Thursday, October 7, 2010

To SomeOne

Bismillahirrahmanirrahim..Post ini saya tujukan buat insan yang sedang mencipta nama, melakar dunia untuk kebangkitan Islam dan untuk yang teristimewa. Tahniah saya ucapkan buat si fulan yang berjaya mencorak dan melakar Islam dipersada Universiti.Sememangnya dia insan yang telah Allah pikulkan amanah besar buat dirinya.


Jangan dilupa matlamat kepimpinan..jangan ditagih kebanggaan..semoga dia tetap unggul dan terus unggul walau kemana pergi.Saya akan terus tetap menyokong dan mendoakan yang terbaik dan paling baik buat dirinya. Itu sahaja yang mampu saya lakukan dengan kudrat saya yang tidak seberapa ini. 



Teringat zaman sekolah dulu...saat diri ini menarik diri dari kepimpinan badan pengawas sekolah dan asrama...lalu saya naikkan nama sahabat saya mengganti diri saya.Waktu itu saya menyaksikan air mata seorang demi seorang sahabat saya mengalir laju sambil mengatakan: "saya benci aini" waktu tu saya tahan sedalam-dalamnya kesedihan saya.Apalagi yang lebih menyedihkan bila mendengar sahabat yang kita sayang mengatakan benci pada kita. Dan apalagi yang menyedihkan saat guru-guru yang saya sayang memalingkan wajah mereka dari saya.Berdosa benarkah saya saat itu???ya..saya memang berdosa. Tuhan..berikan kekuatan buat sahabat saya yang bakal memimpin akhlak murid2 lain. Peristiwa itu masih bersisa dihati saya menyebabkan saya di label tidak menghormati guru..sedangkan saya tidak mampu memikul amanah itu. Yah..terlalu banyak amanah dulu yang saya tolak...akhirnya saya memilih menjadi sebahagian dari badan pengawas dakwah dan rohani (BADAR).Dan juga penolong ketua pengawas pembimbing rakan sebaya. Saya mula banyak belajar disitu..ketika di BADAR Ustaz seringkali menegur saya tika saya silap dan nasihat itu masih saya ingati hingga kini.ketika di PRS..saya belajr mengendalikan masalah dengan matang.


Jadi saya hadiahkan pesanan berharga ustaz buat si dia yang sedang memikul amanah berat selaku pemimpin.


"Bila kita ada kuasa..kita ingin semua orang tahu bahawa kita ada kuasa..sehingga kita ingin menindas yang lemah.kita arahkan mereka yang lemah menurut kita tanpa kita sedar akan hati dan perasaan nya..Jangan sesekali bersikap begitu..jangan sekali menggunakan wang untuk tujuan kuasa yang kita ada.Kita ni manusia yang sering melakukan kesalahan..hatta ustaz sendiri tidak pernah lari dari benda tu.Kemegahan..kebanggaan..ustaz sendiri kadang2 tersungkur melawannya.Kerana itu kita diajar untuk bertaubat..kesalahan yang lalu kita minta Allah ampunkan.Ingat...jangan dicari dunia itu..nanti kamu akan temukan kebinasaan tetapi carilah akhirat...dunia kembali sujud dikaki kamu dan kamu temui kebahgiaan"


waktu itu saya tunduk merenung lantai..betapa malunya saya.Denda murid-murid lain yang tak pergi solat dengan duit.Oh..saya silap..sembahyang itu tidak boleh dibeli dengan wang.Sejak dari itu..untuk menerima amanah besar..saya selalu menolak.Serahkan pada yang ahlinya.


Tahniah saya ucapkan buat dia yang semakin berjaya membawa sinar kepada sahabat-sahabat lain. Biarlah saya menjadi insan yang sentiasa disampingnya untuk menyokong dari belakang dalam kejayaan mahupun hidupnya.


Teristimewa buat sahabatku yang dulu, kini atau akan datang bakal bergelar pemimpin
->Pimpinlah dirimu dan ahli-ahlimu kepada ISLAM..sedarkan mereka tentang indahnya ISLAM.Jadilah pemimpin sebgaimana para nabi terdahulu,Rasulullah dan para khalifah lain.Belajarlah dari mereka.Belajarlah dari mereka yang telah pergi meninggalkan kita kerana akhlaq mereka telah diistihar sbg akhlaq islam.Pedulikan bagaimana permulaan kita didunia ni tetapi risaukan bagaimana akhir hidup kita kelak.Adakah tetap sebagai Islam @ sebaliknya.nauzubillah..Sama-sama kita pohonkan agar terus tetap dijalan dakwah ini..saya senang dan bahagia melihat kamu yang berdiri memimpin ummat.Saya tersenyum setiap kali mendengar namamu di bibir ummat.Jadi jangan dimusnahkan kebahagiaan saya ini kerana kerakusan kamu pada dunia.Saya bukanlah sesiapa hanya seorang hamba yang tak luak dari kesilapan dan dosa.


wallahu'alam.

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design