Saturday, October 23, 2010

al-Qaeda,Osama~fitnah besar

13 Jun 2006,


PERKARA yang ingin disampaikan ini hanyalah satu cerita basi dan kebanyakan daripada kita juga sudah maklum mengenai perkara pokok dalam artikel ini. Namun, izinkan saya bercerita mengenai satu pengalaman untuk tatapan semua. Izinkan saya menggunakan kata nama ‘aku’ di sepanjang artikel ini, bagi memudahkan penceritaan.
--

Pada 13 Jun 2006, aku tiba awal di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Namun, aku tidak terus ke lokasi sidang media. Sebaliknya, aku cuma duduk berehat sebentar di hadapan hotel itu sambil menghirup asap rokok sejuk yang aku sering cuba untuk tinggalkan.

Aku lihat jam tangan, baru pukul 8.45 pagi. Aku toleh ke belakang, aku nampak seorang wanita Eropah memakai tudung, dia berjalan bersama dua lelaki yang juga sebangsa dengannya. Aku tahu, itulah orang yang akan aku jumpa beberapa minit saja lagi. Aku melemparkan senyuman kepada mereka.

Tepat pukul 9 pagi, rakan-rakan media lain pun sampai dan kami terus bergerak ke tingkat atas hotel itu untuk hadir sidang akhbar bersama wanita serta lelaki mat saleh itu.

Dalam sidang akhbar, wanita itu memulakan perbualan dengan memperkenalkan dirinya sebagai Yvonne Ridley. Dia merupakan seorang wartawan yang sama kariernya dengan aku. Yvonne ialah wartawan BBC yang pernah menjadi tawanan Taliban ketika membuat liputan peperangan di Afghanistan pada 28 September 2001 iaitu selepas tragedi WTC New York 11 September 2001. Dia ditugaskan ke Afghanistan untuk melaporkan perkembangan peperangan di sana dan ditawan pejuang Taliban. Namun, Yvonne akhirnya dibebaskan pada 8 Oktober 2001 dan memeluk Islam dengan hati yang ikhlas.

Yvonne Ridley

Seorang lelaki yang hadir bersamanya, Michael Collins Piper juga wartawan dari BBC. Piper adalah seorang skeptic dan merasakan ada sesuatu ‘tidak kena’ dengan plot kejadian 11 September, dia adalah seorang yang mempunyai pemikiran ‘conspiracy theorist’ dan cekap dalam membuat andaian yang sukar disangkal. Manakala seorang lagi lelaki, William Rodriguez ialah bekas pekerja pembersihan di WTC pada hari kejadian.

“Assalamualaikum to all Muslim here. First, I would like to thank to all of you, Malaysian reporters. The point we are here is to urge every citizens of the world to think. There is something wrong with the world right now, 'they' did massive destruction according to their plans and made it as an excuse to put war on innocent people, the Muslims all over the world.

“We are here to tell you the truth behind the 9-11, we got proofs which are hard to be denied and we are willing to unveil the truth. Let the world know, we want (every people of) the world to re-open investigations on 9-11. Justice needs to stand up strong and straight,” kata Yvonne.

Yvonne kemudian memberi isyarat kepada Rodriguez untuk membuka cerita kepada semua wartawan Malaysia yang hadir. Rodriguez berkata, beliau menyangkal sama sekali tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam apabila dituduh sebagai pengganas yang bertanggungjawab dalam meranapkan WTC.

Rodriguez menambah, beliau sedang bekerja di tingkat atas pada hari kejadian dan tiba-tiba terdengar satu letupan di tingkat bawah iaitu di ruang letak kenderaan di tingkat bawah tanah. Dia menyambung:
(setelah dialih kepada bahasa Melayu)

“Selang beberapa minit, terdengar pula letupan di tingkat atas. Saya tak tahu apakah letupan itu. Kemudian, saya terus berlari ke bawah ikut tangga dan terselamat.

“Apabila sudah keluar daripada bangunan, saya lihat WTC sedang runtuh. Kemudian saya bertanya kepada seorang wanita tua, dia beritahu saya mengenai ada dua buah kapal terbang merempuh WTC dan ia sedang ranap,” kata Rodriguez.

Menceritakan beberapa jam sebelum kejadian, Rodriguez menjelaskan, dia tiba ke WTC pada jam 9 pagi untuk memulakan tugas pada 11 September 2001. Kata Rodriguez, ketika tiba ke tempat kerja, dia berasa pelik apabila melihat tiada sebuah kenderaan pun di ruang letak kenderaan di tingkat bawah. Kebiasaannya, ruang letak kenderaan itu sentiasa penuh dengan kenderaan meskipun seawal jam 8 pagi.

