang baru. Perjalanan seorang insan yang mendamba cinta dari TUHANnya. Dan Alhamdulillah, dari saat itu sehinggalah saat ini, dia masih istiqamah di jalan yang dipilihnya. Alhamdulillah.
Sahabat-sahabat, yakinlah padaNYA. Yakinlah pada ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita. Jodoh kita ni dah tertulis di Loh Mahfuz.. Jangan risau, jangan bimbang. Bila tiba masanya, akan dihadirkan buat kita.. Melalui jalan yang diredhaiNYA.. Yang penting, doa, minta dengan ALLAH.. Aturan DIA kan aturan yang terbaik. Jadi, tak perlu risau-risau, bimbang-bimbang ye..
Walaupapepun, bersyukurlah kerana ALLAH sangat suka kepada hamba-hambaNYA yang bersyukur. Nak tau cara yang paling mudah untuk menunjukkan kesyukuran kita? Dengan senyuman.. Kerana senyuman itu menunjukkan kita redha dengan ujianNYA..
Sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbetulkan lagi diri kita ke jalan yang lurus.. Saling ingat-mengingatkan dalam mengejar cinta dariNYA.. InsyaALLAH…
“Cinta ALLAH Cinta Utama”
Wassalam...
akhirnya zulaikha menulis juga.rindu rasa nak baca coretan zulaikha.
ReplyDeleteloving this.. thumb up!
ReplyDeleteAini: alhamdulillah, kl ini dipmudhknNYA...
ReplyDeleteDeeja: syukran..smge kte sme2 dpt mnjge ati,imn kte, insyaALLAH...
Aini: alhamdulillah, kl ini dipmudhknNYA...
ReplyDeleteDeeja: syukran..smge kte sme2 dpt mnjge ati,imn kte, insyaALLAH...
loving this.. thumb up!
ReplyDelete