Tambah Rodriguez lagi, apabila memasuki ruang pejabat pada kira-kira 30 minit kemudian, dia melihat tiada seorang pun pekerja WTC yang berbangsa Yahudi bekerja pada hari itu. Ia juga satu lagi perkara aneh. Namun, perasaan sangsi yang dirasainya itu kekal tidak terjawab sehinggalah dia dikejutkan dengan letupan demi letupan ketika berada di bangunan itu.
--
Kemudian, Yvonne pula memulakan cerita. Yvonne menjelaskan mengenai tugasannya ke Afghanistan dan akhirnya ditawan sekumpulan pejuang baik yang ‘dikambing-hitamkan’ iaitu Taliban.

Kata Yvonne ketika dia ditahan, perasaannya bercampur ketakutan dan hanya berfikir mengenai mati. Namun, hatinya kembali tenang. Taliban tidaklah kejam seperti yang digembar gemburkan Amerika. Yvonnne berkata, dia dilayan dengan baik sebagai seorang wanita dan diberi sehelai kain tudung untuk dipakai sepanjang dia ditawan.
--
Selepas itu, Piper pula memulakan perbualan dengan membentangkan teori-teori konspirasi mengenai kejadian 9-11. Aku yang sudah lama meminati dan mengkaji teori konspirasi kemudian mendengar penjelasan Piper dengan bersungguh-sungguh.

Kata Piper, hasil pemerhatian terhadap visual kejadian 9-11 memberi petunjuk kepada satu pembohongan Amerika kepada dunia. Rakaman visual itu kemudian dipadankan dengan sejumlah koleksi video operasi meruntuhkan bangunan menggunakan bahan letupan di sekitar Amerika.

“Paten letupan dan runtuhan (dalam kes WTC) adalah sama dengan kerja-kerja meletupkan bangunan-bangunan lama di Amerika menggunakan bahan letupan khas.

“Ia dapat dilihat melalui cara bangunan itu runtuh dan cara letupan itu berlaku. Ia bukan meletup disebabkan minyak atau rempuhan kapal terbang, tapi ia meletup disebabkan bahan letupan.

“Apabila dipadankan dengan keterangan Rodriguez, jelas bahawa berlaku lebih daripada dua letupan di tingkat bawah tanah. Sebelum ini, kita hanya membuat andaian hanya ada dua letupan besar iaitu yang disebabkan oleh dua buah kapal terbang.

“Tapi, ada lebih banyak letupan di tingkat bawah pada beberapa minit sebelum kapal terbang pertama merempuh WTC. Tak masuk akal apabila langsung tiada pengawal keselamatan bertugas di tingkat bawah pada masa itu,” demikian serba sedikit kata-kata Piper yang aku masih ingat.
--
Selesai sidang media, aku perhati arah Piper, Yvonne dan Rodriguez pergi, mereka bergerak ke ruang restoran untuk makan tengah hari. Pada masa yang sama, aku juga perhati wartawan-wartawan lain pergi meninggalkan hotel. Aku ikut sama rakan-rakan wartawan supaya mereka tidak fikir ada orang yang mahu ‘scoop’.

Selepas aku puas hati lihat seorang demi seorang wartawan meninggalkan hotel, aku naik semula ke hotel untuk berjumpa dengan Yvonne, Piper dan Rodriguez.

Di restoran, aku perkenalkan diri kepada mereka. Yvonne pula bertanya kepada aku: “Mana (wartawan) yang lain? Kamu mahu scoop berita? Biasalah, scoop itu sudah memang budaya kerja wartawan.” katanya ketawa.

Aku bertanya lanjut kepada Yvonne mengenai pengalamannya ketika menjalankan tugasan di Afghanistan.
--
“al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Yvonne memulakan sesi soal jawab eksklusif yang sudah tidak lagi eksklusif. Kata Yvonne ketika sampai di Afghanistan, dia pernah bertanya kepada penduduk tempatan mengenai gerakan Taliban dan kaitannya dengan al-Qaeda dan Osama.

Namun, jawapan yang diperolehinya hanyalah: “al-Qaeda? Osama? Kami tak pernah dengar nama-nama itu.”

Kata Yvonne lagi, jawapan yang diperolehi itu membuatkannya terfikir mengenai status sebenar peperangan yang tercetus di Afghanistan. Jika penduduk Afghanistan sendiri tidak tahu apa itu al-Qaeda dan siapa itu Osama, maka sesungguhnya Afghanistan yang merupakan sebuah negara Islam telah disimbah dengan api fitnah.

Malah kata Yvonne, Taliban juga disimbah dengan api fitnah menggunakan dua jenis bahan api yang dinamakan sebagai al-Qaeda dan Osama. Taliban dan penduduk Afghanistan diheret dalam kancah dendam, melalui taktik dikaitkan dengan dua entiti (al-Qaeda dan Osama) yang tidak wujud.

Disebabkan tugasnya bertemu penduduk dan bertanya mengenai Taliban dan al-Qaeda, Yvonne berkata, dia telah menjadi buruan Taliban disebabkan kisahnya bertemu dengan penduduk untuk bertanya mengenai Taliban mula menjadi buah mulut penduduk tempatan sehingga sampai ke pengetahuan Taliban. Dia akhirnya ditawan, namun dilayan dengan baik.

“Saya ditahan oleh Taliban supaya tidak menjadi mangsa peperangan. Taliban buat begitu kerana tidak mahu ada golongan ekstrem Afghanistan yang datang membunuh saya kerana melihat saya berwajah Eropah, mereka sebenarnya menyelamatkan saya daripada ancaman di luar sana. Walaupun mereka tersepit diseret dalam peperangan oleh Amerika, tapi mereka layan saya dengan baik sebagai seorang wanita, mereka bukan orang jahat. Mereka kata, wanita harus dilindungi. Itulah salah satu keindahan Islam yang sebenar yang saya lihat sendiri, yang selama ini diburukkan oleh Amerika,” kata Yvonne.
--
Piper kemudian menepuk belakang aku, sambil berkata: “Kamu memang bersemangat semasa scoop berita, sama juga seperti kami,” katanya ketawa. Aku juga ketawa, memang sudah budaya wartawan, gemar scoop sesama sendiri demi kepuasan kerjaya.

Kemudian aku berkata kepada Piper, tujuan aku berjumpa sendirian bersama mereka bukanlah untuk mendapatkan berita eksklusif kerana kisah Yvonne itu sudah banyak disiarkan akhbar serata dunia, sudah tiada lagi nilai eksklusif. Berita sudah basi. Piper pun ketawa lagi.

Aku menyambung, tujuan aku berjumpa mereka ialah untuk berbincang mengenai perkara ‘sulit’ di sebalik pergolakan dunia yang bertitik tolak daripada peristiwa 9-11. Terus terang aku katakan kepada mereka, aku lihat perkara 9-11 itu sangat serius dan banyak rancangan pembohongan di sebaliknya.

Piper seperti faham maksud aku.
Kemudian dia bertanya: “Kamu wartawan yang juga 'penulis senyap' (silent writer)?”
Aku jawab: “Kamu fikir?”
Piper balas: “Kamu tak boleh terus senyap, buatlah sesuatu tapi dengan cara yang betul. Kebenaran harus didedahkan. Sejak bila kamu menulis secara senyap?
Aku balas dengan serkap jarang: “Sejak George ‘Wicked’ Bush naik takhta dalam ‘the dynasty’.”
Piper jawab: “Hah, bukankah aku sudah buat tekaan? Sini, aku mahu kongsi sesuatu dengan kamu.” (kemudian dia mengeluarkan satu set kertas kajian bebas yang sedang dan akan dilakukannya, serta sekeping VCD hasil kajian)


Itu sahaja yang boleh diceritakan di sini, kita akan membongkar lebih jauh perkara ini pada masa akan datang, insya-Allah. Demikian serba sedikit mengenai perbualan antara aku dengan mereka yang boleh dikongsikan di sini. Selepas kami berbual, kemudian datang seorang lelaki Melayu menghampiri kami, lalu dia bersalam dengan Piper dan Rodriguez serta mengangguk kepada Yvonne, dia juga bersalaman dengan aku. Lelaki Melayu itu kini menjadi rakan aku. Siapa lelaki Melayu itu tidak penting di sini.
--

Hasil daripada pertemuan dengan Yvonne dan Piper, wujud satu sisi bahawa al-Qaeda dan Osama mungkin sekali entiti dan watak yang sengaja dicipta Amerika. Atau jika memang benar wujud Osama, kepada siapa dia bekerja? Kepada umat Islam atau kepada Amerika untuk menjadi watak antogonis dalam mencetuskan Perang Dunia Ketiga sebagaimana watak Hitler yang menjadi si penjahat yang mencetuskan Perang Dunia Kedua?

Jika benar Osama itu berjuang demi Islam, di mana dia berada semasa Palestin kini diancam pelbagai ancaman Israel? Jika benar al-Qaeda wujud, mengapa pula penduduk Afghanistan tidak tahu langsung mengenai pertubuhan itu yang dikatakan berpusat di negara itu?

Itulah rencah fitnah abad ke-21. Umat Islam kini berhadapan dengan salah satu fitnah terbesar. Jika kita berpecah, tiada siapa yang akan melindungi kita. Allah juga membenci persengketaan sesama Muslim. Bangkitlah.

The ASSOCIATE
(Associated with Ummah)

0 Pendapat hati:

Post a Comment

 

Fastabiqul Khairat Template by Ipietoon Cute Blog Design